Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang sekali
pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah,
ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu
tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal
daripada perkata greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut
pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud
satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari
sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang
dituntut syarak.
Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang
dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis
perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.
Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai
kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat
dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut
pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada
nilai dan kelakuan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang
bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral.
Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat.
Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala
yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.
Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan
bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan
dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta
kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang
menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis
panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam
masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran
yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.
Isu yang dikemukakan

Recent news coverage of corruption scandal at some of the nations corporate giants has
placed the spotlight on the importance of ethical teaching and training in order to counter this
form of unhealthy practices. One of the social scientist had even proposed that the initial
stage teaching and learning of ethics should start from primary schools until tertiary levels.
The other stage should start from the time when he/she joined the workforce

Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau elektronik
berkenaan dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang
serius dengan tentang permasalah rasuah kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan
ekonomi negara. Menurut badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah
Badan Pencegah Rasuah (BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan
antaranya menerima wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang
berharga atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah
kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan sebagainya.
Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi
makna rasuah seperti tumbuk rusuk dan makan suap. Sejajar dengan perubahan masa
dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian
rasuah seperti wang kopi, undercounter payment dan duit pelincir. Tidak dinafikan
rasuah banyak mempengaruhi budaya dan mencemar adat masyakat pada masa kini.
Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang rasuah dan
pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa individu berada di alam
persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah memasuki alam perkerjaan.
Etika Perguruan.
Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN
ialah seperti berikut :
Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.
Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah
perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi
jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang guru
bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan
generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa
mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu
mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan
perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-
guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan
sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga
mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu
sendiri.
Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan
menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah
guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi
berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang
profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi
pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru
dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru.
Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih
guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan
dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi
tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan
dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Kod Etika Profesion Perguruan
1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-
muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan
agama dan kepercayaaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah
laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga,
intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan
memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri
murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid,
masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-
murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
murid-muridnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-
ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara
yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Prinsip-prinsip Etika Perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Kepentingan Etika Perguruan
Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah
organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika
kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika
Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan
nilai-nilai ahklak yang mulia.
Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu
sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru
menilai dan melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan
negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan
etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,
serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam
organisasi. (INTAN, 1991).
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika
ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role model kepada pelajar. Senario ini
mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan
datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar
berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat
dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke
arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung
kepada melakukan perkara-perkara yang positif.
Memupuk Etika Kerja
Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada alam
pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan mungkin menjadi
pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami etika kerja profesion yang
diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang pekerjaan perlulah memupuk nilai murni,
disiplin dan etika kerja yang baik. Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja
profesional. Antara teras dan ciri-ciri yang perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan
antaranya :
1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa.
Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu
rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan
bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan
sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus
berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah
hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti
ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam
semua keadaan.
Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru permulaan
ini menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses pengujian dan penilaian
terhadap hasil kerja pelajar. Ini adalah disebabkan oleh pengetahuan guru-guru permulaan
berkaitan dengan ilmu pengujian dan penilaian adalah terlalu cetek. Kajian menunjukkan
guru-guru permulaan mempunyai keinginan yang tinggi dalam penilaian pelajar tetapi
mereka kurang yakin untuk memberi markah dan gred yang setimpal dengan hasil kerja
pelajar. Mereka terkeliru untuk meletakkan jumlah markah terutama soalan berbentuk
subjektif. Guru-guru permulaan juga merasa tidak selesa kerana terpaksa menyemak latihan
murid yang banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai dalam sesebuah kelas. Pelajar-
pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan markah yang diberikan oleh guru-guru
permulaan. Pelajar merasa kurang yakin kerana mereka guru baru. Selalunya guru-guru
permulaan lebih suka memberi markah dan gred yang cemerlang kepada pelajarnya kerana
mengharapkan mereka akan disenangi dan popular di kalangan pelajar.
