Anda di halaman 1dari 46

MUZIK GHAZAL JOHOR

Forum&Chat mypbm :: Komuniti Banjar :: Karya/Budaya/Bahasa Paninian/Resepi


Page 1 of 26 Share
Page 1 of 26 123 ... 13 ... 26








MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Wed Jul 01, 2009 1:28 pm
Ghazal merupakan kesenian tradisonal masyarakat Melayu Johor yang popular
dewasa ini. Pada peringkat permulaan nya, seni muzik ghazal ini di sebut Gamat
yang bererti nyanyian nya riuh-rendah yang di katakana berasal dari Tanah Arab.

Pada akhir abad ke-19, apabila Kerajaan Negeri Johor menjalin hubungan erat
dengan Kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang daripada golongan bangsawan
Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering di hiburkan dengan permainan
ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian
ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura.

Bermula dari Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat
perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan golongan istana. Justeru
itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat.
Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri,
kesenian ini turut di perkembangkan di tanah besar Johor.

Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering di kaitkan dengan nama
Allahyarham Datuk Bentara Luar, Mohd.Salleh bin Perang. Semasa membuka
dearah-dearah baru di Johor , Datuk Bentara Luar turut juga memperkenalkan seni
muzik ghazal. Muzik ghazal sering dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga
pada hari-hari keramaian tertentu.

Selain dari Datuk Bentara Luar,ramai lagi pembesar istana yang turut
menyumbangkan tenaga dalam memperkenal kan kesenian muzik ini, antara nya
ialah Ungku Ahmad bin Mohd.Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed bin
Mohd.Khalid, Ungku Sulaiman bin Ungku Daud, Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul
Majid dan Encik Dapat.

Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor ketika itu, muncul
lah Haji Musa bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak, Pak
Lomak ialah cucu kepada Dato Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di
dalam keluarga yang mancintai seni ghazal, Pak Lomak juga tidak dapat memisah
kan dirinya dari seni ini, beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan lebih
mendalam lagi.

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor telah mengadakan program
pengembangan muzik ghazal Johor sejak tahun 1996 melalui sekolah2 rendah dan
menengah, mana2 sekolah yang berminat untuk menubuhkan ghazal di sekolah,
Yayasan Warisan Johor akan memberikan sumbangan alat2 muzik ghazal dan juga
tenaga pengajar. Sejak itu Yayasan Warisan Johor juga telah mengadakan
pertandingan ghazal bagi kategori terbuka, remaja, sekolah menengah dan sekolah
rendah.


*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Wed Jul 01, 2009 1:49 pm
Kumpulan Ghazal Kastam DiRaja Mlaysia BP...

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by hasbima@abe on Wed Jul 01, 2009 2:01 pm
kumpulan tu salalu menadakan persembhan bila ada hari kebesaran kastam...suah
di jemput ke kuantan pahang 2007 aritu
lagu timang banjar...tu urang banjarkah mangarang kak ros

hasbima@abe
Leftenen Jeneral


Posts: 15609
Points: 15721
Join date: 13/06/2009
Age: 52
Location: tamaloh









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Wed Jul 01, 2009 2:20 pm
Yang di Pahang hari tu bukan kumpulan kami..
Pamulaan mamang penguasa tu ada talipon kak ros inta buat persembahan di
kuantan, Sultan pahang datang!!

tapi di sebab kan orang lain ambil alih pengurusan n kena protokol, tu nang ma'ambil
orang lain gak nya..

Imbah Datuk Seri Abd.Rahman pencen, kami gin pindahan ka ganu!
Habis cerita ghazal..
Lagu timang banjar tu memang gasan banjar he.. tapi kak ros kada tahu pencipta
nya..

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by hasbima@abe on Wed Jul 01, 2009 2:22 pm
kana cari asal usul tu kak ros.......tapi tu lagu asli lu

Meggy Z tu urang banjar kah.........bisa nyanyi lagu banjar

hasbima@abe
Leftenen Jeneral


Posts: 15609
Points: 15721
Join date: 13/06/2009
Age: 52
Location: tamaloh









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Wed Jul 01, 2009 4:21 pm
Amun bisak nyanyi lagu2 banjar, tantu orang tu orang banjar...

ngalih slang nya amun kada orang banjar jua nang manyanyiakan..

