Anda di halaman 1dari 20

http://alunanmustika.blogspot.

com/
GHAZAL


PENGENALAN

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang
popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat
yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada
akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan
Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik
ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka
itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan
Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada
sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu,
perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Sehingga
kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan
di negeri Johor Darul Tazim.
Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan
bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara keramaian yang dihadiri oleh Sultan
Johor atau kerabat Diraja Johor, dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di
negeri Johor. Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama
ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Rosiah Chik,
Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin Orchid Abdullah dan ramai
lagi.
. . . .

TOKOH-TOKOH GHAZAL

1. Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang.

- Beliau memperkenalkan dan memainkan seni muzik ghazal kepada penduduk
semasa pembukaan daerah-daerah baru.

2. Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik).

3. Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid.

4. Ungku Sulaimen Bin Daud.

5. Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid.

6. Encik Dapat.

7. Haji Musa Bin Yusof (Pak Lomak).

- Cucu kepada Datuk Bentara Luar dan digelar sebagai Bapa Ghazal Johor.


PERALATAN GHAZAL


Peti Harmonium - alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi
Ghazal Melayu Johor.

Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh
orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah
satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.

Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik
bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.

Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang) - juga merupakan alat muzik yang berasal
dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.

Tamborin - alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan
sebagai alat tempo dan rentak.

Marakas - sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.
http://jurnalisshahalam.blogspot.com/2012/04/muzik-tradisional-diperkenalkan-
semula.html
Muzik tradisional diperkenalkan semula
Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday, 24 April 2012 | 24.4.12

Kehadiran muzik Ghazal dapat menukarkan sebuah majlis yang suram kepada majlis yang meriah.


SHAH ALAM - Ramai yang sudah lama meninggalkan sesetengah warisan peninggalan atau adat
yang dipraktikkan oleh orang Melayu. Ada yang menganggap bahawa adat ini melecehkan dan ada
yang menerima adat dengan tangan terbuka.

Keadaan ini sama dengan alatan muzik tradisional yang jarang dapat dijumpai sekarang ini. Jikalau
yang adapun, hanya segelintir yang berminat untuk memainkan muzik klasik ini. Muzik tradisional
seperti ghazal telah diraikan semula baru-baru ini di sebuah acara yang mengenengahkan beberapa
adat peninggalan warisan nenek moyang kita.

Ghazal yang asal usulnya dari negeri Johor merupakan salah satu jenis muzik tradisional yang jarang
dimainkan oleh muda-mudi sekarang ini. Seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti
nyanyian dan beriuh rendah. Oleh itu, apabila ghazal dimainkan keadaan sesuatu situasi akan
bertambah meriah.

Antara alat-alat yang digunakan sebagai muzik ghazal melayu Johor yang tradisional ialah
harmonium, satu set alat tabela, gambus, gitar, tamborin, marakas dan juga violin.
Santai berpeluang untuk berjumpa dengan sekumpulan pemain muzik tradisional yang terdiri
daripada jejaka-jejaka muda yang gemar memainkan lagu-lagu ghazal menggunakan alatan muzik
tradisional.

Kumpulan pemain ghazal ini terdiri daripada pelajar diploma Akademi Seni Warisan Rakyat atau lebih
dikenali sebagai ASWARA. Santai difahamkan bahawa setiap pelajar diploma muzik di ASWARA
perlu mengambil sebuah alat muzik lain sebagai alat muzik kedua dan para pemain ghazal tersebut
secara sukarela memilih alat muzik tradisional sebagai alat muzik kedua mereka.

Ketika ditemu ramah, Santai diberitahu bahawa kesemua ahli yang bermain memang mempunyai
minat untuk bermain alat muzik tradisional tersebut.

Tidak ada sesiapa yang memaksa saya untuk bermain alat muzik tradisional. Saya sendiri yang nak
mempelajarinya, kata Fendi, 22.

Muzik ghazal yang dimainkan ketika sebuah acara yang bertemakan kenduri kampung di sini sedikit
sebanyak dapat memberi muzik latar dan secara tidak langsung memeriahkan acara tersebut.
Ketika acara sedang berlangsung, Santai telah menemu-ramah beberapa orang pelajar yang hadir
untuk mendapatkan pendapat mereka tentang muzik ghazal.