Selain dari menyemak, menilai, menguji dan mewujudkan hubungan mesra kepada
para pelajar, guru-guru permulaan ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus
persekitaran fizikal bilik darjah masing-masing. Kajian-kajian kes yang dijalankan telah
memberi banyak maklumat tentang cabaran yang dihadapi dalam mengurus bilik darjah.
Ada sesetengah dari guru permulaan bertungkus-lumus menghiaskan dan menguruskan
bilik darjah tetapi ada juga yang langsung tidak diberikan bilik darjah. Tetapi mereka ini
diminta bergerak dari satu kelas ke kelas yang lain. Cabaran-cabaran pengurusan kelas
seperti pengawalan kelas, menetapkan peraturan kelas, masalah pemantauan kesalahan
disiplin pelajar, kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta menjaga kebajikan pelajar.
Semua ini memerlukan pelan tindakan yang sistematik dan strategic , apatah lagi bagi
sekolah-sekolah yang masuk bertanding dalam pertandingan 3K (Keselamatan, kebersihan
dan keceriaan), sekolah harapan negara, sekolah cluster dan lain-lain pertandingan. Guru-
guru permulaan perlu kuasai ilmu dan kemahiran di dalam tatahias dalaman kelasnya
supaya dirinya memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi. Dapatan kajian
Lourdusamy dan Tan (1992) merujuk kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru
tidak dapat mengawal masalah yang dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran
mengawal pelajar, masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar,
pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar menyebabkan guru mengambil pendirian
''tidak peduli.'' Chiam (2004) berpendapat bahawa terdapat perkaitan antara ketidak
berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng dalam kalangan pelajar.

2. Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha
atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu
perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya kesilapan. Kesilapan
dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali
akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka
ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk
mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.Contohnya dalam bidang perniagaan
pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang baru
seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.
Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang
bermakna kepada pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina rappo yang baik
bersama pelajar dalam bilik darjah membantu guru-guru menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan dalam karier mereka. Hubungan yang baik bersama pelajar di bilik darjah
menjadi titik permulaan kepada hubungan guru dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
Pelajar-pelajar akan menjadi duta kecil dalam menyebarluaskan cerita-cerita kehebatan
guru-guru permulaan kepada masyarakat dan komuniti setempat. Berita yang baik berkaitan
kualiti pengajaran dan personality guru menjadi satu tarikan kepada masyarakat setempat
untuk ke arah pengwujudan jaringan yang mantap melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Guru-guru permulaan tidak boleh mencipta kejayaan dalam profesion jika keadaan
sebaliknya berlaku.

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru memerlukan
bimbingan yang berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani, 2002). Bagi membina
keyakinan diri dan peningkatkan profesionalisma diri dan kerjaya, tugas membimbing ini
perlulah dimulakan di dalam organisasi di mana guru-guru ini bertugas. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa hanya 30% sahaja daripada kalangan pentadbir yang mengambil
berat terhadap perkembangan profesionalisma guru-guru (Mohammed Sani, 2002) dan 95%
guru-guru siswazah yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di bawah program KPLI
tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi meningkatkan tahap
pengajaran mereka masing-masing. (Mohammad Sani, 2005). Pendek kata, dalam
memartabatkan profesion keguruan, semua pihak perlu digemblengkan tenaga dan sama-
sama menunjukkan minat yang tinggi dalam membantu guru-guru permulaan meningkatkan
kualiti diri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru perlu mengubah
sikap dan sentiasa berusaha dan menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang
berwibawa dan berketrampilan memerlukan usaha-usaha yang berlipat ganda yang datang
dari diri guru itu sendiri, di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran

3. Berniat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja
dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya.
Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti
kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan hanya untuk
menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi pelbagai niat dan tujuan
supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan tidak seperti menunjuk-nunjuk.
Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat
yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan akibat
pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan bidang apa
sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana profesonalima
adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir. Contohnya dalam kerjaya seorang doktor ,
sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam menjalankan tugas, masyarakat akan
beranggapan kerjaya seorang doktor itu adalah antara kerjaya yang tidak bermoral. Kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga.
Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat
atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai seseorang pekerja atau pegawai tidak
mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa
kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan kaum di
Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan
kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru
adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan
keberkesanan seorang guru dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara tadi
terletak pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi mereka. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid di sekolah.
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib,
alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri
sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya
dengan Allah S.W.T. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai
murni seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan
agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya
sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan
pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah
secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu
lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu
dihadapi secara professional dan kreatif.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan
untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai
Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia
boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu
menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau
cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu pengetahuan yang berjaya diperoleh
mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk mereka menjadi seorang insan
yang berguna serta dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,
bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru
menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman
terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran. Tanggungjawab guru pada abad ke-21 ini lebih mencabar berbanding guru pada
dekad sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan
perkembangan ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi
menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu bersaing
pada peringkat tempatan dan global.
Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini
menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan
integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru bukan sahaja
mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda dan
membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan Negara
adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan
guru sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut demi
mencapai wawasan negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini.
Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain
yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa,
menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi
kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok
dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
Di dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun, guru juga diharapkan
menjadi agen pembangunan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha menanam sikap,
nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kea rah yang ingin dibentuk oleh
masyarakat. Biasanya guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut :

1. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran sekolah.
2. Kawalan sosial di sekolah.
3. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda mengikut garis panduan
sekolah.
4. Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid.
5. Pengelolaan gerakerja kokurikulum.
6. Pembimbing kepada murid, khasnya pemilihan kerjaya dan bidang pengajian
pengkhususan.

Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan
nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau
majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-
pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan
baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan
atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini.
Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya.
Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh
terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu
kerja atau khidmat yang cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih
kecemerlangan dalam kerja. Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dibuat
mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang
dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan
kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan dan pangkat yang
tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk
di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited
dalam kerja. Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang
mulia dan berkedudukan.
8. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di
antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang
berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala
perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam
setiap individu yang memasuki alam pekerjaan.
9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang
diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang diperoleh adalah
nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allahdalam firman-Nya yang
bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya
azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya
dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan
kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur
Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah
dikurniakankepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah
di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan
berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk
mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi
dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam
bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan
apa jua yang diatas nama sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah
kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan
rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.
10. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana
salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan.
Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping
memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam
masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan,
sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbualbual bersama rakan-rakan
sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu
rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan
beribadat dengan selesa.
11. Menilai Diri (Muhasabah)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita
lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan
sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu
tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu
menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan
(untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan
negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai
anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur
kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan
kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada
agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.
7.Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah
Pendidikan adalah salah satu medium perantaaran yang dapat mendedahkan
tentang kepentingan dalam menangani gejala rasuah dalam masyarakat. Intititusi
pendidikan menjadi wadah penyampaian kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan gejala
rasuah ini. Pelajar-pelajar mungkin mempunyai gambaran dan pengetahuan tentang isu
rasuah, ianya boleh didalami lagi dengan adanya pendekatan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas atau melalui pencari mereka untuk menyiapkan sesuatu kerja kursus yang
diberikan
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang kepentingan
pendidikan rasuah ini. Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat Pekeliling Iktisas Bil
17/1998 Memasukkan Elemen Pencegahann Rasuah Dalam Pendidikan Sekolah Dan
Intitusi Pengajian Tinggi bertarikh 14 Ogos 2008. Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan
agar setiap sekolah dan intitusi pengajian tinggi perlu memasukan elemen rasuah dalam
kurikulum seperti mana yang telah dipersetujui dalam MesyuaratJawatankuasa Kabinet
Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98.