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by hasbima@abe on Wed Jul 01, 2009 7:19 pm
lagu samut merah tu mun di translit ka basa banjar
jadi samut habang

sadap jua tu bakara oke

hasbima@abe
Leftenen Jeneral


Posts: 15609
Points: 15721
Join date: 13/06/2009
Age: 52
Location: tamaloh









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by Dandan Setia on Wed Jul 01, 2009 9:15 pm


Cucu Imoh


Dandan Setia
Mejar


Posts: 1116
Points: 1203
Join date: 23/05/2009
Location: Epoh, Pirak









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Wed Jul 01, 2009 11:13 pm
Peti Harmonium..
Iatu sejenis alat muzik yang berasal dari India.Peti Harmonium digunakan sebagai
alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu ghazal.

Gambus..
Sejenis alat muzik yang berasal dari nereri Arab, juga di kenali dengan sebutan Od.
Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Alat muzik ini juga perlu ada dalam
permainan muzik ghazal Johor.

Biola /violin..
Violin biasa di sebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin.Biola
tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin lebih sesuai. Alat ini berasal
dari Barat, Jepun dan Negeri China. Alat ini di gantikan dengan alat muzik sharinggi
India.

Barang-barang ghazal termasuk maruas..
Maruas adalah gendang kecil yang di gunakkan untuk muzik zapin.

Tabla..
Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil di namakan Din dan
yang besar di namakan Bam. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga
tempo.

Gitar..
Sejenis alat muzik dari negeri Barat.Alat ini juga perlu ada bagi memainkan melodi
dan rentak muzik ghazal Johor.

Tamborin..
Sejenis alat muzik perkusi yang manggantikan alat keroncongan (India). Alat ini
digunakan sebagai alat rentak dan tempo.

Marakas..
Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. Alat ini juga
berperanan sebagai alat tempo dan rentak.

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Wed Jul 01, 2009 11:57 pm
PENGASAS GHAZAL JOHOR.

Pak Lomak adalah bapa ghazal melayu Johor.
Muzik ghazal sebuah muzik tradisional yang popular di Johor, dipercayai di bawa
oleh orang-orang India ka Johor dalam tahun 1920'an. Pada mulanya,muzik ghazal
di perkenalkan kepada anggota Pasukan Timbalan Setia Johor oleh pelatih-pelatih
askar yang di bawa khas dari India. Kenyataan ini di buktikan oleh individu pertama
yang memperkenalkan seni muzik ghazal kepada masyarakat Melayu Johor pada
waktu itu iatu Haji Musa bin Yusof. Beliau merupakkan salah seorang anggota
Pasukan Timbalan Setia Johor yang di kenali sebagai Pak Lomak atau Mejar
Lomak.

Beliau di lahirkan di Batu Pahat pada 27 mac 1889. Bapa Allahyarham, Tuan Haji
Yusof bin Mohd.Salleh ialah bekas Pesuruhjaya Tanah dan Galian Johor. Datuk
Allahyarham. Dato' Mohd.Salleh bin Perang (Dato' Bentara Luar Johor) merupakan
tokoh yang telah memgasaskan pembukaan dearah Batu Pahat dan Muar Johor.

Pak Lomak juga mencipta lagu-lagu melayu yang sangat terkenal sehingga
sekarang iaitu Seri Mersing dan Gunung Banang. Pak Lomak pernah berkhidmat di
daerah Mersing pada tahun 1923-1924 dan di situ lah beliau mencipta lagu Seri
Mersing.

Pak Lomak telah kembali ke rahmatullah pada hari selasa 27 jun 1960. Beliau
banyak meninggalkan jasa yang tetap menjadi kenangan dalam bidang kebudayaan
dan kesenian Melayu Johor. Ghazal terus berkembang dan muncul lah pemuzik-
pemuzik dan penyanyi-penyanyi
ghazal pada zaman itu seperti Ahmad Jusoh, Hamzah Dolmat, Rosiah Chik dan
Kamariah Noor. Ramai lagi penggiat ghazal Johor seperti S.A.Aishah (guru kak
Ros), Atan Ahmad, Datin Orkid Abdullah, Mokhtar Zamzam, Rokiah Ibrahim dan
ramai lagi.

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by RATUDUYUNG on Thu Jul 02, 2009 12:06 am


ramik leh.. mmg inak didangar lagu ghazal nih.
berentak zapin.
mun dapat manari lagi am.. huhu..
RD mmg minat.
mangincuk.
hahaha..



RATUDUYUNG
Mejar


Posts: 1320
Points: 1380
Join date: 25/05/2009
Age: 94
Location: Sentul W. Persukutuan KUALA LUMPUR/Asal BKT. MERAH TAIPING
PERAK.










Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Thu Jul 02, 2009 12:40 am


Gambar masa persembahan di Akademi Kastam Malaysia (AKMAL)..

Penyanyi lelaki tu anak angkat kak ros, ngaran Mohd.Akhmal, banjar jua.. Hanyar
gradute dari USM Penang.

