Anda di halaman 1dari 38

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSU


KBP3023
KANAK-KANAK KERENCATAN AKAL DOWN SINDROM AUTISME DAN
PELBAGAI KECACATAN

TAJUK TUGASAN








DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. MATRIK NO TEL
DALIANA BINTI CHE AB RAHMAN D20102045556 019-4972181

KUMPULAN : UPSI05

NAMAPENSYARAH : PUAN NOREHA BINTI MOHD YUSOF

TARIKH SERAH : 9 MEI 2014



PEMARKAHAN






ISI KANDUNGAN
TUGASAN 2 (a)
Pilih 2 murid kategori autisme atau terencat akal atau pelbagai kecacatan. Buat kajian
biografi murid tersebut yang yang mengandungi maklumat terperici seperti
Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih. (laporkan sekiranya murid
mempunyai sejarah ahli keluarga lain yang mengalami masalah yang sama)
Laporkan secara terperinci ciri-ciri masalah kognitif, tingkah laku, emosi dan
psikomotor
Bincangkan juga kaedah dan teknik khusus untuk mengatasi masalah ciri-ciri
yang dinyatakan
Status atau rekod pencapaian akademik semasa kanak-kanak kategori yang dipilih
Gambar-gambar berkenaan murid tersebut (untuk tugasan sahaja)
Bukti seperti salinan kad kemajuan, sijil, hasil kerja dan sebagainya.
Laporan daripada pakar perubatan seperti pediatrik, audiologis, terapi carakerja,
kaunseling dan sebagainya (sekiranya ada)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi huraikan dan laporkan secara terperinci ciri-ciri
kognitif ,tingkah laku,emosi dan psikomotor. Bincangkan juga kaedah dan teknik khusus
untuk mengatasi masalah ciri-ciri yang dinyatakan.














Pendahuluan
Menurut Eugen Blueler merupakan orang yang pertama menggunakan perkataan atau
istilah autism pada tahun 1919. Perkataan ini merujuk kepada kurang atau tiada
perhubungan dengan orang lain dan dunia luar. Hari ini, istilah autism merujuk kepada
development disorder atau masalah perkembangan.
Pada tahun 1943, Dr. Leo Kanner seorang ahli psikologi telah menyatakan autisme
sebagai satu sindrom kumpulan tingkahlaku yang unik. Kanner melihat autisme sebagai
masalah gangguan afektif, gangguan persepsi, gangguan linguistic, gangguan kognitif dan
gangguan komunikasi (Corbertt, 1998). Dr. Leo Kanner juga menulis artikel pertama
mengenai autisme pada tahun 1943 yang bertajuk Autistic Disturbances of Affective
Contact.
Pada tahun berikutnya Dr. Asperger, seorang psikatri Jerman menyatakan jenis kanak-
kanak yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di dalam kertas kerjanya. Bahkan dalam
tesis kedoktorannya yang diterbitkan pada tahun 1944, Asperger telah membincangkan
mengenai empat kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek masalah sosial, tiada
pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai perkembangan kognitif, linguistik dan
tidak mempedulikan apa yang dilakukan. Istilah autistic psychopathy digunakan oleh
Asperger untuk menerangkan keadaan masalah personaliti. Asperger mengemukakan ciri-ciri
kanak autisme seperti tidak memandang mata, tiada ekspresi, melakukan pergerakan tubuh
yang sama berulangkali, tidak bersemangat untuk belajar, terdapat bidang tertentu yang
diminati dan membuat perkataan sendiri( Myles & Simpson ).
Sejarah membuktikan bahawa autisme bukanlah perkara baru. Pada tahun 1799, kisah
Victor iaitu seorang kanak-kanak berusia lebih kurang sebelas tahun yang dikenali sebagai
Wild boy of Aveyron ditangkap semasa berada dalam hutan di selatan Perancis dan
kemudiannya dibawa ke Paris untuk ditempatkan di satu institusi orang-orang pekak. Dr. Jean
Marc Gaspard Itard telah menerima dan berusaha mengajar Victor dengan menyediakan
bahan bantu mengajar khas dan menjadi pelopor kepada pendidikan khas (Trevarthen,
Aitken, Papoudi & Roberts, 1998)






KAJIAN KES
Kajian Biografi Murid Kategori Autisme
Pengenalan
Autisme merupakan satu fenomena baru di Malaysia berbanding perkembangannya di
negara-negara Barat.Ia mula menjadi salah satu bidang kajian apabila Leo Kanner
mengemukakan dapatan beliau daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap 11 orang
kanak-kanak di John Hopkins Hospital, Baltimore, Maryland. Kanner mendapati kanak-
kanak itu mempunyai satu set tingkah laku yang berbeza dan dinamakan sebagai satu
sindrom early childhood autism (Wing 1976)
Menurut Eugene Blueler pula yang merupakan orang yang pertama sekali
menggunakan perkataan autism yang merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan
dengan orang lain dan dunia luar.Walaubagaimana pun kini istilah autism merujuk
developmental disorder atau masalah perkembangan.Istilah autism dikenali sebagai autisme
dalam bahasa Melayu. Menurut kamus perubatan,autisme adalah penyerapan dalam fantasi
sebagai pelarian daripada realiti. Definisi ini lebih merujuk kepada tingkah laku yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme.Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental
Disorder,1994:
Autism is considered to be a pervasive developmental disorder of the brain functions
which prevents a person from organizing and understanding information transmitted by
their senses. I t can cause a person to withdraw into own self and can affect social
interactions with the outside world dramatically.
Autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan ismebererti aliran.
Dalam erti kata lain, autism bermaksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak
menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.Autisme juga dikategorikan sebagai
ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi
sosial,gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.
Menurut Leo Kanner ( 1948 ) menyatakan autisme bermakna kekurangan seumur
hidup dan dikenalpasti pada umur 8 hingga 30 bulan. Kanner juga menyifatkan kanak-kanak
ini sebagai menyendiri dan terasing, berupaya untuk berkomunikasi dengan pengulangan
pertuturan, tertarik dengan objek bukan hidup serta tidak dapat bertolak ansur dalam
perubahan rutin harian.
Menurut Ungku A. Halim (1996), berpendapat autisme sebagai perkembangan yang
memberi kesan seumur hidup terhadap pemahaman individu berkaitan apa yang dilihat,
didengar atau dialami. Ini menyebabkan berlakunya masalah berkaitan perhubungan sosial,
komunikasi dan tingkahlaku. Manakala menurut Blackburn (1997) pula berpendapat autisme
merupakan kecelaruan dalam perkembangan otak tetapi sama seperti disleksia, mental
retardasi tetapi ia bukanlah satu kerencatan akal walaupun ramai individu autistik
menunjukkan fungsi seperti mengalami kerencatan tetapi biasanya mereka lebih pintar.
Manakala Trevarthen, Aitken, Papoudi dan Robarts (1998), menyatakan perkataan
autism merupakan gabungan dua huruf Greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang
bermaksud orientasi atau keadaan. Maka autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan
seseorang yang tidak biasa dalam dirinya. Hal ini menunjukkan bagaimana kanak-kanak
autistik gagal untuk menunjukkan minat terhadap orang lain tetapi tidak mempunyai
beberapa ciri tingkahlaku yang lain.
Kesimpulannya autisme merupakan ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak
dan memperlihatkan ciri kanak-kanak yang kelihatan terasing, menyendiri dan tenggelam
dalam dunia mereka sendiri. Autisme mengganggu bahagian di dalam otak yang menguasai
kefahaman emosi dan komunikasi secara langsung atau tidak langsung dan keupayaan
bersosial termasuk pergaulan.

