Anda di halaman 1dari 19

1

1.0 PENDAHULUAN
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang
tinggi, imaganatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka
akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran. Murid-murid akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu
persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka
menyentuh, merasa, dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan
pemahaman terhadap persekitaran.
Murid-murid mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan
yang mereka temui. Suara keriangan murid-murid yang jelas kedengaran di dalam bilik
darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu murid-murid
sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.
Murid-murid juga mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan
pengetahuan. Seni dalam pendidikan boleh mempertingkatkan penglibatan murid
terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta sosial dalam
proses pembinaan sikap dan minat murid terhadap pembelajaran di sekolah.
Perkembangan diri antara seorang dengan seorang murid yang lain adalah
berbeza. Guru haruslah dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dihadapi
oleh murid-murid untuk menghasilkan sesebuah karya. Kelemahan-kelemahan yang
telah dikenalpasti seharusnya ditangani dengan seberapa segera agar kelemahan
tersebut tidak menambah beban murid untuk menghadapi masalah baru yang
mungkin akan timbul.



2

2.0 TUGASAN 2 : MASALAH MURID DALAM PROSES P&P PENDIDIKAN SENI
VISUAL DI SEKOLAH
Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di
kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti
perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai
keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan.
Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar amat
penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu.
Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni
menggunakan berbagai jenis alatan dan media. Alatan dan media yang berbagai-
bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan adalah bertujuan supaya dapat
menghasilkan satu karya seni yang pelbagai.
Terdapat pelbagai masalah yang kerap dihadapi oleh murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah serta faktor-
faktor yang menyumbang kepada masalah berkenaan. Masalah-masalah yang
telah dikenalpasti ini adalah yang berkaitan dengan :
bidang menggambar
teknik catan
Tajuk lukisan ialah Pemandangan Di tepi Laut.

2.1 Kurang Pengetahuan Sedia Ada Untuk Menggambar
Jika ditinjau semula peringkat pembelajaran murid bermula dari tahun satu sehingga
tahun enam, sudah tentu kegiatan menggambar dianggap sangat penting dalam
pembelajaran Pendidikan Seni Visual mereka samada di sekolah atau di rumah. Dari
aktiviti menggambar bermulanya proses murid berkomunikasi dengan diri sendiri,
rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak
langsung murid dapat meluahkan perasaan yang berkaitan dengan pengalaman dan
apa yang dilihat oleh mereka ke dalam bentuk visual.
Masalah pertama yang dipilih ialah kurang pengetahuan sedia ada murid untuk
menggambar tajuk yang telah diberikan oleh guru. Pemilihan tema atau tajuk penting
3

sebelum memulakan proses menggambar. Apabila luahan perasaan ini tidak berlaku,
maka berlakulah masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Contohnya guru telah menetapkan tajuk lukisan pada hari tersebut untuk
murid tahun 5 iaitu pemandangan di tepi laut, timbul masalah murid tidak ada idea
untuk menggambar pemandangan laut tersebut .
Faktor yang menyumbang kepada masalah tidak ada idea untuk menggambar
pemandangan laut ini ialah kerana murid ini tidak pernah di bawa oleh keluarga
mereka pergi berkelah di tepi laut dan melihat laut yang sebenar. Seterusnya, murid ini
dari kalangan keluarga yang agak susah di mana di rumah mereka tidak ada
kemudahan komputer untuk mengakses maklumat tentang pemandangan di tepi laut.
Maka, murid ini tidak ada gambaran dalam minda murid tentang laut tersebut. Oleh itu
timbul masalah untuk guru memulakan pembelajaran.
2.2 Tidak Pandai Membuat Pemilihan Warna
Warna memainkan peranan yang amat penting dalam proses mencatan.
Kebanyakkan murid menggunakan warna-warna mentah yang diperoleh daripada tiub
asal warna air. Penggunaan warna terus dari botol atau tiub akan menyebabkan hasil
karya tidak natural dan dianggap masih belum mahir. Contohnya untuk mewarna
sehelai daun murid hanya menggunakan warna hijau yang diperoleh daripada tiub
warna sedangkan untuk mendapatkan warna hijau sebenar contohnya, murid perlu
mencampur warna asas biru dan kuning.
Faktor lain yang menyumbang kelemahan murid dalam pemilihan warna ini ialah
murid kurang pengetahuan asas tentang warna. Murid hanya mengetahui tentang
warna-warna daripada bahan media yang dibeli sahaja.
Selain itu, murid tidak pandai membancuh warna sekunder dan warna tertier
mengikut kandungan yang betul dan tidak dapat menghasilkan warna-warna yang
terdapat dalam roda warna.
2.3 Tidak Tahu Membuat Pemilihan Berus Lukisan Yang Sesuai
Masalah tidak tahu membuat pemilihan berus lukisan yang sesuai ini merupakan
masalah yang universal. Mungkin murid memang tidak ada pengetahuan tentang
jenis-jenis berus. Murid tidak tahu membuat pilihan berus lukisan yang sesuai.
Contohnya apabila murid hendak mewarna, mereka hanya menggunakan satu berus
4

