Anda di halaman 1dari 1

Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang


merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan.

Menurut Kamus Dewan, pentaksiran adalah membawa maksud kira
ataupun menghitung. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat
tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai
kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan
secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta
550). Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti
melalui hasil soalan khusus seperti ujian dan tinjauan, dan digunakan untuk
menentukan kesimpulan berdasarkan segala penemuan daripada kaedah
tersebut,(Tabatha Rayment, 2006).
Menurut beliau lagi, pentaksiran dalam konteks pendidikan juga
merangkumi kaedah siasatan bagi menentukan tahap pembelajaran, kaedah
untuk memperoleh dan mengumpul maklum balas penting, proses menilai
pelajar dalam konteks pendidikan, proses mendokumenkan pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kepercayaan, pendekatan dan teknik pengajaran yang
penting, proses yang sentiasa berkitar dan berterusan bagi menilai pengajaran
dan pembelajaran, kaedah untuk menentukan hala tuju pengajaran dan
pembelajaran dan alat diagnostik dan penilaian.

Anda mungkin juga menyukai