Anda di halaman 1dari 11

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Tarian_Ngajat


Tarian Ngajat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Tarian Ngajat.
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
1. Ngajat Induk
2. Ngajat Bebunoh
3. Ngajat Lesong
4. Ngajat Semain
5. Ngajat Berayah
6. Ngajat Pua Kumbu
7. Ngajat Kuta
8. Ngajat Ngalu Temuai
9. Ngajat Ngemai antu pala
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-
orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut
ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan
orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorakmusuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di
tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke
kiri dan ke kanan.


Peralatan musik[sunting | sunting sumber]
Musik iringan dimainkan daripada alat-alat seperti gong besar (tawak) dan gong sederhana
(bebendai), gendang atau dedumbak dan satu set gong kecil engkurumong. Sapehadalah alat
musik bertali seperti gitar.
Pakaian tradisi[sunting | sunting sumber]
Penari lelaki akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga
memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal
dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.
Bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang', mereka memakai pakaian tradisi seperti sugu
tinggi sebagai hiasan kepala, rawai tinggi di bahagian dada, kain tenun yang diikat pada
pinggang, gelang tangan dan kaki, dan anting-anting.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Ngajat.
Laman Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Kategori:
Tarian Malaysia
Sarawak

http://tarian-tariandimalaysia.blogspot.com/

Tarian ngajat


Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.

Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-

1. Ngajat Induk


2. Ngajat Bebunoh
3. Ngajat Lesong
4. Ngajat Semain
5. Ngajat Berayah
6. Ngajat Ngemai antu pala

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum
berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka
kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai
topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras
yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang
yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan
kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke
kanan.

Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai,
engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

armahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMtnpg.htm
Tarian Ngajat penyeri Gawai
Tahukah anda, tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban
adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim
menuai. Pada zaman dulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari
berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisional seperti'sirat', 'gagung' atau
baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu
burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat
daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan
ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak
yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai
Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk
ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan


kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan
sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang
ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo, berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai.
Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika
perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara
yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai
topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.
Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim
menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan
memperkasakan budaya.
Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 26 Oktober 2008, o

http://affifrosli.blogspot.com/
Tarian Ngajat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
Ngajat Induk
Ngajat Bebunoh
Ngajat Lesong
Ngajat Semain
Ngajat Berayah
Ngajat Ngemai antu pala
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang
Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian
tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari
juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis
baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang
tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari
akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian
dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu


kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa
tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan
pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan
menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang,
tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti
'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu
burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada
kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi
penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai pakaian tradisi
seperti

lorencejawai.blogspot.com

Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-orang
Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ianya
ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian
tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang
dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan
keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan
ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang
dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Lagu iringan dibunyikan dari
alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai dan
engkurungmong.



onday, 21 October 2013


http://themaidensgiedd.blogspot.com/
Tradisi Puisi Rakyat, Tarian dan Muzik
Iban

credits: hillbertmontell-anak merdeka
Kaum Iban merupakan kaum terbesar di Sarawak dan dikenali sebagai 'The Head
Hunters' pada awal pemerintahan Brooke. Kaum Iban dipecahkan dalam beberapa
etnik bumiputera iaitu Dayak Iban dengan 7 pecahan:
Iban Skrang,
Iban Miri-Bintulu-Limbang,
Iban Saribas,
Iban Batang Rajang,
Iban Undop,
Iban Lemanak,
Iban Malikin.
Orang Iban tradisional dikenali sebagai Dayak Laut dan mereka berasal dari
Kalimantan Indonesia. Mereka berpindah ke Sarawak menerusi Batang Air Kapuas,
antara sempadan Kalimantan-Sarawak dan masa perpindahan mereka hampir sama
dengan kedatangan orang Eropah ke Asia Tenggara.

Pembentukan tradisi dan kepercayaan orang Iban dipengaruhi dengan sejarah
perpindahan, alam sekitar dan juga adaptasi terhadap penempatan baharu. Mereka
sering berpindah ke satu kawasan ke satu kawasan bagi memenuhi keperluan hidup
dan ia mempengaruhi pemikiran, gaya hidup dan tindakan mereka dalam kehidupan


seharian. Ia juga didorong oleh faktor kelangsungan hidup, ekologikal dan budaya
mereka. Ketiga-tiga faktor itu membentuk kepercayaan terhadap kuasa alam yang
menentukan nasib baik atau buruk mereka, lantas mendorong mereka untuk
memikirkan cara untuk menggembirakan hati semangat yang menjelma dalam
pelbagai bentuk dan rupa.

