- kos pembersihan meningkat - umpamanya, dalam RMK-8, sebanyak RM250 juta telah diperuntukan bagi pembersihan dan pengindahan sungai - kempen Cintai Sungai Kita perlu diperkasakan lagi - membazir kerana lebih perlu disalurkan untuk pembangunan negara
2. Kepupusan hidupan akuatik - menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian makanan - membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau - burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan sukar terbang seterusnya mati - spesis terancam semakin pupus, contohnya penyu - sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan
3. Menjejaskan sumber pendapatan nelayan - menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat - tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak - meningkatkan kos pemulihan - misalnya, tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan
4. Menjejaskan kesihatan - sumber air bersih berkurangan - laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka - penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan - penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat - Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih
5. Menjejaskan industri pelancongan - tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa - kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran air - pulau dan pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin ini terjejas dan musnah
6. Aktiviti rekreasi tidak lagi sesuai - sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti berenang, berkayak dan memancing hilang fungsinya - persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran dan diri
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Sungai a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. - Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah. - Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah. - Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala. - Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV. - Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.
Kesan pencemaran udara Kesihatan manusia - Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Tumbuhan - Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.
Haiwan - Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.
Bahan - Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam - Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
Penipisan lapisan ozon - Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.
Hujan asid - Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global - Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Atmosfera - Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.
Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah Mengatasinya
1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya. Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.
2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung. Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!
3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu. Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.
4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu. Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuk tenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.
5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk. Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.
6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan. Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.
7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan. Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentuk awan tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.
Kesan pencemaran bunyi:: 1. Pembangunan kawasan industri bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain 2. Kesan ke atas pendengar Kesan ke atas pendengar ialah pendengar akan mengalami masalah pendengaran apabila organ telinga menerima kesan daripada bunyi yang kuat. Selain daripada itu ,pendengar mudah merasa letih apabila berhadapan dengan masalah pencemaran bunyi yang agak lama.Tidur bagi seseorang akan terganggu akibat daripada pencemaran bunyi ,ini kerana manusia memerlukan tidur yang secukupnya untuk menjamin kesihatan yang baik. 3. Kesan kepada kanak-kanak Sebagaimana yang kita tahu,kanak-kanak mempunyai organ yang agak nipis dan lembut teruma sekali organ telinga,gegendang telinga kanak-kanak umpana belon yang sangat nipis.Sekiranya mereka menerima bunyi yang agak kuat,gegendang telinga mereka mudah pecah.Dengan erti kata lain,kanak- kanak memerlukan persekitaran yang baik untuk membesar dengan sempurna. CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN BUNYI
1.Pengawalan oleh manusia
Manusia sendiri boleh mengawal pencemaran bunyi ini kerana lapan puluh peratus punca pencemaran bunyi ini datangnya daripada manusia sendiri.Pengeluar kenderaan perlulah memikirkan pengeluaran kenderaan yang enjinnya lebih senyap dan mesra alam.Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan cuba menghormati orang lain dalam aspek mengawal bunyi yang digunakan untuk tidak menggangu orang lain.
2.Penguatkuasaan undang-undang
Kerajaan perlulah memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menyumbang kearah pencemaran bunyi ini.Kerajaan perlulah menetapkan syarat kepada kontraktor binaan supaya tidak melalukan aktiviti binaan pada waktu malam,ini kerana pada waktu malam,masyarakat memerlukan rehat secukupnya dan jika ada bunyi bising,masyarakat tidak dapat tidur yang nyenyak.