Anda di halaman 1dari 98

TEMA 5 : AMALAN GOTONG ROYONG

Tajuk : Kebaikan Amalan Gotong-Royong



Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada ini,
kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang
dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa wajar dilestarikan agar sentiasa releven
dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baru ini. Yang berlaku sekarang,
budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan.
Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera;
berapa ramaikah yang menghayati maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus
daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong- royong untuk membersihkan sesuatu
tempat? Oleh hal yang demikian, kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan
kegiatan bergotong-royong ini.
Kebaikan amalan bergotong-royong yang paling signifikan ialah dapat memperindah tempat
tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan
amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada
rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain.
Dengan melaksanakan amalan gotongroyong, kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal
dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta.
Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai
kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang
penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong untuk menghijaukan bumi.
Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan
bergotong royong, kita juga dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan
mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya dipandang sepi oleh masyarakat.
Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang
penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan
berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai
aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada
amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja
dengan tenaga kerja yang ramai jika kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal
yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh
dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kegiatan bergotong-royong memainkan
peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang
dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar
dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan
bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan
seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing-masing kerana
masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melalui kegiatan
bergotong-royong, kita akan lebih mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama insan.
Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .
Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini
seperti yang dikatakan oleh Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa
dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai
murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa
merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang
diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat.
Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.
Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan
berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita
akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat
dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu
padu. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita
dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan
orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tidak percaya?
Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa J iran sepakat membawa berkat".
Intihanya, amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak. Dengan mengamalkan
semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah secara tidak langsung. Bak kata
pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup
wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk
mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya
dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan







Tajuk 2 : Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh
semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai
impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu
diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.
Usaha pertama untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti
gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan
perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk
semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka
sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh
dijalankan ialah membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya.
Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata
peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama
dituruni.
Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum
di Malaysia secara bersama-sama. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat
mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh
masyarakat pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan
hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan
perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan
nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau
masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.
Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai
kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli
sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak
takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu
diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini,
sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam
sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan
dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus
meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara.
Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di
Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun.
Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya
Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan
peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu
memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak
ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri
perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam
usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga
perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali
serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal
untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan
liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk
sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha
yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan
bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum
dan integrasi nasional
akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa






















TEMA 8 : FAEDAH MENABUNG
Tajuk 1 : Faedah Menabung Sejak Kecil
Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita
seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita
dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang
demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan
amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu
ada menjelaskan bahawa sediakan payung sebelum hujan.

Marcapada menyaksikan bahawa tabiat menabung dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita.
kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung.
Apabila menabung, prinsip sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Wang tabungan ini dapat
mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam
amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung
merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi
kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam bagai lebah mengumpulkan
madu demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi
mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan,
pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping
mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang
harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung.
Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan
menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat
berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana asal ditugal, adalah benih.

Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung,
kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak
langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Dari perspektif
ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara
daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan
dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus
menstabilkan ekonomi negara.

Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita
sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. I ngat sebelum kena, jimat
sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti
kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan
pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta.
Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru
kepada seantero jagatraya.
[436 patah kata]

Tajuk 2 : Amalan Menabung Perlu Dipupuk Sejak Kecil Lagi. Bincangkan Faedah-Faedah
Yang Diperoleh
Melalui Amalan Menabung Ini.

Amalan menabung dapat didefinisikan sebagai suatu budaya menyimpan wang yang dilaksanakan
secara berterusan. Terdapat pelbagai jenis bekas tabung yang diperbuat daripada variasi bahan sama
ada semula jadi atau tiruan seperti buluh daripada bahan semula jadi dan plastik daripada bahan tiruan.
Namun, kebelakangan ini, amalan menabung kurang dipraktikkan oleh majoriti masyarakat di
Malaysia dan ini jelas mengundang kerisauan kepada beberapa pihak yang telah bertungkus lumus
mengadakan pelbagai kempen berkenaan amalan menabung ini. Mahu ataupun tidak, pihak yang
terlibat haruslah memerah otak mencari alternatif lain bagi menjadikan amalan menabung ini
merupakan suatu perkara yang sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sekiranya penerangan
tentang faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan menabung mampu memberikan reaksi positif,
mengapa tidak kita melakukannya?

Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri
menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan
sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru, individu
tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan
walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan.
Tamsilannya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa
mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan
amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi umpama melentur buluh dari rebungnya akan
memberikan kesan positif kepada mereka sekali gus menyematkan sikap suka berjimat cermat dalam
diri mereka.

Selain itu, faedah lain yang diperoleh melalui amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi ialah
dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak. Hal ini berlaku demikian kerana hasil
tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan
tertentu apabila mereka dewasa kelak. Lantaran itu, jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka
mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu membebankan atau bergantung harap pada kedua-dua
orang tua mereka. Tamsilannya, jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke
menara gading sama ada di dalam atau di luar negara, ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan
menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan
pengajian anak-anak mereka. Oleh itu, amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas
memberikan masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.

Bukan itu sahaja, amalan menabung yang disemat dalam diri individu sejak kecil lagi juga akan dapat
menjadi penyelamat pada waktu runcing atau kecemasan. Hal ini berlaku demikian kerana hasil
tabungan yang dikumpul dari usia setahun jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika
berhadapan sesuatu kejadian yang tidak diduga. Bak kata peribahasa Melayu, malang tidak berbau.
Impaknya, individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu perkara yang
tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu amalan. Tamsilannya,
hasil tabungan yang dikumpul dari usia muda dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan yang
dikenakan pihak hospital sekiranya salah seorang ahli keluarga penabung berdepan masalah seperti
kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya sekali gus dapat memupuk sikap saling membantu
dalam ahli keluarga. Oleh itu, amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas
membantu meringankan masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.

Intihanya, jelaslah bahawa amalan menabung perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil
lagi. Dengan demikian, ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling haruslah sentiasa
memberikan sokongan kepada anak-anak muda masa ini dalam usaha membudayakan amalan
menabung dalam diri mereka. Sekiranya semua pihak menjalankan kewajipan mereka dengan sebaik-
baiknya, tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak yang diasuh supaya membudayakan amalan
menabung ini akan menjadi individu yang pemurah, berjimat cermat serta seorang pekerja yang
amanah terutamanya apabila melibatkan urusan kewangan. Jelaslah, amalan menabung ini juga
merupakan usaha untuk menyediakan payung sebelum hujan dan juga suatu amalan yang
mendatangkan banyak kebaikan kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat juga negara

















Contoh Karangan : Peranan Warga Tua
Jun 23, 2007 mindabahasa
Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan veteran.
Takrifan warga emas adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu
beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah
pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun
tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah
pembangunan negara dan bangsa.

Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan. Sambutan
ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai
satu golongan yang membawa beban. Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda
haruslah menghargai jasa mereka selama ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda
menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua. Kita perlu sentiasa beringat bahawa
kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan
menyayangi diri kita. Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya
banyak perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara.
Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan
menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah
semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling kita.

Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan
nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa
tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir
luar yang mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat.
Oleh itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman
mereka agar hala tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.

Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan
kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh
mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang
profesor boleh menulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau
itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru
agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang
mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan
kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan. Beberapa contoh yang disebutkan di atas
hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan
sumbangan kepada negara, bangsa dan agama.

Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan
kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Walaupun sumbangan yang
diberikan itu kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan
usahanya sia-sia kerana semua yang besar dan hebat itu bermula dari yang kecil kerana sedikit-
sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai
impak yang besar pada kemudian hari. Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah warga tua yang
berpendapat bahawa masa tua ini adalah masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja
atau membesarkan anak-anak. Namun begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut
akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu
amat berguna dan diperlukan dalam membantu membangunkan negara.

Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu berehat,
mereka akan lebih mudah sakit. Untuk menjamin sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan
warga tua ini perlulah diberikan perhatian. Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan
makanan tambahan juga adalah amat digalakkan. Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan
kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah
laku dan pemikiran seseorang. Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa
bersikap terbuka, senang didekati dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar
percambahan ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang
dapat lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu
memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara. Marilah kita
bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.











Karangan SPM 09: Warga Emas di Negara Kita

Tajuk: Warga tua di negara ini terus bertambah saban tahun terutama di kawasan
bandar.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memudahkan kehidupan warga tua
di negara ini.
Contoh Jawapan:
Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga
dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara
ini terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan
negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik
dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh
dilakukan oleh kerajaan, swasta dan masyarakat untuk menceriakan kehidupan warga emas
ini.
Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan
yang boleh meringankan beban kewangan mereka seperti pemberian diskaun tambang
pengangkutan awam, kos hospital dan juga pembelian barangan yang sering diperlukan oleh
mereka. Langkah kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan mereka
terutama kos rawatan yang begitu mahal dan risiko mereka yang juga tinggi kerana sudah
berusia lanjut.? Pengumuman dasar ini sudah pasti akan menjadikan warga tua lebih ceria
kerana sedar bahawa negara terus menghargai mereka walaupun mereka sudah tidak lagi
bekerja. Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang boleh menjadikan kehidupan
warga emas lebih ceria.
Selain mengumumkan hari warga tua, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti
yang melibatkan mereka. Penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga
tua harus dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya.? Aktiviti
seperti ini mampu menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan
mereka serta dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan semangat mereka untuk
meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana mereka bergaul dengan rakan-rakan seusia.
Sebenarnya, usaha melakukan lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan
mampu memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan kehidupan.
Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar kerana sudah
ada peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini. Keadaan kehidupan bandar
yang penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga emas sasaran mudah
segelintir anak yang menggunakan alasan terlalu sibuk untuk menghantar ibu bapa mereka ke
rumah bantuan kerajaan ini. Kemudahan yang disediakan di rumah orang tua ini juga perlulah
lengkap dan bersesuaian dengan keadaan fizikal dan kemampuan kewangan warga tua supaya
kehidupan mereka lebih ceria. Sesungguhnya, semakin banyak rumah orang tua didirikan
semakin bermaknalah kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat untuk
berlindung pada masa akan datang.
Namun langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini bermakna
ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi lebih positif. Kita
sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan muda yang menganggap orang tua
sebagai penyibuk, tidak memahami perasaan orang muda, lambat bergerak dan sebagainya.
Pandangan yang sebegini menyebabkan sering berlaku perbezaan pendapat antara golongan
muda dengan tua yang membawa renggangnya hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat
terutama warga belia harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang
tua menjadi muda lalu belajar memahami golongan tua ini.
Kesimpulannya, warga tua bukanlah sampah masyarakat yang harus dibuang setelah penat
menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan masyarakat ini
berhak menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa
sebarang alasan. Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua
tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan disisihkan oleh anak.
PELAJAR PERLU FIKIR
Sikap masyarakat terhadap warga tua
Masih ada yang tidak peka dengan nasib mereka dengan mencemuh dan tidak
menghormati warga tua
Malah ada anak yang sanggup menghantar ibu bapanya ke Rumah Orang-orang Tua
Menganggap mereka boleh hidup tanpa warga tua
Kebaikan membantu warga tua
Usaha membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap golongan muda
Menunjukkan jasa mereka amat dihargai
Memastikan kehidupan warga tua terpelihara dan tidak melarat
memberikan imej yang baik kepada masyarakat dan negara





Karangan Warga Emas Harus Disayangi
Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma
jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.
Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga
tua semakin baik.
Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara
yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan
ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai
supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang
mampu kita lakukan dalam isu ini?
Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian.
Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu
juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan
seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam
penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga
emas ini.
Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang
dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman,
laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara
percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu
lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak
membosankan.
Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari
yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang
bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama
untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka.
Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga
emas.
Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana
pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga
tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas.
Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga
emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna.
Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas
mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu
memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah
mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas
setelah mereka menjaga kita selama ini.


WARGA EMASISU PENJAGAAN WARGA TUA
Ramai yang telah memperkatakan peningkatan kualiti hidup diserata dunia, danini termasuklah
bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.Peningkatan pada perkhidmatan
kesihatan telah banyak mempengaruhipeningkatan umur dan dalam masa dua dekat banyak
pengaruh daripadaperkhidmatan kesihatan telah menjamin akan hayat yang lebih
daripadadahulunya.
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat darisatu masa ke satu
masa, contohnya di Malaysia sendiri, peratus warga tuakepada keseluruhan populasi yang melebihi
tahap umur 65 semakin meningkatdari masa ke masa. United Nation (1987) telah membuat
perjangkaan bahawaperatusan warga tua di Malaysia akan meningkat daripada 3.3 peratus
padatahun 1980 sehingga 7.4 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebihdaripada sekali
ganda dalam masa 40 tahun.
Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jikaberbanding dengan
negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun.Warga tua adalah satu golongan yang
istimewa yang pernah menjanakan tenagamereka dalam membimbing generasi kini dengan jayanya.
Maka tidak perludinafikan lagi bahawa pertolongan kepada golongan tersebut perlu digiatkan
.Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akanmemberi sedikit tekanan
kepada masyarakat secara umumnya bagimenyediakan kemudahan, seperti penjagaan, rawatan dan
sebagainya.Penyediaan kemudahan kepada warga tua nanti sudah semestinya akanmengunakan
sumber kewangan yang dijanakan daripada kutipan kerajaan atasmasyarakat dan juga daripada
sumber kewangan peribadi atau persendirian.Masyarakat sekarang harus menanam semangat
bertanggungjawab kepadasemua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk
menanganimasalah yang akan dihadapi oleh warga tua.
Ramai telah memperkatakan usaha-usaha ke arah penjagaan warga tua dalammasyarakat sekarang.
Konsep penjagaan warga tua masih lagi dianggap tidakmempunyai ketentuan yang tetap iaitu
masyarakat dan pihak berkuasa seolah-olah beraggapan bahawa penjagaan warga tua hanya perlu
dilakukan kepadaaspek fizikal sahaja tanpa menitikberatkan aspek emosi mereka. Masyarakatdan
pihak berkuasa seharusnya perlu lebih peka terhadap konsep penjagaanwarga tua dengan
menyediakan program penjagaan yang lebih sempurna dalamsemua aspek baik fizikal mahupun
spiritual kerana hakikat bahawa manusiatercipta daripada dua unsur tersebut tidak dapat
diketepikan sama sekali. Danini bermakna program penjagaan yang komprehensif dan menyeluruh
sifatnyaperlu disediakan untuk mereka.
Masyarakat di kawasan Asia masih lagi mengamalkan keutuhan konsepkekeluargaan di kalangan
ahlinya.Walaupun begitu, didapati bahawa konsepkekeluargaan ini semakin pudar ditelan zaman.
Ramai di kalangan anak yangtidak sanggup untuk memelihara ibu-bapa yang telah tua. Ada kala
warga tuaitu sendiri yang tidak mahu tinggal bersama keluarga dan anak-anak merekadengan alasan
akan menyusahkan keluarga dan anak-anak mereka sendiri.


