Anda di halaman 1dari 4

1 KERTAS KERJA: KERJA BERJEMAAH (TEAM-BUILDING)

1. Pendahuluan
Kemahiran kerja berpasukan atau Kerja Berjemaah digalakkan supaya sesuatu kerja
yang berat akan menjadi ringan. Ada banyak kemahiran kerja berpasukan yang perlu
diterokai seperti komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai,
mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat
penilaian, memberi ganjaran, dan banyak lagi. Implikasi daripada team-work ini
antaranya akan melahirkan insan yang saling membantu antara satu sama lain,
berpegang dengan etika Islam dan yakin sesuatu perkara yang besar akan dapat
diselesaikan sekiranya TEAM work dipegang. Menyedari kepentingan kerja
berpasukan ini, maka Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) SMKA
Sheikh Haji Othman Abdul Wahab akan mengadakan latihan dalam perkhidmatan
iaitu Kerja Berjemaah @ Team Building.


2. Rasional
1. Meningkatkan kekuatan fizikal, kekuatan mental dan kekuatan rohani serta
semangat warga SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.
2. Membentuk dan meningkatkan kemahiran insaniah seperti kemahiran kepimpinan,
kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
3. Mengeratkan hubungan ukhuwah antara warga SMKA Sheikh Haji Othman Abdul
Wahab yang ter di ri dari pada l atar bel akang sosi obudaya ber beza.



3. Pelaksanaan
Nama Kursus: Kerja Berjemaah @ Team Building
Tempoh Kursus: 1 hari
Masa: 8.00 pagi-4.30 petang
Tarikh Kursus: 26 April 2014 (Sabtu)
Tempat Kursus: Dewan As-Siddiq SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
Sasaran: 68 staf akademik
17 anggota kumpulan pelaksana

2 KERTAS KERJA: KERJA BERJEMAAH (TEAM-BUILDING)
4. Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi : Pn. Hajah Norlela Bt. Hj. Bujang (Pengetua)

Tim. Pengerusi : Pn. Hosmawati Bt. Bairi (PK 1)

Setiausaha: Pn. Rozita Ak. Latip (GKMP Kemanusiaan)

Bendahari: En. Awang Wainee B. Awang Daim (KPT)

AJK Pendaftaran: Pn. Noruhaidah Bt. Dahlan

AJK Fotografi & Dokumentasi: En. Amar B. Abu Bakar

AJK Makanan: Pn. Nor Saufarah Bt. Borhan
Pn. Ima Zarina Bt. Mat Deris

AJK Cenderahati & Sijil: Pn. Haslina Bt. Marzoki

Pengacara Majlis: Pn. Dayang Juita Bt. Awang Junaidi

Bacaan Doa: Ustaz Razali B. Abu Bakar

Fasilitator: 10 orang pengawas sekolah



5. Konsep Pelaksanaan
Semua warga SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab akan didedahkan dengan
pelbagai kemahiran seperti kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan berfikir
secara kritis dan kreatif melalui aktiviti ceramah serta latihan dalam kumpulan (LDK).
Seterusnya, warga SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab akan dapat mengukuhkan
kerjasama @ bonding melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan ini. Antara pengisian
aktiviti dan slot ialah:
Slot penyampaian ceramah motivasi
Aktiviti team building untuk mengeratkan kerjasa @ bonding.
Interaksi dan kerjasama para peserta sepanjang menjalani program.



3 KERTAS KERJA: KERJA BERJEMAAH (TEAM-BUILDING)
6. Anggaran Belanjawan
Bil. Butiran Seunit Jumlah (RM)
1. Alat Tulis
Pen
Fail Poket
Buku Catatan


85 x RM1.00
85 x RM1.00
85 x RM4.00


85.00
85.00
340.00
2. Makanan
Sarapan Pagi
Makan Tengah hari
Minum Petang

96 x RM4.00
96 x RM6.00
96 x RM4.00


384.00
576.00
384.00
3. Air Mineral 10 x 15.00 150.00
4. Bahan-Bahan Latihan Dalam Kumpulan 400.00 400.00
5. Bayaran Fasilitator 10 x 25.00 250.00
6. Cenderahati Penceramah 500.00 500.00
JUMLAH BESAR 3154.00

7. Kesimpulan
Adalah menjadi harapan agar warga SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
mendapat manfaat yang sepenuhnya melalui program ini. Melalui program ini sayugia
sesuatu kerja yang berat akan menjadi ringan. Ada banyak kemahiran kerja
berpasukan yang bakal diperoleh seperti komunikasi dalam pasukan, membuat
keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepemimpinan,
memotivasikan, membuat penilaian, memberi ganjaran, dan banyak lagi. Natijah
daripada team-work ini antaranya, akan melahirkan insan yang saling membantu
antara satu sama lain, berpegang dengan etika Islam dan yakin sesuatu perkara yang
besar akan dapat diselesaikan sekiranya TEAM work dipegang.

Disediakan oleh,


(ROZITA AK. LATIP)
SU LADAP
SMKA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB

4 KERTAS KERJA: KERJA BERJEMAAH (TEAM-BUILDING)
Pengerusi : Pn. Hajah Norlela Bt. Hj. Bujang (Pengetua)
Tim. Pengerusi : Pn. Hosmawati Bt. Bairi (PK 1)
Setiausaha: Pn. Rozita Ak. Latip (GKMP Kemanusiaan)
Bendahari: En. Awang Wainee B. Awang Daim (KPT)
AJK Pendaftaran: Pn. Noruhaidah Bt. DahlaN
AJK Fotografi &
Dokumentasi: En. Amar B. Abu Bakar
AJK Makanan: Pn. Nor Saufarah Bt. Borhan
Pn. Ima Zarina Bt. Mat Deris
AJK Cenderahati & Sijil: Pn. Haslina Bt. Marzoki
Pengacara Majlis: Pn. Dayang Juita Bt. Awang Junaidi
Bacaan Doa: Ustaz Razali B. Abu Bakar
Fasilitator: 10 orang pengawas sekolah