Fungsi Lagu Rakyat dalam Masyarakat Iban

Lagu rakyat atau Leka Main berperanan sebagai puisi hiburan atau ritual bagi
masyarakat Iban. Ia terbahagi kepada dua iaitu Leka Main sekular yang tidak serius
(lebih kepada hiburan dan didikan) dan Leka Main Sakral (bersifat serius kerana
bersifat magis dan pengukuhan kepercayaan). Ia dilafazkan untuk memohon
keberkatan atau penyembuhan dan ia dihasilkan dengan imaginasi, estetika dan
realiti budaya mereka yang dahulunya bersifat pagan dan primitif. Sepertimana syair
atau sajak yang dihasilkan oleh orang Melayu secara lisan (dan sering diiringi oleh
peralatan muzik seperti kompang, gendang, seruling dan sebagainya), Leka
Main juga bersifat lisan dan memaparkan cara mereka berfikir, sosio-budaya dan
adat istiadat masyarakat Iban dalam majlis tertentu. Pengucapan puisi rakyat ini
biasanya disertai dengan upacara seperti tarian, korban (ayam jantan) dan doa.

Terdapat 20 jenis Leka Main yang menonjolkan corak pemikiran masyarakat Iban,
ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan mereka dan antaranya ialah:
ensera
sampi (puisi doa)
pelian
pengap (zikir ritual)
timang
pantun
jawang
ganu
renong
dungai
sanggai (nyanyian minum tuak)



Fungsi Tarian dalam Masyarakat Iban

Sebagaimana pengap dilafazkan dalam upacara dan ritual penting dalam perayaan
masyarakat Iban, tarian juga dianggap penting dalam kepercayaan dan adat istiadat.
Sepertimana yang diketahui, tarian memenuhi keperluan dalam hidup mereka
seperti memuja dewa, berkabung, berperang, berkahwin dan sebagainya. Tarian
Ngajat, atau tarian Pahlawan merupakan identiti utama masyarakat Iban kerana ia
unik dan asli, malah penuh dengan dunia mistik dan kepercayaan dewa-dewi
mereka. Penari lelaki biasanya dipakaikan dengan pakaian gagung (baju burung)
dan topi burung sambil membawa perisai dan pedang, manakala penari wanita pula
memakai pakaian tradisi mereka yang bercorak etnik dan perhiasan-perhiasan berat
di pinggang.

Tarian Ngajat biasanya diraikan dalam Hari Gawai yang disambut pada 1 Jun setiap
tahun bagi meraikan pesta menuai padi. Dahulunya, tarian ini ditarikan sebelum
berperang (ngayau) atau selepas menuai. Memandang adat ngayau tidak lagi
dijalankan maka tarian ini ditarikan sebagai kenangan dan penghormatan terhadap
para pahlawan Iban pada Hari Gawai.

Terdapat beberapa jenis tarian ngajat iaitu:
Ngajat bebunoh: Tarian yang berunsurkan peniruan atau pengulangan aksi
pahlawan di medan perang semasa pahlawan menumpaskan musuh-musuh. Ia
ditarikan sebelum memulakan upacara berburu.
Ngajat Induk: Tarian yang ditarikan oleh golongan wanita Iban bagi menunjukkan
kelembutan dan kehalusan seni budaya mereka. Tarian itu juga memaparkan gaya
hidup kaum wanita dan sifat-sifat santun dalam diri mereka.
Ngajat Lesong: Tarian ini ditarikan oleh lelaki Iban sahaja kerana ia menunjukkan
kekuatan mereka dan sifat-sifat lelaki mereka. Menerusi tarian ini, penari lelaki akan
menari sambil menggigit lesung.
Ngajat Ngalu Temuai: Tarian ini dipersembahkan untuk tetamu yang hadir, biasanya
dalam upacara perasmian atau pembukaan majlis rasmi yang dihadiri oleh tetamu
kehormat.
Ngajat Kuta: Ditarikan oleh lelaki dan perempuan bagi sambutan majlis atau
persembahan budaya.


Ngajat Pua Kumbu: Tarian ini lazimnya ditarikan oleh orang perempuan sambil
membawa pua kumbu sebagai alat persembahan mereka.
Fungsi Muzik dalam Masyarakat Iban

Muzik memainkan peranan penting dalam masyarakat Iban, sebagai pendekatan
terhadap kepercayaan, hiburan dan pendidikan. Menurut kajian dari UKM, muzik
bersifat anjal, pelbagai, memenuhi aspek komunikasi dan menggambarkan imej dan
ketamadunan budaya sesuatu kaum, serta membantu dalam pembangunan sosial
(Norshafawati, Asiah & Fuziah Kartini, 2010). Muzik mengandungi simbol verbal
(bahasa pertuturan) dan non-verbal (bahasa badan) yang menyokong komunikasi.
Dalam konteks ini, muzik merupakan medium bagi masyarakat Iban dalam
pembudayaan adat dan tradisi mereka.