Sebaliknya mereka lebih rela tinggal di rumah-rumah penjagaan warga tua.Satu kajian dan tinjauan
telah dilakukan olehASEAN Ageing Surveypada tahun1986 mendapati bahawa kebanyakan (91.6
peratus) warga tua di Malaysia masihtinggal sama ada bersama pasangan atau ahli keluarga mereka.
Inimenunjukkan anak-anak dan saudara- mara masih lagi menjadi tempatpergantungan utama
warga tua di Malaysia buat masa sekarang. Persoalannya,adakah konsep pergantungan kepada
keluarga akan terus menjadi teras utamadi dalam isu 'penjagaan warga tua' pada masa akan datang?
Telah diperkatakanterdahulu tadi diaggarkan bahawa Malaysia mempunyai tigapuluh
hinggaempatpuluh tahun lagi untuk melakukan perancangan untuk menyediakanprogram-program
yang terbaik di dalam aspek penjagaan warga tua. Anggaranini dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkanpeningkatan tahap mutu kesihatan yang baik di Malaysia dengan
mengambilkira faktor-faktor kadar kelahiran yang meningkat dan kadar kematian yangsemakin
menurun.Berdasarkan faktor-faktor ini, sudah sampai masanya masyarakat dan pihakberkuasa di
Malaysia menyusun program-program dan dasar-dasar yang lebihrealistik untuk berhadapan dan
seterusnya menangani situasi ini dengan carayang terbaik. Daripada pengalaman negara-negara
yang telah menjalankanprogram ini, berbagai cara yang baik dapat dilaksanakan. Contoh
programdaripada pihak kerajaan yang berjalan lancar di negara membangun adalahseperti
keterlibatan oleh pihak kerajaan di dalam perkhidmat kesihatan danperuntukan pendapatan saraan
yang munasabah untuk warga tua. Manakalamasyarakat pula boleh memberikan sumbangan
mereka menerusi kerja-kerjaamal yang dilakukan tanpa memikirkan sebarang bentuk balasan.
Amalan-amalan yang berbentuk altruistik ini perlu dititikberatkan agar berbudaya didalam
masyarakt Malaysia. Ini bersesuaian dengan seruan kerajaan ke arahmewujudkan masyarakat
penyayang. Dengan lain perkataan, sumbangan yangdiberikan bukan kerana kebimbangan suatu hari
nanti kita akan memerlukanprogram penjagaan kepada kita akan tetapi kita melaksanakan
programtersebut kerana nerupakan budaya dan tanggungjawab masyarakat kita untukmembela
mereka yang pernah berjasa kepada nusa dan bangsa.Didalam melaksanakan perancangan
program penjagaan warga tua, aktiviti-aktiviti tertentu perlulah digarapkan sekali agar warga tua
dapat menghabiskanumur tua dalam keadaan yang boleh dianggap berjaya, setidak-tidaknya
padadiri sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti pendedahan dan pengamalan penjagaankesihatan yang
dapat menjauhkan diri daripada penyakit perlu sekali diberikeutamaan. Selain daripada itu aktiviti-
aktiviti yang dapat menjayakan dirisendiri seperti memupuk semangat warga tua untuk terus hidup
sertakesedaran mengenai kemampuan kapasiti fungsi fizikal mereka membolehkanwarga tua terus
bergiat aktif menyertai pelbagai kegiatan luar yangbersangkutan dengan 'moral boosting' (Rowe and
Kahn, 1987).Bercakap mengenai penjagaan warga tua sudah sememangnya penjagaanterhadap
kesihatan mereka merupakan agenda utama dalam perlaksanaannya.Gregg (1987) menyarankan
bahawa penjagaan kesihatan terhadapt warga tuaadalah elemen utama dalam segala program untuk
warga tua. Tetapi, padamasa kini teknologi yang digunakan dalam aspek kesihatan telah
terkedepandan kos yang mahal perlu ditanggung untuk mendapatkan perkhimatankesihatan. Beliau
mencadangkan agar pihak kerajaan perlulah mengambilinsiatif dengan memberi bantuan pada
peringkat awal perlaksanaan sistem
penjagaan warga tua. Satu sistem yang lebih sempurna perlulah diperincikanselepas itu bagi
membolehkan warga tua atau mana-mana agensi menanggungkos kesihatan mereka
sendiri.Malaysia boleh mengikut jejak langkah yang telah dijalankan oleh negaramembangun dalam
penjagaan warga tua. Amerika Syarikat misalnya, adalahsebuah negara yang menyediakan bantuan
sepenuhnya terhadap kepentingandan keselesaan warga tua. Dengan kekayaan yang ada Amerika
mampu untukmenyara warga tua mereka yang berumur lebih dari 65 tahun keatas, bantuanyang
diberi adalah d ibawah peruntukan 'Social Security Act'. Berbagai akta lagitelah diperuntukan bagi
warga tua, antaranya seperti 1) Akta Warga TuaAmerika 1965; di bawah akta ini berbagai agensi
dilantik bagi memastikankeberkesanaan program saraan warga tua Amerika berjalan dengan baik,
2)Akta Penjagaan Kesihatan 1965; yang menyara semua pembelanjaan kesihatanwarga tua Amerika
and 3) Diskreminasi Umur dalam Akta Pekerjaan 1967; aktaini menamatkan umur pesaraan bagi
semua rakyat Amerika dan mengharamkanpemberian kerja berasaskan umur. Walau bagaimana pun
Amerika Syarikatbukanlah antara negara yang mula-mula melaksanakan program bagi warga
tua.Antara negara yang telah terdahulu dan berjaya dalam perlaksanaan programpenjagaan warga
tua adalah Great Britain (Cockerham, 1997). Malaysia mampumenjayakan program penjagaan warga
tua ini dengan melihat akan program-program yang telah dijalankan oleh negara yang telah berjaya
dalamperlaksanaannya tetapi mestilah mengikut acuan kita sendiri.
Great Britain mempunyai sejarah yang banyak dalam perlaksanaan programpenjagaan warga tua.
Pada mulanya penumpuan cuma diberikan dari segikewangan dimana pada 1908 Akta Pencen
diadakan bagi pembuat penyedianpenyaraan pada masa tua. Pada tahun 1995, lelaki yang berumur
65 danperempuan yang berumur 60 boleh mendapatkan sumbangan pencen sebanyak$355 sebulan
dengan syarat mereka tidak mempuyai pergantungan lain(Cockerham, 1987). Elemen kesihatan
mula timbul dalam penjagaan warga tuadalam Akta Perkhidmatan Kebangsaan 1948 dimana pihak
kerajaan menjadipemilik kepada semua hospital. Dari situ semua perkhidmatan kesihatan
yangdiperuntukan kepada warga tua diberi percuma.
Banyak lagi negara yang telah menjalankan pelbagai program penjagaan wargatua yang telah
berjaya menghasilkan keselesaan dan kepuasan kepada wargatua. Berdasarkan sejarah, kebanyakan
daripada negara ini juga melakukankesilapan dalam pelaksanaan program-program tersebut tetapi
dapatdimantapkan dari masa ke masa. Contohnya negara Sweden yang padamulanya memberi
bantuan kepada semua lapisan masyarakat dengan harapandapat menolong mereka yang miskin
dan juga warga tua. Tetapi selepasdidapati tidak berkesan selepas beberapa lama dan program
bantuan itu diubahsuai dengan peruntukan kepada mereka yang betul-betul memerlukannyaseperti
warga tua dilebihkan. Dan warga tua telah menjadi penerima utamadalam program bantuan rakyat.
Kebanyakan negara juga mengadakan institusi bagi warga tua yang tidakmempunyai tempat untuk
tinggal. Malaysia juga telah mempunyai beberapainstitusi untuk warga tua. Memang telah diakui
bahawa dalam perancanganuntuk menubuhkan institusi warga tua sangat rumit. Pelbagai
perkhidmatanterpaksa di adakan bagi membolehkan mereka tinggal dengan selesa, walaubagaimana
terancangnya penubuhan institusi warga tua sudah pasti tidak akan
bertepatan dengan kehendak penghuninya. Tidak ada satu jenis perkhidmatanyang sesuai untuk
semua jenis orang. Sesuatu yang perlu ditekankan adalahkualiti yang bagus pada keselamatan dan
kesihatan penghuni. Kart dan Manard(1979) ada menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil
bagi mengatasimasalah kemudahan perkhidmatan yang tidak sesuai bagi semua penghuni.Mereka
berpendapat bahawa institusi warga tua paling elok jika dapat disegregasikan menurut faktor-faktor
tertentu yang ada pada penghuni itu.Elemen yang pertama adalah tuan punya institusi tersebut dan
siapa yangmenguruskannya, elemen ini juga menjadi faktor yang agak ketara di dalampenyediaan
perkhidmatan yang bersesuaian. Keduanya faktor saiz. Dari segipsikologi, saiz rumah penjagaan yang
kecil tidak mampu untuk menyediakanperkhimatan yang sesuai dan sudah tentu akan mengalami
kesesakan kepadapenghuni. Ketiga adalah status sosioekonomi. Status sosioekonomi juga
bolehmenentukan jenis perkhimatan yang bersesuai .Jika kebanyakan penghuninyaadalah dari
golongan sosioekonomi yang tinggi, kemudahan dan perkhidmatanyang diberi adalah jauh lebih baik
daripada yang lainnya dan institusi ini bolehbergantung kepada sumber kewangan yang lebih
berbanding dengan cumabergantung kepada bantuan daripada pihak berkuasa. Keempat adalah
faktorintegrasi sosial. Penghuni yang tinggal harus mempuyai takat integrasi sosialyang dapat
membolehkan mereka bergaul dengan penghuni yang lain danpergaulan mereka juga tidak berhenti
hanya dengan penghuni yang lain tetapijuga dengan pekerja dan juga masyarakat. Yang akhir sekali
ialah tahapprofesionalisme. Di sini pihak berkuasa harus mengambil inisiatif awal di
dalammengadakan latihan kepada pekerja institusi agar dapat melayan semuapenghuni dengan baik.
Mereka ini boleh dilatih dengan mengadakan satu pusatlatihan khas atau mendapat latihan sambil
bekerja dengan diperhati danditunjukajar oleh pekerja yang telah cekap.
Walaupun terdapat kebarangkalian untuk membangunkan program penjagaanwarga tua sebagai
satu tanda perhargaan kita terhadap mereka yang telahterlebih dahulu menyumbangkan jasa
mereka di dalam proses pembangunanagama, bangsa dan negara sehingga kita sampai ke tahap
sekarang, kita jugaperlu berhati-hati di dalam memberikan saranan ke arah pembentukan
programpenyaraan dan institusi penjagaan warga tua. Tidak semua prgram dan institusiyang
disarankan boleh berjaya. Perancangannya sudah tentu akan mengambilmasa yang agak lama, tidak
terkecuali juga tenaga dan komitmen yang jituamat diperlukan sekali.
Bakal penghuni selalu akan menanyakan institusi mana yang paling bagusapabila mereka ingin
menyertainya. Jawapannya mudah, institusi yangmempunyai perkhidmatan yang canggih, tidak
begitu besar, sumber kewanganyang mantap, suasana sosial yang baik dan pekerja yang cekap
mengendalikaninstitusi tersebut sudah pasti akan menjadi pilihan yang utama.
Tetapi perlu juga diingat bahawa tiada suatu program atau institusi yang dapatmemberi kepuasan
kepada seluruh penghuninya. Yang paling penting ialahuntuk mengenal pasti bahawa perkhidmatan
keselamatan dan kesihatan adalahunsur yang perlu sekali diutamakan









Soalan 1. Menerusi Konsep 1 Malaysia kerajaan berhasrat untuk
menyatupadukan masyarakat tanpa mengira kaum bagi membolehkan mereka
menikmati kemajuan dan kemakmuran negara secara adil dan saksama.
Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai
konsep 1 Malaysia tersebut.
Catatan : Kemungkinan soalan ini boleh keluar dalam dimensi masyarakat negara
sila rujuk soalan ini dalam bentuk dimensi masyarakat dalam buku saya, MODUL
PEMBELAJARAN KENDIRI BM KERTAS 1 EDISI 2010 muka surat 74.
Sampel pendahuluan : Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar
dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan
rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri
Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan ayahandanya Tun
Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut
telah
menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan
penting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan
Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang mendatang. Oleh hal yang
demikian, dalam merealisasikan matlamat keramat itu, sebagai wargenagara yang
sedar akan tanggungjawab terhadap negara, saya beriltizam untuk memainkan
peranan yang aktif supaya matlamat murni tersebut menjadi kenyataan.
Isi-isi cadangan :
Isi 1 : Mengutamakan amalan kepimpinan melalui teladan apabila saya menjadi
seorang pemimpin saya perlu menunjuk teladan yang baik - maju atau mundur
sesebuah negara terletak atas kebijaksanaan pemimpin yang menentukan dasar
dan
hala tuju negara
- melaksanakan tugas mengurus negara dengan sifat ketelusan,
bertanggungjawab, dan bijak
Isi 2 : Memastikan kerjasama yang terjalin kukuh antara pemimpin dan rakyat saya
akan menyeru supaya;
- mewujudkan suasana harmoni dalam negara sikap saling menyokong dan
saling hormat
- pemimpin menyerlahkan kepemimpinan yang berwibawa rakyat menyokong
dan mematuhi pemimpin tanpa berbelah bahagi
- (Peribahasa ke gunung sama didaki dan ke lurah sama dituruni)
Isi 3 : Memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi yang
tuntas - mahu menjadi remaja yang bervisi dan boleh dicontohi
11
Isi
Isi 4 : Menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
saya akanmenjalankan usaha dan kempen kesamarataan dalam kalangan
masyarakat berusaha mengubah nilai ketaksuban terhadap kaum hendaklah
digantikan dengan ketaksuban terhadap bangsa Malaysia mencari jalan agar
semua pihak mempertingkatkan nilai hormat terhadap kepercayaan agama, adat
resam, dan kaum
Isi 5 : Mempertingkatkan daya usaha dan kesungguhan semua pihak untuk
memajukan negara
- mempelbagaikan potensi ekonomi negara
- memaksimumkan daya usaha sama ada dalam cara berfikir, cara bekerja,
dan kreativiti
- memaksimumkan bidang kemahiran dan teknologi bangkit bersaing dengan
negara-negara maju
- memaksimumkan daya pengeluaran negara terutama ke pasaran
antarabangsa
Sampel kesimpulan : Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik Malaysia Berjaya yang
berbunyi Dari Perlis hinggalah ke Sabah, kita sudah berjaya memaparkan betapa
pentingnya kita bersatu dan berusaha untuk membentuk sebuah negara yang
berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut hendaklah direalisasikan oleh
generasi baru Malaysia agar segala agenda yang telah dirancang oleh pemimpin
yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda kepada seluruh rakyat
Malaysia. Oleh itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan harus saya teruskan dengan pengisian dan keterlibatan menyeluruh
oleh rakyat Malaysia.








