Anda di halaman 1dari 2

Refleksi (Tan Yong Jie, 930607-07-5238, 28379)

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pesyarah subjek Hubungan Etnik saya, iaitu Encik Kamarudin bin Ilias kerana beliau
telah memberikan banyak dorongan serta sokongan kepada kami sepanjang kerja
kursus ini dilakukan.
Dalam kerja kursus ini, kami dikehendaki untuk mempersembahkan dua
persembahan yang berkaitan dengan hubungan etnik di negara Malaysia. Setelah
perbincangan, kelas kami iaitu L1 telah membuat keputusan untuk
mempersembahkan dua drama beserta dengan tarian. Walaupun masa yang
diberikan agak-agaknya lebih dua bulan tetapi akhirnya kami tetap berjaya
menyempurnakan persembahan kami dengan baik dan lancar serta berasa gembira
dengan keputusan akhir.
Dalam menjalankan kerja kursus kali ini, saya telah memahami bahawa
perpaduan adalah sangat penting dalam apa jua keadaan atau masalah. Seperti
yang telah dikatakan, kelas saya mempunyai 21 orang yang berlainan fikiran dan
pendapat. Setiap kali perbincangan dijalankan, sekali sekala akan menimbul sedikit
pertelingkahan yang kecil. Hal ini demikian kerana kami semua berasa agak tertekan
dengan adanya beberapa kerja kursus dalam satu masa yang sama. Tambahan pula,
kami semua mempunyai banyak pendapat dan idea yang berlainan. Akan tetapi,
matlamatnya adalah sama iaitu kami berharap dapat membuat persembahan yang
terbaik. Jelaslah bahawa perpaduan memainkan peranan yang amat penting semasa
kami menghadapi masalah atau pertelingkahan dalam kelas.
Selain itu, setiap kali kami melakukan latihan di dalam kelas, saya mendapati
bahawa kami akan menghadapi satu masalah yang besar, iaitu tempat terlalu sempit
dan kecil sehingga latihan kami dijalankan dengan tidak lancar. Seterusnya, masa
untuk kami membuat latihan adalah tidak mencukupi kerana masa kuliah adalah dari
pagi pukul 8am hingga petang 4:30pm. Walaupun begitu, kami telah menetapkan
masa latihan pada petang pukul 5pm atau malam pukul 8pm. Keletihan yang kami
amat alami adalah banyak, akan tetapi akhirnya saya mendapati bahawa practice
makes perfect iaitu latihan yang banyak akan mendatangkan hasil yang baik.
Selain daripada itu, saya juga telah mempelajari untuk mencuba sesuatu
yang baru atau dengan erti kata yang lain, mencuba sesuatu yang saya tidak pernah
lakukan iaitu drama. Dalam kerja kursus ini, saya telah melibatkan diri dalam
persembahan drama. Pada persembahan yang pertama, saya telah berlakon
sebagai seorang pengemis dan akhirnya bertukar menjadi seorng dewa. Semasa
menjalankan latihan di dalam kelas, saya masih tidak berasa cemas dan takut
sehinggalah saya menjalankan raptai di atas pentas. Pada masa itu, saya berasa
amat tertekan, cemas dan takut kerana saya tidak menyesuaikan diri dengan
keadaan sekeliling. Begitu banyak mata yang pandang ke arah saya di bawah
pentas dan saya terpaksa memberikan keyakinan serta keberanian kepada diri
sendiri. Secara jujurnya, saya tidak melakukan latihan dengan baik semasa raptai
yang pertama.
Tetapi, setelah membuat latihan yang berbanyak kali di atas pentas, akhirnya
saya dapat mengharungi cabaran ini. Saya tidak lagi berasa cemas dan takut
semasa berdiri di atas pentas sambil berlakon sebagai seorang pengemis serta
dewa. Dalam persembahan yang kedua pula, saya mengambil peranan sebagai
seorang kanak-kanak lelaki yang berbangsa Melayu. Di sini, saya menghadapi satu
masalah iaitu meminjam baju Melayu. Oleh kerana saya berbadan agak kecil, saya
terpaksa meminjam baju Melayu dengan kawan-kawan yang berbangsa Melayu
yang berbadan saiz lebih kurang sama dengan saya. Akhirnya, saya dapat
meminjam baju Melayu dengan pelajar dari kelas L7 yang bernama Nik. Saiznya
lebih kurang sama dengan saya walaupun agak panjang dan longgar, akan tetapi
saya memang amat berterima kasih kepada Nik kerana sanggup meminjamkan baju
Melayunya kepada saya tanpa mengira kaum dan bangsa. Dia juga telah mengajar
saya cara untuk memakai baju melayu dengan betul dan kemas.
Di samping itu, saya juga ingin telah meminjam songkok dari pelajari L6 yang
bernama Hamdan. Dia juga tidak mementingkan diri sendiri, tanpa mengira kaum,
terus meminjamkan songkoknya kepada saya untuk menyempurnakan persembahan
kami. Ini merupakan kali pertama saya cuba berlakon sebagai seorang kanak-kanak
lelaki yang berbangsa Melayu. Secara jujurnya, saya amat menikmati dalam lakonan
sebagai seorang kanak-kanak yang berbangsa Melayu. Hal ini demikian kerana saya
dapat memahami dan mempelajari tradisi kaum yang lain.
Akhir kata, saya amat bersyukur dan gembira dengan penyempurnaan kerja
kursus kali ini. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari tradiri kaum yang lain dan
seterusnya mendapati bahawa perpaduan adalah sangat penting dala apa-apa jua
keadaan. Saya juga mempelajari sanggup berkongsi adalah sesuatu yang amat
berharga antara satu sama yang lain. Sekian, terima kasih.