Latar Belakang Responden
Nama : Muhammad Safuan Bin Harun
Tarikh lahir : 23.10.2000
Tempat Lahir : Hospital Kulim
No surat beranak : AS 79490
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Alamat tempat tinggal : Kg Keda, Mukim Ulu Bakai, 09300 Kuala Ketil, Kedah
Perkerjaan Bapa : Penoreh Getah
Pekerjaan Ibu : tidak berkerja (surirumah)
Bilangan adik-beradik : 5 orang dan merupakan anak bongsu
Nama sekolah : SMK Bakai, 09300 Kuala Ketil, Kedah
Kelas : PPKI B
No pendaftaran OKU : LD 020213000116
Masalah kecacatan : autisme
Kecacatan lain : slow leaner
Penyakit di kalangan keluarga : Kakaknya mempunyai penyakit sawan sejak dari kecil.

Sejarah Kelahiran
Muhammad Safuan Bin Harun dilahirkan di Hospital Kulim. Menurut ibunya Puan
Safiah binti Salim tidak mengalami sebarang masalah sepanjang mengandungkan
Muhammad Safuan. Beliau dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kg. Muhammad Safuan
tidak menunjukkan sebarang masalah kerana beliau merupakan seorang bayi yang sihat cuma
beliau tidak aktif. Walaupun ibunya mempunyai pengalaman menjaga kakak Muhammad
Safuan yang mempunyai masalah penyakit sawan namum begitu menjaga Muhammad
Safuan adalah perkara yang sedikit berbeza. Ibu dan bapanya terpaksa bertanya kepada guru-
guru di kelas pendidikan khas dan pembantu perubatan di Klinik kesihatan Malau untuk
mengetahui cara yang betul untuk menjaga dan mendidik beliau.

Latar Belakang Keluarga.
Latar belakang keluarga responden iaitu Muhammad Safuan Bin Harun adalah terdiri
daripada ayahnya Harun bin Halim merupakan seorang penoreh getah. Ibu Muhammad
Safuan pula tidak berkerja dan merupakan surirumah. Muhammad Safuan Bin Harun
mempunyai lima orang adik beradik dan dia merupakan anak bongsu. Muhammad Safuan
Bin Harun mempunyai dua orang abang dan dua orang kakak. Abangnya yang sulung
berkerja sebagai operator kilang di Kulim, Kedah dan abangnya yang kedua pula berkerja
sebagai mekanik di bengkel motor di Kuala Ketil, Kedah. Kakaknya yang ketiga masih
belajar di Politeknik Permatang Pauh, Pulau Pinang, manakala kakaknya yang keempat masih
bersekolah di tingkatan lima di sekolah yang sama dengan Muhammad Safuan Bin Harun.
Kakaknya yang ketiga ini mempunyai masalah sawan dan merupakan pelajar yang lemah dan
pencapaian kakaknya dalam peperiksaan adalah lemah. Muhammad Safuan Bin Harun ke
sekolah bersama kakaknya dan pulang sekolah dengan bapanya kerana kakaknya sering
terlibat dengan aktiviti sekolah pada waktu petang.
Sikap dan perwatakan Muhammad Safuan Bin Harun di rumah dan di sekolah sangat
berbeza. Di sekolah Muhammad Safuan Bin Harun sering bercakap sendirian dan suka
bergaduh dengan rakan-rakannya berbanding dirumah dia suka bermain dengan abang dan
kakaknya dengan baik. Sebagai kanak-kanak yang bermasalah dalam pelajaran dan
mempunyai masalah autisme, mereka akan mempunyai sikap atau tabiat yang negatif. Tabiat
buruk Muhammad Safuan Bin Harun yang sangat ketara ialah melakukan perbuatan atau
gerakan yang sama dan berulangkali seperti bergoyang-goyang dan bercakap seorang diri.
Dia akan melakukan perbuatan seperti bergoyang-goyang dengan menggunakan kerusi
apabila guru mengalihkan perhatian kepada murid lain.
Pada awal kemasukan Muhammad Safuan Bin Harun di kelas pendidikan khas amat
merisaukan guru-guru disana kerana sikap dan tingkah laku Mohd Azri tidak memberikan
kerjasama dan sukar untuk bergaul mesra dengan rakan-rakan sebayanya. Bagi membantu
memulihkan sikap negatif Muhammad Safuan Bin Harun gurunya telah mencuba pelbagai
kaedah dan cara untuk membantunya. Proses membantu Muhammad Safuan Bin Harun dari
segi ciri-ciri masalah kognitif, tingkah laku, emosi dan psikomotor kepada Muhammad
Safuan Bin Harun memakan masa yang panjang. Guru juga memerlukan kesabaran dengan
sikap dan tingkah laku Muhammad Safuan Bin Harun semasa dalam proses pemulihannya di
kelas pendidikan khas.