Pidato "Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum"

Posted by Faizul Idham 9:50 PG, under | 1 comment


Bissmillahirahmanirahim.. Hadirin dan hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang saya hormati, barisan panel
hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji-panji keadilan, barisan penjaga masa yang
setia dengan masanya untuk melihat detik-detik berharga, dif-dif kehormat yang disanjungi serta
para hadirin pencetus arus kegemilangan Negara yang dikasihi, dekat dihati.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan
masa. Apa khabar, penutur bahasa melayu tercinta?Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya
kemari bukan untuk menjual pantun, tetapi semata-mata ingin membawa diri saya sendiri dan anda
semua untuk kita sama-sama memahami, menyelami dan mendalami maudhuk bicara yang bertajuk,
Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.
Masih terngiang di telinga kita petikan kata-kata Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Bin Tun
Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009 yang berbunyi:
1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia.
Hadirin sidang saksi warga berintegriti,
Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.
Maudhuq bicara hari ini sungguh indah. Oleh itu, marilah bersama kita telusuri dan hayati bersama
agar segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu, adalah lebih baik jika
pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda, agar pemahaman kita
menjadi jelas dan nyata. Pada tarikh 3 April 2009 yang lalu bermulalah detik pemerintahan Dato Sri
Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6
menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan berbekalkan tujuan yang satu,
beliau telah memperkenalkan satu konsep gagasan yang baru iaitu gagasan satu malaysia. Menurut
epistimologi kamus dewan, gagasan membawa maksud buah fikiran yang dijadikan saranan. Maka
timbulnya gabungan indah frasa-frasa rakyat didahulukan pencapaian diutamakan menjadi wadah
utama dalam memacu pentadbiran negara dan perpaduan kaum.
Pembentukan gagasan ini bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan
persaudaraan antara kaum yang semakin pudar. Dengan itu, saya cerakinkan kepada 3 teras iaitu
Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial utama yang terdapat dalam
gagasan 1 malaysia buat tatapan minda kita semua.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Berpaksikan cetusan idea saya yang pertama, Prinsip penerimaan membawa maksud walaupun
rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan atau agama dan kebudayaan yang berbeza, tetapi
kita menerima antara satu sama lain sebagai satu masyarakat yang harmoni. Kita sudah sedia
maklum bahawa Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India yang
sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Kaum masing-masing mempunyai cara hidup, amalan
dan kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan telah diwujudkan bagi
menyatu padukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi impian
negara dalam mencapai negara maju dan setaraf dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan
kehadiran prinsip ini sekaligus dapat melonjakkan amalan kebudayaan kaum masing-masing malah
secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum.
Pastinya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian mengetahui. Peristiwa berdarah 13
Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan
rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktbar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13
Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi
agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia
dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
Jadi, sudah terang lagikan bersuluh, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan dapat mengatasi masalah
perpaduan kaum yang pernah terumbang-ambing di Negara kita suatu ketika dahulu.




Hadirin yang dihormati,
Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.
Meniti isi lembayung saya yang kedua iaitu Prinsip Kenegaraan memupuk semangat nasionalisme.
Cuba kita lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semangat nasionalisme mereka sudah semakin
rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja pada hari ini hanya beberapa orang sahaja
yang dapat memberi jawapan, apa itu semangat nasionalisme? (anda jawab) Oleh itu, kerajaan
mengambil inisiatif meletakkan Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1 Malaysia
dengan harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh.
Tidak dapat dinafikan lagi, Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang
dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan.
Bak kata pepatah sikit-sikit lama jadi bukit.
Sidang pendengar yang setia,
Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang terakhir. Setiap kaum di negara ini tanpa
mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan
aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi
sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain. Namun begitu,
Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak
untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan
Hadirin sekalian,
Secara konklusinya, berdasarkan tiga cetusan minda yang telah dicanang-canangkan oleh saya
sebentar tadi melalui prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan
Sosial, jelaslah disini bahawa konsep 1 Malaysia menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum.
Tuan-tuan dan puan-puan, pada pemuda harapan bangsa sekalian, marilah kita bersama-sama
merealisasikan cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-
membantu selaras dengan fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan.
Wahai warga Malaysia sekalian, sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat. Kita
hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat, yang ringan sama dijinjing yang berat
sama dipikul. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Gunung sama didaki lurah sama
dituruni, semoga kesedaran kita hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak
kita untuk menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Semaikanlah satu cita, satu impian,
satu perpaduan, SATU MALAYSIA! Hidup Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.
Sekian, Wabilah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi ta`ala wabarakatuh.
Terima kasih.












PROGRAM KECERIAAN SEKOLAHPengenalanPersekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi
keselesaan dan mengambarkankecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.
Keceriaan dankebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu
pendidikan .Mempunyaiiklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi
dan misi sekolahserta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang
bersih, ceria,tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan
yangseimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.
Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah
yangmempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan
yangmencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi
mencapaikegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman
danamal. Objektif Program Keceriaan Sekolah#Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan
harmonis.#Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana
dikawasan sekolah.#Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap
kewujudan#institusi pendidikan mereka.#Mewujudkan kerjasama antara warga
sekolah.#Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan
motivasipositif pembelajaran dalam kalangan pelajar.Perancangan Strategik Program
Keceriaan#Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan
diceriakan.#Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria .#Membahagikan tugas
menceriakan kawasan dan taman kepada persatuan dan badanberuniform.#Menceriakan kawasan
persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan.#Menyediakan kemudahan kepada
pelajar terutama pondok ilmu, tempat istirahat , wakaf diskusi dan laluan pelajar dengan lebih
banyak.#Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak.#Memberi tumpuan kepada
kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkankemudahan untuk keselesaan
pelajar.#Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain
yangberpengalaman bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah.#Memberi tumpuan
kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap atau menghayatislogan seperti Sekolahku
Rumahku , Cintailah Sekolah Kita dan sebagainya dalamkalangan warga sekolah.#Membaiki dan
menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dan kawasanpembersihan dengan
lebih baik.#Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasan
sekolah.#Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar.#Menjaga
kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar.#Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan
termasuk aktiviti gotong royongmembersih kawasan sekolah dalam kalangan warga sekolah seperti
kempen sumbanganpokok dalam kalangan warga sekolah,membina papan kenyataan berinformasi
di setiaptaman, mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di kawasan sekolah, membina arca
di kawasan taman,membina menara jam, membina kolam dan air terjun dan membina
laluanberbumbung di kawasan taman dan membina taman herba baru.Keceriaan Bilik Darjah Atau
Kelas#Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat
denganiklim dan suasana dalam bilik darjah. Untuk mencapai kecemerlangan , sekolah
mestilahmemastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalam keadaan yang bersih dan
ceria.#Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan darimasa
ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amatsesuai diadakan
secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaanyang selesa dan
seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik.#Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan
ceria hasil daripada kerjasama danpertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan
menghasilkan kecemerlangan dalamakademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara yangmementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani danintelek.PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH1. Program 3K atau Program Peningkatan
Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan AlamSekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun
sejak tahun 1991. Program ini telahmemberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan
di sekolah-sekolah di seluruhnegara.2. Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar
kemalangan di kawasan sekolah jugaamat berkurangan.3. Program ini telah mengubah budaya
warga sekolah dan masyarakat setempat kepadabudaya yang lebih baik apabila kadar ponteng
sekolah menurun, kes vandalisme berkurangdan prestasi akademik meningkat.4. Kerja berpasukan
dalam kalangan warga kerja sekolah dan kepimpinan pengetua telahmembuahkan hasil dengan
meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan.5. Terdapat sekolah
yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sebagai komponenutama Program 3K. Rasional
polisi keselamatan diperkenalkan ialah untuk memberipendedahan kepada warga sekolah mengenai
keselamatan fizikal, emosi, sosial dan teknikal.6. Program ini dapat menjana keinginan pihak sekolah
untuk terus meningkatkan kemajuansekolah kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai
kedudukan dan pencapaian sekolahberkenaan.7. 3K juga memberikan ruang kepada para pelajar
untuk berinteraksi sesama mereka melaluikerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah
menyediakan taman dan landskap di kawasansekitar sekolah.Melaluinya para pelajar dapat
mengenal pasti potensi dan keupayaan merekasebagai pemimpin selain membentuk disiplin diri
apabila dilantik mengetuai sesuatu projek.8. Melalui 3K , pelajar, guru dan guru besar dapat
berinteraksi dalam suasana yang lebihmesra sekali gus menjalin hubungan baik antara mereka dan
memudahkan pelaksanaansegala urusan berkaitan pendidikan di sekolah itu.













BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA 2 - KEPENTINGAN

KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN

Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas
tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu
ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula
membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang
pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih
berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti
yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian
disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan
dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata
rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri.

Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat
mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan
mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam
memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat
membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif
yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah
bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya
telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan
pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal
berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya
dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang
untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan
tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk.
Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan
import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira.
Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.

Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di
atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan
berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa
Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan
rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita
harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat
Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi
negara menjelang 2020 nanti.

Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba
kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi
kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita
mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang
tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa
barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan
kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri.

Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada
rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka
hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong
kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-
sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana Bersatu
teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar
untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

[568 patah kata]











SOALAN:

Sikap mengutamakan barangan buatan tempatan banyak memberikan manfaat kepada rakyat.
Dengan berdasarkan hakikat ini, tulis rencana yang menyentuh pelbagai manfaat amalan tersebut
kepada rakyat dan negara ini.

Faedah Mengutamakan Barangan Buatan Tempatan
Oleh : Noor Azmi bin Hashim

Kejatuhan nilai ringgit sejak bulan Julai 1997 yang Ialu telah menjerumuskan Malaysia dalam kancah
kegawatan ekonomi yang agak teruk. Nilai ringgit yang pada suatu ketika dahulu hanya sekitar
RM2.50 bagi setiap AS$1.00 kini mencecah angka RM3.80 bagi setiap AS$1.00. Keadaan sebegini
memberikan impak yang buruk kepada ekonomi negara. Harga barang semakin meningkat,
manakala harga saham semakin menjunam hingga menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa
gulung tikar. Sebagai akibatnya, ribuan pekerja menjadi penganggur.

Untuk berdepan dengan situasi begini, pelbagai langkah perlu diambil. Salah satu caranya ialah
mengamalkan sikap berjimat cermat. Setiap rakyat Malaysia daripada segenap lapisan perlu
mempraktikkan amalan berjimat dalam perbelanjaan harian mereka. Jika selama ini sikap terlalu
mengagung-agungkan barangan luar negara begitu ketara, kini tibalah masanya mereka
memartabatkan barangan buatan tempatan. Dengan kata-kata lain, rakyat Malaysia perlu mengubah
persepsinya terhadap barangan buatan tempatan.

Tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya, banyak manfaatnya mengutamakan barangan buatan
tempatan ini. Dari segi harga, temyata bahawa barangan buatan tempatan lebih murah jika
dibandingkan dengan harga barangan import. Hal ini dapat dibuktikan dengan harga motosikal
buatan tempatan, iaitu Kriss. Harga motosikal tersebut, yang berkuasa kuda 110 ialah sekitar
RM4500.00 sebuah. Sebaliknya harga sebuah motosikal buatan Jepun yang mempunyai kuasa kuda
yang sama melebihi RM5000.00. Hal ini bermakna bahawa dengan membeli barangan buatan
tempatan, seseorang itu dapat menjimatkan perbelanjaan untuk memiliki barangan yang sama.

Selain harganya murah, kualiti barangan buatan tempatan setanding juga dengan kualiti barangan
import, malah ada yang lebih baik mutunya sehingga menarik minat pelancong asing dan pelbagai
pihak di luar negeri. Barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dompet, dan sebagainya mendapat
tempat yang istimewa di hati para pelancong dan para pengimport luar negeri. Kasut Bata keluaran
Malaysia, misalnya, pernah mengalahkan kasut buatan negara lain dalam suatu pertandingan kualiti
kasut dalam satu pesta antarabangsa di ltali. Lebih daripada itu, Malaysia adalah antara pengeluar
alat pendingin hawa yang terbaik di dunia dan diberikan pengiktirafan oleh banyak badan standard
kualiti antarabangsa. Jika orang luar memandang tinggi terhadap barangan buatan tempatan,
sepatutnya rakyat Malaysia lebih menghargai dan mengiktirafnya.

Dengan membeli barangan buatan tempatan, rakyat Malaysia dapat juga membantu perkembangan
industri setempat. Sambutan yang diberikan terhadap sesuatu barangan tempatan akan
memungkinkan syarikat tersebut meluaskan pasarannya sehingga ke luar negeri. Keadaan ini akan
meningkatkan kemakmuran negara dan sekali gus akan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia
juga. Sambutan yang diberikan terhadap kereta Proton, misalnya, telah memungkinkan
pengeluarnya memasarkan kenderaan tersebut hingga ke Britain, Filipina, Singapura, Brunei dan
negara-negara lain.

Perkembangan industri tempatan akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada
rakyat setempat. Apabila barangan buatan tempatan mendapat sambutan, maka pengeluaran atau
produktivitnya tentulah meningkat. Industri akan bertambah maju dan secara tidak langsung
keadaan ini akan mengurangkan kadar pengangguran yang dihadapi negara. Sedikit banyak
perkembangan ini dapat mengurangkan masalah sosial yang berpunca daripada masalah
pengangguran. Di samping itu, perkembangan yang sihat ini dapat juga membantu rakyat Malaysia
menikmati pelbagai prasarana yang diperlukan.

Manfaat yang lebih penting daripada amalan membeli barangan buatan tempatan, khususnya dalam
keadaan ekonomi yang muram sekarang, ialah tindakan itu dapat membantu negara mengurangkan
kesan kegawatan ekonomi. Hal ini demikian kerana, amalan ini dapat menyekat pengaliran keluar
mata wang tempatan dan mengurangkan import. Sebagai hasilnya, nilai ringgit dapat distabilkan
daripada kedudukannya sekarang.

Dengan nilai ringgit yang rendah, harga barangan import sekarang secara relatif menjadi lebih mahal
daripada harganya dahulu. Keadaan tersebut sudah tentulah meningkatkan perbelanjaan harian
rakyat Malaysia. Untuk berdepan dengan situasi itu, alternatif yang terbaik yang sepatutnya
diamalkan oleh rakyat Malaysia sejak dahulu lagi ialah memberikan sokongan terhadap barangan
tempatan. Berikanlah kerjasama terhadap kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang
dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara.
Barangan buatan Malaysia kebanggaan kita bersama. (600 patah perkataan)




Kempen Belilah Barangan Buatan
Malaysia

MENTALITI PENENTU KEJAYAAN KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA

JUMAAT lalu, kerajaan melancarkan kempen Belilah Barangan Malaysia Pilihan Bijak,
serentak di tiga lokasi berasingan seluruh negara untuk menggalakkan rakyat
menggunakan barangan tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkannya di Mydin Mall
USJ Subang Jaya.

Di Sarawak pula, pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Patinggi
Abdul Taib Mahmud di Boullevard, Kuching, manakala di Sabah dilancarkan oleh
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan di pusat beli-belah 1Borneo,
Kota Kinabalu.


Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998,
menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat
mengutamakan barangan tempatan.

Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak
menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.

Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar
negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan
tempatan.

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan
elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan
harian seperti makanan.

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan
mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.

Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan
luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk
luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin
lebih baik lagi.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang
sememangnya pun tidak menguntungkan.

Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu
dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia
Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita
telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita
telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.

Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga
semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.

Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk
telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita
sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.

Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar,
maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.

Kita perlu memulakan usaha, kita perlu mencuba dan mempraktikkannya
sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika melancarkan kempen
berkenaan, Jumaat lalu.

Dalam ucapannya itu, Datuk Seri Abdullah mahu rakyat mengutamakan barangan
buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan.

Kenyataan Perdana Menteri itu seharusnya menginsafkan kita semua, kerana dengan
mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata
kepada pelbagai pihak.

Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan
pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih
berkualiti dan berdaya saing.