Muzik ghazal ini dapat mengembalikan rasa rindu kepada kampung halaman sebab situasi yang
dicipta majlis berbentuk tradisional, kata Hazliana, 26.

Bercakap tentang asal usul ghazal, para pelajar Universiti Teknologi MARA, UiTM Shah Alam yang
berasal dari Johor mengekspresikan kebanggaan mereka terhadap keistimewaan muzik ini.

Saya amat berbangga dengan kehadiran pemuzik yang memainkan muzik ghazal kerana saya
berasal dari negeri Johor yang merupakan asal muzik ini, kata Nur Hafiza Mohd Salleh, 23.

Kehadiran para pemain muzik ghazal ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada para pelajar
institusi ini untuk mencuba alat muzik yang semakin hilang ditelan zaman. Bagi menaikkan lagi
semangat untuk mempelajari cara untuk memainkan muzik ghazal, para pelajar juga digalakkan
untuk menyertai program seperti yang terdapat di pusat kebudayaan UiTM.



Wartawan: Nurul 'Izzah Khalil
http://kak-min.blogspot.com/2011/10/sejarah-penubuhan-negeri-johor.html
MUZIK TRADISIONAL
Muzik Ghazal
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang
popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai
qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan
kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-
alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka
itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan
Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga,
kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-
pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke
peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah
dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih
pesat lagi di Tanah Besar Johor.
Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan dengan nama
Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah-
daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan
di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.Selain daripada
Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut
menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah
Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid ,
Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.
Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu
muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak
Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di
tengah-tengah keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan
dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu
mendalam sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal di
Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga
ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah melalui satu penjelajah yang
agak panjang dan mengambil masa yang lama.
Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola,
Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan
beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan
Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan
sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta boleh
menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu dibatalkan.
Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal
Melayu Johor yang tradisional iaitu:-
Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu
Johor.
Satu set alat tabela (tabla) yang juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang
kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.
Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali
yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu Johor. Alat jenis
bertali ini sebagai alat melodi atau rentak.
Tamborin alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat
tempo dan rentak.
Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.
Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-
orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik
dalam permainan Ghazal Melayu Johor.

http://www.johordt.gov.my/
Muzik Ghazal
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa
ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian
dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-
Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering
dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan
memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk
Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian
daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan
ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari
Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di
Tanah Besar Johor.
Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allhayarham Datuk
Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk
Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada
hari-hari keramaian tertentu.Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar
istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya
ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku
Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.
Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu muncullah Haji
Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada
Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah keluarga mencintai seni
ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni
muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni
muzik ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab
hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah melalui satu penjelajah yang agak
panjang dan mengambil masa yang lama.
Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan
Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik
yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan
alat muzik yang lain seperti ukeleli dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan
mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu
dibatalkan. Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal
Melayu Johor yang tradisional iaitu:-
o Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.
o Satu set alat tabela (tabla) yang juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil
dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.
o Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu
ada dalam Ghazal Johor.
o Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu Johor. Alat jenis bertali ini
sebagai alat melodi atau rentak.
o Tamborin alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan
rentak.
o Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.
o Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu
dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan
Ghazal Melayu Johor.
This page has been read 60075 times
http://ghazal-smp2252.blogspot.com/2010/09/ghazal-johor.html
MUZIK GHAZAL JOHOR
Posted by Siti Rohaya on Thursday, September 30, 2010
Labels: GHAZAL JOHOR
PENGENALAN
Ghazal merupakan kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang
popular dewasa ini. Pada Peringkat permulaannya, Seni ghazal ini disebut sebagai
"Gamat" yang bererti riuh-rendah dan dikatakan ia berasal dari Tanah Arab. Pada
akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalinkan hubungan yang erat dengan
Kerajaan Riau Lingga, beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor sering
berulang alik ke Riau. Di mana mereke sering dihiburkan dengan permainan ghazal.
Ada di antara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian ini di
Istana Sulta Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura.
Bermula dari Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat
perhatian daripada Sultan, pembesar-pembesar negeri dari golongan istana. Justeru
itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat.
Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri,
kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.

Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering dikaitkan dengan nama
Allahyarham Datuk Bentara Luar, Mohd Salleh Bin perang. Semasa membuka
daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni muzik
ghazal. Muzik ghazal sering dimainkan di rumah- rumah penghulu dan juga pada
hari-hari keramaian tertentu. Selain Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi
pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan
kesenian muzik ini, antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd Khalid ( Ungku Chik),
Ungku Mohammed Bin Mohd Khalid, Ungku Sulaiman Bin Daud, Ungku Abdul Aziz
Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.

Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika
itu,munculah Haji Musa Bin Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak.
Pak Lomak adalah cucu kepada Dato'Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang
lahir di tengah- tengah keluarga yang mencintai seni ghazal, Pak Lomak idak dapat
memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini
dengan begitu mendalam sekali.


PAK LOMAK BAPA GHAZAL MELAYU JOHOR

Muzik ghazal sebuah muzik tradisional Melayu yang popular dipercayai dibawa oleh
orang- orang India ke Johor dalam tahun 1920-an. Pada mulanya, muzik ghazal
diperkenalkan kepada anggota Pasukan Timbalan Setia Johor oleh pelatih-pelatih
askar yang dibawa khas dari India. Kenyataan ini dibuktikan oleh individu pertama
yang memperkenalkan seni muzik ghazal kepada masyarakat Melayu Johor pada
waktu itu iaitu Haji Musa bin yusoff. Beliau merupakan salah seorang anggoa
Pasukan Timbalan Setia Johor yang lebih dikenali dengan nama Pak Lomak atau
Mejar Lomak.

Beliau dilahirkan di Batu Pahat pada 27 Mac 1889. Bapanya Allahyarham,Tuan Haji
Yusoff bin Mohd.Salleh ialah bekas Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Johor.
Datuk Allahyarham, Dato Mohd Salleh bin Perang( Dato' Bentara Luar Johor)
merupakan tokoh yang telah mengasaskan pembukaan daerah Batu Pahat dan
Muar Johor. Beliau mula mempelajari seni ghazal daripada pelatih-pelatih india
dalam Pasukan Timbalan Setia yang membawa bersama mereka permainan Ghazal
dari India. Pak Lomak terkenal dengan kebolehannya memainkan alat-alat muzik
ghazal terutamanya alat harmonium. Beliau juga boleh menyanyi lagu-lagu ghazal
yang pada waktu itu dinyanyikan dalam bahasa Urdu,bahasa rasmi orang- orang
kawasan Timur India.

Berdasarkan pengalaman dan bakat yang terserlah dalam bidang seni itu. Pak
Lomak mula menterjemahkan atau menyesuaikan lagu-lagu Ghazal daripada
bahasa urdu ke bahasa Melayu. Di sinilah ber,ulanya perkembangan Ghazal Melayu
di negeri Johor. Pak Lomak juga mencipta lagu-lagu ghazal Melayu dan antara lagu-
lagu yang sangat terkenal sehingga sekarang ialah Seri Mersing dan Gunung
Banang. Pak Lomak pernah berkhidmat di daerah Mersing pada tahun 1923-1924.
Beliau telah mencipta lagu Sri Mersing semasa berkhidmat di Mersing. Seri Mersing
dipercayai dinyanyikan buat pertama kalinya dalam tahun 1925 di Singapura.

Ghazal Johor terus berkembang dengan wujudnya beberapa perubahan yang
dilakukan misalnya alat-alat muzik tambahan. Ramai pemain muzik dan penyanyi
ghazal muncul hasil cetusan didikan Pak Lomak. Lagu- lagu ciptaan baru
diusahakan dan dalam tahun-tahun 30-an banyak perubahan telah berlaku.
Pengaruh India mula berkurangan dan hanya yang masih kekal adalah dalam
penggunaan alat muzik harmonium dan tabla. Dari segi nyanyian pula hanya
beberapa patah lagu tertentu sahaja yang masih ada unsur-unsur penagruh india.
Ghazal Johor terus diminati hingga ke tahun 60-an dengan berkembang hingga ke
Singapura. Beberapa kumpulan ghazal telah muncul dan lahirlah pemuzik- pemuzik
dan penyanyi- penyanyi ghazal yang terkenal pada zaman itu seperti Ahmad Jusoh,
Hamzah Dolmat, Rosiah Chik dan Kamariah Noor memulakan kegiatan mereka.
Namun demikian, Hamzah Dolmat tidak kekal dalam bidang ghazal tetapi
memulakan tradisi muzik asli walaupun beliau tidak menolak jika ada kesempatan
untuk bermain muzik ghazal.