Ciri-Ciri Masalah Kognitif, Tingkah Laku, Emosi Dan Psikomotor
Ciri-Ciri Masalah Perkembangan Kognitif
Ramai individu autisme tidak menyedari bahawa orang lain mempunyai pemikiran,
perancangan dan perspektif yang berbeza daripada diri mereka. Sebagai contoh seorang
kanak- kanak normal menyerahkan gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar
menghadap rakannya. Seseorang autisme mungkin dapat melihat gambar itu tetapi tidak
menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan pandangan berlainan mengenai
gambar tersebut (Edelson,1999). Lebih kurang 10% individu autisme mempunyai kemahiran
tertentu yang boleh dianggap tinggi mengikut ukuran umum. Biasanya ia berkaitan dengan
ruang semulajadi seperti bakat istimewa dalam muzik dan matematik. Bagi Muhammad
Safuan Bin Harun, beliau amat meminati bidang muzik dan drama. Dia akan memberikan
perhatian sekiranya guru di kelas memasang radio dan laptop lagu kanak-kanak.
Majoriti individu autisme juga mempunyai tumpuan atau fokus yang terhad tetapi
berlebihan terhadap sesuatu perkara yang menjadi tumpuan atau stimulus overselectivity.
Pada dasarnya perhatian mereka hanya tertumpu kepada aspek sesuatu perkara sahaja yang
tidak berkaitan. Contohnya Muhammad Safuan Bin Harun hanya memberi perhatian kepada
warna dan muzik sahaja tetapi mengabaikan berkenaan bentuk. Oleh kerana tumpuan
perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemprosesan maklumat, kegagalan
mengenalpasti aspek yang relevan terhadap sesuatu objek menyebabkan keupayaan seseorang
itu untuk belajar terhad(Edelson,1999).
Individu autisme mampu menerima input daripada sensori tetapi tidak boleh memilih
maklumat yang penting. Mereka mengekalkan input awal dalam bentuk yang jelas atau
belum ditukar bentuk (uncoded form). Memandangkan maklumat perlu dikodkan ke dalam
memori yang abstrak untuk disimpan dan diperolehi semula, kanak-kanak ini tidak boleh
untuk mengekalkan maklumat untuk jangkamasa yang lama dan tidak boleh modifikasi
maklumat dalam cara biasa perbelanjaan dijayakan. Maklumat hanya kekal dalam
jangkamasa pendek, sensori tertentu dan maklumat yang tidak abstrak yang mana ia berguna
dalam usaha untuk mengingat kembali dengan jelas lokasi atau objek atau sesuatu frasa.
Walaubagaimanapun tanpa koding secara abstrak sebagaimana ia digunakan memori normal,
bahasa dan interaksi sosial tidak berkembang. Kanak- kanak autistic apabila dibandingkan
dengan kanak-kanak lain mempunyai masalah yang lebih besar dalam memahami peraturan,
mengenali lebihan dan mengekalkan maklumat dalam bentuk selain daripada rote
memory(Paluszny,1979).
Wujud proses yang menjadi asas kepada pembentukan skema kognitif yang boleh
digunakan oleh bayi yang normal daripada lahir tiada bagi bayi autisme. Bayi normal mampu
mengimbas, boleh menumpukan perhatian kepada perkara- perkara kecil yang boleh dikait
dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali sehingga dapat melihat maklumat penting
yang ada. Kanak- kanak normal boleh mengaitkan dua input yang diberi dan mengasingkan
secara mudah. Bagi kanak- kanak autistic, apabila dua perkara telah dikaitkan da antara satu
sama lain ia seperti label yang telah ditampal di atas dua objek dan tidak boleh ditanggalkan.
Di sini apabila satu daripada item itu ditunjukkan, mereka hanya mampu mengaitkan dengan
apa yang dalam memori dan menyimpan maklumat tersebut. Memori kanak- kanak autisme
seperti terikat dalam satu perkaitan yang telah ditetapkan dan tidak boleh diulang secara
fleksibel.

Ciri-Ciri Masalah Tingkah Laku
Muhammad Safuan Bin Harun mempunyai masalah bercakap dan memahami
percakapan orang yang baru dikenalinya. Pada awal kemasukannya dalam kelas pendidikan
khas dia memang suka menyendiri dan melakukan perbuatan yang sama berulang kali seperti
mengoyang-goyangkan badannya dan akan duduk di suatu tempat yang dia sukai dengan
masa yang agak lama. Sebagai contoh tingkah laku Muhammad Safuan Bin Harun pada
mulanya sangat menyukai kantin sekolah kerana disana terdapat radio dan televisyen yang
sangat diminatinya.
Muhammad Safuan juga lebih suka bermain bersendirian atau mengasingkan diri dan
kebiasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-
marah atau perlakuan yang merosakkan diri sendiri. Melalui temubual dengan guru
pendidikan khas, Muhammad Safuan pernah mengamuk dan marah-marah kerana makcik
kantin tidak membuka radio dan televisyen yang menjadi kesukaannya.
Muhammad Safuan Bin Harun suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak
mahu menerima perubahan. Beliau mudah terganggu jika ada sebarang perubahan dan
enggan melakukannya. Contohnya Muhammad Safuan sangat suka mengoyang-goyangkan
badannya dan akan duduk di suatu tempat yang dia sukai dengan masa yang agak lama dan
sekiranya di tegur oleh gurunya maka dia akan merasa terganggu.

Ciri-Ciri Masalah Perkembangan Emosi
Bagi memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanak-kanak autisme penentuan
umur sosial perlu diambilkira dan memilih cara terbaik untuk menjalankan pemulihan.
Namun proses menentukan umur sosial emosi seseorang sukar kerana perlu mengambil kira
bagaimana seseorang memberi respon kepada situasi sosial iaitu contoh bagaimana cara dia
bermain dan reaksi kepada situasi emosi yang wujud(Edelson 2001). Sebagai contoh kanak-
kanak berusia 2 tahun mempunyai tingkah laku yang tidak mahu membuat apa yang di suruh
dan degil. Kadang-kadang penjaga mempunyai jangkaan yang tidak realistic dan membawa
kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi harapan berdasarkan tahap fungsi intelek
seseorang yang dirasakan sama dengan tahap sosial emosi sebagai contoh ,seseorang individu
autistic dewasa boleh melakukan tugas di tempat kerja dengan begitu baik namun mempunyai
sifat temper tantrumapabila berhadapan masalah kecil mereka akan berkelakuan seperti
kanak-kanak 5 tahun.Ini kerana tahap intelektual kanak-kanak autistic tidak sama dengan
umur sosial-emosinya.