Sumber: BERNAMA
Belilah Baranagn Buatan Malaysia
Selama ini kerajaan dan menteri hanya menggalakkan rakyat membeli barangan
buatan Malaysia dalam usaha mengatasi kesan kejatuhan nilai ringgit di samping
mengurangkan bahan import.
Bagaimanapun, katanya, rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat
lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi
memudahkan mereka membuat pilihan.
"Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di
seluruh negara sedang mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada
pengguna.
"Senarai itu diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama)
dan syarikat terbabit," katanya di sini, hari ini.
Marimuthu berkata, Fomca sejak dulu lagi menggalakkan tiga amalan diberi
perhatian dalam pergerakan penggunaan iaitu beli barangan buatan Malaysia,
amalan menabung atau berjimat cermat serta tidak membeli secara sewa beli.
"Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan,
kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu," katanya.
Berikutan itu, katanya, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai
barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah
kejatuhan nilai ringgit sekarang.
"Langkah Fomca itu dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli
barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import," katanya.
Beliau juga berkata tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan
pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan
ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit.
Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat
berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang.
sumber: www.smartgeneration.com.my
AMANAT TAHUN BARU 2009
Y.B. DATO' SHAHRIR BIN ABDUL SAMAD
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
TARIKH: 6 JANUARI 2009

Timbalan Ketua Setiausaha (Konsumerisma dan Pengurusan)
Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Agensi, Pengarah-Pengarah Negeri
dan seterusnya anggota Kementerian yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izinNya, dapat kita
berkumpul pada pagi ini. Hari ini merupakan hari keenam kita melangkah ke tahun
baru 2009 dan menjadi tahun pertama saya meraikan tahun baru bersama warga
Kementerian. Selamat Tahun Baru saya ucapkan dan berharap anda semua berada
dalam penuh keazaman untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal kita tempuh
pada tahun ini dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai
penjawat awam untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Pendahuluan
Y.B. Menteri berpendapat KPDNHEP telah dapat mendidik orang awam mengenai
tugas-tugas serta peranan Kementerian dalam pembangunan negara. Hakikat ini
dapat dilihat dari sokongan orangramai dan media terhadap usaha yang dijalankan
oleh Kementerian. Y.B. Menteri mengucapkan terima kasih kepada warga
Kementerian atas sokongan yang diberi kepada beliau.

Peranan Kementerian
Peranan KPDNHEP perlu dikaji semula kerana tanggungjawab Kementerian bukan
hanya penguatkuasaan sahaja. Kementerian ini wajar dianggap sebagai "Kementerian
Ekonomi" yang mempunyai peranan yang penting dari segi sumbangan kepada
sektor permintaan domestik yang menjadi semakin penting dalam ekonomi negara.
Dengan bertambahnya kepentingan permintaan domestik dalam ekonomi negara,
peranan KPDNHEP juga bertambah penting. Sehubungan ini, pegawai-pegawai
KPDNHEP harus memberi lebih perhatian kepada peranan pembangunan ini di masa
hadapan.

Pembangunan Minda Masyarakat
KPDNHEP memainkan peranan penting dalam pembangunan minda dan pemikiran
masyarakat yang merupakan perkara lebih sukar jika dibandingkan dengan
pembangunan fizikal. Y.B. Menteri berpendapat kepentingan KPDNHEP tidak
seharusnya diukur dari segi saiz bajet atau jumlah projek fizikal Kementerian. Peranan
dan kepentingan KPDNHEP wajar diukur dari segi pembangunan minda dan
pemikiran masyarakat juga. Dalam hal ini, kesedaran masyarakat terhadap
kepentingan permintaan domestik dalam pembangunan ekonomi negara merupakan
salah satu pencapaian yang penting bagi Kementerian.
KPDNHEP juga boleh menyumbang kepada pendidikan. Y.B. Menteri berpendapat
pendidikan mengenai konsumerisme harus dimulakan di peringkat sekolah.
Tujuannya ialah untuk menyediakan genarasi akan datang untuk mudah hidup dalam
masyarakat konsumer.

Sokongan Media
Pihak media telah memberi sokongan kepada Kementerian dalam usaha-usaha
menerajui isu konsumerisme. Y.B. Menteri memaklumkan perhimpunan bahawa
pihak media bersedia membantu Kementerian dalam usaha membangunkan
konsumerisme dari segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita
konsumerisme. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh Kementerian
dari segi memberi pendedahan kepada pihak media terhadap fungsi dan
tanggungjawab Kementerian. Usaha untuk memberi pendedahan kepada pihak
media dan juga orang ramai ini harus diteruskan.

Cabaran Tahun 2009
Pada tahun 2008, isu inflasi merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh
KPDNHEP. Bagi tahun 2009 pula, tekanan inflasi dijangka akan berkurangan. Namun
ini tidak bermakna peranan KPDNHEP tidak penting lagi dalam tahun 2009. Di
sebaliknya, KPDNHEP dijangka akan memikul tanggungjawab lebih berat dari segi
membangunkan ekonomi domestik ekoran dari kemelesetan ekonomi yang sedang
dialami oleh negara-negara maju. Malaysia tidak terkecuali dari kemelesetan tersebut.
Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara akan terus mapan, KPDNHEP perlu
berusaha untuk mewujudkan suasana kondusif yang boleh merangsang
pertumbuhan ekonomi negara.

Kempen Beli Barangan Malaysia
Sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara, KPDNHEP akan
melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia pada 16 Januari 2009. Kempen ini akan
dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan
Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak
kepada sektor ekonomi. Justeru itu, Pejabat-Pejabat Negeri dan Cawangan-
Cawangan KPDNHEP harus memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan
kempen tersebut.

Harga Barang Dan Kebajikan Rakyat
Y.B. Menteri menyaran supaya pegawai-pegawai KPDNHEP memberi perhatian
kepada kebajikan rakyat, terutamanya mereka di luar bandar, dan tidak berpegang
kepada kepercayaan bahawa penentuan harga harus diserahkan kepada kuasa
pasaran bebas sahaja. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran
mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar,
dengan infrastruktur yang baik, skala ekonomi yang besar dan persaingan yang
sengit, penduduk sentiasa dapat menikmati harga yang lebih munasabah. Tetapi
penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi
masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem
pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai KPDNHEP perlu memberi
perhatian kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini. Isu ini
akan juga menjadi salah satu tugas utama Kementerian dalam tahun 2009.

Dasar Mengenai Lesen Pemborong
Kementerian perlu mengkaji semula dasar pelesenan pemborong untuk menentukan
sama ada pemborong telah memainkan peranan demi manfaat orang ramai,
terutamanya dari segi mengedarkan barang-barang perlu kepada penduduk-
penduduk di kawasan luar bandar dan dalaman. Pihak pemborong wajar sedar
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan
pengedaran mereka perlu disampaikan kepada penduduk ini.

Penyebaran Maklumat
Y.B. Menteri menyaran supaya pegawai/kakitangan KPDNHEP memainkan peranan
lebih giat dari segi menyebarkan maklumat mengenai peranan dan bantuan Kerajaan
kepada rakyat. Masih ramai penduduk tidak sedar kemudahan dan bantuan yang
disediakan oleh Kerajaan untuk mereka yang miskin atau mereka sedang
menghadapi masalah. Dengan maklumat secukupnya, ini akan dapat membantu
mereka menanganai masalah yang dihadapi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab
kakitangan KPDNHEP untuk menyebarkan maklumat penting kepada orang ramai,
termasuk fungsi dan peranan KPDNHEP.

Y.B. Menteri menyaran kepada warga KPDNHEP supaya terus bekerjasama dan
berusaha untuk menyempurnakan tugas-tugas Kementerian bagi tahun 2009.
UCAPAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
TARIKH: 6 JANUARI 2009
Iktiraf ciptaan tempatan - Rakyat jangan sangsi barangan buatan Malaysia PM

PUTRAJAYA 8 Okt. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat mengubah
sikap dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi
tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka.

Menurut Perdana Menteri, rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak-
anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka
yang setanding dengan produk import.

Sehubungan itu, beliau mahu institusi kerajaan, swasta dan rakyat mengutamakan
produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta
tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti.

Abdullah berpendapat, rakyat Malaysia agak sangsi untuk menggunakan produk
tempatan tetapi akan menggunakan barangan import tanpa ragu-ragu terhadap
kualitinya.

Kita bersikap pemaaf apabila barangan import yang kita beli ada kecacatan tetapi
kurang memaafkan apabila melibatkan barangan buatan tempatan.

Mari kita ubah sikap kita dan bersedia untuk mengiktiraf keupayaan pencipta kita
sendiri dan produk mereka, katanya ketika berucap melancarkan IRIS Oxy-Hydrogen
Mobile Incinerator, di sini hari ini.

Insinerator bergerak mesra alam yang dijanakan oleh gas oksigen dan hidrogen itu
dibangunkan oleh syarikat tempatan, IRIS Corporation Bhd. dan merupakan
teknologi pertama seumpamanya di Malaysia.

Insinerator itu merupakan insinerator generasi baru yang boleh melakukan
pembakaran bebas toksik terhadap sisa pepejal dan cecair domestik.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi IRIS Corporation Bhd., Tan Sri Razali
Ismail dan Pengarah UrusannAya, Datuk Tan Say Jim.

Pada majlis tersebut, Abdullah turut menyaksikan upacara menandatangani
perjanjian pembelian antara IRIS Corporation dan PTJ Technology Co. Ltd. of
Thailand yang telah memesan satu unit insinerator bergerak itu.

Menurut Perdana Menteri, rakyat perlu menukar sikap mereka yang lebih suka
membeli teknologi tinggi yang direka oleh negara lain seperti Jepun dan Korea dan
percaya tentang kebaikannya.

Beliau berkata, ini kerana peralatan berkenaan sebenarnya boleh dibekalkan oleh
rakyat Malaysia sendiri.

Bagaimanapun beliau sedar bahawa terdapat produk di negara ini yang masih belum
mencapai tahap teknologi yang lebih tinggi berbanding produk luar negara.

Kita belum sampai lagi (tahap itu) kerana ada alat canggih kita kurang sempurna.
Tetapi apa yang boleh kita boleh buat dan yang penting bagi kita ialah institusi
kerajaan dan swasta memberi ruang dan peluang untuk anak tempatan
memperkenalkan teknologi mereka, katanya.

Dengan cara itu, menurut Abdullah, syarikat tempatan akan menerima maklum balas
daripada pengguna mengenai sebarang kekurangan dan kelemahan produk tersebut.

Setelah itu, produk tersebut akan ditambah baik dan diperelokkan supaya nanti alat
itu bertambah canggih dan lebih tinggi kapasitinya.

R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan
untuk mencuba pakai, katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak memberi galakan kepada pembangunan
kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai produk
peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini.

Kalau kita tidak sedia membeli atau mencuba pakai, maka penyelidikan dan
pembangunan (R&D) anak tempatan tidak dapat berkembang dan mereka akan rasa
kecewa serta tidak ada keyakinan, katanya.

Mengenai insinerator bergerak mesra alam yang dibangunkan oleh IRIS Corporation
itu, Perdana Menteri melahirkan rasa gembira kerana produk berteknologi tinggi itu
dihasilkan oleh anak tempatan.

Beliau juga yakin produk tersebut mempunyai potensi untuk berkembang maju.

Apa yang menggembirakan, sebelum kita beli Thailand sudah beli dulu, katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Isu semasa : Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia

Kempen beli produk Malaysia perlu sokongan menyeluruh

KEMPEN Beli Barangan Buatan Malaysia yang buat pertama kali dilancarkan pada
1984, kini dihidupkan kembali oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertujuan meningkatkan permintaan domestik terhadap
barangan buatan tempatan dan merangsang ekonomi negara.
Untuk menjayakan kempen itu, masyarakat pengguna, penjual, pengilang dan media
perlulah membantu kerajaan dengan bersungguh-sungguh agar kempen kali ini
benar-benar membuahkan hasil yang diharapkan.

Pertama, pengguna perlu terlebih dulu mengubah sikap dan tanggapan terhadap
barangan buatan tempatan. Kita tidak boleh menafikan masih ramai rakyat Malaysia
terutama golongan pertengahan dan atasan yang lebih cenderung untuk membeli
barangan import. Jika sikap sedemikian berterusan, kempen yang dijalankan kerajaan
ini akan terbantut.

Dengan membeli barangan tempatan, kita bukan sekadar menyokong industri
tempatan malah membantu melestarikan ekonomi negara. Membeli barangan
tempatan sekurang-kurangnya mengurangkan pengaliran wang negara keluar.
Membeli dan menggunakan barangan tempatan adalah tindakan awal yang perlu
kita ambil untuk bersama-sama menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

Kedua, masyarakat peniaga juga perlu memainkan peranan untuk menjayakan
Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Peniaga perlu membuktikan bahawa mereka
juga memiliki semangat cintakan negara. Sebagai contoh, pasar raya boleh bertindak
memperluaskan pemasaran produk tempatan, mengadakan rak yang khusus bagi
memperagakan produk itu atau memberikan mata ganjaran setiap kali pembeli
membeli barangan tempatan. Kesemua ini juga adalah sebahagian tanggungjawab
sosial peniaga.

Ketiga, pengilang atau pengeluar juga tidak boleh lari daripada memainkan peranan
mereka. Pengeluar perlu memberi tumpuan lebih serius terhadap kualiti produk,
pembungkusan, penjenamaan, kos pengilangan dan pengedaran. Kesemua ini perlu
bagi meyakinkan pengguna tempatan bahawa produk tempatan juga setaraf dengan
produk import.
Keempat, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta KPDNHEP negeri juga boleh
menyemarakkan lagi Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia pada peringkat daerah
dan negeri. Tindakan perlu diambil agar kempen dijalankan tidak hanya hangat di
sekitar Lembah Klang semata-mata tetapi turut tersebar ke seluruh negara.

Antara yang boleh dibuat ialah dengan membantu pengedaran dan pemasaran
produk tempatan dengan memperbanyakkan lagi tapak niaga sementara khususnya
untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau peniaga kecil. Di samping itu,
tindakan boleh diambil untuk memastikan kedai dan pasar raya di bandar masing-
masing turut serta berkempen dengan bersungguh-sungguh, menggalakkan PKS
menggunakan logo buatan Malaysia secara meluas untuk barangan mereka,
memperbanyakkan lagi program untuk mendidik masyarakat pengguna memahami
kepentingan mengutamakan produk tempatan dan mempromosi produk tempatan
yang kurang dikenali tetapi berpotensi.

Akhir sekali, peranan dan pengaruh pihak media tidak boleh diperkecilkan. Media
perlu melipatgandakan usaha untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat
untuk turut serta menyokong Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.

Apabila kita membelanjakan wang kita dengan membeli produk tempatan, kita akan
memastikan wang kita terus berada di Malaysia. Kita juga boleh memastikan wang
kita tidak digunakan oleh syarikat-syarikat asing untuk bersekongkol dengan negara
tertentu bagi mengebom sesebuah negara atau menyokong peperangan.

DR SHAIFUL ANNUAR KHALID,
UiTM Perlis.
Sumber: Berita Harian
Abdullah Minta Rakyat Utamakan Barangan Buatan Malaysia
SUBANG JAYA 16 Jan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu
rakyat mengutamakan barangan buatan Malaysia dan mengikis sikap prejudis
terhadap barangan tempatan.
Beliau berkata, walaupun banyak barangan buatan Malaysia diterima baik di luar
negara kerana ia bermutu tinggi tetapi di Malaysia sendiri masih ada yang tidak
berminat dengan barangan tempatan sebaliknya memilih barangan luar negara.
Cubalah...kalau kita tidak cuba kita tidak tahu. Apabila mencubanya kita akan lebih
sayang dan akan menjadi pengguna yang setia, katanya ketika melancarkan kempen
belilah barangan Malaysia pilihan bijak di Mydin Mall USJ di sini hari ini.
Pelancaran kempen itu dilakukan serentak di 1 Borneo, Kota Kinabalu dan di
Boulevard, Kuching. Pada majlis itu Abdullah turut melancarkan logo Beli Barangan
Malaysia, yang baru. Kempen itu pertama kali dilancarkan pada tahun 1998.
Abdullah berkata pengilang dan pengusaha di negara ini mengeluarkan pelbagai
jenis barangan seperti makanan, solekan, perhiasan, ubat-ubatan, kraftangan dan
pakaian.
Sumber: Bernama
Aktifkan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia

KEMPEN Belilah Barang Buatan Malaysia dilancarkan pada 4 April 1984 oleh Perdana
Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan pelbagai tujuan
termasuklah menjana ekonomi industri tempatan tidak kira industri berat, sederhana
mahupun industri kecil.