Nang main violin ngaran Alif, dah gradute dari UM, jurusan Law dan dah buat
chambering di UIA tapi kada handak jadi peguam! kaina kada hingkat ba'ghazal
lagi.. 5hb.july ni masuk UPSI Tanjung Malim gasan persediaan mengajar..

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57





http://ghazal-smp2252.blogspot.com/



Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Thu Jul 02, 2009 4:29 pm


Nang subalah kiwa sisingut kayak hulk hogan nia Ramli Atan, ketua ghazal KDRM,
pemain gambus, bisak banyanyi jua wan
merangkap Laki kak ros he..he.. Pinandu lah HASBIMA?? mana tahu suah tatamu
wayah kursus di AKMAL Melaka atau Langkawi kah!!

Subalah kanan, pemimpin juga guru ghazal anak2 buah ghazal kak ros ta'masuk
malajari anak kak ros (cucu imoh) main tabla wan gitar.. Bisak main samuaan alat
muzik ghazal, wahini bagawik wan Yayasan Warisan Johor jadi pemain harmonium..

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by Atong on Thu Jul 02, 2009 4:42 pm
umakk ai!!!!

saja bujur bujur hulk hogan to

mahal sesingotnya to

kuat begusti gak kot

hehehhehe



~Atong~hayuuu la sapa meulah hual ngan kak ros


Atong
Mejar Jeneral


Posts: 8268
Points: 8310
Join date: 22/05/2009
Location: Alam Maya (Kuala Lumpur)









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by CTNor on Thu Jul 02, 2009 4:48 pm
Heheheh...banaran Tong...ni Hulk Hogan versi Melayu...

Ampun maaf kak Ros...heheh..kada wani ai mangarati Kak Ros nih, kaluko kana
gusti...

CTNor
Pegawai Waran I


Posts: 634
Points: 640
Join date: 22/05/2009
Age: 44
Location: Pasir Gudang









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Thu Jul 02, 2009 4:48 pm


Nang ampah bahadap ka hadapan ni si Nas, pemain gitar..
Wahini belajar di Politeknik Penang..

Nang membalakang ni Amin,(ading Alif ).
Pemain peti harmonium, hanyar daftar masuk ke UM minggu lepas..
Kak ros handak anak2 buah ghazal kak ros jadi orang berilmu, muzik jadi hobi atau
sambilan..



*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by CTNor on Thu Jul 02, 2009 4:51 pm
Huhuhu...Kak Ros dah bisa ma'andak gambar....hehehe

Tahniah Kak Ros !! Suka aku malihat urang berwawasan kaya Kak Ros nih...
Kada ma'ampu kada... anakku gin halui lagi kak ai....

CTNor
Pegawai Waran I


Posts: 634
Points: 640
Join date: 22/05/2009
Age: 44
Location: Pasir Gudang









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by Auma on Thu Jul 02, 2009 4:56 pm
dah bisa maandak gambar alih

Saing batakon ka anak luko Kak Ros lih?

Ampih sepet IT

Ulun ni magun ai kadada yang malajari



Auma
Leftenan Kolonel


Posts: 1713
Points: 1739
Join date: 25/05/2009









Re: MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Thu Jul 02, 2009 5:58 pm
Sisingut narai kayak hulk hogan tong'ai tapi hati baik, tu nang kak ros pilih
inya,walau pun rambut dah di botak wan gigi dah kadada tapi kak ros tetap sayang
jua!!
Rambut tu botak kajadian ma'elak *TUJU*, elak punya elak kana jua lah intang
rambut subalah hadapan, habis botak!!
Gigi makaam kana santau! ropoyan! tinggal taring!
Jar kak ros :cubaam ba'olah gigi palsu!
Ujar laki kak ros: selamat amun siapa2 laki nang kada ba'gigi??
kada hingkat ma'igut!!
Lagi pun dah tuhak2 nia dah kada tapian handak bagusti lagi tong'ai, sisingut narai
macam orang garang tapi penyayannggggg..

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57









MUZIK GHAZAL JOHOR
by *ROSMAH* on Thu Jul 02, 2009 6:05 pm
Auma wrote:dah bisa maandak gambar alih

Saing batakon ka anak luko Kak Ros lih?

Ampih sepet IT

Ulun ni magun ai kadada yang malajari



Kak ros ni gin di paksa anak balajar! muyak jar, bila intak andaki gambar ba'hiyau!!

Tu gin magunai di manduri nya amun ma'andak gambar, kaluko salah..