Ciri-Ciri Masalah Perkembangan Bahasa
Penggunaan bahasa dengan baik adalah satu kekurangan bagi kanak-kanak autisme
seperti Mohammad Safuan. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada
ingatan secara hafalan dan kurang mahir untuk membentuk frasa secara kreatif. Tajuk
perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak yang mempunyai perbendaharaan kata
yang luas .Mereka juga mempunyai masalah dalam gestur, penulisan dan bahasa isyarat yang
formal. Permasalahan dalam bahasa menyebabkan juga menjadi penyebab masalah sosial dan
perkembangan kognitif. Namun demikian, bahasa yang digunakan Mohammad Safuan
biasanya tidak sesuai dengan peringkat umurnya walaupun berumur 14 tahun namum
bahasanya menunjukkan dia seperti berumur 10 tahun dan bergantung kepada latihan
berbahasa sepanjang proses membesar yang diberi dimana masalah bahasa adalah masalah
kedua berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu, masalah bahasa boleh menjadi lebih baik
seandainya perkembangan lain berlaku.
Pada kebiasaannya pertuturan yang dikeluarkan Mohammad Safuan boleh difahami
seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti orang dewasa .Penyebutan yang tiada
masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan struktur di mana keupayaan ini merupakan
perbezaan .Linguistik utama yang membezakan Mohammad Safuan dengan kanak-kanak
kurang upaya bahasa yang lain seperti mental retardasi, pekak dan lain-lain. Masalah bahasa
kanak-kanak autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian diantaranya ialah Ekolalia
yang merupakan ciri yang paling menonjol. Adalah kekerapan di mana mereka mengulang-
ulang apa yang diucapkan kepada mereka. Misalnya Mohammad Safuan juga sering
mengulangi perkataan yang diajukan kepadanya tanpa mengetahui makna perkataan tersebut.
Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan ekolalia
namun ianya ketara kepada kanak-kanak autisme seperti Mohammad Safuan kerana
,kekerapan yang tinggi, ekolalia terjadi dalam jangkamasa yang lama sehingga agak dewasa
dan pada kanak-kanak auitsme ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang mereka dengar
berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk membentuk perkembangan perkataan
dan susunan kata. Masalah bahasa dari segi ekolalia timbul kerana Mohammad Safuan
kurang mempunyai daya kefahaman terhadap soalan yang diajukan kepadanya.
Mohammad Safuan juga mengalami masalah kata ganti nama. Dalam temubual
bersama gurunya kekeliruan kerap timbul dalam pertuturan Mohammad Safuan ketika
penggunaan kata ganti nama. Masalah yang jelas kepada Mohammad Safuan adalah kepada
kata ganti nama pertama dan kedua seperti awak untuk dirinya dan saya untuk orang lain .Ini
adalah kerana anak-kanak yang mempunyai masalah untuk memahami dan menggunakan
perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi seperti saya, awak dan ia
yang berubah penggunaannya menyebabkan sukar unutk memahami makna perkataan ini .

Ciri-Ciri Maslah Perkembangan Sosial
Kanak-kanak autisme seperti Mohammad Safuan sukar untuk membantu perhubungan
sosialnya yang normal. Beliau selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi sosial.
Kekurangan ini dapat dikesan dalam interaksi dia yang tiada atau hanya sedikit saja
perhubungan, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya didalam bilik darjah. Bahkan
bukan menjauhinya dan ketidakupayaan memulakan interaksi, jika berjaya, dia tidak boleh
mengekalnya. Kemungkinan Mohammad Safuan mendapat manfaat dalam pergaulan dia
dengan rakan semakin kurang kerana kegagalan dia untuk menangani isu sosial yang relevan.
Di dalam persekitaran inklusif, guru sering melaporkan kekurangan interaksi sosial
walaupun peluang itu banyak. Bagi kanak-kanak autisme seperti Mohammad Safuan.
pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kepentingan yang membolehkan dia membina
perhubungan atau interaksi pada masa hadapan dan dia sebenarnya jarang atau tidak berupaya
memulakan interaksi sosial dengan baik. Oleh yang demikian, peluang berinteraksi dengan
orang lain sebenarnya tidak menjamin dia memperolehi kemahiran sosial.
Menurut Frith (1993) masalah sosial boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan
untuk terlibat dalam interaksi dua hala di mana ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang
berbeza antaranya terasing atau bersendiri tidak suka berkomunikasi, tidak menggunakan
eye contact tidak mencari tempat untuk mengadu bila bersedih, namun tidak menolak
konteks sosial seperti ketika meminta makan dan minum, bermain dan beri reaksi kepada
muzik. Mohammad Safuan mengalami masalah sosial kerana suka bersendirian dan tidak
menggunakan eye contact dan tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Beliau
akan memberikan reaksi dan respon yang penuh perhatian kepada alunan muzik yang
diminatinya. Mohammad Safuan juga sering bersikap ganjil seperti suka bersendirian dan
mengoyangkan-goyangkan badannya di kerusi dan duduk di suatu tempat yang disukainya
pada masa yang agak lama.

Kaedah Dan Teknik Khusus Untuk Mengatasi Masalah Ciri-Ciri Yang Dinyatakan
Kaedah dan teknik mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak autisme
Keadaan tingkah laku yang dialami Mohammad Safuan selalunya membingungkan
ibu bapanya, penjaga dan guru. Namun, beberapa kaedah dan strategi boleh kita dilakukan
untuk mengatasi masalah ini iaitu guru boleh menggunakan cara yang mudah difahami
semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, contohnya gambar untuk
berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada
peringkat awal, gunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan
dan tahap kebolehan Mohammad Safuan. Dengan cara ini, kita dapat melatih dia mengolah
deria visualnya dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian dia untuk belajar dengan
mudah.
Mengajar dan mendedahkan Mohammad Safuan bagaimana cara sesuai untuk
meminta sesuatu dengan beratur mengikut susunan (how to takes turn) walaupun antara dia
dan rakannya sahaja di bilik darjah. Kaedah ini menggunakan cara hubungan komunikasi
yang baik dengan mengajar mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakan
pandangan mata (eye contacts) dengan guru. Cara dan kaedah ini akan melatih mereka
untuk bertenang dan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak,
dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
Guru dan ibu bapa Mohammad Safuan juga boleh menggunakan alunan muzik dan
disertai pergerakan badan yang tersusun seperti di dalam kelas khas dan dirumah
bagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam
pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh Mohammad Safuan (please sit down
and turn around). Mohammad Safuan akan melakukan setiap langkah itu satu persatu
mengikut urutan dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang
lambat. Jika dipraktis setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh ini akan
meningkat.
Guru juga boleh menggunakan konsep pembayang awal. Kaedah adalah untuk
menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa
minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka
tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya dalam
kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan
terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga
memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-
kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak
autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang
kurang faham bahasa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah
atau rumah bagi mendapat perubahan yang memberangsangkan.