Dalam perkara dua yang dinyatakan dalam pekeliling iktisas ini ialah untuk
meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar bagi
mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah hendaklah mengambil
langkah-langkah seperti berikut:
i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui
pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;
ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral;
iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh
dibincangkan adalah seperti berikut:
a. Definisi dan tafsiran rasuah;
b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;
c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;
d. Cara-cara menangani gejala rasuah;
e. Kesalahan dan hukuman rasuah.
Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salah laku
melalui kegiatan kokurikulum;
Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi amalan dan
tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.
Kini elemen rasuah telah diserapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4.
Dalam matapelajaran ini pelajar-pelajar lebih ditekankan dengan lebih terpeinci lagi
berkenaan dengan etika dan elemen rasuah. Topik yang membincangankan hal-hal ini ialah
topik Cabaran Masa Depan. Ianya merangkumi sub-sub topik yang menekankan tentang
membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara dari segi etika kerja
dan rasuah sifar. Guru-guru akan mengadakan aktiviti yang sesuai berkenaan dengan sub
topik yang diberikan dan aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui lebih
lanjut tentang gejala rasuah dan etika kerja.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Badan Pencegahan
Rasuah saling berkerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah memahami tentang
bahaya jenayah rasuah. Menurut Ahmad Khusairi Bin Yahya Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat BPR dalam artikalnya bertajuk Melahirkan
Generasi Muda Benci Rasuah menyatakan Langkah pertama dianjurkan Kementerian
Pelajaran ialah memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah
dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan
elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan Pendidikan
Islam. Ini bermakna KPM bersungguh-sungguh dan serius dalam melaksanakan penerapan
elemen pencegahan rasuah ini di dalam bidang pendidikan.
Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar dan bengkel
yang dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi penerapan elemen rasuah
ini. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari seluruh negara
dipilih mengikuti Seminar Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di
Peringkat Sekolah. Bukan sahaja guru kaunselor didedahkan dengan elemen pencegahan
rasuah ini , malahan pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua dan guru besar turut
mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua telah dipilih mengikuti seminar
yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti program yang sama.
Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini diteruskan pada 2004
menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang
dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat Perkembangan Kukurikulum,
Kementerian Pelajaran. Seramai 382 guru yang terdiri daripada jemaah Nazir Sekolah,
pensyarah maktab perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan
Moral, telah mengikutinya. Pelajar sekolah juga mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh KPM dan BPR antara aktiviti yang dianjurkan antaranya mengarang esei bagi pelajar
sekolah menengah dan pertandingan pidato dan perbahasan berkenaan dengan
pencegahan gejala rasuah.
7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah
Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan dapatan
yang dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai elemen pencegahan
rasuah diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara faedah-faedah yang dinyatakan
antaranya:-
1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung kesalahan
rasuah dari segi teori dan praktikal.
2. Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan
berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam kurikulum pendidikan.
3. Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan berhubung
kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada pegawai BPR.
4. Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan pegawai BPR
serta saling bertukar maklumat.
5. Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat berhubung
kesalahan rasuah kepada pelajar.
6. Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat tambahan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.
Faedah-faedah yang dinyatakan tadi, sedikit sebanyak ianya memberi gambaran yang
menyeluruh kepada guru-guru berkenaan dengan gejala rasuah. Guru-guru jugu dapat
menyalurkan maklumat yang tepat dan betul dengan adanya pengetahuan tentang
permasalahan gejala rasuah ini. Guru-guru juga menegtahui betapa peripentingnya
menyampaikan pendidikan tentang rasuah kepada pelajar-pelajar kerana ianya merosakkan
identiti masyarakat itu sendiri.
Jenayah etika merupakan suatu isu hangat yang sering diperkatakan.Antarannya iaitu
perbuatan rasuah.Rasuah ditakrifkan sebagai suatu pemberian yang dberikan kepada
seseorang untuk melakukan sesuatu yang salah dan menyalahi etika serta undang-undang.