*ROSMAH*
Mejar Jeneral


Posts: 6093
Points: 6137
Join date: 29/05/2009
Age: 57



CABARAN MUZIK GHAZAL
Posted by Siti Rohaya
Labels: CABARAN MUZIK GHAZAL / Comments: (1)
Dalam memperkembangkan muzik tradisional ghazal di Malaysia, Yayasan Negeri
Johor amnya telah memainkan peranan yang amat besar dalam memelihara dan
memperkembangkan muzik ghazal Johor khususnya di kalangan generasi muda
supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Yayasan Negeri Johor telah memperkenalkan
muzik ini sebagai salah satu matapelajaran kokurikulum di sekolah-sekolah rendah
di Johor Bharu. Hal ini adalah untuk menggalakkan pelajar dari generasi muda
memahami dan sekaligus meminati muzik tradisional ini. Generasi muda adalah
penyambung kepada warisan dan budaya muzik supaya ia tidak hanya tinggal
sekadar sejarah. Bila kanak-kanak dan remaja kenal dan minat kepada muzik ghazal
ini ia akan menimbulkan keseronakkan dan sekaligus akan dapat memelihara muzik
ghazal ini daripada hilang ditelan zaman.

Walaupun tidak mudah untuk membawa muzik tradisional ghazal ini keperingkat
yang lebih tinggi dikalangan generasi masa kini, namun dengan usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh penggiat-penggiat ghazal serta badan-badan kerajaan seperti
yayasan Negeri johor ia patut dihargai. Hal ini kerana dengan kemajuan teknologi
dan kemunculan aliran muzik yang pelbagai dari seluruh pelosuk dunia, maka tidak
hairanlah muzik tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi masa kini.

Inisiatif yang diambil oleh yayasan Negeri Johor dilihat sebagai langkah tepat dalam
memeperkembangkan muzik ghazal di kalangan generasi muda. Diharapkan supaya
langkah yang telah dubuat oleh yayasan negeri Johor ini dapat diambil iktibar dan
panduan oleh kerajaan bagi memelihara dan memperkembangkan muzik tradisional,
bukan sahaja muzik ghazal tetapi muzik-muzik tradisional lain supaya muzik tradisi
ini kekal hingga selama-lamanya.
PERBANDINGAN JENIS GHAZAL
Posted by Siti Rohaya
Labels: PERBANDINGAN JENIS GHAZAL / Comments: (0)
PERBEZAAN DI ANTARA GHAZAL PARTI DAN GHAZAL JOHOR.

i) GHAZAL JOHOR
Lagu: Banyak membawakan lagu-lagu Melayu asli seperti Sri Mersing, Siti Payung,
Patah hati dan Seri Banang.

Cara Persembahan: Penyanyi menyanyi secara duduk/tiada lawak

Alat: Ada 7 alat muzik iaitu peti harmonium, tabela / tabla, violin, gambus, gitar,
tamborin dan marakas.

Tarian: Tiada Tarian


ii) GHAZAL PARTI
Lagu: Membawa lagu-lagu berirama padang pasir seperti lagu alabaladi, anawintal
Wahdina, Ahbabinna, Wai Ya, ya Gamil, Istak na ya Albi, Ah-Yazid dan Ifrah Ya Albi.

Cara Persembahan: Penyanyi menyanyi secara berdiri/ada lawak

Alat Muzik: Ada 8 alat muzik iaitu gambus, akordian, violin, seruling flut, bongo,
marakas, tamborin dan double bass.

Tarian: Ada tarian.
MUZIK GHAZAL JOHOR
Posted by Siti Rohaya
Labels: GHAZAL JOHOR / Comments: (3)
PENGENALAN
Ghazal merupakan kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang
popular dewasa ini. Pada Peringkat permulaannya, Seni ghazal ini disebut sebagai
"Gamat" yang bererti riuh-rendah dan dikatakan ia berasal dari Tanah Arab. Pada
akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalinkan hubungan yang erat dengan
Kerajaan Riau Lingga, beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor sering
berulang alik ke Riau. Di mana mereke sering dihiburkan dengan permainan ghazal.
Ada di antara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian ini di
Istana Sulta Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura.
Bermula dari Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat
perhatian daripada Sultan, pembesar-pembesar negeri dari golongan istana. Justeru
itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat.
Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri,
kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.

Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering dikaitkan dengan nama
Allahyarham Datuk Bentara Luar, Mohd Salleh Bin perang. Semasa membuka
daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni muzik
ghazal. Muzik ghazal sering dimainkan di rumah- rumah penghulu dan juga pada
hari-hari keramaian tertentu. Selain Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi
pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan
kesenian muzik ini, antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd Khalid ( Ungku Chik),
Ungku Mohammed Bin Mohd Khalid, Ungku Sulaiman Bin Daud, Ungku Abdul Aziz
Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.

Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika
itu,munculah Haji Musa Bin Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak.
Pak Lomak adalah cucu kepada Dato'Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang
lahir di tengah- tengah keluarga yang mencintai seni ghazal, Pak Lomak idak dapat
memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini
dengan begitu mendalam sekali.


PAK LOMAK BAPA GHAZAL MELAYU JOHOR

Muzik ghazal sebuah muzik tradisional Melayu yang popular dipercayai dibawa oleh
orang- orang India ke Johor dalam tahun 1920-an. Pada mulanya, muzik ghazal
diperkenalkan kepada anggota Pasukan Timbalan Setia Johor oleh pelatih-pelatih
askar yang dibawa khas dari India. Kenyataan ini dibuktikan oleh individu pertama
yang memperkenalkan seni muzik ghazal kepada masyarakat Melayu Johor pada
waktu itu iaitu Haji Musa bin yusoff. Beliau merupakan salah seorang anggoa
Pasukan Timbalan Setia Johor yang lebih dikenali dengan nama Pak Lomak atau
Mejar Lomak.

Beliau dilahirkan di Batu Pahat pada 27 Mac 1889. Bapanya Allahyarham,Tuan Haji
Yusoff bin Mohd.Salleh ialah bekas Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Johor.
Datuk Allahyarham, Dato Mohd Salleh bin Perang( Dato' Bentara Luar Johor)
merupakan tokoh yang telah mengasaskan pembukaan daerah Batu Pahat dan
Muar Johor. Beliau mula mempelajari seni ghazal daripada pelatih-pelatih india
dalam Pasukan Timbalan Setia yang membawa bersama mereka permainan Ghazal
dari India. Pak Lomak terkenal dengan kebolehannya memainkan alat-alat muzik
ghazal terutamanya alat harmonium. Beliau juga boleh menyanyi lagu-lagu ghazal
yang pada waktu itu dinyanyikan dalam bahasa Urdu,bahasa rasmi orang- orang
kawasan Timur India.

Berdasarkan pengalaman dan bakat yang terserlah dalam bidang seni itu. Pak
Lomak mula menterjemahkan atau menyesuaikan lagu-lagu Ghazal daripada
bahasa urdu ke bahasa Melayu. Di sinilah ber,ulanya perkembangan Ghazal Melayu
di negeri Johor. Pak Lomak juga mencipta lagu-lagu ghazal Melayu dan antara lagu-
lagu yang sangat terkenal sehingga sekarang ialah Seri Mersing dan Gunung
Banang. Pak Lomak pernah berkhidmat di daerah Mersing pada tahun 1923-1924.
Beliau telah mencipta lagu Sri Mersing semasa berkhidmat di Mersing. Seri Mersing
dipercayai dinyanyikan buat pertama kalinya dalam tahun 1925 di Singapura.

Ghazal Johor terus berkembang dengan wujudnya beberapa perubahan yang
dilakukan misalnya alat-alat muzik tambahan. Ramai pemain muzik dan penyanyi
ghazal muncul hasil cetusan didikan Pak Lomak. Lagu- lagu ciptaan baru
diusahakan dan dalam tahun-tahun 30-an banyak perubahan telah berlaku.
Pengaruh India mula berkurangan dan hanya yang masih kekal adalah dalam
penggunaan alat muzik harmonium dan tabla. Dari segi nyanyian pula hanya
beberapa patah lagu tertentu sahaja yang masih ada unsur-unsur penagruh india.
Ghazal Johor terus diminati hingga ke tahun 60-an dengan berkembang hingga ke
Singapura. Beberapa kumpulan ghazal telah muncul dan lahirlah pemuzik- pemuzik
dan penyanyi- penyanyi ghazal yang terkenal pada zaman itu seperti Ahmad Jusoh,
Hamzah Dolmat, Rosiah Chik dan Kamariah Noor memulakan kegiatan mereka.
Namun demikian, Hamzah Dolmat tidak kekal dalam bidang ghazal tetapi
memulakan tradisi muzik asli walaupun beliau tidak menolak jika ada kesempatan
untuk bermain muzik ghazal.

Pak Lomak telah kkembali ke rahmatullah pada hari selasa 27 Jun 1960 jam 11.20
malam. Beliau telah banyak meninggalkan jasa yang yang tetap menjadi kenangan
dalam bidang kebudayaan dan kesenian Melayu Johor. Sebagai tanda pengiktirafan
terhadap jasa dan sumbangan beliau dalam perkembangan seni ghazal, Kerajaan
Negeri Johor Darul Ta'zim telah menwujudkan 'Piala Pak Lomak' sebagai piala
rebutan pertandingan Ghazal Kebangsaan Johor mulai tahun 1998 yang
diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor.