Ketika krisis ekonomi melanda negara 1998, dalam program Bersama Perdana
Menteri 14 Julai 1998, antara lain ketika beliau ditanya oleh Presiden FOMCA, Prof. Dr.
Hamdan Adnan mengenai langkah yang dimainkan oleh kerajaan mendepani krisis
tersebut,

Perdana Menteri menjelaskan bahawa pada tahun 1998 juga dilancarkan satu
kempen yang bernama Kempen Ekspo Cintailah Malaysia di mana sebanyak 400
gerai barangan tempatan dipamerkan untuk tontonan orang ramai dengan harapan
dapat memperkenal dan menarik minat orang ramai terhadap barangan tempatan.

Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia sebenarnya tidak mati begitu sahaja kerana
pelbagai program dan aktiviti dilakukan untuk memberi kesinambungan terhadap
kempen tersebut, cuma orang ramai yang seolah-olah lupa akan kempen tersebut
kerana kempen itu digembar-gemburkan ketika adanya sambutan hari-hari tertentu
seperti Hari Peladang dan juga ketika negara menghadapi krisis ekonomi seperti
sekarang.

Tegasnya, ketika ekonomi pulih dan stabil, ramai antara kita yang tidak memandang
atau memperlekeh barangan tempatan hinggalah mengalih perhatian terhadap
barangan import. Oleh itu, dengan mudah pula kita membantu mengukuhkan
ekonomi negara lain dengan cara membeli barangan buatan mereka tanpa
memikirkan kesan di sebaliknya

Sewajarnya kempen Belilah Barang Buatan Malaysia diaktifkan semula supaya
masyarakat kita menghargai barang-barang yang kita hasilkan apatah lagi ada antara
barang-barang tersebut yang berkualiti dan mampu menembusi pasaran
antarabangsa. Maka, apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) mahu melancarkan semula kempen ini seluruh negara 16
Januari ini.

Rasa-rasanya tindakan ini tepat pada masanya demi mengawal pengaliran keluar
wang kita ke negara luar, kecuali barang-barang yang memang tidak cukup bagi
keperluan domestik.

Sejak dulu lagi, kempen ini secara simboliknya mahu mendidik pengusaha di negara
kita memberanikan diri, mengubah persepsi dan meningkatkan keupayaan meneroka
bidang yang selama ini dikuasai oleh orang luar, terutamanya barang-barang
berasaskan perkilangan.

Kempen ini juga sebenarnya memberi dorongan kepada pengusaha tempatan
meningkatkan kualiti barang yang dihasilkan supaya setanding atau menyaingi
barangan dari luar, diyakini oleh masyarakat tempatan agar terus menyokong
industri tempatan.

Tidak dinafikan juga bahawa sokongan masyarakat negara kita terhadap barangan
tempatan sangat penting untuk menentukan jatuh bangun industri dan juga
barangan tempatan.

Contohnya, jika sesuatu barang yang kita keluarkan mendapat sambutan
menggalakkan, bermakna kita menghidupkan industri tempatan manakala di pihak
industri pula, mereka tentulah melipatgandakan usaha untuk mengekalkan industri
mereka, melebarkan perniagaan dan menambah baik mutu barangan yang
dikeluarkan dengan harapan dapat memuaskan hati pengguna.

Menyokong industri tempatan bermakna kita dapat menyumbang ke arah
kemantapan ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuklah peluang pekerjaan
yang dapat dinikmati oleh penduduk tempatan.

Kadar pengangguran yang dapat kita kurangkan akan mengecilkan juga risiko
jenayah dan segala macam budaya yang menghimpit remaja masa kini.

Namun, tidak semestinya kempen ini menolak seratus-peratus barangan dari luar.
Masalah cita rasa, kuasa beli dan keinginan memenuhi keperluan yang memang tidak
ada di negara kita memerlukan kita bergantung juga kepada barangan dari luar.

Apa-apa pun, kempen ini akan dapat membendung tabiat menggila penduduk
negara kita terhadap barangan dari luar. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-
dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita.
Diharapkan kempen ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi
tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen.













Cara-cara menggalakkan pengguna tempatan membeli barangan Malaysia
Ketika menyambut hari Kemerdekaan yang ke-53, sebagai rakyat Malaysia kita berasa
bangga kerana ibu pertiwi kita telah berjaya melepaskan diri daripada belenggu penjajah dan
berjaya menempa nama di persada dunia. Salah satu kejayaan tanah air kita ialah barang
buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Kereta buatan Malaysia
seperti Myvi dan Proton telah dijual di banyak negara, termasuk England, Australia dan lain-
lain lagi. Ironinya, rakyat Malaysia masih ragu-ragu terhadap kualiti barangan Malaysia.
Lantaran, semua pihak yang terlibat patut mengaturkan strategi yang bersepadu untuk
menggalakkan rakyat kita membeli barangan Malaysia supaya mata wang Malaysia tidak
mengalir ke luar negara.
Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan yang signifikan untuk menggalakkan
anggota masyarakat kita supaya membeli barangan Malaysia. Kempen Beli Barangan
Malaysia harus dijalankan atas kerjasama media massa dan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai iklan, dokumentari, rancangan, wawancara
dan sebagainya harus disiarkan dalam siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah.
Pihak berkenaan harus mengadakan pertandingan kuiz, melukis poster, menulis esei, dan
lagu patriotik bersempena dengan kempen tersebut. Kata orang tua-tua, di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Dengan propaganda daripada pihak media, kempen tersebut
dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan
Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak
kenal maka tak cinta.
Untuk menjamin kualiti barangan Malaysia dan memberikan jaminan tentang mutu barangan
Malaysia, para pengusaha sama ada kaum petani, pengusaha industri kecil dan sederhana
serta usahawan korporat harus memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% pendapatan
mereka sebagai belanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pengusaha kita
harus mengaplikasikan budaya R&D sebagai budaya perniagaan mereka. Mereka harus
berusaha meningkatkan mutu barangan hasil mereka sama ada bahan pertanian, penternakan
atau buatan kilang sehingga mencapai kriteria ISO atau SIRIM. Dengan ilmu sains dan
teknologi yang canggih, barangan Malaysia bukan sahaja perlu bermutu malah harus terjamin
dari segi kesihatan, keselamatan dan mesra alam. Selain kualiti, para pengusaha harus
sentiasa meneliti, mengkaji dan menyiasat cinta rasa trend semasa, keinginan pasaran serta
pembungkusan yang unik. Perniagaan yang tradisional tidak dapat bersaing dalam dunia
perdagangan yang penuh dengan cabaran dan kompetitif. Salah contoh yang nyata ialah
setiap tahun, Syarikat Nokia dan Apple telah berbelanja berpuluh-puluh bilion ringgit dalam
penyiasatan dan pembangunan supaya produk mereka sentiasa di takuk mercu di pasaran
dunia. Lantaran R&D merupakan pendekatan yang ampuh untuk mengadaptasikan barangan
Malaysia kepada pasaran tempatan dan dunia. Seperti pepatah Cina, ketika menongkah arus,
kita tidak maju ke depan bermaksud kita telah mundur.
Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak proaktif untuk mempromosikan
barangan Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat ialah mengadakan ekspo di seluruh
negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada
para pengguna. Ketika ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat
memperkenalkan produk syarikat secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan
dan keunikan produk mereka. Sebagai contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba
tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak
kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara, seperti
ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh digunakan tanpa waswas.
Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan tempatan, ekspo fesyen pakaian tempat dan
ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan dari semasa ke
masa. Hakikatnya, Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 telah berjaya mengadakan ekspo
barangan Malaysia kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan yang hangat. Pengeluar
kita harus bersikap komitmen bagai genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Keikhlasan
dan kesungguhan mereka pasti dapat menarik perhatian pengguna kita untuk membeli produk
Malaysia.
Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan
Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan pelancong
asing dan pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia. Pihak berkenaan harus
menetapkan bahawa hanya barangan Malaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang
istimewa. Atas tajaan pengeluar kilang, premis perniagaan seperti gedung beli-belah, pasar
raya besar terutamanya Giant, Jasco, Tesco, Mertojaya, Parkson dan sebagainya
boleh mengadakan jualan megah atau jualan murah tentang barangan Malaysia secara besar-
besaran. Jika harga barangan Malaysia sangat menawan, para pengguna pasti tertarik hari
untuk membelinya. Para pelancong juga turut terpukau oleh potong harga yang istimewa. Di
samping memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-belah Malaysia juga dapat
melariskan barangan Malaysia. Hal ini bagai menyelam sambil minum air.
Sementelahan pula, pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan
pelajar sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian
kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka
terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Melalui mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
nilai cinta akan negara boleh disuntik kepada generasi muda kita. Kita patut mencontohi
warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan
negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti
menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Hunydai. Jika pelajar
kita telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia,
amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa
golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Jika mereka suka
membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran.
Natijahnya, rakyat Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan: 1Malaysia Menjana
Transformasi. Seisi negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan
satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Negara kita, tanggungjawab kita.
Marilah kita berbangga terhadap barangan Malaysia yang bermutu tinggi.







Baca petikan di bawah dan tulis rumusan tentang faedah-faedah membeli barang-barang buatan
tempatan dan cabaran yang dihadapi oleh barang-barang tempatan. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

_____________________________________________
Pada tahun 1986, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri yang dinamakan
Proton Saga. Sejak tarikh tersebut, promosi secara besar-besaran dilaksanakan bagi menggalakkan
rakyat negara ini membeli dan menggunakan barangan tempatan bukan sahaja terhadap kereta
nasional tersebut malah bagi semua hasil keluaran industri tempatan. Promosi pertama mengajak
rakyat membeli dan menggunakan barangan tempatan ini telah berjaya meningkatkan pasaran bagi
hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara.

Membeli barangan tempatan dan menggunakannya bukanlah sesuatu yang harus dipandang aneh.
Hal ini disebabkan mutu atau kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan hasil keluaran
yang dijual oleh negara-negara lain. Malah keluaran tempatan mampu diakui kualitinya kerana
pembikinannya adalah berkonsepkan kemalaysiaan. Pada masa yang sama, pembelian barangan
tempatan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang setara dari luar Negara. Sebagai
contohnya, dengan membeli kereta nasional, negara kita dapat mengurangkan pembelian kereta
import dari Jepun dan Amerika syarikat. Dengan cara itu, negara telah berjaya mengurangkan aliran
wang negara kita daripada keluar ke negara lain. Hal ini sudah pasti mampu menambah nilai tambah
hasil industri di Malaysia.

Pembelian barangan tempatan oleh rakyat sendiri juga mampu menggalakkan pertumbuhan kilang-
kilang dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat menjamin kemajuan industri secara
berterusan. Dalam keadaan seperti ini, kilang-kilang yang dibuka akan dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran di
negara kita. Memandangkan jumlah penduduk Malaysia telah mencecah 27 juta orang pada tahun
2008, perkembangan industri adalah amat penting bagi menyediakan peluang pekerjaan
terutamanya kepada golongan lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi.

Usaha yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk mempromosikan
barangan buatan tempatan perlu diteruskan bagi memantapkan kepercayaan rakyat agar barangan
tempatan terus diguna pakai. Pembelian dan penggunaan barangan tempatan sepatutnya menjadi
kebanggaan rakyat. Mereka juga akan lebih beruntung kerana dapat membeli barangan tempatan
dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga barangan import, sedangkan mutu serta
kualitinya adalah sama. Justeru, bagi rakyat yang cinta akan negara, saranan kerajaan agar
menggunakan barangan tempatan perlulah disambut baik.
JAWAPAN:
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan membeli barangan tempatan.
Membeli barangan tempatan dapat meningkatkan pasaran hasil keluaran industri di Malaysia sekali
gus menjana ekonomi negara. Kualiti barangan tempatan juga adalah setanding dengan hasil
keluaran yang diimport. Apabila kita membeli barangan tempatan kita dapat mengurangkan
pembelian barangan import. Pada masa yang sama, tindakan itu dapat mengurangkan aliran wang
keluar negara. Selain itu, membeli barangan tempatan dapat menggalakkan perkembangan industri
tempatan. Pembeli juga beruntung kerana harga barangan tempatan lebih murah.

Sementara itu, cabaran bagi barangan tempatan termasuklah sikap rakyat yang gemar mengagung-
agungkan barangan import. Barangan tempatan juga sukar menembusi pasaran antarabangsa.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan agar pasaran barangan
tersebut mampu menempuhi pasaran antarabangsa

















KARANGAN BM KERTAS 2 - PMR
-Belilah Barangan Buatan Tempatan. Bincangkan
Intan Nor Azah Binti Md Razak
3 Alpha

Sebagai negara yang maju dan membangun, Malaysia sebenarnya telah berjaya mengeluarkan
pelbagai produk serta barangan sendiri atas hasil keringat usahawan-usahawan Malaysia. Sudah tiba
masanya untuk rakyat Malaysia membuka mata tentang barangan buatan tempatan yang ada di
Malaysia, yang kualitinya setanding dengan barang luar negara, malah kemungkinan besar lagi baik
daripada produk luar negara. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu membuang sikap
prejudis yang ada dalam pemikiran untuk memandang rendah terhadap barangan buatan tempatan,
dan sebaliknya membina semangat Malaysia Maju dalam semua aspek termasuk soal kualiti dan
standard barangan sendiri.
Produk Malaysia telah miniti dari bibir ke bibir tidak kira rakyat Malaysia atau luar negara. Sudah
banyak produk Malaysia yang telah dihasilkan. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal
industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran
luar negara.Barangan elektronik seperti kipas, penghawa dingin dan televisyen juga telah banyak
membanjiri pasaran luar negara.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian.
Terdapat pelbagai cara untuk menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia. Strategi yang
utama ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada
barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah rakyat masih mengagungkan barangan
luar negara, selagi itulah produk di negara kita dibarat katak bawah tempurung. Apabila kita
mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada
kebanyakan pihak. Pertama, menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk
menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Kedua, akan mengelak aliran keluar wang
negara ini.
Pengguna tidak boleh disalahkan juga, kerana mereka tidak mendapat maklumat yang lebih
mendalam untuk membezakan produk Malaysia dan produk import. Berikutan itu, Fomca dengan
kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan
itu untuk diedarkan kepada pengguna. Senarai bahan itu boleh diedarkan melalui media massa,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-
syarikat yang berkenaan. Pengguna perlulah diberikan maklumat mengenai barang buatan tempatan
bagi membantu usaha kerajaan untuk mengelakkan kejatuhan ringgit Malaysia.
Selain itu, mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan.
Tujuannya adalah untuk memperkenalkan barangan buatan tempatan kepada seluruh rakyat bagi
membantu negara dalam sektor ekonomi. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan
mempromosikan semua jenis produk buatan tempatan. Kempen ini haruslah diperluaskan keseluruh
negara, terutamanya negara yang maju. Justeru, semua agensi, sektor swasta dan NGO harus
memainkan peranan masing-masing.
Pihak kerajaan dan agensi swasta perlu memberi keutamaan yang lebih kepada barangan buatan
Malaysia seperti produk berteknologi tinggi hasil tangan pencipta tempatan dan terus membuang
rasa sangsi terhadap produk tersebut. Rakyat harus memberi peluang bagi pencipta tempatan ini,
dengan membeli barangan tersebut dan sekaligus akan menaikkan barangan buatan tempatan
tersebut.Institusi kerajaan dan swasta juga haruslah memberi peluang kepada barangan pencipta
tempatan untuk berada di pasaran bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju, lebih
berkualiti dan menaikkan nama produk Malaysia di persada dunia.
Tuntasnya, persepsi rakyat dan pemimpin berlu diubah dari segi mentaliti. Tidak perlulah kita
sebagai rakyat Malaysia untuk mendewa-dewakan barangan import, sedangkan sudah terang lagi
bersuluh, di Malaysia sudah ada barangan tersebut. Amatlah diharapkan supaya kempen belilah
barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat
masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jikalau bukan kita
rakyat Malaysia untuk menjulangkan produk buatan tempatan, adakah kita akan maju dan
membangun? Selain itu, siapa lagi yang akan menjulangkan produk buatan tempatan ini?
