Kaedah Dan Teknik Mengatasi Masalah Bahasa
Masalah kata ganti nama wujud kerana mereka tidak dapat membezakan apa yang
mereka fikirkan dan apa yang orang lain fahami dan kanak-kanak autisme juga tidak
menumpukan perhatian untuk melihat penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh
orang secara biasa. Pendedahan kepada penggunaan kata ganti nama sebagai program
Intervensi bahasa boleh membantu kanak-kanak autisme seperti Mohammad Safuan.
Bagi mengatasi masalah bahasa ini, pelbagai kaedah komunikasi dipermudahkan atau
Facilitated Coumunication telah dijayakan dengan pelbagai alat yang mempunyai input
menggunakan papan kekunci dan memberi hasil yang boleh dibaca seperti komputer atau
mesin taip elektrik. Individu autism seperti Mohammad Safuan yang menggunakan bentuk
pertuturan ini merupakan satu kejayaan. Banyak masalah yang dilihat dalam bahasa
pertuturan seperti kekeliruan ganti nama dan ekolalia tidak ditunjukkan dalam bahasa yang
mereka taip di papan kekunci. Kaedah yang menjelaskan mengenai penambahan dalam
simantik dan kefahaman dalam komunikasi boleh membantu masalah bahasa bagi kanak-
kanak autism seperti Mohammad Safuan. Individu dengan keupayaan yang minimum untuk
berinteraksi secara verbal telah mendedahkan bahawa mereka dapat mencapai satu tahap
yang lebih tinggi dalam bilangan perbendaharaan kata yang diharapkan, tumpuan perhatian
yang lebih baik, bentuk lawak, kesedaran dan bertanggungjawab terhadap rakan
perbualannya. Kajian mendapati tajuk perbualan bertambah daripada apa yang timbul dalam
perbualan secara pertuturan. Antaranya elemen dalam bentuk komunikasi ini adalah
sokongan fizikal, latihan awal, pengekalan fokus, elakkan ujian untuk kecekapan dan tugasan
yang berstruktur. Semakin lama jumlah sokongan daripada segi bantuan fizikal dikurangkan
sehinggalah ke tahap tanpa sentuhan.
Kaedah latihan komunikasi untuk kanak-kanak autisme tidak terhad kepada mereka
yang mempunyai bahasa pertuturan sahaja seperti Mohammad Safuan. Ini kerana kebanyakan
kanak-kanak autisme menunjukkan seperti menghadapi mental reterdasi dan cirri-ciri autisme
yang unik dalam sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan masalah yang lebih sukar untuk
menguasai pertuturan.Terdapat juga sistem auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-
kanak biasa, samada perbezaan ini menyebabkan masalah dalam komunikasi secara lisan
tidak diketahui, tetapi ia memberi rasional untuk mengejar bahasa melalui visual atau
stimulasi sentuhan kinastatik.Ciri lain seperti masalah eye contact yang lemah, rutin yang
sama minat dalam peralatan mekanikal memandangkan agar mereka menggunakan sistem
komunikasi yang lain.
Pendekatan lain yang digunakan ialah penggunaan latihan isyarat dan pertuturan dapat
memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa bagi
Mohammad Safuan. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak autism
seperti Mohammad Safuan ini lemah dalam meniru secara verbal dapat mengeluarkan
pertuturan dengan bantuan rangsangan secara visual. Walaupun latihan menggunakan isyarat
mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanak-kanak autisme.

Kaedah dan Teknik Mengatasi Masalah Perkembangan Sosial
Bagi membantu kanak-kanak autisme seperti Mohammad Safuan mengatasi masalah
sosial yang dialaminya adalah dia perlu diberi tumpuan meningkatkan tingkahlaku yang betul
dengan dorongan positif berbanding dengan mengurangkan tingkahlaku yang tidak
diperlukan. Melalui kaedah dan cara ini kanak-kanak autisme seperti Mohammad Safuan
akan dapat mempelajari kemahiran sosial yang dijangkakan berlaku dalam situasi sebenar.
Pendekatan yang diterapkan ialah dengan menukarkan satu tingkahlaku dengan rawatan yang
pada masa yang sama dapat membetulkan tingkahlaku berikutnya tanpa memberikan rawatan
sebagai contoh sesuatu perbuatan memerlukan kemahiran lain seperti perhubungan mata dan
nada suara yang bersesuaian dan juga kemahiran menyoal dan menjawab soalan. Kekurangan
kemahiran sosial dikalangan individu autisme seperti Mohammad Safuan adalah menjadikan
pengajaran tingkahlaku yang mudah difahami sebelum sebelum diperkenalkan kepada
tingkahlaku yang lebih kompleks.
Kaedah pendekatan dengan menyatakan tingkahlaku atau asas yang dimodifikasikan
memberi perubahan sejajar kepada tingkahlaku dalam kumpulan yang sama juga dapat
dilakukan dalam membantu Mohammad Safuan. Sehubungan itu, dicadangkan tingkahlaku
sasaran bagi Mohammad Safuan tidak diberi rawatan atau diubah secara satu persatu tetapi
sebaliknya digunakan pendekatan melalui rawatan kepada tingkahlaku utama. Pendekatan
kaedah ini juga menyatakan terdapat kekurangan motivasi untuk mempelajari perkara baru
dan kegagalan untuk bersama dalam persekitaran sosial dan sekolah merupakan tingkah laku
gangguan. Ini juga ada kaitan dengan pilihan rangsangan berlebihan, sebagai contoh
seseorang autisme mungkin tidak dapat mendengar apa yang disebut oleh guru.
Kanak-kanak autisme seperti Mohammad Safuan juga boleh menerima perubahan
dengan baik bukan ada diantara mereka yang dapat berkomunikasi di luar dari ruang
eksperimen. Ini meneguhkan lagi dapatan yang tingkah laku utama boleh membawa
perubahan kepada tingkah laku lain dengan mempelbagaikan pendekatan. Dengan kaedah
yang sama iaitu melalui pengurusan diri, didapati sasaran tingkah laku yang dikehendaki
telah meningkat sejajar dengan tingkah laku lain yang tidak diberi rawatan.
Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa kumpulan pengantara antara rakan
sebaya normal dapat memberikan kesan yang positif dalam pengubahsuaian tingkah laku
individu autisme seperti Mohammad Safuan. Guru boleh menggunakan kaedah peranan rakan
sebaya normal sebagai agen intervensi yang mengekalkan tempoh interaksi kepada kadar
yang lebih lama. Dalam kaedah ini juga Mohammad Safuan akan dapat berinteraksi dengan
rakan sebaya yang tidak dilatih. Kaedah ini akan membolehkan kanak-kanak autisme
mempunyai pelbagai pembolehubahan lain yang patut dicuba untuk memastikan kemahiran
sosial yang diperolehi akan terus kekal.