yang sama sahaja untuk mewarna semua objek sedangkan murid boleh
menggunakan pelbagai saiz berus mengikut objek yang hendak diwarnakan.
Seterusnya, murid tidak pandai memanipulasikan berus semasa mewarna. Cara
memegang berus yang salah menyebabkan hasil karya tidak memuaskan. Cara murid
memegang berus seperti mereka memegang pensel. Masalah-masalah ini boleh
menyumbang kepada masalah proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual tidak
berjalan dengan lancar dan seterusnya murid tidak dapat menghasilkan karya yang
bermutu dan berkualiti.
2.4 Tiada Kemahiran Teknik Sapuan
Murid tiada kemahiran menggunakan teknik sapuan yang betul dalam menghasilkan
karya yang baik. Pemilihan berus dan teknik sapuan warna berkait rapat dan
memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan sesebuah karya.
Contohnya murid menggunakan sapuan yang menegak pada permukaan yang
melintang begitu juga sebaliknya.
Di samping itu, murid tidak dapat menguasai teknik cat air yang betul iaitu teknik
basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah dan wash. Bagi
menghasilkan warna tipis, murid tidak membasahkan kertas dengan air. Oleh itu
warna yang terhasil akan menjadi tebal atau sebaliknya.
Bagi teknik wash tidak semua murid tahu menggunakannya. Contohnya
kesilapan yang telah dilakukan dianggap karya itu telah rosak sedangkan teknik
wash boleh membetulkan kesilapan mereka.
2.5 Tidak Tahu Membuat Ton Warna
Ton ialah nilai pancaran warna iaitu dari terang kepada gelap. Ton warna dihasilkan
dengan mencampurkan warna-warna asas atau sekunder satu demi satu dengan
warna putih atau hitam dalam nisbah yang berlainan. Ia disusun dalam perkembangan
teratur mengikut nilaian tonnya. Ton warna di alam sekeliling dapat diperhatikan pada
kawasan bukit, perkampungan atau perumahan. Ia juga berubah mengikut jarak bila
dicampurkan dengan warna cerah.
Ton warna amat berguna untk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi. Sebagai
contoh ton menunjukkan ruang ialah objek yang jauh mempunyai warna yang lebih
cerah berbanding objek yang lebih hampir dengan kita. Melalui ton warna juga bentuk
tiga dimensi dapat dihasilkan dengan mengesan pencahayaan yang jatuh pada
5

permukaan objek. Kesan perbezaan yang terdapat pada objek boleh dilakukan
dengan adanya kesan ton. Penambahan warna terang memberikan kesan pada
kedudukan objek.
Masalah murid dalam hal ini ialah murid tidak tahu dan tidak mahir serta kurang
pengetahuan dan pendedahan pada ton warna. Contohnya murid mewarna bukit yang
terletak di belakang laut dengan satu campuran warna sahaja yang tidak
menampakkan terang atau gelap atau objek dekat atau jauh. kelihatan gelap
sementara kawasan yang tidak bertindih akan kelihatan lebih terang begitu juga
sebaliknya.
Kelima-lima masalah di atas kerap dihadapi oleh pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Masalah-masalah
tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor yang telah disebutkan di atas.
Bagi mengatasi setiap masalah yang telah dikenal pasti, yang tersebut di atas,
saya telah merancang tindakan penambahbaikan dan menghuraikan kepentingan
sebagaimana yang dibentangkan dalam tugasan 3 (individu).











