Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada masa dahulu, tidak jauh dari istana Maharaja, terdapat sepasang burung
helang membuat sarang di atas sebatang pokok. Pada suatu hari, mereka mendapati
salah seekor anak mereka di dalam sarang telah hilang ketika mereka keluar mencari
makanan. Kejadian itu amat mendukacitakan helang tersebut. Mereka hendak tahu
siapa yang mencuri anak mereka itu.

Pada keesokannya, mereka berpura-pura terbang keluar mencari makanan. Mereka
hinggap di atas sebatang pokok tidak jauh dari sarang mereka itu untuk melihat apa
yang berlaku. Tidak lama kemudian, mereka ternampak seekor musang keluar dari
lubang di dalam batang pokok di bawah sarang mereka itu. Musang itu memanjat naik
lalu makan anak burung helang di dalam sarang itu.

"Oh, rupanya musang bedebah itu yang makan anak kita," kata helang jantan.

"Kita tak berdaya nak membunuh musang bedebah itu. Lagi pun, kita tidak dapat
masuk ke dalam lubangnya. Kita perlu mencari jalan lain untuk membunuhnya."

Pada suatu hari, helang betina ternampak seorang puteri sedang mandi bersama-
sama beberapa orang dayang di sebuah kolam. Puteri menanggalkan kalung saktinya,
lalu mandi dengan gembiranya di dalam kolam itu. Helang betina terbang turun lalu
memagut kalung itu dan dibawanya terbang ke atas sebatang pokok di tepi kolam itu.

"Kalungku diterbangkan seekor helang!" teriak puteri itu dengan cemas. "Dayang!
Cepat panggil pengawal. Suruh mereka tangkap helang yang melarikan kalungku itu,"

Dayang pun segera memanggil beberapa pengawal. Helang betina itu sengaja
terbang rendah dan perlahan-lahan supaya dapat dilihat dan diikut oleh pengawal.
Setelah sampai di bawah pokok sarang mereka, helang sengaja memasukkan kalung
puteri yang dicuri itu ke dalam lubang tempat musang itu tinggal.

Seorang pengawal pun cuba mengeluarkan kalung dari lubang itu. Tetapi didapati di
dalamnya ada seekor musang. Apa lagi! Pengawal itu pun segera membunuh musang
itu dengan pedangnya. Selepas itu kalung di dalam lubang itu pun diambilnya. Dengan
demikian, dapatlah helang tinggal dengan aman di sarang itu tanpa gangguan dan
ancaman lagi.


1 Burung helang membuat sarang di mana?

A di dalam rumah

B di atas tanah

C di atas pokok

D di atas batu




2 Di manakah musang itu membuat sarang?

A di dalam lubang bawah pokok

B di tepi lubang bawah pokok

C di bawah pokok tepi batu

D di atas pokok tepi lubang



3 Siapakah yang mencuri kalung tuan puteri?

A Helang jantan

C Anak helang
B Helang betina

D Musang


4 Mengapakah helang sengaja terbang rendah?

A Supaya pengawal menangkapnya

B Supaya pengawal membunuhnya

C Supaya pengawal memukulnya

D Supaya pengawal melihatnya



5 Mengapakah pengawal itu membunuh musang?

A Disangkanya musang itu kecil

B Disangkanya musang itu besar

C Disangkanya musang itu berbahaya

D Disangkanya musang itu pencuri

Anda mungkin juga menyukai