Pelbagai persoalan yang timbul disebalik masalah sosiol yang semakin berleluasa
sehinggan kini bermula di peringkat rendah sehinggalah kealam pekerjaan.Nilai-nilai etika
yang semakin hilang yang mana suatu ketika dahulu dipelihara dengan baik hilang di bawa
arus kemodenan.
Pendidikan etika bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang berdasarkan
Falsafah Pendidikan Negara dari segi intelek,rohani,jasamani dan emosi.Bertepatan dengan
kehendak tugasan ni,hubungan pendidikan etika dengan amalan rasuah,maka etika yang
diterapkan dari alam persekolahan akan dibawa kepada kehidupan yang kian mencabar
bagi mengelakkan gejala-gejala yang tidak sihat melanda diri individu nanti.Sekiranya
individu tersebut berakhlak mulia dan beretika mereka boleh menghindarkan diri dari etika
salahlaku pada masa akan datang.
Keinginan atau kemahuan seseorang yang tidak terbatas itu adalah suatu naluri
yang sentiasa ada pada kita sebagai insan biasa.Contohya,inginkan kereta besar,rumah
besar,pakaian mahal dan sebagainya.Namun begitu jika dalam diri mereka telah tertanam
etika yang mulia semenjak perigkat sekolah sedikit sebanyak dapat mengelakkan mereka
dari terlibat dengan amalan rasuah yang sememangnya merupakan jalan penyelesaian
yang mudah untuk mendapatkan sesutu yang diinginkan.Pendidkan beretiaka semenjak di
alam persekolahan merupakan penghalang bagi mereka terjerumus kepada kancah sosial
yang tidak bermoral.
Namun begiti amalan rasuah masih berlaku di peringkat rendah lagi umpamanya
murid-murid yang akan menduduki peperiksaan contohnya UPSR telah ditawarkan sejumlah
wang atau hadiah yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu samada guru,ibubapa ataupun
daripada badan-badan tertentu dalam masyrarakat.Amalan ni terbawa-bawa sehingga alam
pekerjaan.Bagi murid tersebut pemberian tersebut merupakan satu ganjaran yang besar
nilainya.Sedangkan disebalik pemberian tersebut mengandungi nilai-nilai yang kurang baik
dan tidak beretika yang patut diamalkan.
Jelas sekali,apabila menjejaki kaki ke alam pekerjaan,bayak lagi berlakunya jenayah
etika yang kian melanda masyarakat hari ni.Arus kemodenan pada hari ni menuntut mereka
melakukan aktivti tidah sihat contohnya,penyalahgunaan teknologi yang kita kecapi masa
kini.Ada pihak yang menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk amalan jenayah seperti
money launering serata dunia melalui kad kredit via komputer dan sebagainya.
Pendidikan beretika yang telah diterapkan semenjak diperingkat sekaolah rendah
hingga keperingkat universiti menanamkan sikap jujur,amanah,bertanggungjawab dan
sebagainya,merupakan halangan bagi mereka untuk melakukan jenayah etika yang
seringkali kita dengar melalui media massa dan media elektronik. Keperluan pendidikan
beretika merupakan penawar untuk menghindarkan gejala rasuah yang boleh menberi
kesan kepada negara,masyarakat,keluarga serta individu.
Pendidikan beretika bertujuan untuk mengawal tingkahlaku para professional supaya
mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada
untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika
kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat
yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu
melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu,
faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-
undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya
mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu
melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.
Melalui pendidikan yang beretika dan mempraktikkanya ke arah nilai yang baik,
maka ianya tentu sekali dapat mengawal tingkah laku seseorang. Amalan rasuah yang
berlaku perlu dibenteras daripada semakin berleluasa kerana ianya adalah satu amalan
yang patut dijauhi dan perlu dihindari.Sungguhpun rasuah merupakanperbuatan yang
bertentangan dengan nilai etika,namun ia massih dilakukan oleh segelintir manusia yang
inginkan kemewahan secara cepat dan mudah.Dalam jenayah rasuah ini,jalan penyelesaian
yang paling berkesan ialah menpunyai pegangan agama yang kukuh.