ALAT-ALAT MUZIK GHAZAL JOHOR

Menurut Allahyarham Pak Lomak, permainan ghazal Melayu adalah suatu cara
Permainan bunyi-bunyian dan nyanyian sebagai hiburan di dalam kesenian Melayu
yang ditiru menurut cara orang Hindustan. Dalam bahasa Hindustan permainan
ghazal disebut "Gamat". Pancaragam Gamat menggunakan empat jenis alat
bunyian iaitu Syaringgi, sitar, Harmonium dan Tabla. Syaringgi rupanya adalah
berbentuk seperti tongkang kayu, bertali tiga, dimainkan dengan digesek dengan
penggeseknya. Sitar berupa seperti buah labu, diberi berbatang panjang, talinya
ujuh dipetik dengan pemetiknya. Harmonium adalah serupa dengan harmonium
yang digunakan dalam pancaragam ghazal, demikian juga tabla. Pada peringkat
awalnya seni ghazal dalam Kesenian Melayu di Johor hanya menggunakan dua
jenis alat muzik yang digunakan dalam permainan Gamat iaitu harmonium dan tabla.
Alat syaringgi digantikan dengan biola dan sitar digantikan dengan gambus. Dalam
perkembangan seterusnya, pancaragam ghazal ditambah dengan gitar dan satu dua
alat muzik yang lain.


a.) Peti Harmonium

- Iaitu sejenis alat muzik yang berasal dari India. Peti Harmonium digunakan sebagai
alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu Ghazal.

b.) Tabela/ Tabla
- Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil dinamakan Din dan
yang besar Dinamakan Bam. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga
tempo.

c.) Biola / Violin
- Viola biasa disebut Biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripaa Violin. Biola
tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetpai violin adalah lebih sesuai. Alat ini
berasal dari Barat, jepun dan Negeri China. Alat ini digantikan dengan alat muzik
Sharinggi India.




d.) Gambus
- Sejenis alat muzik yang berasal dari Negara Arab, juga dikenali dengan sebutan
Od. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Alat muzik ini juga perlu ada
dalam permainan muzik ghazal Johor.


e.) Gitar
- Sejenis alat muzik dari negara Barat. Alat ini juga perlu ada bagi memainkan
melodi dan rentak muzik ghazal Johor.




f.) Tamborin
- Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan ( India). Alat ini
digunakan sebagai alat rentak dan tempo.


g.) Marakas
- Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. Alat ini juga
berperanan sebagai alat tempo dan rentak.

GHAZAL PARTI
Posted by Siti Rohaya
Labels: GHAZAL PARTI / Comments: (0)


SEJARAH GHAZAL PARTI

Menurut sumber ketika melakukan kerja lapangan di Alor Setar, Kedah, Ghazal Parti
tidak diketahui sejak bila ia wujud di Malaysia. Ghazal Parti ini mempunyai pengaruh
daripada Arab yang dibawa masuk oleh pedagang India di utara Semenanjung
Malaysia seperti Pulau Pinang dan Kedah yang turut membawa masuk boria. Maka
tidak hairanlah gaya bahasa yang digunakan cenderung kepada dialek utara Kedah
dan Pulau Pinang. Ghazal ini dilihat popular sekitar tahun 1940-an sehingga 1960-
an dan menjadi satu budaya yang popular dan kemestian bagi masyarakat
setempat.

FUNGSI GHAZAL PARTI

Istilah 'Parti' membawa maksud kepada keramaian. Maka ia amat sinonim dengan
bentuk hiburan dalam kalangan rakyat biasa yang selalunya meraikan pelbagai
majlis keramaian terutamanya dalam perkahwinan. Ghazal Parti berfungsi
memeriahkan majlis dan memberi hiburan kepada mereka yang hadir ke majlis
tersebut. Justeru, kita dapati bahawa terdapat unsur lawak jenaka dan tarian ala
Arab bagi tujuan menarik orang ramai untuk turut bersama-sama dalam majlis
tersebut.