6

3.0 TUGASAN 3 : TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MENGATASI MASALAH
YANG DIHADAPI OLEH MURID
Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi
dan kemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauhmana kemampuan
murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai
media dan teknik. Bidang menekankan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid..
Aktiviti mengambar dapat memberi kesedaran terhadap asas seni reka dalam hasil
kerja.
Menggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2
dimensi. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan
imej seseorang. Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza
mengikut tahap murid. Aktiviti menggambar adalah salah satu cara bagaimana
seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan
menilai sesuatu hasil seni dari aspek estatik.
Dalam merancang tindakan penambahbaikan bagi mengatasi setiap masalah
yang telah dikenalpasti dalam tugasan 2, guru perlu memikirkan langkah-langkah
penambahbaikan bagi mengatasi murid tersebut. Pelbagai alternatif yang boleh
digunakan oleh guru bagi mengatasi ini.

3.1 Kurang Pengetahuan Sedia Ada Untuk Menggambar
Bagi mengatasi masalah murid yang kurang pengetahuan sedia ada untuk
menggambar pemandangan di tepi laut ini, pertama guru boleh melakukan aktiviti
perbincangan di antara guru dan murid. Guru boleh membuat pertunjukkan slaid yang
pelbagai gambar yang boleh meningkatkan imaginasi murid dan berinteraksi
dengannya dari aspek asas senireka.
Seterusnya, guru boleh memberi banyak contoh gambar pemandangan dari
pelbagai perspektif seperti gambar pemandangan di tepi laut pada wakti senja, waktu
pagi dan sebagainya di mana ia boleh menunjukkan pelbagai teknik mewarna.
Dengan adanya contoh-contoh gambar ini dapat meningkatkan daya ingatan murid
untuk menggambar.
Perbualan secara berimaginasi menjadikan murid berfikir seketika dan
menghasilkan satu kerja seni spontan. Soalan-soalan yang berimaginasi adalah
7

berguna untuk murid bagi meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan atau catan.
Contoh-contoh soalan lukisan dan catan yang berimaginasi :
Adakah kamu pernah pergi ke pantai?
Bayangkan kamu sedang berkelah di tepi pantai?
Bayangkan suasana keindahan di tepi pantai.
Jika kamu diberi pilihan untuk tinggal di tepi pantai. Apakah perasaan
kamu?
Menerusi imaginasi ini dapat meningkatkan daya ingatan untuk membuat
lakaran. Dengan adanya pengetahuan sedia ada, murid dapat menggambar dengan
mudah mengenai apa sahaja tajuk yang diberikan oleh guru dalam satu-satu sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Penerangan yang jelas melalui perbincangan dan bersoaljawab, pertunjukkan
slaid yang pelbagai jenis gambar pemandangan, memberi gambaran imaginasi
dengan pelbagai bentuk soalan ini boleh membantu murid meningkatkan pengalaman
sedia ada mereka untuk menggambar. Dengan ini penyelesaian masalah ini murid
akan berasa seronok dan berminat untuk mengikuti pelajaran Pendidikan Seni Visual.
3.2 Tidak Pandai Membuat Pemilihan Warna
Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, alam
sekitar yang sangat menarik dan indah dipenuhi objek-objek semulajadi yang
berwarna-warni. Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni.
Warna boleh didapati di mana-mana saja. Begitu juga dengan sumber alam
semulajadi, dipenuhi dengan pelbagai warna. Laut membiru mendamaikan suasana.
Inilah gambaran warna yang amat mempengaruhi kehidupan kita.
Warna memainkan peranan yang amat penting dalam proses penghasilan
sesuatu karya. Ia menjadikan hasil karya seseorang itu lebih menarik dan dapat
menceriakan suasana. Bagi mengatasi masalah tidak pandai membuat pemilihan
warna ini, guru haruskan mengingatkan semula murid tentang warna dengan menberi
penerangan yang sejelas-jelasnya. Pertama, guru perlu menerangkan tentang warna
boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian warna.
8