Akhir kata, gerak gempur pendidikan pendidikan iaitu menanam semangat
kerohanian dan daya ketahanan yang kuat dan tanggungjawab sosiol mestilah
diteruskan.Agar kita menbangun dalam keadaan yang seimbang.

Kesimpulan
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi
sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti
ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua bidang
sekali pun.
Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya membantu
setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk akautebiliti dalam
menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika
Perguruan, kod ini bukan untuk membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu
ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam.
Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya
mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada
untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan
peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun etika kerja ini perlu mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah
laku individu yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan
sebagainya.
Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di rumah,
di sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan pendekatan yang
digunakan dapat mempengaruhi individu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam
tugasan yang diberikan. Pendidikan perlulah menjadi satu wadah pembentukan modal insan
bagi melahirkan generasi yang bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya
antara tunjang utama pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah
yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan
betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral.
Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada
permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam organisasi
bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya saing antara satu sama
lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang dan hindakan bagi menjaga nama
baik organisasi dan masyarakat amnya. Pelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan
contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak merebak kepada generasi akan
datang.
Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh
setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang
berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. Tepuk dada tanyalah selera
atau tepuk dada tanyalah iman ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan
dan prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan
tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan
ianya tidak diperakui oleh setiap individu.
Bertepatanlah dengan Firman Allah Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu,
sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri. Ini bermakna setiap individu perlu
mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang beretika, bermoral, berilmu dan
beramal.
9. Cadangan
Cadangan berkenaan dengan etika ini dapat dihuraikan kepada dua bentuk iaitu
alam pengajian dan alam pekerjaan.
Di dalam alam pengajian cadangan supaya diadakan penekanan yang lebih kepada
isu-isu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Contohnya di sekolah disiplin yang dirangka
di sekolah mampu mengelak pelajar-pelajar ini daripada berlakuan yang tidak bermoral.
Sekolah kini tak menyelaraskan disiplin dan undang di sekolah. Ada kadang kalanya ianya
hanya sebuah buku disiplin sahaja dan perlaksaannya masih tidak mencukupi. Cadangan
agar penetapan disiplin ini perlu diperbincangankan dan diselaraskan dahulu di semua
sekolah Penyelarasan disiplin dianjurkan olen Jabatan Pengajaran Negeri dan digunapakai
oleh negeri berkenaan serta dikawal selia oleh KPM. Dengan cara ini membentukan disiplin
dan prinsip etika itu dapat dipupuk dengan baik dengan pelarasan yang dibuat itu tadi.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga berjaya memasukkan elemenelemen
yang berkenaan dengan etika dan rasuah di dalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan,
namun ianya hanya melibatkan satu bab sahaja dan aktiviti yang dicadangkan berkenaan
dengan rasuah hanyalah gunting dan tampal gejala-gejala rasuah. Cadangan agar PPK
lebih merangka satu aktiviti yang lebih mencabar contohnya membuat soal selidik ataupun
kerja kursus yang melibatkan etika dan gejala rasuah. Walaubagaimanapun, penghargaan
perlu diberikan kepada KPM dan PPK dalam mengenal pasti dan penerapan nilai-nilai etika
dalam kurikulum sekolah kini.
Dalam konteks alam perkerjaan pula, pendedahan tentang etika kerja kepada
pekerja baru harus ditekankan. Penekanan yang lebih berkenaan dengan konsep intergriti
dan akauntebiliti perlulah dititik beratkan oleh pihak majikan dan organisasi . Pengenalan
tentang perkara ini dapat membantu dalam pembentukan satu pekerja yang beretika dan
bertanggungjawab.

RUJUKAN
1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan etika dalam
perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.
2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan
Kenegaraan Tingkatan 4
5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian Pembangunan
Dan Kompetensi Penilaian KPM.

Anda mungkin juga menyukai