Pak Lomak telah kkembali ke rahmatullah pada hari selasa 27 Jun 1960 jam 11.20
malam. Beliau telah banyak meninggalkan jasa yang yang tetap menjadi kenangan
dalam bidang kebudayaan dan kesenian Melayu Johor. Sebagai tanda pengiktirafan
terhadap jasa dan sumbangan beliau dalam perkembangan seni ghazal, Kerajaan
Negeri Johor Darul Ta'zim telah menwujudkan 'Piala Pak Lomak' sebagai piala
rebutan pertandingan Ghazal Kebangsaan Johor mulai tahun 1998 yang
diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor.


ALAT-ALAT MUZIK GHAZAL JOHOR

Menurut Allahyarham Pak Lomak, permainan ghazal Melayu adalah suatu cara
Permainan bunyi-bunyian dan nyanyian sebagai hiburan di dalam kesenian Melayu
yang ditiru menurut cara orang Hindustan. Dalam bahasa Hindustan permainan
ghazal disebut "Gamat". Pancaragam Gamat menggunakan empat jenis alat
bunyian iaitu Syaringgi, sitar, Harmonium dan Tabla. Syaringgi rupanya adalah
berbentuk seperti tongkang kayu, bertali tiga, dimainkan dengan digesek dengan
penggeseknya. Sitar berupa seperti buah labu, diberi berbatang panjang, talinya
ujuh dipetik dengan pemetiknya. Harmonium adalah serupa dengan harmonium
yang digunakan dalam pancaragam ghazal, demikian juga tabla. Pada peringkat
awalnya seni ghazal dalam Kesenian Melayu di Johor hanya menggunakan dua
jenis alat muzik yang digunakan dalam permainan Gamat iaitu harmonium dan tabla.
Alat syaringgi digantikan dengan biola dan sitar digantikan dengan gambus. Dalam
perkembangan seterusnya, pancaragam ghazal ditambah dengan gitar dan satu dua
alat muzik yang lain.


a.) Peti Harmonium

- Iaitu sejenis alat muzik yang berasal dari India. Peti Harmonium digunakan sebagai
alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu Ghazal.


groups.yahoo.com/neo/g
GHAZAL JOHOR
*********************************************************************
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri
Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik
ghazal ini disebut sebagai `gamat' yang bererti nyanyian dan
beriuh
rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.

Pada akhir abad ke-19 , apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang
erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan
bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering
dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah
mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana
Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura.

Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat
perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain
golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat
jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah
dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut
diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.

Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan
dengan nama Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang.
Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga
memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga
pada hari-hari keramaian tertentu.

Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar , ramai lagi pembesar
istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian
muzik ini. Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku
Chik) , Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud,
Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.

Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada
ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan
panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar.
Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah keluarga mencintai
seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada seni
ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu
mendalam sekali.

Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal di
Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di
Tanah Arab hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini
telah melalui satu penjelajah yang agak panjang dan mengambil masa
yang lama.

Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti
Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang).Kemudian alat-
alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai
seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu
dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan
sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta
boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-
alat itu dibatalkan. Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini
sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal Melayu Johor yang tradisional
iaitu:-

1.Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari India ini
penting bagi Ghazal Melayu Johor.

2.Satu set alat tabela(tabla) yang juga merupakan alat muzik yang
berasal dari India. Yang kecil dinamakn Din dan yang besar dinamakan
Bam.

3.Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat
muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.

4.Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu
Johor.Alat jenis bertali ini sebagai alat `melodi' atau
`rentak'.

5.Tamborin alat muzik `perkusi' yang menggantikan alat
keroncong
diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.

6.Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak
dan tempo.

7.Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi
biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja.
Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan
Ghazal Melayu Johor.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Anak muda menjerat merbuk
Merbuk dibela di dalam taman
Adat & budaya perlu dipupuk
Semoga kekal sepanjang aman
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Moderator-Anakjatijohor


b.) Tabela/ Tabla
- Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil dinamakan Din dan
yang besar Dinamakan Bam. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga
tempo.

c.) Biola / Violin
- Viola biasa disebut Biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripaa Violin. Biola
tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetpai violin adalah lebih sesuai. Alat ini
berasal dari Barat, jepun dan Negeri China. Alat ini digantikan dengan alat muzik
Sharinggi India.




d.) Gambus
- Sejenis alat muzik yang berasal dari Negara Arab, juga dikenali dengan sebutan
Od. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Alat muzik ini juga perlu ada
dalam permainan muzik ghazal Johor.


e.) Gitar
- Sejenis alat muzik dari negara Barat. Alat ini juga perlu ada bagi memainkan
melodi dan rentak muzik ghazal Johor.




f.) Tamborin
- Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan ( India). Alat ini
digunakan sebagai alat rentak dan tempo.


g.) Marakas
- Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. Alat ini juga
berperanan sebagai alat tempo dan rentak.

SEJARAH JOHOR
*********************************************************************
Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" yang
bermaksud "Permata Berharga". Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana
para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan
perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu.
Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau "Gangganu" oleh orang-
orang Siam yang bermaksud "Batu Permata".

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka
telah ditakluk oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan
pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan
membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan
empayarnya sehingga ke Riau.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya
memegang gelaran "Seri Maharaja Johor". Sultan Abu Bakar telah
memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam
pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat
pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada
tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari
segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid,
mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak
menerima gelaran sebagai "Bapa Pembangunan Johor".

*******************************************************************
TARIAN ZAPIN
*******************************************************************
Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh
dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah
perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar
senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi
bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun
demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke
daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin
tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di
negeri Johor.

Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan
Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur
peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal
dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut.

Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan
muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan
juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah
keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri
penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang
Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang
berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-
acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari
segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin
Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke
atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi
tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya
dari Tarian Zapin Arab.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan
mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik
decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus
mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai.
Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha
bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan
antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau
dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor
terserlah.


http://carmahlms.com/Info_Muzik/ISarticles/ISgpdj.htm
Ghazal adalah satu kesenian tradisional masyarkat Melayu Johor yang popular
sejak dulu hingga dewasa ini. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini
disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah yang dikatakan
berasal dari Tanah Arab.
Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan
Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang alik ke
Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada antara mereka
mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang
pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura.
PERHATIAN SULTAN
Di istana itu, kesenian muzik ghazal ini mendapat perhatian sultan, pembesar negeri dan
golongan istana. Justeru, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat
dan pesat. Apabila pendatdbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri,
kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.
Perkembangan seni muzik ghazal di Johor dikaitkan dengan nama Allahyarham Datuk
Bentara Luar, Mohd Salleh Perang. Ketika membuka beberapa daerah baru di Johor,
Datuk Bentara memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah penghulu dan juga pada
hari-hari keramaian tertentu.
Di tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu muncul Musa
Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak yang juga cucu kepada Datuk
Bentara Luar. Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada genre seni muzik
ini. Beliau mempelajari seni muzik ghazal
dengan begitu mendalam.
Ditinjau sudut sejarah perkembangan seni muzik
ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya
bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab
hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni
muzik ini melalui penjelajahan yang agak
panjang dan mengambil masa lama.
Peralatan muzik ghazal pada mulanya terdiri
daripada peti harmonium, biola, gambus dan
tabla atau do (gendang). Kemudian alat ini
ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik
yang sesuai seperti gitar, kecapi Jepun,
keroncong dan marakas.
PESAN MORAL
Syair dalam muzik ghazal memegang peranan penting sebagai jalan untuk menjiwai muzik
dan irama yang dipersembahakan. Selain itu muzik juga menyampaikan pesan moral dan
spiritual kepada pendengar. Ini menunjukkan muzik ghazal bukan sekadar hiburan biasa
tapi turut menyampaikan unsur pendidikan dan informasi.
Antarapenyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama ghazal Johor termasuk Fadzil
Ahmad, Datuk Sharifah Aini, Rosiah Chik, Datin Rafeah Buangdan Datin Orkid Abdullah.
Sumber: B * POP (Berita Minggu, 7 Oktober 2012)
Lagu Latar: Sri Johor - Orkid Abdullah

Anda mungkin juga menyukai