Karangan Cemerlang Bahagian A - Percubaan SPM Johor 2011
SOALAN:

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli barangan
buatan tempatan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah
bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigm ke
arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini,
terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa
mengagung-agungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan
yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap
buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan.
Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai
menyelam sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya,
apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat menjimatkan
perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui,
barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan sedangkan barangan
buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan
import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah
mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pasaran
kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan
bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari kualiti barangan, Secara tidak
langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia ke puncak jagat sekali gus meningkatkan imej
negara. Di samping itu, dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos
dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia.

Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat patriotisme
yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya sikap sering mengagung-aguungkan
barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam kalangan anak watan Malaysia.
Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau,
onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan
negara yang tipis bak senipis kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang
perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan import
telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan
angkatan muda membeli barangan buatan tempatan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat
menyedari bahawa sebenarnya Malaysia Boleh yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita
bukanlah sesuatu yang sia-sia sahaja persis kata-kata mutiara kalau masih rebung, mudah
dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi. Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan
mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia
menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri. Kata-kata hikmat tersebut jelas
menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita dapat berkembang maju dengan
menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia. Walaupun pelbagai barangan
import yang terkenal di seantero dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan
pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. Hal ini dapat
merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan barangan import. Peningkatan
dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri tempatan
secara tidak langsung. Deduksinya, kita dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai
aspirasi negara menjadi negara industri.

Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan
tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh strata
masyarakat bak peribahasa bagai serampang dua mata dan bagai makan menanak nasi. Oleh hal
yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar bertungkus
lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan
Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini. Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah
cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung untuk menunaikan impian
nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!
[610 patah kata]

SUMBER : PANEL PERUNDING BAHASA MELAYU JPNJ
Posted by Zainafsiah at 4:11 PM






KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN
Isi-isi penting
1. menjimatkan perbelanjaan
2. Industri tempatan semakin berkembang
3. Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang.
4. Imej negara dapat ditingkatkan
5. Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan rakyat membeli
barangan tempatan. Rakyat perlu menyokong kempen tersebut. Kini, sudah tiba
masanya rakyat mengubah sikap dan menerima barangan tempatan. Rakyat perlu
menjadi pengguna yang bijak. Terdapat pelbagai kepentingan dalam menggunakan
barangan tempatan.
Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika kita membeli barangan tempatan.
Harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import. Sebagai contoh
harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal
import. Oleh itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat
menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat
menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit.
Industri tempatan semakin berkembang. Banyak industri desa muncul
seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai contoh, industri batik, kraf tangan,
songket dan tembikar. Industri ini dapat membantu rakyat hidup selesa. Dengan
cara itu, industri tempatan dapat terus berkembang maju.
Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang.
Rakyat mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan.
Masalah sosial dapat dikurangkan. Rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa.
Oleh itu, rakyat dapat membantu perkembangan industri tempatan.
Imej negara dapat ditingkatkan. Negara dapat mengeluarkan barangan yang
bermutu. Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import.
Sebagai contoh barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet. Barangan
ini menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita. Malaysia dikenali
dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti.
Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan. Wang tersebut
dapat digunakan untuk membantu rakyat. Sebagai contoh, kerajaan dapat
menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan
kesihatan dan pendidikan. Rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera. Oleh itu,
ekonomi negara menjadi lebih stabil.
Kesimpulannya, industri barangan tempatan memberi banyak kebaikan kepada
pelbagai pihak. Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan
tempatan. Kita bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia
kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama

























BANGSA BERILMU BANGSA BERJAYA
Minggu sudah PABM berakhir dengan sorakan gembira penyokong-penyokong pemidato negara
apabila saudara Amiruddin dinobatkan sebagai johan kategori nusantara sekaligus mempertahankan
gelaran tersebut untuk kali yang ke empat berturut-turut. Gelaran johan Antarabangsa pula diraih oleh
pemidato dari Turki saudara Halil Ibrahim yang juga merupakan penuntut dari Universiti
Istanbul.Tahniah kepada kedua-duanya.
Menariknya tahun ini berbanding tahun-tahun sudah adalah kita dihidangkan dengan teks pidato yang
penuh dengan isi dan fakta.Kali ini pemidato-pemidato dari luar negara sudah kurang mengagungkan
lenggok dan persembahan tapi lebih kepada isi dan bahan untuk dipertontonkan. Pada hemah saya,
ini merupakan suatu perkembangan yang sangat positif dalam perkembangkan seni orator negara.
Tahniah buat semua.
Di bawah saya sisipkan bersama salah satu teks ucapan pemidato PABM yang mungkin boleh buat kita
sedar tentang keindahan bahasa, tentang orator itu bukan sekadar suara, ia seni yang indah untuk
diterokai semua.
BANGSA BERILMU BANGSA BERTAMADUN
Firman-firman Tuhan yang menggetar jiwa dalam kitab paling mulia, Santun bahasa Pali yang
menggubah Tripitaka bacaan setiap penganut Budha, atau helai-helai Veda yang dialun jadi lagu oleh
pengamal ajaran Hindu, juga baris Injil yang cekal dihayati pengikut ajaran triniti. Semuanya
membentuk sebuah dogma yang sama. Ilmu wajib diteroka. Seawal Adam dicipta, saat itulah
penerokaan ilmu bermula dan terbinalah tamadun manusia.Kerana itu percayalah,
BANGSA BERILMU BANGSA BERTAMADUN.
Dr. Sayyid Wahid Akhtar dalam rencananya, The Islamic Concept of Knowledge mendefinisikan ilmu
sebagai teori, praktikaliti dan proses pendidikan tanpa henti.
Tamadun atau civilization diambil dari perkataan latin Civilis yang bererti warganegara yang berpadu
dalam kerangka politik, ekonomi, social dan organisasi agama bagi membina Negara maju dari setiap
penjuru.
Maka, Bangsa Berilmu, Bangsa Bertamadun mendesak atau untuk merungkai dan menilai kemampuan
ilmu untuk membentuk individu, masyarakat dan negara.Ketiga-tiga entity inilah yang akan menjadi
kerangka pembawaan pidato saya.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Hari ini, usia bumi sudah menjangkau 4.54 juta tahun dan dari awal kewujudannya hingga kini,
seramai 106.5 billion umat manusia telah menjadi penghuninya. Manusia pertama Adam A.S, dicipta
bersama semangat ingin tahu, hingga manusia terakhir yang lahir pun pasti akan memiliki semangat
itu. Kita sedar,ilmu manusia Cuma setitis berbanding ilmu Tuhan yang selautan.Tetapi kerana
percaya,di sisi Tuhan apa yang lebih berat timbangannya adalah tinta para ulama berbanding darah
para syuhada,maka kita masih meneruskan penerokaan ilmu. Kewujudan ilmu tidak pernah
membeza-bezakan siapakah penuntutnya.Dari golongan raja dan pemimpin tertinggi, hinggalah
kelompok marhaen atau hamba abdi,ilmu tersedia untuk sesiapa yang gigih mencari.Nilai sebenar
ilmu terletak pada bagaimana kita melihat dan memahami falsafahnya.

Saudara dan saudari, anda pasti tidak percaya, 40 kali, Ibnu Sina mengulang baca kitab Metafizika
karya Aristotle yang memiliki 14 buku dan 13 bahagian. Gaius Plinius Secundus menghabiskan 2/3
dari umurnya semata-mata untuk menuntut ilmu, dan Imam As-Syafie terpaksa menulis dengan
menggunakan pelepah kurma, tetapi Berjaya mengarang 174 kitab sepanjang riwayatnya. Saya
bukanlah manusia paling layak untuk mengajar anda apa itu ilmu yang sebenarnya tetapi itulah
gambaran gigihnya tokoh-tokoh terdahulu menuntut ilmu.Hari ini berbeza, kita begitu taksub pada
segulung ijazah kononnya itulah lambang orang berilmu dan berhikmah. Ramai yang mengaku tahu
membaca tetapi buta pada hurufnya, mengaku tahu mengira tetapi tidak mengenal angka, mengaku
tahu menulis, tapi pandangan dan ideanya muflis.Bagi kita, ilmu sekadar dicari untuk diaplikasi bukan
diteroka kerana kecintaan kita terhadapnya.

Hadirin dan hadirat sekalian
Selepas kita memahami kepentingan ilmu untuk setiap individu, maka kita perlu lebih memahami
kepentingan ilmu dalam setiap lapis masyarakat.
Kerana itulah, sejarah Rom Kuno mampu bermula di sebuah desa kecil di Itali tengah.Desa yang
sederhana ini tumbuh menjadi sebuah metropolis dan Berjaya menakluk seluruh Itali, selatan Eropah,
dan Timur Tengah.Tamadun Mesir, tamadun China atau Tamadun India yang amat gemilang juga
berkongsi rahsia yang sama. Hatta Cristopher Columbus takkan kenal benua Amerika tanpa 120 orang
pelaut, Vasco Dagama takkan menjumpai laluan ke India tanpa 170 orang pengikut, dan Laksamana
Cheng Ho takkan menjadi penjelajah terkenal tanpa 27 000 pengikut yang tajam akal.
Bagi memastikan ilmu terserak dalam nadi setiap rakyat, Jepun tidak pernah malu menggunakan
system pendidikan Hanko dan Terakoya, tidak malu menulis dengan tulisan Kanji dan Katagana, maka
bangsa Malaysia juga seharusnya percaya bahawa kita juga mampu untuk membina tamadun dengan
mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kerana itulah kerajaan berkobar-kobar bagi
memastikan tiada keciciran dalam pendidikan, akhirnya kadar buta huruf dikurangkan sehingga 7.4 %.
Bahkan saya, anda dan kita semua percaya, tamadun takkan terbina andai ilmu tidak dikongsi dan
dibangunkan di kalangan masyarakat.

Saudara dan saudari,
Raja Phra Bat Somdet Phra PoraminTharamaha Chulalongkorn Phra Chunla Chom Klao Chao Yu Hua
Pikness Surasunggat, Alfred Russel Wallace dan Karamchand Mohandas Mahatma Gandhi percaya
hanya ilmu yang bisa membebaskan kita daripada belenggu penjajahan, penindasan, kesempitan,
kedaifan dan kemiskinan. Pemimpin-pemimpin ini sudah tiada lagi dan adakah ini bermakna pucuk
ilmu dan akar budaya juga sudah mati?
Maka hari ini kita bimbang, ramai yang menuduh bahasa kita bahasa kampong, bukan bahasa ilmu.
Bahasa kelas kedua dan kita malu menuturkannya.Lalu, yang dihina, yang ditertawa, yang diperkosa
dan yang dipijak itu apa? Bahasa ibunda kita..
Kerana buta pada makna ilmu, dari bahasa, cara berpakaian, cara berfikir, cara bertindak, kita angkat,
kita puja, kita agungkan budaya luar.
Akhirnya yang kita bunuh yang kita kapan dan yang kita kuburkan itu apa? Bangsa dan Negara kita.
Maka bangunlah. Siapa pun anda, orang Aborigin Australia, org asli Malaysia, Cebuano di Filipina dan
Garifuna Garinagu di Amerika.
Ilmu tidak pernah membeza-bezakan siapa penuntut dan siapa penyebarnya. Hanya melalui ilmu kita
mampu mengesat air mata anak2 kosovo, menghentikan tangisan anak palestin, merawat alam yang
semakin sakit dan sengsara.dunia dalam kegelapan.maka benar lah kalam pencipta, ilmu adalah
cahaya.
Maka akhirnya saya tinggal kan anda untuk kita merenung seketika. Benar membina sebuah
ketamadunan tidak sesingkat awan menjadi hujan, api menjadi abu dan pasir menjadi debu. Tetap
iadalah lebih benar asas tamadun adalah ilmu, ilmu dan ilmu.











FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di
sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan
dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah
kegiatan kokurikulum.

Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka
tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah.
Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu,
kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai
jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli
jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar
menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh
belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri.
Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.
Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika
terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa,
kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan
kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh
menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam
pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan
tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh.
Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab
ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina,
India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh
berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.
Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah
mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula
hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita
dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
(385 patah perkataan)





















PERPADUAN TERAS KEAMANAN NEGARA

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya
berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum
utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur
dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang
tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini
perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.



Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan
perpaduan kaum di Malaysia.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:


Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada
petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh
bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi negara
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
( cadangan )

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/



Contoh Rencana dan Sumber Rujukan Tugasan Sejarah PT3 2014
Assalamualaikum.


kredit foto dari cpiasia.net


Sudahkah calon PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) menerima soalan tugasan mata pelajaran Sejarah?
Jika belum boleh klik di sini: Tugasan PT3 Sejarah. Baiklah, jika calon sudah menerimanya, sudahkah
calon membaca dan meneliti soalan tugasan tersebut? Kemudian, faham betul-betul soalan dan
cara bagaimana PT3 dilaksanakan. Selepas itu, barulah bertindak dengan bimbingan guru.

Apabila saya membuat carian tentang tugasan PT3 Sejarah umpamanya, saya ada singgah di
beberapa blog yang berkongsi tentang tugasan ini. Kebanyakan calon yang meninggalkan komen
pada entri tersebut meluahkan bahawa mereka tidak faham. Ada juga yang menyatakan bahawa
bentuk rencana itu bagaimana? Jadi, saya cuba jelaskan secara ringkas.

Pelaksanaan PT3 melalui Tugasan

Hanya mata pelajaran Sejarah dan Geografi sahaja yang diberikan tugasan dalam PT3. Tugasan
Sejarah PT3: Rencana Perpaduan Kaum di Malaysia. Calon dikehendaki menulis sebuah rencana
yang panjangnya 300 patah perkataan dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah.

Biarpun pelaksanaan itu dilakukan dalam waktu PdP di sekolah untuk menulis rencana 300 patah
perkataan, calon juga dikehendaki membuat perancangan seperti yang dinyatakan dalam Kerangka
Pelaksanaan Tugasan. Hal ini penting kerana mengikut Rubrik Penskoran markah perancangan dan
penyediaan awal bahan membawa markah sebanyak (30 markah) dan penulisan rencana 300 patah
perkataan itu pula membawa markah sebanyak (70 markah).

