Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Amin bin Rosnan

5 Alfa

PENDAPAT TENTANG ISU PENGENALAN GST DI MALAYSIA
Pada zaman globalisasi ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia
mengenai isu pengenalan Goods and Services Tax (GST) di negara kita lagi. Apakah yang
dimaksudkan dengan GST? GST adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan
perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Bagaimana cukai ini
dikutip? GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang
berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Siapa yang kutip GST? Lazimnya, pembekal atau penjual
boleh mendaftar untuk mengutip GST. Pada pandangan saya GST sememangnya memberi
banyak kebaikan daripada keburukan.
Antaranya, GST dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna
tidak mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja. Ini
berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan di mana lebih banyak anda pakai atau beli
lebih banyak anda bayar. Orang berada mungkin akan mengguna lebih. Ini secara tidak langsung
dapat menyumbang kepada pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan untuk
kepentingan rakyat juga.
Selain itu, GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas
barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas seperti padi dan sayur-
sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.
Pengguna juga harus faham bahawa GST tidak dikenakan ke atas pengangkutan awam, tol,
pembelian dan penyewaan rumah kediaman, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan,
pengeluaran pasport dan lesen, penggunaan elektrik bagi 200 unit pertama bagi pengguna
domestik dan pelbagai barangan asas dan perkhidmatan lain.
Di samping itu, GST dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat
dijangka akan menjana lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST. Pendapatan kerajaan
yang bertambah ini dapat digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Lebih ramai orang miskin akan dapat dibantu. GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan
cukai korporat dan pendapatan.Ini dapat menggalakkan pelaburan, mendorong pertumbuhan
ekonomi dalam persekitaran global yang berdaya saing. Pertumbuhan ekonomi negara pula akan
mencipta pekerjaan dan meningkat pendapatan. Pelaksanaan GST di 160 negara di dunia
membuktikan GST adalah sistem percukaian yang baik, cekap dan adil kerana semua orang
membayar cukai berdasarkan penggunaan.
Seterusnya, kadar GST adalah lebih rendah (enam peratus) berbanding cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan enam peratus. SST adalah cukai berganda,
sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan. Di bawah SST
pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian
daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan
apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Kesimpulan, GST membantu memperluaskan asas percukaian negara, memastikan negara
mempunyai sistem cukai yang lebih berdaya tahan serta memperbaiki pematuhan dalam urusan
kutipan cukai kerajaan. Agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Mata Wang
Antarabangsa (IMF) sudah lama mengingatkan kerajaan bahawa negara ini mempunyai sumber
percukaian yang kecil dan tidak dapat bertahan lama untuk jangka masa panjang. Hanya 1.5 juta
sahaja pembayar cukai di negara ini, manakala sumber minyak pula tidak akan dapat bertahan
lama.

Anda mungkin juga menyukai