Anda di halaman 1dari 2

SUMBER-SUMBER AGAMA

Terdapat pelbagai persoalan dan pendapat mengenai asal-usul dan sumber agama.Ada
sesetengah individu berpendapat bahawa agama dan kepercayaan merupakan sesuatu
perkara yang sama sebaliknya perkara tersebut bukanlah sesuatu perkara yang sama dan
hanya berkait rapat antara satu sama lain.Kepercayaan yang melibatkan seseorang individu
lazimnya tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama tetapi agama adalah satu anutan yang
mendalam dan haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Terdapat beberapa sumber-
sumber yang menunjukkan kewujudan agama.Antaranya adalah :
i.Wahyu
Wahyu atau Revelation boleh dianggap sebagai sumber agama khususnya bagi agama
Islam.Agama Islam diturunkan dan diwahyukan oleh Allah sebagai panduan dan rujukan
kepada hamba-hambanya.Allah yang mencipta alam semesta dan memerintah hamba-
hambanya supaya menerokainya dan mengguna semua ciptaan dengan tujuan
kebaikan.Penerangan bagi semua agama di dunia ini tidak asing lagi agama-agama besar di
dunia ini,Contohnya,bagi agama Islam sendiri Nabi Muhammad s.a.w telah mendapat
wahyu pertama yang diturunkan melalui uturan Malaikay Jibrail ketika berada di dalam Gua
hira di Mekah.Selain itu,pengasas agama Buddha sendiri iaitu Gautama Buddha dikatakan
telah mengalami inspirasi ketika beliau duduk di bawah pohon Bo.
ii)Pengetahuan Semula Jadi mengenai Tuhan
Pengetahuan semula jadi mengenai tuhan atau Natural knowledge of god merupakan
jawan kepada persoalan Jika Tuhan telah menurunkan wahyu dan hidayah kepada sesuatu
kaum, bagaiman agama-agama lain di dunia ini boleh wujud ? .Melalui Pengetahuan
semula jadi inilah,setiap individu itu telah dilahirkan dengan rasa kesdaran mengenai Allah
atau tuhan yang telah bertanggungjawab atas apa sahaja yang wujud dalam kehidupan
manusia.Kewujudan agama lain ini merupakan hasil yang wujud dari usaha dari kesedaran
mengenai penciptanya.Disebabkan pengertian mengenai pencipta alam ini masih samar dan
tidak jelas,maka manusia telah menghuraikannya melalui imaginasi dan pengalaman
mereka.Dan disebabkan imaginasi manusia dan pengalaman manusia adalah berbeza-
beza,maka wujudlah sistem agama yang berbeza.
iii)Konsep Witness of nature
Konsep ini berkaitan dengan konsep pengetahuan semula jadi mengenai tuhan.Kewujudan
alam yang teratur menyebakan manusia semakin hari semakin ingin mengetahui lebih lanjut
mengenai Pencipta alam semesta.Hal ini menyebabkan mereka cuba untuk mengkaji dan
mendapatkan penjelasan . Antara persoalan yang berkaitan adalah bagaiman kewujudan
gunung ganang,tumbuhan,manusia ,alam semesta ,putaran musim yang berganti-ganti dan
sebagainya.
iv)Pengalaman manusia
Pengalaman manusia juga dikatakan sebagai salah satu sumber agama.Pendapat ini
diutarakan oleh ahli-ahli Antropologi yang melihat agama ini berdasarkan perspektif Sains
Sosial.Ahli Antropologi ini berpendapat bahawa ada agama yang wujud di dunia ini
diasaskan oleh pengalaman manusia.Contohnya,Max Muller menekankan mengenai
fenomena air pasang surut dan kejadian matahari terbit sebagai salah satu faktor. Hal ini
kerana apabila satu-satu fenomena yang terjadi ,mereka atau masyarakat telah berfikir dan
mempercayai bahawa terdapat sesuatu kuasa atau roh yang menjadikan keadaan itu
berlaku.

Anda mungkin juga menyukai