Rekod Pencapaian Akademik Responden
Muhammad Safuan Bin Harun adalah seorang murid yang lemah dan kurang
perbendaharaan kata. Beliau boleh berkomunikasi dengan ahli keluarganya dan orang yang
dikenalinya sahaja. Muhammad Safuan Bin Harun juga mempunyai daya ingatan yang
singkat dan mudah lupa apa yang dipelajarinya. Berdasarkan temubual dengan guru Bahasa
Melayu beliau, Muhammad Safuan Bin Harun juga suka mengelamun dan berangan seperti
berada dalam dunianya sendiri. Berikut dibawah adalah keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Akhir Tahun 2013

Muhammad Safuan Bin Harun - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013
Bil BM BI MT PAI SC KH SENI
1. 41 70 56 63 75 40 70

Muhammad Safuan Bin Harun - Peperiksaan Akhir Tahun 2013
Bil BM BI MT PAI SC KH SENI
1. 23 44 38 51 53 50 85






















Gambar-gambar responden
Aktiviti Mohammad Safuan Bin Harun Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran


Mohammad Safuan Bin Harun ketika proses pengajaran dan pembelajaran


Mohammad Safuan Bin Harun ketika aktiviti menulis

Aktiviti Mohammad Safuan Bin Harun Bersama Rakan


Mohammad Safuan Bin Harun suka membaca buku yang menarik


Mohammad Safuan Bin Harun melakukan aktiviti pendidikan seni


Mohammad Safuan Bin Harun seorang yang kreatif dan suka mencuba benda baru

Mohammad Safuan Bin Harun Menyertai Pertandingan Melukis Batik Peringkat
Daerah Baling Sik


Rakan-rakan Mohammad Safuan Bin Harun yang lebih berusia daripadanya


Mohammad Safuan Bin Harun akan fokus melakukan aktiviti yang diminatinya


Mohammad Safuan Bin Harun akan berusaha untuk menjadi pemenang dalam
pertandingan yang disertainya



Aktiviti Kokurikulum Dan Sukan Yang Diceburi

Mohammad Safuan Bin Harun suka mencari rakan yang lebih berusia


Mohammad Safuan Bin Harun menyertai pertandingan futsal peringkat daerah Baling Sik,
Kedah


Mohammad Safuan Bin Harun sering memberikan kata-kata semangat kepada rakan-
rakannya

Aktiviti Luar Dan Lawatan Sambil Belajar Yang Disertai

Mohammad Safuan Bin Harun bersama rakan ketika aktiviti lawatan sambil belajar di
Sungai Petani, Kedah.


Mohammad Safuan Bin Harun menyertai pertandingan tenpin bowling peringkat daerah
Baling Sik, Kedah







Bukti seperti salinan kad kemajuan, sijil, hasil kerja dan sebagainya.
Pertandingan Yang Pernah Dimenangi Mohammad Safuan Bin Harun


Mohammad Safuan Bin Harun menerima tempat pertama aktiviti merentas desa peringkat
sekolah


Mohammad Safuan Bin Harun menang pingat emas aktiviti sukan sekolah (acara 100m)


Pingat emas dan perak yang dimenangi Mohammad Safuan Bin Harun bagi aktiviti sukan
dan Piala tempat kedua (Naib Johan) pertandingan bercerita kisah nabi pada Majlis Tilawah
Al-Quran peringkat daerah Baling Sik, Kedah.





Pingat bagi acara merentas desa dan pertandingan tenpin bowling yang pernah disertai
Mohammad Safuan Bin Harun pada peringkat daerah Baling Sik, Kedah


Sijil-sijil penyertaan Mohammad Safuan Bin Harun dalam pelbagai bidang akademik dan
bidang sukan





Kesimpulan
Individu autisme secara fizikalnya tidak ada perbezaan dengan kanak- kanak yang
normal. Namun begitu, apabila pemerhatian dibuat kepada mereka akan menampakkan
kelainan dari segi sikap, pemikiran, tingkahlaku dan pertuturan. Pelbagai perkara dikaji untuk
mencari punca kejadian autisme tetapi masih tiada jawapan muktamad sehingga ke hari ini.
Walaupun kanak- kanak autisme kurang upaya dalam banyak perkara, namun begitu individu
autistic memang terkenal puzzles. Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-
kanak autisme akan membolehkan kanak- kanak istimewa ini memperoleh ilmu pengetahuan
tanpa halanagn dengan sempurna(Artwood,1998). Logo untuk kumpulan sokongan bagi
Autisme Society Of Amerika merupakan gambar seorang kanak- kanak dalam bentuk
puzzle. Kebanyakan puzzle berada di atas meja tetapi kita masih cuba untuk mencari jalan
bagaimana untuk mencantumkannya kembali dan sentiasa berfikiran positif bahawa puzzle
ini boleh menjadikan pelbagai bentuk yang berbeza- beza. Ini berbeza dengan 20 tahun lalu
di mana ramai individu autisme berada di institute kini mereka hidup dalam keadaan fleksibel
dan teratur. Biasanya hanya individu yang teruk sahaja berada di institusi. Sewaktu dewasa,
ada di antara mereka hidup dengan keluarga dan ramai yang tinggal di kemudahan asrama
atau dalam group home (sebahagian berdikari) dan ada yang berdikari sepenuhnya. Ada
juga yang lulus dari kolej, ada yang menerima ijazah malah ada yang menjalinkan hubungan
sehingga berkahwin(Edelson,1999). Dalam alam pekerjaan, mereka boleh diterima sebagai
pekerja yang berhati- hati dan boleh dipercayai. Namun demikian, mereka sukar untuk
mendapat pekerjaan sehingga menimbulkan kesukaran ketika temuduga untuk mendapatkan
pekerjaan. Adalah penting untuk menyatakan bahawa ibu bapa dan para professional mula
menyedari bahawa sindrom autisme boleh dirawat di mana terdapat intervensi yang dapat
membuat perbezaan yang signifikan(Edelson,1999)










TUGASAN 2 (b)
Pilih 2 murid kategori autisme atau terencat akal atau pelbagai kecacatan. Buat kajian
biografi murid tersebut yang yang mengandungi maklumat terperici seperti
Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih. (laporkan sekiranya murid
mempunyai sejarah ahli keluarga lain yang mengalami masalah yang sama)
Laporkan secara terperinci ciri-ciri masalah kognitif, tingkah laku, emosi dan
psikomotor
Bincangkan juga kaedah dan teknik khusus untuk mengatasi masalah ciri-ciri
yang dinyatakan
Status atau rekod pencapaian akademik semasa kanak-kanak kategori yang dipilih
Gambar-gambar berkenaan murid tersebut (untuk tugasan sahaja)
Bukti seperti salinan kad kemajuan, sijil, hasil kerja dan sebagainya.
Laporan daripada pakar perubatan seperti pediatrik, audiologis, terapi carakerja,
kaunseling dan sebagainya (sekiranya ada)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi huraikan dan laporkan secara terperinci ciri-ciri
kognitif ,tingkah laku,emosi dan psikomotor. Bincangkan juga kaedah dan teknik khusus
untuk mengatasi masalah ciri-ciri yang dinyatakan.
















Pengenalan
Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang
mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak itu
terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran. Faktor baka
banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding dengan faktor
persekitaran. Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal
sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku
penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Evans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat
belajar secepat orang normal: tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal
dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan
dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Persatuan Kerencatan Mental Amerika
(AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai :

Subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with
deficit in adaptive behavior and manifested during the development mental period that
adversely affects a childs educational performance.


