Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar: LEE CHEAH EU
Kursus & Ambilan: PISMP SEMESTER 7
Tempoh Praktikum: 26 JANUARI 2014 24 APRIL 2014
Pengkhususan: PENDIDIKAN KHAS
Nama Guru Pembimbing: PUAN SAMIHAH BINTI DATO HAJI ABDUL HAMID
Nama Pensyarah Pembimbing: ENCIK WAN FADZLI BIN WAN HARUN
Catatan Minggu ke: (2). Tarikh: 4 FEBRUARI 2014 hingga 6 FEBRUARI 2014
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Minggu ini merupakan minggu kedua saya lakanakan praktikum di SK Iskandar.
Masalah yang dihadapi oleh saya pada minggu ini hanya ada satu iaitu seorang
murid yang bernama Kelvin Khong, tidak dapat memberi tumpuan kepada
pengajaran saya. Masalah yang dihadapi oleh Kelvin adalah autisme. Jadi dia
tidak memberi perhatian kepada pengajaran adalah perkara yang biasa,
namuan, dia bukan sahaja tidak dapat memberi perhatian tetapi juga asyik ingin
menarik perhatian saya. Dia sentiasa cakap bahasa mandarin dengan saya
dalam kelas dan ingin saya beri respon kepada dia. Demi jaga perasaan dia,
saya akan beri respon minima kepada dia supaya pelaksanaan pengajaran tidak
terganggu.
Analisis masalah/Isu/peristiwa
Masalah yang dihadapi oleh saya adalah seperti tercatat di atas iaitu murid tidak
memberi perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Faktor-faktor

yang menyebabkan masalah ini berlaku ada tiga. Faktor utama adalah Kelvin
adalah murid bermasalah autisme. Jadi ini adalah perkara biasa untuk dia
berkhayal dan cakap berseorangan. Faktor yang kedua adalah bapa Kelvin lebih
suka jika saya dapat berkomunikasi dengan anaknya, Kelvin, dengan bahasa
mandarin. Dia juga galakkan Kelvin gunakan bahasa mandarin dengan saya.
Saya tidak dapat menafikan bahawa penggunaan bahasa mandarin akan
memanfaatkan Kelvin pada masa akan datang dan penguasaan bahasa
mandarinnya. Disebabkan pada masa sekarang, Kelvin belajar di SK Iskandar,
tidak banyak peluang untuk dia guna bahasa mandarin dan kebetulan saya
adalah satu-satunya guru yang berada di bahagian pendidikan khas dan dapat
berkomunikasi dalam bahasa mandarin. Dengan itu, Kelvin baru berpeluang
untuk menggunakan bahasa mandarin. Faktor yang ketiga adalah Kelvin asyik
ingin dapat perhatian saya. Semasa dalam kelas, Kelvin asyik menyampuk saya
atau melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian saya. Sebagai contoh,
semasa saya mengajar dalam kelas, dia asyik bergerak daripada tempatnya.
Cadangan Penyelesaian
Saya telah fikirkan beberapa cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah
ini. Cadangan yang pertama adalah gunakan token ekonomi sebagai tarikan.
Saya perasan bahawa Kelvin amat kisah mengenai hadiah. Sebarang perkara
yang mengenai hadiah akan dapat menarik perhatiannya. Jadi saya akan
gunakan token sebagai peneguhan tingkah lakunya. Cadangan penyelesaian
yang kedua saya adalah reka aktiviti yang menarik dan terapkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran saya. Secara tidak langsung, Kelvin akan tumpu
dalam pembelajaran dia. Akhir sekali, saya akan membina Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang menarik untuk dapat tumpuan dia.
Tempoh penyelesaian
9/02/2014 hingga 13/02/2014 iaitu selama seminggu.
Tindakan susulan

Tindakan susulan yang akan diambil oleh saya adalah usaha yang berterusan
untuk mengenalpasti perkembangan Kelvin. Contohnya, saya akan cuba
sentiasa perhatikan perubahan tingkah laku dia dalam kelas saya. Selain itu,
saya juga akan berusahan untuk memastikan aktiviti dalam kelas saya adalah
menarik dan bahan yang diguna sesuai untuk mereka.
Kesimpulan
Penarikkan perhatian murid merupakan salah satu langkah yang amat penting
dalam mencapai objektif pengajaran. Dengan itu, saya harus sentiasa
memastikan dan mengingatkan diri sendiri sentiasa mereka aktiviti serta
menggunakan aktiviti yang menarik dalam pengajaran.

Pandangan / komen guru pembimbing

.........................................................................................................................................................

Tarikh: ............................................. Tandatangan: .............................................
Nama: .........................................................
Pandangan / komen pensyarah pembimbing
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
Tarikh: .............................................. Tandatangan: ..............................................
Nama: ........................................................

Anda mungkin juga menyukai