Anda di halaman 1dari 25

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: MOHD AIDIL BIN OTHMAN

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SK PARIT NO 5

NAMA AKTIVITI

: PERTANDINGAN REKA CIPTA PENYEDUT


MINUMAN
( PROJEK KO-AKADEMIK KEMAHIRAN HIDUP)

TARIKH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2013 ( 12.20 tengah hari 1.20 petang )

OBJEKTIF:
1. Mengetahui cara mengurus sesuatu pertandingan dengan baik.
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kreativiti murid tahun 4 dalam bidang
kemahiran hidup.
3. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.
4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan
murid serta murid dengan guru.
5. Memastikan kecemerlangan akademik murid tidak terabai.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.
2. Beliau mencadangkan saya membuat pertandingan reka cipta penyedut
minuman untuk murid tahun 4 kerana dapat melihat tahap kreativiti mereka.
3. Tempoh seminggu diberikan untuk saya mempersiapkan segala persiapan
bahan, hadiah dan tempat pertandingan.
4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang
kondusif.
5. Saya menyediakan segala bahan dan persiapan tempat dengan rapi bagi
memastikan pertandingan reka cipta penyedut minuman berjalan dengan lancar.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru
kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak
pengalaman seperti menguruskan sesuatu pertandingan ko-akademik. Saya juga
telah belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan.
2. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid
tahun 4. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa
bekerjasama dalam mempelbagaikan reka cipta untuk lebih menarik dan kreatif.
3. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu
pertandingan kerana pengurusan masa adalah berbeza jika dibandingkan
dengan masa semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.
4. Saya mengetahui cara untuk mengadili sesuatu pertandingan. Sebagai hakim
keputusan saya haruslah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Pada
projek yang telah saya laksanakan agar suka untuk saya mengadili tetapi setelah
diberi tunjuk ajar oleh mentor, saya telah dapat menentukan pemenang dalam
pertandingan tersebut.
5. Saya juga mempelajari sesuatu bahawa penyediaan tempat hendaklah dilakukan
awal kerana perkara tersebut akan memakan masa dan menyebabkan

pertandingan bermula lewat. Pada pertandingan tersebut kerusi untuk murid


tidak cukup dan saya terpaksa mengambil kerusi dalam kelas lain. 10 minit telah
berlalu untuk mengaturkan murid sahaja.
6. Saya telah tahu bagaimana untuk menguruskan peruntukan yang diberikan
untuk mengendalikan sesuatu pertandingan. Bajet untuk pertandingan ini ialah
bawah RM 100.00 mengikut kata mentor saya. Namun saya telah dapat
mengurangkan kepada RM60.00 sahaja kerana banyak bahan dan alatan boleh
diperolehi di kedai yang murah.
7. Saya juga tahu untuk membungkus hadiah untuk dijadikan hamper. Sebelum ini
saya hanya tahu untuk membeli hamper sebagai hadiah namun pada projek ini
saya telah memilih untuk membungkus sendiri hamper tersebut. Secara tidak
lansung saya telah dapat menjimatkan kos pertandingan.
8. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat
sekolah namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar
dan cadangan telah saya perolehi untuk mengadakan pertandingan ini.
Permulaannya untuk mengadakan pertandingan memasang kereta mini telah
ditukar kepada reka cipta penyedut minuman kerana mahu menjimatkan kos.
9. Pertandingan ini telah dapat menarik minat murid terhadap subjek Kemahiran
Hidup di mana banyak idea daripada kumpulan lain dapat dilihat oleh murid lain.
Hal ini menyebabkan murid teransang untuk meneroka dan menjadi lebih kreatif
pada masa akan datang. Kreativiti dan inovatif merupakan objektif utama dalam
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan dana dan modal yang menjadi
penghalang setiap kali mahu menjalankan pertandingan. Jadi semasa internship
saya mengambil peluang untuk mengadakan pertandingan ini walaupun dengan
mendapat modal yang sedikit daripada pihak sekolah.

2. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat kerana saya mengikut waktu


Kemahiran Hidup dalam jadual mereka. Segalanya perlu dilakukan tepat pada
masa bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya
tergangu atau terlewat.
3. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar tahun 4 Unggul. Ini telah menyebabkan
saya susah untuk mengenalpasti tahap murid tahun 4 Gemilang dan terpaksa
mengambil masa yang agak lama untuk mengadili pertandingan tersebut.
4. Murid perempuan masih kurang dalam kreativiti kerana nampak perbezaan yang
ketara berbanding murid lelaki yang bebas dalam pemikiran mereka untuk
mereka cipta sesuatu berdasarkan imaginasi mereka.
5. Penyediaan tempat kurang saya titik beratkan di mana kurangnya kerusi
menyebabkan murid tidak dapat untuk duduk. Saya terpaksa mencari kerusi
dalam kelas lain. Hal ini menyebabkan masa pertandingan terpaksa dimulakan
lewat 10 minit. Walaubagaimanapun pertandingan berlansung seperti yang
dirancang.
6. Susah untuk menentukan pemenang kerana saya tidak berpengalaman dalam
mengadili sesuatu pertandingan. Hal ini menyebabkan saya terpaksa membuat
keputusan secara tidak lansung. Semua hasil reka cipta murid adalah lebih
kurang sama dan menyebabkan saya susah untuk menentukan siapa pemenang.
7. Kebersihan semasa tamat pertandingan adalah kurang memuaskan walaupun
telah dipesan supaya mengemaskan meja kumpulan masing-masing. Lidi dan
penyedut minuman yang berlebihan masih bersepaj di bawah meja keadaan ini
agak kotor.
8. Langkah keselamatan kurang dititikberatkan kerana terdapat murid yang bermain
dengan lidi dan ini boleh mendatangkan kecederaan terhadap murid lain.
Seharusnya aspek keselamatan hendaklah saya utamakan semasa berlakunya
sesuatu pertandingan.
9. Semasa

melakukan

pertandingan

berlaku

ganguan

bekalan

elektrik

menyebabkan murid terpaksa membuat kerja dalam keadaan panas dan tidak

berkipas. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana pada hari tersebut pihak JKR
sedang memeriksa sumber bekalan elektrik di sekolah.
10. Harus menambah pengadil dalam pertandingan kerana saya hanya menetapkan
mentor saya sebagai hakim dalam pertandingan ini. Hal ini menyebabkan saya
sukar untuk menentukan pemenang kerana aspek yang dilihat berbeza mengikut
pandangan orang lain. Oleh itu, saya akan menambahkan bilangan hakim
pertandingan kepada 3 orang pada masa akan datang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami

berharap

agar

mendapat

masa

yang

lebih

untuk

mengadakan

pertandingan ini pada peringkat sekolah pula. Hal ini kerana penganjuran pada murid
tahun 4 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami beranggapan
bahawa jika dibuka pada murid tahap lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah.
Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksaan juga penting jika saya mahu
mengadakan pertandingan yang melibatkan semua tahap. Sebagai contoh untuk tahap
1 boleh diadakan pertandingan reka cipta menggunakan batang ais krim sebagai
pengenalan untuk subjek Reka Bentuk & Teknologi yang bermula pada tahun depan.
Setiap darjah akan dilaksanakan pertandingan yang berbeza dan guru akan dilibatkan
dalam semua pertandingan tersebut sebagai pengadil dan pemantau.
Oleh itu, saya akan cuba untuk melaksanakan aktiviti ini pada masa akan datang
dan saya anggap bahawa pertandingan reka cipta menggunakan penyedut minuman ini
sebagai langkah permulaan dan pengenalan terhadap saya. Saya akan meningkatkan
tahap penyediaan tempat, hadiah dan syarat pertandingan untuk mengadili sesuatu
hasil kerana saya tiada pengalaman sebelum ini. Pada pandangan saya pertandingan
ini akan menjadi lebih baik jika ditetapkan satu ari pada hari Sabtu untuk mengadakan
Karnival pertandingan Reka Bentuk & Teknologi peringkat sekolah. Semua warga
sekolah juga terlibat di mana pertandingan untuk guru juga diadakan.
Di samping pelaksanaan yang baik, saya akan meningkatkan mutu pengadilan
dan pembelian bahan dan alatan. Hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk

menguruskan sesuatu kos yang diberikan untuk sesuatu pertandingan. Kos yang
digunakan untuk pertandingan reka cipta yang saya jalankan ialah RM 60.00 sahaja.
Jika saya mahu melaksanakan pertandingan pada peringkat sekolah, peruntukan yang
diperlukan juga akan bertambah besar dan saya haruslah cekap dalam menguruskan
kewangan yang telah diberikan.
Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan sesuatu
pertandingan akan memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru akan
tergangu emosinya kerana banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu.
Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu
pertandingan. Pada pertandingan tersebut saya telah memulakan pertandingan
tersebut 10 minit lewat kerana mahu mengaturkan kedudukan murid semasa dalam bilik
Kemahiran Hidup. Kesannya pertandingan tersebut telah tamat lewat dan murid
terpaksa balik lewat. Namun segalanya berjalan seperti yang dirancang tetapi
pengurusan masa saya terhadap sesuatu pertandingan haruslah ditingkatkan.

KESIMPULAN
Melalui aktiviti pertandingan reka cipta penyedut minuman pada minggu ini, saya
mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini,
saya mengambil bahagian dalam menyediakan kumpulan murid-murid. Ini merupakan
pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara memberi markah dalam
sesuatu pertandingan. Selain itu, saya berpeluang meningkatkan tahap kreativiti murid
tahun 4 Unggul yang saya telah pilih untuk subjek kajian saya.
Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti pertandingan ini,
hanya tahun 4 sahaja yang terlibat dalam pertandingan tersebut dan saya berharap
agar boleh diberikan peluang pada masa akan datang untuk membuat pertandingan
pada peringkat sekolah pula. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman
dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan.

Saya berharap agar dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang
murid-murid tahun 4. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami
sentiasa bekerjasama dalam mempelbagaikan reka cipta untuk lebih menarik dan
kreatif. Selain itu saya berharap dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam
mengendali sesuatu pertandingan kerana pengurusan masa adalah berbeza jika
dibandingkan dengan masa semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.
Selepas ini saya akan belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan.
Sebagai hakim keputusan saya haruslah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Pada projek yang telah saya laksanakan agar suka untuk saya mengadili tetapi setelah
diberi tunjuk ajar oleh mentor, saya telah dapat menentukan pemenang dalam
pertandingan tersebut.Saya juga mempelajari sesuatu bahawa penyediaan tempat
hendaklah dilakukan awal kerana perkara tersebut akan memakan masa dan
menyebabkan pertandingan bermula lewat. Pada pertandingan tersebut kerusi untuk
murid tidak cukup dan saya terpaksa mengambil kerusi dalam kelas lain. 10 minit telah
berlalu untuk mengaturkan murid sahaja.
Saya akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan
peruntukan yang diberikan untuk mengendalikan sesuatu pertandingan. Bajet untuk
pertandingan ini ialah bawah RM 100.00 mengikut kata mentor saya. Namun saya telah
dapat mengurangkan kepada RM60.00 sahaja kerana banyak bahan dan alatan boleh
diperolehi di kedai yang murah. Saya akan belajar cara penyedian hadiah untuk
pertandingan akan datang. Sebelum ini saya hanya tahu untuk membeli hamper
sebagai hadiah namun pada projek ini saya telah memilih untuk membungkus sendiri
hamper tersebut. Secara tidak lansung saya telah dapat menjimatkan kos pertandingan.
Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah
namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan cadangan
telah saya perolehi untuk mengadakan pertandingan ini. Permulaannya untuk
mengadakan pertandingan memasang kereta mini telah ditukar kepada reka cipta
penyedut minuman kerana mahu menjimatkan kos.