Guru juga haruskan menerangkan semula kategori warna di mana tidak semua
murid dapat menguasai kemahiran pemilihan warna. Warna boleh dikategorikan
kepada beberapa bahagian. Berikut ialah jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda
warna:









Warna asas terdiri daripada tiga warna utama. Warna-warna ini tidak boleh
dihasilkan dengan mencampur warna-warna lain. Contoh: Merah, Kuning, Biru.







Warna sekunder terhasil daripada dua campuran warna asas. Contoh:

9

Kuning + biru = hijau
Merah + kuning = jingga
Merah + biru = ungu
Kuning + hijau = kuning kehijauan

kuning + jingga = kuning kejinggaan
Biru + hijau = biru kehijauan
Biru + ungu = biru keunguan
Merah + ungu = biru keunguan
Merah + jingga = merah kejinggaan








Warna Tertier - Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di
sebelahnya dalam roda warna
Warna tertier = warna asas + warna sekunder
Warna tertier terdiri daripada :
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu

Warna warna tersebut seperti yang dinyatakan tadi boleh digubah atau
dihasilkan semula dengan tiga cara iaitu:
10






Gubahan warna sewarna atau monokrom ia dihasilkan dengan
mencampurkan warna asal dengan warna hitam atau putih untuk mendapatkan
ton warna gelap atau terang. Dengan cara ini akan menampakkan kesan timbul
dan dimensi bagi sesuatu objek yang diwarnakan.







Warna penggenap adalah warna yang terletak secara bertentangan dalam
roda warna. Warna-warna ini akan menimbulkan kesan yang kontra dan banyak
digunakan dalam iklan, poster, mural dan corak pada kain. Kombinasi warna-
warna utama yang bertentangan dengan warna sekunder adalah seperti berikut.
Contoh :
o biru jingga
o kuning ungu
o merah hijau

11








Warna Harmoni - ialah warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna.
Warna-warna ini juga dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa
aman, tenteram, indah, lembut dan sebagainya. Contoh warna harmoni adalah
seperti berikut :
o merah ungu biru
o ungu biru hijau
o biru hijau kuning
o kuning jingga merah
o jingga merah - ungu







Seterusnya, bagi mengatasi masalah di atas, setelah memberi penerangan, guru
boleh membuat demonstrasi atau tunjukcara membancuh warna yang betul.
Tunjukkan kepada murid-murid kadar warna yang hendak dibancuh untuk
mendapatkan warna yang tepat. Dengan adanya ilmu jenis-jenis warna dan cara
12

bancuhan yang betul ini, sudah pasti murid dapat menghasilkan karya yang lebih
bermutu dan kreatif.
Penerangan guru yang jelas tentang pemilihan warna-warna tersebut boleh
meningkatkan minat murid untuk menghasilkan karya yang menarik. Demonstrasi cara
bancuhan yang betul oleh guru dapat memberi gambaran yang jelas dan dapat
menarik minat murid berani mencuba membuat bancuhan warna.
3.3 Tidak Tahu Membuat Pemilihan Berus Lukisan Yang Sesuai
Murid tidak pandai membuat pilihan berus lukisan yang sesuai. Contohnya apabila
murid hendak mewarna, mereka hanya menggunakan satu berus yang sama sahaja
untuk semua objek sedangkan murid boleh menggunakan pelbagai saiz dan bentuk
berus mengikut objek yang hendak diwarnakan.
Bagi mengatasi masalah pemilihan berus lukisan, guru hendaklah memberi
penerangan tentang jenis-jenis berus dan kesesuaiannya untuk menggambar. Berikut
adalah contoh jenis-jenis berus dan cara penggunaannya :