KAJIAN KES
Kajian Biografi Murid Kategori Terencat Akal
Pengenalan
Kerencatan akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang individu tidak
dapat mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang normal. Hal
ini berlaku disebabkan oleh berlaku kerosakan pada bahagian otak. Secara tidak langsung,
kerosakan pada otak tersebut menyebabkan seseorang individu mengalami kurang upaya
perkembangan dan kerencatan intelek. Apa yang paling penting untuk diketahui adalah
kerencatan akal boleh dikesan dalam usia 18 tahun ke bawah. Berdasarkan beberapa kajian
yang telah dijalankan, nisbah manusia normal berpotensi menghidapi masalah kerencatan
akal adalah 3 : 100. Manakala, nisbah bagi kanak-kanak berkeperluan khas pula adalah 1 : 10.
Umumnya, kanak-kanak yang mengalami masalah kerencatan akal ini mempunyai tahap IQ
(Intelligent Quotient) yang kurang daripada 70. Ini jelas menunjukkan bahawa sisihan piawai
dan peratusan kecerdasan intelek kanak-kanak tersebut masing-masing adalah negatif tiga (-
2) dan 13.59% dan mungkin kurang daripada nilai itu. Dalam hal ini, terdapat beberapa
definisi yang mentakrifkan makna kerencatan akal.

The Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) pada tahun 2004 menyatakan
bahawa,

Mental retardation is a significantly subaverage general intellectual functioning existing
concurrently with deficits in adaptives behaviour and manifested during the developmental
period that adversely affect a childs educational performances.
(The Individuals with Disabilities Educational ACT : 2004)

Berdasarkan definisi di atas, dapat kita fahami bahawa kerencatan akal adalah suatu keadaan
di mana fungsi intelek seorang kanak-kanak berada di bawah nilai purata intelek yang biasa
dan wujud dengan ketara. Ia berlaku serentak dengan kemerosotan tingkah laku adaptif dan
dimanifestasikan semasa tempoh perkembangan seterusnya mempengaruhi pembelajaran
kanak-kanak tersebut. Oleh itu, jika seseorang kanak-kanak mempunyai nilai kecerdasan
intelek (IQ) di bawah nilai purat biasa tetapi tidak berlku kemerosotan tingkah laku adaptif,
maka mereka tidak boleh dikategorikan sebagai terncat akal dan begitu juga sebaliknya.
Tingkah adaptif pula merujuk kepada tingkah laku yang boleh memenuhi norma
kehidupannya seperti menguruskan diri sendiri.

Menurut Dr Iean Hamzah Sendut dan Prof Dr Zulkifli pula, mereka berpendapat bahawa,

kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan pemikiran yang rendah dan berkurang serta bermasalah dalam
pembelajaran. Bagi yang berada di tahap teruk (severe), mereka tidak boleh berjalan,
bercakap dan menguruskan diri. Bagi yang berada di tahap sederhana (moderate) pula,
mereka menghadapi masalah untuk belajar menguruskan menguruskan diri.
(Malaysian Pediatric Association)

Menurut pendapat di atas pula, kanak-kanak terncat akal adalah mempunyai perbezaan yang
ketara jika dibandingkan dengan keupayaan kanak-kanak tipikal. Walau bagaimanapun, bagi
mereka yang berada di tahap ringan (mild), keupayaan mereka boleh ditingkatkan jika
intervensi dilakukan secara konsisten walaupun memakan masa yang lama dan bagi sangat
teruk (profound), pemulihan secara khusus perlu dilakukan kerana kanak-kanak yang
berkaitan benar-benar tidak berkeupayaan dari segi intelek dan tingkah laku pengurusan diri.

Selain itu, American Association on Mental Retardation (AAMR) mendefinisikan kerencatan
akal sebagai,

Mental retardation is a significant character disabilities on intellectual functioning and
adaptives behaviour.
(Definition and Terminology : Luckasson, Bortwick, Buntinx, Craig and Reeve et al)

Sehubungan itu, kerencatan merupakan satu masalah apabila ketidakupayaan karakter berlaku
serentak dengan kurang upaya dalam tingkah laku adaptif. Jelas di sini, masalah kerencatan
adalah berkaitan dengan kefungsian otak. Apabila otak tidak dapat berfungsi dengan baik
atau berlaku gangguan pada sistem saraf otak (neurological disorder), risiko untuk seorang
kanak-kanak menjadi terencat akal adalah sangat besar.

Berdasarkan definisi di atas, dapat simpulkan bahawa kerencatan akal disebabkan
oleh kegagalan fungsi otak. Kesannya, fungsi mental seorang kanak-kanak akan menjadi
terbatas lalu menimbulkam masalah pengawalan emosi. Emosi menjadi tidak seimbang
sehingga menyukarkan individu yang terencat akal untuk bergaul dengan individu lain.
Malah, gangguan kognitif turut berlaku di mana mereka akan lambat untuk menerima
maklumat yang disampaikan dan sukar untuk memahami konsep yang kompleks. Jadi,
mengenalpasti sama ada seorang kanak-kanak adalah terncat akal adalah sangat penting agar
mereka boleh diberi pendidikan yang sesuai dengan tahap intelek masing-masing.









Latar belakang responden
Nama : Muhammad Hazmie Bin Iskandar
Tarikh lahir : 21.05.2000
Tempat Lahir : Hospital Kulim
No surat beranak : Ar 19025
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Alamat tempat tinggal : Kg Selarong, Mukim Ulu Bakai, 09300 Kuala Ketil, Kedah
Perkerjaan Bapa : Tukang Kebun
Pekerjaan Ibu : Operator Pengeluaran
Bilangan adik-beradik : 7 orang dan merupakan anak keenam
Nama sekolah : SMK Bakai, 09300 Kuala Ketil, Kedah
Kelas : PPKI B
No pendaftaran OKU : LD 020912000945
Masalah kecacatan : Terencat akal ringan
Kecacatan lain : lembam (slow leaner)
Penyakit di kalangan keluarga : Dua orang abangnya mempunyai masalah pembelajaran
lembam (slow learner)

Sejarah Kelahiran
Muhammad Hazmie Bin Iskandar dilahirkan di Hospital Kulim. Menurut ibunya Puan
Halimahton Binti Samad, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sepanjang
mengandungkan Muhammad Hazmie Bin Iskandar cuma semasa beliau mengandungkan
Muhammad Hazmie beliau pernah terjatuh motosikal yang ditungganginya bersama suami.
Puan Halimahton dimasukkan ke hospital namum tiada kecederaan serius tetapi
kandungannya semakin tidak aktif dan degupan jantung bayinya semakin lemah. Namum
begitu bayinya masih bertahan sehingga dilahirkan di Hospital Kulim. Muhammad Hazmie
Bin Iskandar dilahirkan secara normal dengan berat 2.7 kg. Muhammad Hazmie Bin Iskandar
tidak menunjukkan sebarang masalah tetapi pada awal kelahiran Muhammad Hazmie Bin
Iskandar tidak menangis dengan kuat. Doktor menyatakan Muhammad Hazmie Bin Iskandar
adalah bayi yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak aktif.