LAGU, SKETSA JENAKA DAN TARIAN

Sudah menjadi kemestian bagi Ghazal Parti untuk mengalunkan lagu berunsur
padang pasir. Lagu-lagu yang popular dimainkan kebanyakkan adalah datang
daripada tanah Arab dan ada di antaranya ditukar kepada Bahasa Melayu. Antara
lagu-lagu yang popular adalah seperti "Alabaladi", "Anawintal Wahdina", "Wai Ya",
"Ya Gamil", "Istak Na Ya Albi" dan "Ma'al Wen Telu". Lagu Arab yang
dipersembahkan kebanyakan yang digemari adalah berirama masri. Lagu-lagu ini
ada yang diambil daripada nyanyian penyanyi daripada Timur Tengah yang popular
di sana seperti Fairuz, Ommu Kulthum Muhammad Abdul Wahab dan Abdul Halim
Hafiz. Lagu-lagu yang dibawa mempunyai unsur nasihat, semangat bekerja, patriotik
dan percintaan.

Dalam Ghazal Parti tidak lengkap sekiranya tidak diselitkan dengan unsur lawak
jenaka dan tarian yang menjadi elemen penting bagi ghazal ini. Kemunculan
pelawak ini sebagai mengisi ruang bagi pemain dan penyanyi untuk berehat kerana
Ghazal Parti dipersembahkan memakan masa yang panjang. Antara pelawak yang
cukup terkenal pada suatu ketika ialah Hassan Putu Mayong, Din Tok Arab dan
Husin Kacong. Kemunculan penari ini sering dinantikan apabila setiap lagu
dimainkan kerana terpesona dengan gaya dan lenggok tarian mereka yang mengikut
irama padang pasir.


Masyarakat Melayu di Utara menerima
budaya ini kerana ada pengaruh Arab dan Parsi. Malahan tidak melanggar batas-
batas agama kerana pencampuran antara lelaki dan perempuan adalah amat dijaga.
Watak penari perempuan biasanya dilakonkan oleh penari lembut. Hal ini berlaku
kerana pada akhir tahun 1940 an , wanita tidak dibenarkan menjadi penari. Hal ini
demikian kerana para ulama ketika itu antaranya Haji Ahmad Haji Badawi yang
merupakan bapa kepada mantan Perdana Menteri YAB Tun Abdullah telah
melarang wanita untuk menari di khalayak ramai. Implikasi daripada larangan ahli
ulama maka lelaki yang menjadi penari gelek kepada lagu-lagu berirama padang p
asir yang memerlukan seseorang itu memakai
pakaian seperti wanita. Fungsi tarian ala wanita diadakan bertujuan menarik
perhatian penonton untuk meramaikan dan memeriahkan setiap persembahan
ketika itu. Pada waktu itu, pakaian wanita yang dipakai ialah tudung, kain batik dan
baju kurung. Namun kemunculan 'Mak Nyah' atau pondan hanya muncul pada tahun
1950 an. Seterusnya, pada tahun 1970 an penari gelek tidak digalakkan pada
persembahan Ghazal Parti. Tetapi pada hari ini terdapat sesetengah kumpulan
Ghazal Parti masih mengekalkan unsur tarian sebagai pengekalan warisan turun-
temurun.

CARA PERSEMBAHAN

Ghazal Parti mempunyai gaya persembahan tersendiri. Ini demikian kerana, dalam
persembahannya memaparkan keunikan dan identiti sebuah ghazal yang terkenal di
daerah bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Pada awal persembahan, Ghazal Parti akan memainkan instrumental yang berentak
Arab sebagai pembuka lagi. Kumpulan-kumpulan Ghazal parti menjadikan lagu
intrumental ini sebagai pengenalan kepada kumpulan mereka. Sehubungan itu,
masyarakat akan mudah mengenali mereka melalui pembawaan lagu pembuka
mereka yang saling berbeza antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

Sebaik sahaja tamat alunan instrumental, beberapa lagu akan didendangkan.
Penyanyi menyampaikan lagu tersebut sambil berdiri. Lagu permulaan yang
dimainkan adalah lagu berunsur Arab, selepas itu, barulah lagu-lagu lain turut
dimainkan secara berselang-seli seperti lagi Hindustan dan Dangdut. Kebanyakkan
kumpulan ghazal ini memainkan tempo lagu berentak masri, samba, inang dan
dangdut. Penari-penari akan muncul semasa lagu-lagu tersebut dimainkan. Penari
akan menarikan tarian gelek yang dilakukan secara bebas mengikut rentak lagu
tersebut.

Kita perlu ketahui bahawa, lawak jenaka atau sketsa amat penting bagi
persembahan Ghazal Parti. Unsur tersebut biasanya disampaikan ketika
dipertengahan persembahan. Fungsi lawak jenaka dilakukan adalah memberi masa
kepada pemuzik untuk berehat seketika kerana persembahan ghazal memerlukan
masa yang agak panjang bagi satu-satu persembahan. Lawak yang disampaikan
adalah berbentuk verbal, namun terdapat juga kumpulan cuba menyelitkan lawak
jenaka semasa menari. Berdasarkan info yang lagu diperolehi, persembahan ghazal
parti akan mengalunkan lagu paling maksimum adalah 20 lagu bergantung kepada
masa yang diperuntukan, ada yang lebih daripada itu.

Memang tidak dinafikan, persembahan Ghazal Parti amat terpengaruh dengan unsur
padang pasir, lantaran itu, penyampaian lagu Arab tidak dapat lari dengan alunan
taranum antaranya bayati, hijjaz, nahwan dan ras. Contohnya dalam lagu 'Albaladin'
yang mengalunan unsur taranum bayati dan 'Ifrah Ya Albi' yang mengandungi
pelbagai unsur taranum yang dialunkan bermula dengan nada rendah, diikuti
serdahana, tinggi dan pengakhiran lagu ke nada rendah semula.

INSTRUMEN GHAZAL PARTI

Alat muzik yang digunakan oleh Ghazal Parti mempunyai perbezaan dengan Ghazal
Johor. Terdapat kepelbagaian instrumen dari Barat dan Timur dalam Ghazal Parti
ini. Intrumen utamanya adalah gambus, akordion, bongo, seruling flute, violin,
marakas, tamborin dan doble bass. Instrumen lain turut dimasukkan dalam asembel
ghazal ini untuk memperkayakan lagi rentak dan irama muzik Ghazal Parti seperti
drum, gitar bass dan keyboard yang kebanyakkan berentak rancak.

Berikut adalah intrumen utama bagi Ghazal Parti:
a) Gambus
Gambus adalah klasifikasi alat muzik kordofon iaitu mengeluarkan bunyi apabila tali
yang ditegangkan itu dipetik.
b) Akordion
Akordion boleh dikategorikan sebagai aerofon kerana terdapat lubang udara yang
berfungsi menghasilkan bunyi apabila diregangkan dan ditekankan bilah-bilah
berbentuk seperti bilah keyboard. Akordion Ghazal Parti menggantikan Hamonium
dalam Ghazal Johor.
c) Bongo
Bongo boleh diklasifikasikan sebagai membranofon yang akan dihasilkan bunyi
apabila memalu dipermukaan kulit atan membran yang ditegangkan. Bongo ini
menggantikan tabla dalam Ghazal Johor
d) Violin
Violin adalah tergolong dalam klasifikasi alat muzik kordofon dan apabila digeserkan
dengan the bow atau busur sambil dipetik talinya akan mengeluarkan bunyi.
e) Seruling Flute
Seruling flute diklasifikasikan sebagai aerofon kerana bunyi-bunyi dikeluarkan
daripada deretan lubang yang terdapat dipanjang flut tersebut. Bunyi akan terhasil
apabila seseorang itu meniupnya sambil tangan mengawal lubang-lubang yang
mewakili notasi tertentu.
f) Tamborin
Tamborin dalam klasifikasi dalam idiofon kerana struktur badannya diperbuat
daripada logam dan kayu. Bunyi akan terhasil apabila melakukan goncangan.
h) Marakas
Marakas adalah dalam klasifikasi idiofon kerana diperbuat daripada kayu dan bunyi
akan terhasil apabila kedua-duanya digoncangkan.

i) Double bass
Dalam kalangan kumpulan Ghazal Parti di daerah Pulau Pinang, menjadi kemestian
untuk menggunakan double bass. Double bass diklasifikasikan dalam alat muzik
kordofon yang akan menghasilkan bunyi apabila busur digeserkan kepada tali yang
ditegang dan dipetik.
METADOLOGI KAJIAN
Kaedah yang digunakan dalam memperoleh maklumat ghazal Parti adalah melalui
kerja lapangan temubual dan carian data di laman web. Kerja lapangan dilakukan di
Alor Setar, Kedah. Kami berpeluang melihat sendiri kumpulan Ghazal Parti membuat
latihan persembahan iaitu daripda Kumpulan Sri Irama Ghazal Pari Mergong,
Kedah. Di kesempatan itu, kami melakukan kaedah temubual terhadap ketua
kumpulan tersebut iaitu Encik Mohd Aziat Othman. Di samping itu juga, kami ada
menemubual melalui telefon dengan wakil iaitu Encik Haris daripada Pertubuhan
Ghazal Parti Daerah Kota Setar, Alor Setar untuk mendapatkan maklumat lebih
lanjut. Tidak ketinggalan, kami juga memperoleh data daripada laman web atau blog
yang dibina sendiri oleh penggiat Ghazal Parti iaitu Blog Warisan Ghazal Parti
(sumber:http://warisanghazalparti.blogspot.com/)

Anda mungkin juga menyukai