13

Berus jenis besar dan leper adalah amat berguna untuk mewarna bahagian latar
terlebih dahulu.
Berus jenis kecil dan bulat adalah amat berguna untuk menambahkan garisan
pada objek atau imej tertentu.
Berus yang berlainan saiz dan bentuk seperti berus minyak, berus varnish, berus
gigi akan menghasilkan jalinan yang berlainan.
Hujung berus jenis leper boleh digunakan untuk menghasilkan garisan.
Hujung berus jenis bulat digunakan untuk mendapatkan kesan garisan tebal atau
nipis seperti yang terdapat pada lukisan cina oriental.
Berus yang celip warna dibuang leihan warna tersebut dan dikembangkan berus
tersebut akan mendapatkan kesan garisan halus-halus yang banyak hanya
dengan satu sapuan.
Berus jenis leper yang diletakkan warna dan sedikit air apabila disapu ke atas
permukaan kasar akan mendapatkan kesan dry brush.
Berus perlu dibersihkan dengan air bersih untuk mendapatkan kesan yang
cantik, bukannya berlumut.
Setelah memberi penerangan tentang jenis-jenis berus lukisan jika
menggunakan cat air, guru hendaklah membuat tunjukcara penggunaan berus
mengikut objek yang diwarnakan agar murid benar-benar faham kepentingan
pemilihan berus lukisan yang betul untuk menghasilkan karya menarik.
Bagi mengatasi masalah cara memegang berus yang salah, guru hendaklah
membuat demonstrasi cara memegang berus lukisan dengan betul. Tunjukcara ini
dapat meningkatkan kemahiran murid. Oleh itu, apabila murid telah mahir dari segi
pemilihan berus, maka tidak mustahil murid dapat menghasilkan karya yang bermutu.
Begitu juga dengan teknik memegang berus dengan betul. Guru perlu peka terhadap
cara murid memegang berus dengan betul agar murid berasa seronok untuk
mewarna.


14

3.4 Tiada Kemahiran Teknik Sapuan
Murid tiada kemahiran menggunakan teknik sapuan yang betul dalam menghasilkan
karya yang baik. Pemilihan berus dan teknik sapuan warna berkait rapat dan
memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan sesebuah karya.
Contohnya murid menggunakan sapuan yang menegak pada permukaan yang
melintang begitu juga sebaliknya.
Bagi mengatasi masalah di atas, guru hendaklah memberi penerangan
tentang teknik-teknik sapuan berus secara spontan. Untuk penerangan yang lebih
jelas guru hendaklah menerangkan teknik-teknik sapuan warna.
Terdapat empat jenis teknik cat air. Teknik-teknik ini diolah dan digunakan
mengikut kesesuaian atau kesukaan pelukis. Antaranya ialah:














15







Basah atas basah - warna dicairkan dahulu dan disapukan atas permukaan
yang basah. Hasilnya kesan lut sinar.
Basah atas kering warna yang dicairkan dahulu disapukan di atas permukaan
yang kering.
Kering atas basah - teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat disapu ke
atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.
wash teknik yang melibatkan sapuan cair ke atas permukaan yang basah.
Baiasanya berus atau span digunakan. Sesuai untuk menghasilkan kesan air
span awan. Antara kesan lain yang boleh terhasil daripada penggunaan alat
yang berbeza. Antaranya adalah :
o Kering bertindih - titikan warna untuk membentuk objek atau corak yang
menarik.
o Renjisan - teknik yang mengguanakan berus atau semburan atau berus
gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas permukaan untuk
menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.
o Tindihan menghasilkan catan dengan menyapu wana selapis demi
selapis ke atas kertas untuk menghasillkan ton dan pencahayaaan.
Hasilnya tebal dan kering dan berlegap.
o Span teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti daun pokok, tanah
dan sebagainya dengan menggunakan span untuk menggantikan berus.
16