Latar belakang keluarga responden
Ciri-ciri Kanak-kanak Kerencatan Mental
Ciri-ciri masalah kognitif
Menurut Marilyn Friend (2005), ciri-ciri individu terencat akal dari segi ciri-ciri
kognitif seperti kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan. Mohammad Hazmie
Bin Iskandar juga mengalami masalah dari segi kognitif dari segi sifatnya seperti kerap
terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara baru yang dipelajari. Menurut
gurunya Mohammad Hazmie Bin Iskandar sering terlupa perkara yang baru dipelajarinya
walaupun gurunya sering mengulangi tajuk yang diajarnya.
b) Generalisasi
Kanak-kanak terencat akal manghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik,
tingkah laku dan interaksi sosial.
c) Metakognisi
Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka sukar menyelesaikannya
d) Motivasi
Mereka mengalami masalah yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan
mudah putus asa.
e) Bahasa
Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa seperti mangambil masa yang lama untuk
memahami konsep mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebaginya. Perolehan bahasa mereka
kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan.
5.2.2 Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebih
keras, membuat latihan banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid
normal yang lain.
5.2.3 Ciri sosial
Kebiasannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya menyebabkan mereka
berkelakukan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan
mempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial halus sehingga aksi-aksi mereka sering disalah
tafsir oleh murid-murid lain.
5.2.4 Ciri tingkah laku tambahan
Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yang
khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, mengigit atau tabiat suka
mencederakan diri.
Selain itu, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak
normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapun
terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai
kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan motor
halus mereka. Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti
secara bersendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka
mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. Paras
rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke
sekolah biasa.
Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan atau fokus
kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkan tugasan dan
mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering menunjukkan tingkah
laku yang sering mengganggu rakan. Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka
kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan
mempunyai masalah dalam menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap
menyalah tafsir aksi-aksi murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut,
menggigit kuku, tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk
melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti
(Jamila 2005).
Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi
kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah
kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah
90 ke atas. Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke
sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran voksional
sosial untuk membantu menjadikan mereka sebagai individu yang produktif.

Kaedah dan teknik khusus untuk mengatasi masalah ciri-ciri yang dinyatakan

Status atau rekod pencapaian akademik semasa kanak-kanak kategori yang dipilih




Gambar-gambar berkenaan murid tersebut (untuk tugasan sahaja)
GAMBAR-GAMBAR MURID BERKENAAN
4.1 Gambar Mohammad Hazmie Bin Iskandar Bersama Guru Di dalam Kelas
Pendidikan Khas.





Mohammad Hazmie Bin
Iskandar bersama guru
pendidikan khas ketika
proses p & p.

Mohammad Hazmie Bin
Iskandar sedang melakukan
aktiviti menulis ketika di
dalam bilik darjah.






Mohammad Hazmie Bin
Iskandar sedang melakukan
aktiviti membaca di sudut
bacaan di dalam kelas





Mohammad Hazmie Bin
Iskandar sedang
memerhatikan rakannya
melakukan aktiviti
pendidikan seni (tikar
kertas).

Guru menggunakan kaedah
tunjuk cara atau demotrasi
kepada Mohammad
Hazmie Bin Iskandar bagi
mengajar pendidikan seni
(origami)



Hasil Kerja Mohammad Hazmie Bin Iskandar

Mohammad Hazmie Bin
Iskandar bersama rakannya
sedang mempamerkan hasil
kerjanya (origami bunga)

Hasil kerja Mohammad
Hazmie Bin Iskandar
menulis huruf besar.







Hasil Kerja Pendidikan Seni
Mohammad Hazmie Bin
Iskandar
Sijil Penghargaan Acara
Merentas Desa yang disertai
Mohammad Hazmie Bin
Iskandar







Mohammad Hazmie Bin
Iskandar menerima tempat
ketiga dalam pertandingan
mewarna Sempena Bulan
Merdeka

Mohammad Hazmie Bin
Iskandar menerima pingat
tempat pertama dalam
acara 100m sukan
pendidikan khas.

Bukti seperti salinan kad kemajuan, sijil, hasil kerja dan sebagainya.
Laporan daripada pakar perubatan

Kesimpulan
Menurut Noor Aini dan Nor Siti Rokiah (2010) mendapati guru-guru Pendidikan
Khas telah berusaha untuk mengorganisasi keaksesan murid-murid bermasalah pembelajaran
dalam pendidikan berlandaskan asas kesetaraan dengan orang upaya agar mereka tidak boleh
dikecualikan daripada sistem pendidikan umum. Kajian ini mendapati murid-murid
bermasalah pembelajaran teruk tanpa komunikasi boleh mendapat manfaat daripada sistem
pelajaran yang diikuti jika mereka dapat berinteraksi menggunakan inventori perkataan
berfungsi mengikut persekitaran. Noor Aini dan Nor Siti Rokiah (2010) mendapati murid-
murid bermasalah pembelajaran teruk dapat belajar kemahiran bahasa dengan lebih baik jika
guru Pendidikan Khas menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan seperti nyanyian
dan secara bermain.

Selain itu, aktiviti sosial yang dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran
teruk tanpa komunikasi seperti memanggil nama kanak-kanak, bermain dengan mereka
supaya mereka mampu memesan makanan, menggunakan tandas dengan betul dan
menjalankan simulasi di bilik darjah. Bagi melaksanakan Program Kemahiran Bahasa, guru
perlu diberi latihan dan panduan berkaitan prosedur penggunaan teknologi atau sekurang-
kurangnya bahan berteknologi rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber Rujukan
Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.
Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala
Lumpur. Quantum Books.

Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2005). Punca
dan Rawatan Kecelaruan Tingkahlaku. Bentong : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kertas mesyuarat perancangan jangka
panjang dan pendek, program Pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan pelajaran pendidikan khas
bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur: t.pt.
HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.
Universiti Terbuka Malaysia.

Noor Aini Ahmad dan Nor Siti Rokiah Abdul Razak. (2010). Teaching prereading skill to
students with severe learning disabilities in the special education learning disabilities
program. Dibentang dalam International Journal of Arts and Sciences Conference.
University of Central Florida.

Nordin Ahmad(2005). 350,000 murid sekolah rendah alami Disleksia. Utusan Malaysia,
17 December. p. 2.

Rosana Awg. Bolhasan. (1998). Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching,
Sarawak. Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Smith, C. R. 1991. Learning disabilities. The interaction of learner, task, and setting. U.S.A:
Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai