Anda di halaman 1dari 15

LAPORAN LATIHAN AMALI DI

KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA


BAHAGIAN 1



ABDUL RAZAK BIN ABDUL JABAR
DIPLOMA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH




KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
2014





2



1.1 PENGENALAN


Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah
Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah
akta IPTS 1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan
pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf
menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM)
telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan,
iaitu kombinasi bidang pengajian Islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan
dengan disiplin psikologi seiringan.


Selaras dengan itu, KUIM terus mengorak langkah sebagai Gerbang Pengajian
Psikologi Insan yang terus bersandarkan misi dan visi yang jelas bagi mendepani pelbagai
cabaran dan perubahan. Falsafah pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan,
akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa
dan progresif serta amat bertetapan dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Melaka
yang mahukan generasi berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang
pengajian Islam, teknologi, sains sosial dan ilmu terkini di samping memiliki daya
ketahanan tinggi bagi menangani cabaran semasa.


Dalam usaha memastikan KUIM terus cemerlang seiring dengan Motto yang
dibawa Kualiti Teras Kejayaan maka program-program yang ditawarkan merentasi
pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian islam, pengajian perniagaan, perbankan islam,
3

undang-undang syariah, kejururawatan, bioteknologi dan teknologi maklumat adalah
berdaya saing dan kompetitif yang memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA).


Pengantarabangsaan KUIM melalui jaringan akademik dalam dan luar negara boleh
dibanggakan apabila KUIM kini memiliki pelajar antarabangsa dari Kemboja, Sri Lanka,
Singapura dan Indonesia yang bertambah dari tahun ke tahun. Malah penghantaran pelajar-
pelajar KUIM yang melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordon, Morocco dan lain-lain negara
di timur tengah amat mengalakkan. Dengan prestasi dan pencapaian KUIM yang sangat
membanggakan, KUIM bertekad dan terus komited untuk menjadi sebuah pusat pengajian
tinggi bertaraf antarabangsa yang berteraskan Islam, sains dan teknologi.



1.1.1 Misi Dan Visi KUIM


Misi
Melaksanakan usaha pendidikan dan pengembangan jalinan ilmu duniawi dan
ukhrawi latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan
sumber manusia berwadahkan Islam


Visi
Untuk menjadi sebuah pusat pengajian terunggul dan cemerlang dalam pengajian
yang berteraskan Islam.

4



1.1.2 Akademi Pengajian Islam


Akademi Pengajian Islam ditubuhkan pada Jun 1994. Bermula dengan satu program
Diploma iaitu Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam, kini terus mengorak langkah
maju ke hadapan dengan menambah lima program iaitu Diploma Pengajian Islam dengan
Pembangunan Sumber Manusia, Diploma Undang-Undang dan Syariah, Diploma
Usuluddin, Diploma Syariah Islamiyyah, Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan
Diploma Kewangan Syariah. Fakulti ini terus mara dengan menubuhkan program Ijazah
Sarjana Muda, yang mana terdapat dua Ijazah Sarjana Muda di falkulti ini iaitu Ijazah
Sarjana Muda Pengurusan dan Pembangunan Islam dan yang keduanya ialah Ijazah
Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan. Penubuhan program baru ini selaras dengan misi
fakulti untuk melahirkan pelajar yang berwawasan serta memiliki ilmu yang mampu
menjadikannya pelajar yang cemerlang dalam urusan duniawi dan ukhrawi.


Fakulti ini juga telah berjaya melahirkan graduan yang berkemahiran dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran Islam serta pembangunan sumber manusia. Disamping itu,
mampu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kerjaya sama ada dengan pihak
kerajaan ataupun swasta. Selain itu fakulti ini juga, mendapat tempat di universiti-
universiti tempatan dan luar negara untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ke
peringkat yang lebih tinggi lagi.


Pelajar-pelajar Akademi Pengajian Islam sering didedahkan dengan pelbagai
program sama ada dalam kampus ataupun luar kampus. Program-program ini penting
sebagai latihan bagi para pelajar dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuh.
5


Fakulti juga telah berjaya mendapatkan Pengiktirafan Perakuan Lembaga Akreditasi
Negara MQA untuk semua program yang ditawarkan



1.2 LATAR BELAKANG DIPLOMA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH


Syarat kemasukan bagi Diploma Undang-Undang dan Syariah ialah lulus Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan kredit Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan satu mata pelajaran
lain atau lulus mana-mana Sijil Akademik yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan
Malaysia(MQA) atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Manakala bagi pelajar antarabangsa, hendaklah lulus Sijil OLevel atau setaraf.


Diploma Undang-Undang dan Syariah (DUUS) telah mula ditawarkan kepada
pelajar semester Mei sesi 2004/2005 setelah mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi
Negara (MQA) bagi menjalankan program. Program ini dijalankan dengan menggunakan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Program
Pengajian Diploma Undang-Undang dan Syariah (DUUS) bukan sahaja ditawarkan kepada
pelajar aliran sekolah agama, bahkan kepada pelajar aliran sekolah biasa juga. Tempoh
pengajian ialah tiga tahun iaitu 93 jumlah jam bergraduat dalam mod pengajian sepenuh
masa. Antara subjek program yang ditawarkan oleh Diploma Undang Undang dan
Syariah adalah seperti undang-undang perlembagaan, undang-undang kontrak, undang-
undang keluarga islam, usul dan kaedah fiqh dan pelbagai lagi subjek yang mengabungkan
antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah.

6



1.2.1 Objektif Program Duus


i. Memperkenalkan displin ilmu syariah dalam Pengajian Undang-Undang kepada
pelajar-pelajar yang berminat dalam profesion undang-undang agar mereka dapat
mengharmonikan undang-undang dengan syariah.

ii. Melatih pelajar-pelajar untuk menguasai pengetahuan dan keperluan dalam bidang
undang-undang dan syariah untuk berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta
termasuk institusi-institusi Islam dan sektor Islam.

iii. Menyediakan pelbagai kursus di peringkat asas berhubung displin tersebut sebagai
persediaan dan memudahkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.


1.2.2 Objektif Latihan Amali


Latihan Amali ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu pelajar mencapai
objektif berikut:


i. Mendedahkan pelajar terhadap alam pekerjaan yang menuntut kepada praktikal
terhadap kemahiran kursus.

ii. Menambahkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam bidang yang berkaitan.
7


iii. Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli professional di luar kampus.

iv. Menilai keupayaan dan kompetensi pelajar dalam persiapan untuk memasuki
Pasaran pekerjaan selepas tamat pengajian di KUIM.

v. Memperkenalkan bentuk-bentuk dan prinsip-prinsip pengurusan yang
beridentitikan Islam ke dunia profesionalisme.

vi. Meninjau dan meneliti isu dan permasalahan yang berlaku dalam alam pekerjaan
berkaitan dengan bidang masing-masing.


1.2.3 Matlamat Pemilihan Tempat Amali



i. Bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman alam
pekerjaan dalam bidang yang berkaitan seperti di Kompleks Mahkamah Syariah
Melaka.

ii. Bertujuan untuk menambah pengetahuan ilmu dan mempelajari proses proses di
dalam Mahkamah Syariah seperti prosedur kerja serta prosedur di dalam dewan
perbicaraan.

iii. Bertujuan untuk mengetahui dan mempelajari tugas di Mahkamah Syariah seperti
menguruskan kes kes syariah dan proses mengendalikan fail kes.


8


iv. Bertujuan untuk mengetahui tatacara perbicaraan dihadapan mahkamah apabila
sesuatu kes itu mula dibicarakan.



1.3 PENGENALAN KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH MELAKA


Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah ditubuhkan di bawah Seksyen 39 Enakmen
Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka, 1959. Sejak awal penubuhannya sehingga
1989, MSNM diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka
(JAIM).Walaubagaimanapun, pentadbiran MSNM mula diasingkan daripada JAIM pada
tahun 1990 dan beroperasi di bangunan Majlis Agama Islam, Jalan Tengkera kemudian
berpindah ke bangunan Merah di Jalan Kota, kemudian di Jalan Kee Ann.


Pada tahun 1995, MSNM telah berpindah sekali lagi ke Kompleks Mahkamah
Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Melaka. .Bidang kuasa MSNM adalah di dalam pengurusan
kes Mal, Jenayah dan Faraid di semua peringkat Mahkamah iaitu Mahkamah Rendah
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah mengikut peruntukan
di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002,
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 dan Enakmen Kesalahan
Syariah 1991. Manakala pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah pula dibahagikan kepada
tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan juga Jasin.

9


1.3.1 Mahkamah Rendah Syariah
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah diketuai oleh seorang Hakim
Mahkamah Rendah Syariah. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah
dibantu di bahagian Perundangan, Pentadbiran dan Kewangan oleh seorang Penolong
Pendaftar, tiga orang Pembantu Pendaftar, seorang Bailif (gunasama Mahkamah Tinggi
Syariah), seorang jurutaip dan seorang Pembantu Am Pejabat. Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Melaka Tengah juga dianggotai oleh seorang Pegawai Sulh yang menyelesaikan
kes secara proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya.
Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) No.7 Tahun
2002, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah Dalam bidangkuasa jenayahnya,
membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 atau mana-mana undang-
undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang
baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau undang-undang
bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun
atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi
kesalahan itu. Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan
dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan
memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi
seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan
hadhanah atau harta sepencarian). Yang Di-Pertuan Agong boleh dari masa ke semasa
melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas bidangkuasa mal Mahkamah
Rendah Syariah.



10


1.3.2 Mahkamah Tinggi Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dibantu oleh seorang Pegawai Penyelidik, seorang
Pendaftar, empat orang Pembantu Syariah, dan seorang Bailif. Mahkamah Tinggi Syariah
juga dibantu oleh seorang Pegawai Sulh dari unit Sulh MSNM bagi menyelesaikan kes
secara proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya. Mempunyai bidang kuasa di seluruh
Negeri Melaka, dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang
dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Undang - Undang
Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, atau di bawah mana- mana undang - undang
bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan - kesalahan tehadap
rukun - rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukan
baginya seperti mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua
pihak dalam tindakan dan prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu
berhubungan dengan Pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran
perkahwinan (fasakh), nusyuz atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara
berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri, apa-apa pelupusan atau tuntutan harta
yang berbangkit seperti pembahagian faraid, Nafkah orang-orang tanggungan,
kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak, Pembahagian dan
pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat, Penentuan orang-orang yang berhak kepada
bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian
yang kepadanya masing-masing orang itu berhak, Perisytiharan bahawa seseorang itu
bukan lagi orang Islam, Perisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang
Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya dan Perkara-perkara lain yang berkenaan
dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.


11


Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari
Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara jenayah, dalam mana-mana rayuan dimana
Mahkamah Tinggi Syariah boleh dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan
dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil
pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman,
memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah
Mahkamah perbicaraan dan . Dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau
mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh
dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat
oleh Mahkamah perbicaraan atau memerintahkan perbicaraan semula. Mahkamah Tinggi
juga mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atasa semua Mahkamah
Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan,
samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang
berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, samada
mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan
memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang
dikehendaki demi keadilan.


1.3.3 Bahagian Sokongan Keluarga
Bahagian sokongan keluarga Kompleks Mahkamah Syariah Melaka atau lebih dikenali
sebagai Bahagian Sokongan Keluarga berobjektif untuk menguatkuasakan semua perintah
nafkah yang telah diperuntukan oleh Mahkamah Syariah dimana Bahagian Sokongan
Keluarga ini akan memastikan tiada isteri atau anak yang menghadapi masalah tuntutan
nafkah. Disamping itu ia akan memastikan perintah Mahkamah Syariah

12


dihormati,dilaksanakan dan jua memberi khidmat sokongan kepada keluarga islam dalam
semua hal yang melibatkan Mahkamah Syariah.

Antara fungsi penting dalam Bahagian Sokongan Keluarga juga adalah memberi
khidmat nasihat perundangan kepada orang islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah
syariah terutama mengenai isu nafkah, melaksanakan penguatkusaan penghakiman atau
penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Bahagian
Sokongan Keluarga juga membantu dalam menyalurkan bantuan sara hidup sementara
kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari
pihak yang diperintahkan membayar nafkah. Ia turut menjadi agen mengutip dari pihak
yang diperintahkan mendapat nafkah dan menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak
mendapat nafkah. Bahagian Sokongan Keluarga juga berfungsi dalam mencari dan
mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.


1.3.4 Unit Sulh
Unit Sulh atau boleh dikenali sebagai Majlis Sulh adalah bertujuan untuk
menelesaikan hal ehwal jejeluargaan Islam di Negera ini tanpa proses perbicaraan di depan
Hakim untuk kes-kes keluarga selain daripada tuntutan perceraian. Di dalam Majlis Sulh,
Pihak-pihak diberi peluang untuk bercakap dan menyatakan tentang keinginan berdasarkan
tuntutan masing-masing. Selain daripada itu, Majlis Sulh juga diadakan untuk
mengenalpasti situasi sebenar pihak-pihak dimana keterangan kedua-dua pihak diambil
kira supaya suatu penyelesaian yang terbaik dapat dicapai.


13


1.3.5 Visi, Misi Dan Objektif


MISI
Menjadi insitusi Kehakiman Syariah yang berwibawa


VISI
Melaksanakan perbicaraan, pengurusan Mahkamah dan perkhidmatan sokongan
secara professional, berkesan dan sistematik berasaskan undang-undang dan
Hukum Syarak


OBJEKTIF
Melaksanakan keadilan berasakan bidangkuasa yang diberi Undang-undang dan
Perlembagaan selaras dengan Hukum Syarak dan berfungsi dalam menerima,
mendengar, dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah
mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang, memutus, menguatkuasa
dan melaksanakan perintah berasaskan hukum syarak dan undang-undang bertulis,
menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes rayuan secara teratur dan berkesan,
menerima, mendengar dan memutuskan permohonan pembahagian
Faraid, membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi,
menyelesaikan pertikaian secara majlis sulh berasaskan persetujuan tanpa sebarang
paksaan melaui kaedah perundingan dan timbangtara dan melaksanakan e-syariah
dan system perakaunan standard kerajaan negeri (SPEKS)

14



1.3.6 Piagam Pelanggan

i. Pelanggan akan diberikan tarikh sebutan/bicara/Majlis Sulh pada hari yang sama
selepas permohonan yang lengkap didaftarkan.

ii. Setiap kes yang didaftarkan akan disebut/dibicara/Majlis Sulh dalam tempoh 21
hari selepas didaftarkan.


iii. Memastikan kes Sulh dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan.

iv. Mengeluarkan Perintah Faraid dalam masa 14 hari selepas dibuat pembahagian hak
waris

v. Mengeluarkan salinan bersih Perintah Mahkamah dalam masa 7 hari selepas
perbicaraan setelah menerima permohonan pihak-pihak.

vi. Pendengaran sesuatu kes rayuan akan mula didengar dalam masa 3 bulan selepas
Rekod Rayuan lengkap disempurnakan oleh pihak pihak.
15

1.3.7 Carta Organisasi Kompleks Mahkamah Syariah Melaka
Jadual 1

Anda mungkin juga menyukai