Muzik Iban dikategorikan kepada dua jenis iaitu muzik vokal dan muzik instrumen.
Umumnya, muzik vokal ialah penyampaian lagu puisi mengikut kesesuaian upacara
dan muzik instrumen ialah peralatan yang digunakan bagi mengiringi muzik vokal.
Menerusi kepercayaan Iban, upacara ritual perlu didukung oleh gabungan muzik,
lagu atau pengap dan juga tarian. Muzik membantu dalam penghayatan
kepercayaan, menyokong komunikasi yang tersirat dan penyampaian makna yang
lebih berkesan.

Antara peralatan atau instrumen muzikyang digunakan oleh masyarakat Iban:
Enserunai/Enseranai (Kordofon): instrumen muzik Iban bertali dua diperbuat
daripada tempurung atau labu. Untuk mendapatkan bunyi yang betul, tali
dibasahkan dengan air liur dan si pemain memainkan enserunai dalam keadaan
rehat dan tunduk. Kod muzik dimainkan seperti bermain biola, dan biasanya alat
muzik ini digunakan untuk upacara kematian dan berkabung, walaupun tujuan asal
muzik ini dimainkan tidak diketahui (The Metropolitan Museum of Art)
Engkromong/Kromong (Idiofon): Lapan buah gong kecil yang sering dimainkan oleh
orang Iban dalam pelbagai upacara seperti Hari Gawai. Engkromong dipercayai
wujud menerusi pertukaran budaya dari Jawa dan Bali (Jose Maceda)
Gendang Pampat (Membranofon): Sejenis gendang yang biasa dimainkan oleh
kaum Iban (biasanya warga emas) dalam perayaan Gawai Kenyalang, Gawai
Sandau Ari, kelingkang atau gawai lain yang diraikan oleh masyarakat Iban (The
Borneo Post)
Tetawak (Idiofon): Alat muzik gong gantung yang dimainkan secara berpasangan
(gong ibu dan gong anak). Gong tersebut mempunyai dinding yang tebal, diperbuat


daripada tembaga dan bentuk busut di tengah. Ia terkenal dalam muzik tradisional
Melayu, mengiringi tarian Sumazau di Sabah dan tarian ngajat Iban di Sarawak
(Wikipedia)
Sape (Kordofon): Alat muzik terkenal bagi Orang Ulu, Kenyah, Kelabit dan Iban.
Diperbuat daripada kayu meranti dan ia biasanya dimainkan dalam upacara ritual.
Getaran yang dihasilkan oleh sape menghasilkan not bunyi yang menenangkan dan
unik, berbeza dari instrumen bertali yang lain (Kosmo)
Engkerurai (Erofon): alat muzik yang diperbuat daripada buluh dan labu tetapi ia jarang
dipamerkan dalam persembahan dan kewujudannya juga seolah-olah tidak diketahui oleh umum
(Musik Tradisi Sabah dan Sarawak)

Kesimpulan

Lagu puisi, tarian dan muzik adalah asas pembentukan budaya kepada masyarakat Iban,
perlambangan kepada cara berfikir, gaya hidup, konsep ketuhanan dan warisan adat yang penuh
dengan sejarah, keunikan dan nilai estetika. Lagu puisi adalah penyampaian verbal, tarian adalah
non-verbal manakala muzik adalah gabungan kedua-dua, digabungkan untuk menjadi satu tradisi
yang berbeza dan menjadi identiti kepada kaum terbesar di Sarawak.

@themagi2013
p/s: Diharap artikel ini dapat membantu anda =)

Rujukan/Pautan/Penghargaan:
http://www.theborneopost.com/2012/11/05/gendang-pampat-perlu-dihidupkan-semula-kata-mong/
http://www.scribd.com/doc/17116337/Iban-Muzik
http://www.music.ntnu.edu.tw/conference/abor/pdfile/2_1_1.pdf
http://www.metmuseum.org/toah/works-of-art/89.4.2365
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2008/3a%20chong.pdf
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2010/V26_2_4.pdf
http://www.newsarawaktribune.com/news/13258/Preserve-traditional-culture-for-prosperity-Ibans-
urged/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/6645-tarian-ngajat-identiti-istimewa-masyarakat-
iban-.html
http://www.tourism.gov.my/ms-MY/Master/Web-Page/About-Malaysia/Culture-n-Heritage/Music-and-
Dance
http://eprints.usm.my/9122/1/LEKA_MAIN_PUISI_RAKYAT_IBAN_-_SATU_ANALISIS.pdf
Posted by Shield Sr. at 16:36


Reactions:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: budaya