Rujukan Tambahan:
(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia
(f) Membuat rumusan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan

KBAT dalam Tugasan PT3

Sekiranya calon PT3 hendak tahu, tugasan menulis rencana ini adalah soalan berbentuk KBAT
(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Sekiranya sebelum ini, calon hanya menjawab soalan objektif
tetapi kini, calon perlu berfikir dahulu sebelum bertindak.

Tidak banyak bezanya menulis karangan atau pun rencana. Seharusnya, calon PT3 tidak mengalami
masalah untuk melaksanakan tugasan ini. Sekiranya dalam penulisan karangan calon hanya perlu
menulis isi, huraian dan nyatakan contoh, tetapi untuk menulis rencana calon PT3 perlu
memasukkan isi, huraian, contoh dan sumber rujukan. Dalam bahan Tugasan Sejarah PT3 telah
diberikan contoh menulis sumber rujukan.

Contoh dan Sumber Rujukan



Saya tertarik dengan perkongsian Cikgu Razak dengan draf awal untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh
itu, saya salin untuk dikongsikan dengan calon PT3 semua.


1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di
atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh ,
perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

Pengenalan - Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum

(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi negara
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati

Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar

Langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan )

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum
Rumusan

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh

Sumber Rujukan

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/

Kredit Sumber: Tugasan PT3 Sejarah @ Cikgu Razak

Oleh itu, adalah diharapkan penerangan secara ringkas tentang tugasan Sejarah PT3 ini sedikit
sebanyak dapat membantu calon. Calon PT3 juga boleh merujuk contoh dan sumber rujukan
semasa proses penyediaan bahan dan penulisan rencana Perpaduan Kaum di Malaysia itu nanti.
Semoga berjaya.
CONTOH KARANGAN TEMA PERPADUAN
Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk meningkatkan
perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan
perpaduan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke
semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara.
Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan rakyat?
Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat
diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan
masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?
Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-
nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan
berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan
rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia
ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat
Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu
atau bekerjasama serta mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.
Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan
mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka
hendaklah menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti Perpaduan Teras Kejayaan.
Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat
tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan
terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti
di kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan.
Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian,
sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat,
kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara
kita? Jawapannya tentulah tidak!
Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling
memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai
contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari
perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara
sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan
membangkitkan persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan
mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa bersatu
teguh bercerai roboh.
Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang
penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang
yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik
anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman
tradisi, asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak
mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah
menunjukkan teladan kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-
kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti
kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan
perpaduan tidak dapat dikekalkan.
Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama
didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat
dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.
Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus
gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita
membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.
Karangan terkini - Kepentingan Perpaduan Kaum
Lagi serangan bom di Selatan Thai
Empat maut ditembak tentera Hamas
Mahasiswa Perancis melancarkan tunjuk perasaan
Saban hari kita disogohkan dengan berita-berita kekacauan yang berkait rapat dengan tipisnya
perpaduan kaum di sesebuah negara. Malahan, sejak sedekad yang lalu, antara sedar atau tidak kita
dihidangkan dengan angka kematian yang menggerunkan berikutan peperangan yang meletus
hampir di setiap empat penjuru alam. Bermula dari perselisihan faham yang kecil berlakulah
kejadian pembunuhan yang kemudiannya melahirkan lebih banyak perasaan dendam. Seterusnya,
tercetuslah perang saudara. Begitu mudah manusia hilang kewarasan. Nyawa seakan-akan tiada nilai
dan maut dijadikan permainan yang akan menjelma pada bila-bila masa.

Resmi dunia yang tidak dapat diterima akal ini berpunca daripada perpaduan yang goyah. Perpaduan
adalah asas kemakmuran masyarakat dan negara. Bersatu teguh, bercerai roboh, peribahasa yang
dicipta oleh nenek moyang kita ini seharusnya dihayati dan dijadikan iktibar. Kita tidak mahu
peristiwa kejatuhan Melaka berulang. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Memang tidak boleh
dinafikan merudumnya era kegemilangan Melaka yang menandakan bermulanya era penjajahan di
Tanah Melayu berpunca daripada kelicikan penjajah mengambil kesempatan atas kebaikan
pemimpin tempatan. Namun, sedarkah kita bahawa perpecahan dalam kalangan pembesar telah
memberi ruang kepada anasir jahat ini untuk menular dan menjadi barah yang menusnahkan.
Justeru, bagi melestarikan kemerdekaan yang dikecapi hasil perpaduan rakyat dan pemimpin ini,
semua pihak harus mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Raja diibaratkan seperti pokok, sementara rakyat adalah akarnya. Seandainya rakyat saling
bertelagah mampukah pohon kerajaan itu tetap bertahan? Tepuk dada tanya selera. Perpaduan
yang disemai akan mewujudkan negara bangsa yang bukan sahaja makmur malahan berdaya maju
dan disegani. Dengan perpaduan yang jitu, usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat dan
membangunkan negara setaraf dengan negara maju yang lain akan menjadi mudah danbukanlah
sesuatu yang mustahil.

Bukan itu sahaja, perpaduan akan membawa kepada perkambangan bidang pendidikan. Orang yang
menguasai ilmu akan menguasai dunia kerana mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.
Seandainya Malaysia mampu mencontohi Singapura yang memiliki sistem pendidikan yang terbaik di
dunia, bermakna Malaysia juga akan mempunyai sistem ketenteraan secanggih Singapura.
Berbekalkan kemajuan teknologi dan ketenteraan ini, keamanan dan kemakmuran negara tidak akan
tergugat. Di samping itu, selari dengan taraf mentaliti rakyat Malaysia, bidang ekonomi akan turut
berkembang. Malaysia kini merupakan negara pengguna dan dengan perpaduan, Malaysia mampu
menjadi negara pengeluar. Kuasa ekonomi yang dipegang akan menjadikan Malaysia negara yang
terbilang dan berkuasa. Namun, untuk mengecapinya bukanlah sesuatu yang mudah. Yang bulat tak
akan datang bergolek , yang pipih tak akan datang melayang.

Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Ironinya, Malaysia yang merupakan negarta Islam
mempunyai taraf kebersihan yang rendah dan sangat mengecewakan. Hal ini kerana, sikap segelintir
rakyat yang bersikap endah tak endah dan ambil mudah aspek kebersihan. Anjakan paradigma perlu
dilakukan bagi memastikan kemakmuran Malaysia terjamin. Rakyat perlulah bersatu hati menjaga
kebersihan kerana melalui kebersihan, kesihatan yang baik diperoleh. Tanpa rakyat yang sihat, mana
mungkin sesebuah negara mengecapi kegemilangan. Kesihatan merupakan nikmat hidup yang paling
besar dan tidak sewajarnya dipandang enteng. Janganlah kita sudah terantuk, baru terngadah.

Konklusinya, perpaduan adalah asas kemakmuran masyarakat dan negara. Perpaduan secara tidak
langsung telah meningkatkan pelbagai aspek termasuklah pembangunan, pendidikan, ekonomi,
sosial dan kesihatan. Justeru, setiap warganegara perlu mengekalkan perpaduan bagi mengelakkan
kemakmuran yang dikecapi kini sirna begitu sahaja. Tanpa perpaduan yang utuh, musuh negara akan
mengambil peluang untuk menggulingkan negara. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Seruan Perdana Menteri Malaysia 'Satu Malaysia', Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
perlulah direalisasikan agar visi kudsi negara dapat direalisasikan.
[455 patah]
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA


KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit.
Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi,
pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957,
tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting
untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk
menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja
Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir
Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga
1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri,
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita
bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa
bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah
air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat
nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima
segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat
membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa,
melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam
semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan
menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu,
mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita
perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara
kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong
akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih
selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan
kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini,
namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya
perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan
mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus
mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak
H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu
sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar
yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa
Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum
bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing
ke negara kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak
terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya
sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969
yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk
menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan
konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat
menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup
berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas
Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada
menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan
melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya
kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan
konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti
demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum
menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan
pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa
sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem
peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum
penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam
memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan
Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-
menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun
dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang
hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan
nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam
mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada
ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara
kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya
melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat
perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama
antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan
terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi,
bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat
perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun,
Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan
drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa
kini bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan
kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya
terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza.
Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan
tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk
menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di
seluruh dunia.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-
Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha Perdana Menteri
kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi dalam mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak
kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita
sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana
semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum
hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak
ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat
sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama
lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua
rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan
dapat menyambut gamitan negara impian.
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya
perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,
slogan kata Satu Malaysia yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato Seri
Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak
kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi
dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu,
India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain
jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi
sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai
aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia
yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia,seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi
penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik
kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan
perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia
akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan
perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara
implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar
seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,
perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil
menyelam minum air.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat
memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat
Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan
bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.
Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja,
apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,
nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui,
tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara
yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian,
benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan
pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita
bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

Kepentingan Perpaduan
'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan
masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat
tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu
padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak
mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat
Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka
mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,
masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang
telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara
kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara
Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang
mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit
hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman
berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan
perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia
akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya
masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di
bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu
sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk
melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf
ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat
memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan
dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52
tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk
menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia
Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.




Konsep 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, telah diperkenalkan oleh
Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Pelbagai persepsi timbul daripada pengenalan konsep
ini yang dikatakan menyamai konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh parti
politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada ideologi politik yang
diperjuangkan oleh individu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik tempatan. Sesuatu
yang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda ialah kaedah dan pelaksanaan
yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan beliau dan sejauh manakah
pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap konsep baru ini. Oleh itu,
definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan
untuk membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di
Malaysia.
Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu
naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme
yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi
menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya
bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar Bangsa Malaysia dan
menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini.
Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat,
budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan
menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi
menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan
di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar
gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.
Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik
negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam
menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.
Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus
didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang
berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke arah pembangunan modal insan yang
jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik perlu
diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada
masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang
lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa Malaysia.
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan
pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat
diperkukuhkan.
Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar Pecah dan
Perintah yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai
kemerdekaan. Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan
daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor
ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu
kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli
bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang
perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka
mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang
dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini,
bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat
kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk
dimajukan. Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang
membentuk gagasan 1 Malaysia.
Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia.
Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan
Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam
diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan.
Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem
pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar
pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan
tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara
pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan
Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan tidak
menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah
sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu
melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu,
tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang
berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta.
Selain itu, aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam
usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia. Hal ini kerana, agama dan kepercayaan merupakan
pengaruh terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang dilakukan
oleh aspek lain. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepada
sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama
sesebuah bangsa. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi
anutan sebahagian besar masyarakatnya. Justeru itu, sensitiviti agama dan perkauman perlu
dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang
seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung-
mengunjung yang semakin diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan
merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu
kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibah
ini mampu memperjelaskan lagi secara rohaninya konsep 1 Malaysia.
Kesimpulannya, gagasan 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang
sebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang. Seruan
pemimpin negara, perlu disahut semua pihak dalam usaha menjayakannya. Perkongsian ideologi
dalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara bersepadu
bagi merealisasikan harapan beliau kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan negara
secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu,
semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih
tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus permodenan, pembangunan, persaingan
dan globalisasi dunia. Diharap gagasan ini akan mencapai matlamat dan halatuju seperti yang
telah ditetapkan.

WAJ 3106 Bagaimana Cara Mengekalkan Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia

Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah 13 Mei
1969 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan Rukun Negara.
Selepas peristiwa tersebut bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul Razak
Perdana Menteri yang kedua ketika itu telah memperkenalkan Rukun Negara. Pihak yang
bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia
kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu
ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke
tahap hari ini. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada
31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip
dalam Rukun Negara tersebut. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan
Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan
Kesusilaan. Cuba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik Rukun Negara
tersebut.


Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas
kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang
bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti
fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah
menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama
rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan
bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan
beragama secara positif yang boleh membangun pemikiran luhur dalam hubungan
pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.
Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas
membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat
mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak
sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan
yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara
mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan
dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara.
Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang
membentuk Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri
penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan
negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk
satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung negara
yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari,
diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan
keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan
Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi
sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1)
Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat
mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan
memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua
kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian
perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu
undang-undang.
Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan
makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan
undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap
rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi
kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).
Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-
undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti
perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan
kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.
Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga
melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi
undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan
kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut
Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi.
Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-
undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam
dan sebagainya.

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan
perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil
lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini
mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara
yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan
etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap
warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada
membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan
kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan
agam yang dianutinya.
Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin
dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan
kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia,
beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari
dengan prinsip kelima Rukun negara itu.
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai internal cohesion atau kuasa dalaman
yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan
prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri
dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti
disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh
kerajaan.

Cara yang kedua, menghormati Perlembagaan Negara. Perlembagaan negara Malaysia
ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos
1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan
kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu,
memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu,
kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang dirangkumi oleh
prinsip ketiga ini adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak
Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan
Negara Malaysia.
Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan.
Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak,
sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa
Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak
dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.
Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama
utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama
mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga
dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa
pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.
Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia
mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau Keluhuran
Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan
negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya rakyat
tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan Negara Malaysia ini.
Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini
yang terus mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa
mengetahui langsung asal-usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung,
menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia
adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia, tidak
kira bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya.
Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
ke arah pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan
supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai perpaduan
kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-
belahkan kita.
Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin
kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara
dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira
keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci kepada
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan
keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara
Malaysia itu sendiri.

Cara yang ketiga jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia adalah Negara
yang berdaulat dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Jadi sebagai masyarakat yang
harmoni, tidak salah jika menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali kita
membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum. Sebagai contoh, masayarakat India tidak suka
dipanggil keling ataupun paria. Perkara tersebut akan membangkitkan kemarahan mereka.
Paria merujuk kepada kasta terbawah dalam masyarakat India.
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek
penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan,
perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.
Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan
perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan
Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia
akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak
berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga
boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa
kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif
juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta
mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman
dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang
boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).
Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di
negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan
melakukan sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada
Raja atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan
kerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas
hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik antara kaum,
mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153
dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).
Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara
kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan
perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan
hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan
suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua
elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum
sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan
hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup
dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.
Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum 1969.
Semasa kempen tersebut, parti-parti politik pembangkang yang bertanding telah memainkan
isu-isu yang sensitif seperti kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, soal bahasa
dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan
pelbagai rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Melayu. Insiden ini disusuli dengan
perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan GERAKAN) yang memenangi kerusi
yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga Parti Perikatan. Orang-orang
Melayu pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan
akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Bukan itu sahaja, parti tersebut membangkitkan kemarahan orang melayu dengan
membawa penyau sebagai lambang untuk mengusir orang melayu keluar dari Tanah
Melayu. Bagi orang melayu penyapu merupakan tanda sial bagi mereka. Jadi perkara ini
juga mendorong menaikkan kemarahan orang melayu ketika itu.

Cara yang keempat, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.
Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri
anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-
anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat
menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati
keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu
lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai
bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila
golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan
yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan
hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam
diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan
semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang
dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-
guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-
projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan
dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan
sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan
kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif
tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan
mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek
kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi
menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat
memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan
permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar
agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar
tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat
menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa
penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang
kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa
13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali
sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli
falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa sesiapa yang
melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan
yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang
dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum,
seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih
dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di
Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul
Negarakuku. Lagu rap yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur
yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya
banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan
negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara,
kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang
dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan
Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui
aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada
menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan
menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah,
serampang dua mata. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan
Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang
adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan
rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan
kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya,
masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah
perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha
menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu
Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri
Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara
bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga
Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai
kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya
ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai
persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan
menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen Cintai Bahasa Kita perlulah
digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan,
iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting
yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah
menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program
tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal
peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu
dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya seperti kera mendapat bunga agar perpaduan dan
integrasi nasional dapat diwujudkan.

Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1
Malaysia ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan
tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan
menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara
langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain
di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai dan memahami antara satu sama lain.
Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya,
kepercayaan dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu memupuk
persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu
mengekalkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat merealisasikan perpaduan
nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti PLKN dilakukan secara berkumpulan dan segala
aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara semua peserta. Melaluinya, remaja
pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan
menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul mesra. Mereka akan terdedah
kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang
lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan ini, tembok pemisah antara kaum
dapat diruntuhkan disamping mengekalkan keharmonian negara.

REFLEKSI.
Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan Hari
Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu Perpaduan Teras Kejayaan. Jika slogan tersebut dibaca
dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup
bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai pembuka
bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen
yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang
telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya,
bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai
negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi
mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis
Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan
perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara
yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum
dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan
kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu,
Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu
bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik
di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan
yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia,
penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu
melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.
Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan
kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem
pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain
itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan
dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan
kemerdekaan, dan hari patriotik.
Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum
sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan
mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus
menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya
bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu
merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu
SK, SJK (C), dan SJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi.
Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan
perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung
apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah.
Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal
usia pelajar lagi.
Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan
dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti
pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa
usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap
lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Sebagai intihanya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Usaha-usaha untuk
mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak
berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, seperti isi dengan kuku. Janganlah mengizinkan
sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa
13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh
itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan
persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif
tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana perjalanan seribu batu bermula dengan langkah
pertama. Majulah bangsa demi negara!
TEMA 7 : PERPADUAN PERANAN PELBAGAI PIHAK
Tajuk 1 : Kaedah Dan Langkah Yang Telah Diambil Oleh Pihak Kerajaan Dalam
Menyuburkan
Integrasi Dan Perpaduan Di Malaysia
PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969
Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi
menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan
wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya.
Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu
sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam
pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan
penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat
berbilang kaum. Kemuncak manifestasi(perbuatan /ucapan yang memperlihatkan sesuatu(menjadi
nyata) perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan
keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna
serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang
perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai
kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama
majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar (Ekonomi Baru.
Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah
bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara
pemuafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan
keadaan yang tidak diingini.
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan
pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga
negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sosial
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara
melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar
dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-
sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia.
Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang
Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri
pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.
Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau
menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan
tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun
Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya
golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan
yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT
Program Pemuafakatan Masyarakat
Program pemuafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program- program
ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, makan beradab, gotong royong, majlis
perkahwinan dan sebagainya.
Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan
melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas,
program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam
kalangan seluruh warga masyarakat.
Acara kebudayaan dan kesenian
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan
tradisi, boria, dikir barat, tarian singa, tarian bharathanatiyam, tarian bhangra serta pelbagai
persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota
masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan
yang digariskan.
Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali
Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK
atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis
makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperoleh daripada pelbagai pihak
disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan,
disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan
rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.
Aktiviti Riadah
Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam
pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia
Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang
boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan
Maal Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan
peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih
mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat-menghormati sesama masyarakat.
KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH
Sekolah Penyayang
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku Syurgaku
dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi dengan penyertaan bersama ibu bapa pelajar
melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta
akan sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain,
berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara
warga sekolah dan sesama ibu bapa para pelajar.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu,
namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Program RIMUP secara kelompok turut diadakan iaitu pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat
dengan program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain yang, mempunyai pelajar
berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang
pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Hal
ini membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya
menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.
Penyertaan Dalam Kokurikulum
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam pasukan unit beruniform, persatuan dan
kelab, serta permainan dan sukan. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka
dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan
mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu
semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan
secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih daripada pelbagai agensi.
Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan.
Hasil daripada penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu
dalam usaha memupuk perpaduan sekali gus dapat membentuk dan membina kehidupan masa
depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni, bersatu padu dan berintegrasi.
Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulang tahun
kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama
Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan
Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni,
tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang
dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar
berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik
darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh
negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan
program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua
warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,
bersifat patriotisme yang tinggi dan cinta akan kehidupan bersatu padu dan kestabilan negara.
Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah
Sekolah menggalakkan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah,
Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-
rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-
kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan
semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan
kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan daripada program lawatan
dan ziarah ini sangat bermakna dan memberikan kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi
bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan
keturunan.
Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan
sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan
sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri,
kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang
dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat
maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat
kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

PENUTUP:
Kejeleketan(hubungan yang sangat erat/sinergi) perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah
negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman,
persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping
menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam
kesemua prinsip Rukun Negara.
Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu
dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum
Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan
dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar
sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warganegara Malaysia dalam pelbagai
aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara
kolektif(bersama-sama) serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara
ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia.
Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan
bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional
akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Tajuk 2 : Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul
dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan
silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai
impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya.
Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja
agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.
Usaha pertama untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di
sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti
ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran
tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti
gotong-royong yang boleh dijalankan ialah membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah
perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan
kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-
kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung yang dilakukan akan
dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya,
sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh
diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum
dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping
itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.
Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa
sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan perpaduan kaum di
Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang
pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan
memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian
bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan
bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli
oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan
teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili
pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara.
Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat
antarabangsa.
Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan
negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk
perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada
setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan
permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan
Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara
sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya,
semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga
kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan
bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga
perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan
lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan
menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era
globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju
ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti,
usaha yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan
bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan
kaum dan integrasi nasional
akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
[686 patah kata


http://ssijbbahasamelayuspm.blogspot.com/2010/11/v-behaviorurldefaultvml-o.html


Perpaduan Teras Keharmonian Kepelbagaian Kaum
TENOM, 12 Jun Perpaduan rakyat amat
penting bagi mengekalkan keharmonian masyarakat dan negara agar kestabilan politik serta
kemajuan yang dirancang dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa sebarang masalah.
Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, toleransi di kalangan kepelbagaian
kaum di Malaysia mendapat pengiktirafan dari negara-negara luar sebagai contoh terbaik
untuk memastikan kestabilan rakyat dan kemakmuran.
Negara kita adalah contoh kepada negara-negara lain, malah mereka menunjukkan minat
untuk belajar bagaimana pembentukan keharmonian, keamanan dan perpaduan di kalangan
kita dan dilestarikan lagi dengan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Jika rakyat kita yang terdiri dari berbilang kaum dan agama tidak bersatu padu, tidak
mungkin kita dapat menganjurkan pelbagai program yang membabitkan semua kaum, malah
kita tidak akan menjadi contoh kepada negara luar, katanya ketika berucap merasmikan
majlis Hari Keluarga Rukun Tetangga dan Majlis Rumah Terbuka sempana sambutan Pesta
Kaamatan KRT Kampung Tinura, baru baru ini
Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, perpaduan adalah asas kebebasan
rakyat untuk saling mengenali budaya dan adat resam kepelbagaian kaum di negara ini.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana perpaduan yang sedia terjalin
membolehkan pembangunan dilaksana dengan lancar, katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat supaya pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan oleh
propaganda pembangkang yang sengaja menafikan kemajuan serta pembangunan yang
dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional
Apa yang kita miliki sehingga sekarang adalah usaha dan janji yang ditunaikan oleh
kerajaan BN untuk rakyat dan bukannya seperti pihak pembangkang yang hanya akan
memperkecilkan usaha yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat katanya .
Menurutnya, masyarakat khususnya penduduk di pendalaman supya tidak terpengaruh
dengan janji kosong yang diberi oleh pihak pembangkang kerana mereka hanya tahu menabur
janji tanpa menunaikannya.
Satu Malaysia Teras perpaduan Negara
PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SMKSI



1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA
Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang-bayang keharmonian, riang
berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin perlu bijak
mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan keamanan negara..
Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga
kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat.
Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan
keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri
Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan gagasan 1
Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang lain. 1
Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan
rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan. 1
Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Datuk Seri Najib,
beliau berbicara saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan
keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik. Sejajar dengan ini,
perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan
suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang
membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan
dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat
berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum
etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia
menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik
setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan. Disini jelas
menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan dan
cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing
tanpa sebarang halangan. Memetik kata-kata daripada seorang peguam di Indonesia, beliau berkata
keadilan yang hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia cuba hampiri ke tahap itu. Justeru,
kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia seharusnya diiringi dengan rasa syukur
kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang diskriminasi.

Seterusnya, 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini perlu
disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak
mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya
hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Masyarakat Melayu
misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain dan begitu juga sebaliknya
kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap
serperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap
hormat-menghormati dalam kalangan rakyat kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama
tiga kelompok berbeza adalah suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng
kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga. Justeru, sinergi daripada setiap lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan
sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.

Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa Malaysia yang
bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang akan menjadi
tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan ini akan
berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang demikian, konsep
1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling bekerjasama sesama rakyat. Sekadar
mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia mampu menjalankan urusan
perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain itu, jika dinilai dari alam
persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa tersebut semata-mata,
malahan anak-anak Melayu dan India turut menuntut di sekolah yang sama. Begitu juga dengan
bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu kepada sekolah jenis kebangsaan tamil atau SJK(T)
sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak hanya wujud dalam golongan
profesional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia harapan bangsa turut mampu
mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, konsep 1
Malaysia membantu memepertingkatkan lagi sikap tersebut seterusnya perpaduan negara lebih
mudah dicapai.

Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok berbeza
bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan perpaduan yang
dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat
bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai
murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras perpaduan yang diterapkan
iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada
daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif
iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur
terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan
atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan
tidak jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa sahaja perkara baik dan
mendapat persetujuan secara kesepakatan. Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang
terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik
daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan
daripada masyarakat negara ini.

Tuntasnya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum
bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana
kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak
berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat
Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara.
Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana setianya Hang Tuah
kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh semua
pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1 Malaysia dalam membantu
merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi
dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keaman dan
perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan datang. Mantan Perdana Menteri Indonesia
ada menyatakan, jika ingin melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN NEGARA
Bismilahirahmanirahim.Hadirin sekalian,Dalam kesibukan kita berkira-kira siapakah yang akan
menjuarai Mentor Musim ke-5 danada yang dilanda demam Akademi Fantasia musim terakhir, saya
ingin mengajak andasemua mendengar pidato saya, tentang perkara yang akan menentukan nasib
Negara dihari muka-Perpaduan Teras Kejayaan Negara.Terima kasih saudara/saudari peneraju acara,
kombinasi kehakiman yang berwibawa, dif-dif jemputan yang mulia, tidak dilupakan warga dewan
yang berbahagia.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adat kelaziman bicara, pendefinisian tajuk
pidatosebagai pembuka.Perpaduan saya fahamkan sebagai satu proses yang menyatupadukan
anggotamasyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap
anggotamasyarakat dapat membentuk satu identity, nilai bersama dan satu perasaankebangsaan
bersama di kalangan mereka. Teras kejayaan Negara merujuk kepada asaskemakmuran ekonomi,
politik dan sosial sesebuah Negara. Dalam 5 minit pidato saya ini,saya ingin mengajak hadirin
sekalian menilai kepentingan perpaduan sebagai teraskejayaan Negara berdasarkan 3 cerita.Sidang
pendengar sekalian,Pertama; kisah mereka yang sudah terhantuk baru terngadah. Kata orang,
setelahterkena, baru kita sedar akan sakitnya dan peritnya akibat mengabaikan sesuatuperkara.
Begitulah sifatnya dengan pepraduan. Ayuh kita terbang ke Sudan. Apa yangberlaku di sana?
Pembersihan etnik yang berlaku oleh tentera Militan Arab Janjaweedakibat perebutan kuasa dan
perbezaan keturunan antara kaum Arab dan Afrikawalaupun seagama telah menyebabkan 1.2 juta
menjadi pelarian dan lebih 50,000 orangtelah menjadi korban berdasarkan laporan pada November
2004. Kesannya-Sudan kekalsebagai Negara yang miskin walaupun mempunyai hasil bumi yang
cukup dikagumi.Lihatlah-kerana gilakan kuasa, nyawa sudah tidak lagi berharga. Kerana
perbezaanketurunan, nyawa yang tidak berdosa yang menjadi korban. Adakah kita ingin
menjadiseperti mereka?Warga dewan sekalian,Kedua-kisah mereka yang menyediakan payung
sebelum hujan. Menyedari hakikat akankepentingan perpaduan, banyak Negara yang sudah mula
mengangkat nilai perpaduandan kebersamaan supaya Negara memperoleh kejayaan. Malaysia
misalnya-selepasberlakunya tragedy dan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, sudah mula
menitikberatkanpembinaan Negara bangsa melalui instrumen pendidikan. Penyata Razak
diluluskan,Penyata Rahman dijalankan, Laporan Kabinet dilaksanakan-kesemuanya
mencapaikesepakatan-sekolah sebagai medium perpaduan-bahasa sebagai jambatanperhubungan.
Maka, tidak hairanlah slogan Bahasa Jiwa Bangsa mula diperkenalkan,Bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar di sekolah, pada masa yang sama, bahasa-bahasa lain masih dibenarkan untuk
dituturkan. Kesannya-3 kaum bisa duduk semejabersama, bergurau senda sambil berkongsi rasa
yang sama-jiwa 1Malaysia. Janganterkejut beruk jika saya sudah pandai meniru gaya Kenchana Dewi
di dalam dramabersiri Puteri, Ah Mei pula sudah pandai menyanyi lagu Dato Siti dan Letchumy pula
..
Pidato Tajuk Bahasa Teras Perpaduan Bangsa Malaysia
Tajuk 8.Bahasa Berilmu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia.
Bismilahhiramannirahim
Kalau tidak kerana bintang,Tak akan bulan kelihatan tinggi ,Kalau tidak kerana pidato,Tak akan saya
berada di sini.Datang bahtera dari Medan ,Singgah sebentar di laluan Kerai,Salam satu Malaysia saya
hulurkan ,Kepada warga dewan pembuka tirai. Assalamualikum W.B.HYang dihormati Tuan
Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagibijaksana yang sedang menjunjung mahkota
keadilannya ,penjaga masa yangsentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi
serta hadirindan hadirat yang saya hormati.Jauh berlayar si pedagang Cina ,Singgah di Melaka
menjamu selera.Bahasa berilmu alat perantara ,Teras utama perpaduan negaraHadirin dan hadirat
yang dihormatiCogan kata
Hidup Muafakat Membawa Berkat
merupakan antara cogankata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya
muafakatdalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kataorang,
permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalanbersatu teguh bercerai
roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaankepada seluruh anggota masyarakat berkenaan.
Sesungguhnya, negara yangmemiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada
perpaduan untukmeneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin
bahawaperpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status
negaraberpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soalperpaduan
tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membinaidentiti bangsa dan
mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsayang bersatu padu ini sebenarnya
boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akankepentingan setiap bahasa sebagai teras perpaduan
setiap rakyat di Malaysia. Oleh