o Semburan berus - teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti jalinan
padang rumput, pantai, pasir, dan daun pokok.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, guru hendaklah membuat demontrasi
atau tunjukcara sapuan yanag betul serta bancuhan warna. Contohnya teknik basah
atas basah akan menghasilkan warna yang nipis untuk mewarna awan. Teknik basah
atas kering boleh mewarna objek yang tajam dan jelas.
Hasil dari penerangan dan demonstrasi di atas, guru dapat memastikan murid
menggunakan teknik sapuan yang betul agar hasil karya kelihatan lebih menarik sama
ada sapuan berbentuk melintang mahupun menegak.
3.5 Tidak Tahu Membuat Ton warna
Masalah murid dalam hal ini ialah murid tidak tahu dan tidak mahir serta kurang
pengetahuan dan pendedahan pada ton warna. Contohnya murid mewarna bukit yang
terletak di belakang laut dengan satu campuran warna sahaja yang tidak menampakkan
terang atau gelap atau objek dekat atau jauh. kelihatan gelap sementara kawasan yang
tidak bertindih akan kelihatan lebih terang begitu juga sebaliknya.











17







Bagi mengatasi masalah tidak tahu membuat ton warna, guru hendaklah memberi
penerangan dengan jelas cara menghasilkan campuran warna yang sesuai. Warna air
dan warna poster banyak digunakan murid-murid di sekolah. Semasa mewarna,
perkara yang paling penting diambil kira ialah kawalan kepekatan campuran warna
dan air. Ini adalah faktor utama yang menentukan kualiti hasil sesebuah catan.
Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna tersebut untuk
mendapatkan warna yang cerah. Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan
warna atau pekatkan warna tersebut. Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki
kesalahan dnegan menitiskan air kosong dipermukaan berwarna tersebut kemudia
serapkan warna air tesebut dengan berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna
tersebut hilang. Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam
semulajadi, alam benda dan portrait.
Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau warna
terang pada sesuatu objek. Biasanya warna putih dan kuning dapat memberikan
cahaya yang terang. Manakala warna biru dan hitam dapat memberikan cahaya yang
gelap. Kemahiran mewarna dengan menggunakan warna gelap dan terang dapat
memberikan hasil yang menarik pada catan.
Dalam aktiviti mewarna, penggunaan warna yang dicampur lebih dari satu warna
akan menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan penggunaan satu warna sahaja.
18

Campuran warna tersebut menjadikan catan akan kelihatan lebih menarik dan
harmoni.
Setelah mengenali serba sedikit tentang ton warna, kita sudah boleh
menganggarkan warna-warna apakah yang sesuai digunakan dalam sesuatu tema
atau objek yang berada disekeliling kita. Menguasai Kemahiran pemilihan ton warna
yang cekap sudah tentu dapat menghasilkan sebuah karya 2 dimensi yang sangat
menarik. Guru hendaklah membuat demonstrasi cara mencampur warna dan sapuan
berus untuk mendapatkan kesan ton warna yang sesuai demi untuk meningkatkan
daya ingatan untuk menghasilkan ton warna yang betul. Di samping menunjukkan
gambar-gambar yang sebenar untuk membangkitkan semangat murid menghasilkan
karya yang serupa hasil proses peniruan.
Dengan adanya pengetahuan tentang ton warna, sudah tentu murid dapat
menghasilkan karya yang menarik yang menampakkan hasil kombinasi warna terang
dan gelap, jauh dan dekat sesuatu objek.



19

4.0 PENUTUP
Seringkali masyarakat merasa risau dan takut anak-anak mereka tidak mengenal
huruf atau nombor sebagai asas membaca, menulis dan mengira. Namun, mereka
juga seharusnya bimbang kalau anak-anak mereka tidak dapat melibatkan diri dan
menguasai asas pengamatan tampak menerusi aktiviti seni. Ini akan mengalang
kanak-kanak itu daripada menerima pengalaman tampak yang boleh didapati
menerusi interaksi deria tampak melalui simbol-simbol tampak di sekeliling mereka.
Pendidikan Seni Visual berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara
eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui
ekspresi diri mereka.
Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke
tahap optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan seseorang guru perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan
suasana pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang
pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.

Anda mungkin juga menyukai