Kesimpulannya, pertandingan ini telah dapat menarik minat murid terhadap


subjek Kemahiran Hidup di mana banyak idea daripada kumpulan lain dapat dilihat oleh
murid lain. Hal ini menyebabkan murid teransang untuk meneroka dan menjadi lebih
kreatif pada masa akan datang. Kreativiti dan inovatif merupakan objektif utama dalam
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Disediakan oleh,

MOHD AIDIL BIN OTHMAN


(GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN)

Disemak Oleh,

TN HJ OTHMAN BIN HASHIM


(GURU BESAR SK PARIT NO 5)

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN INTERNSHIP


Cop sekolah/Guru Besar/ GPK

NAMA PELAJAR

: MOHD AIDIL BIN OTHMAN

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SK PARIT NO 5

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Sekolah


(Lukisan mural blok tulisan)
TARIKH PELAKSANAAN : 01.07.2013 hingga 26.07.2013

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria.
2. Menjadikan ruang dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5 lebih ceria dan
lebih menarik.
3. Mengalu alukan kedatangan murid untuk kembali ke sekolah.
4. Menjadikan sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan
kondusif.
5. Meningkatkan kesedaran membaca di kalangan murid.
6. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan Guru Besar SKPN 5.
Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan cadangan
dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan ruang
dinding belakang blok pentadbiran sekolah.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Parit No 5. Selepas kertas
kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan.
3. Menceriakan dinding belakang blok pentadbiran.
Hasil kerja dipamerkan di dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI


1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain
demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah .
2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk muridmurid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang ke sekolah
dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural blok tulisan dapat
meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca dan
kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah. Kosa kata murid
juga meningkat kerana terdapat tiga bahasa yang kami tulis iaitu bahasa Melayu,
Inggeris dan Arab untuk tema membaca.
3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan muridmurid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerjapekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.
4. En Murshed juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas
kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah
memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas
kami.
5. Saya telah tahu bagaimana untuk melukis mural blok tulisan pada dinding
bangunan. Banyak kemahiran telah saya praktikkan semasa membuat mural
tersebut
6. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini bukan
suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti
menguruskan perbelanjaan membeli barangan miral. Saya juga telah belajar
cara untuk berinteraksi dengan pembekal.

7. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu projek


kerana pengurusan masa adalah berbeza jika dibandingkan dengan masa
semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.
8. Saya mengetahui cara untuk menggunakan cat pelaka. Sebagai guru bukan
bidang seni keputusan saya haruslah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh
sesiapa. Pada projek yang telah saya laksanakan agar suka untuk saya tetapi
setelah diberi tunjuk ajar dan nasihat oleh mentor, saya telah dapat menentukan
menggunakan cat pelaka dengan berkesan.

9. Saya telah tahu bagaimana untuk menguruskan peruntukan yang diberikan


untuk mengendalikan sesuatu pertandingan. Bajet untuk projek keceriaan ini
ialah RM 250.00 mengikut kata Guru Besar. Namun saya telah dapat
mengurangkan kepada RM 216.00 sahaja kerana banyak bahan dan alatan
boleh diperolehi di kedai yang murah..
10. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat
sekolah namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar
dan cadangan telah saya perolehi untuk mengadakan pertandingan ini.
Permulaannya untuk membuat pada dinding blok kelas pendidikan khas telah
ditukar ke blok pentadbiran kerana lebih strategik.
11. Projek ini juga telah dapat memberi kesan motivasi dalaman kepada murid untuk
datang ke sekolah dan meningkatkan minat untuk membaca. Kreativiti dan
inovatif merupakan objektif utama dalam pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kerja kami agak berbahaya kerana projek ini dilaksanakan di luar bangunan
pentadbiran. Angin yang kuat menyebabkan kami berhati-hati semasa memanjat

tangga. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami.
Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasaikan tugas.
2. Kos membeli barang untuk peralatan dan cat pelaka agak mahal namun
kualitinya memuaskan. Oleh itu, saya terpaksa membuat keputusan untuk
membeli cat jenama Pelaka walupun mahal.
3. Semasa hujan, kami tidak dapat melaksanakan projek tersebut kerana bimbang
tahap keselamatan dan perkara ini telah dinasihati oleh Guru Besar yang
sentiasa memesan pada kami berdua semasa hendak melakukan projek mural
ini.
4. Ruang yang agak sempit mengakibatkan saya terpaksa menghadkan lukisan
mural pada dinding tersebut. Tiada tangga yang tinggi mengakibatkan lukisan
pada bahagian atas dinding tidak dapat diwarnakan dengan betul dan kemas.
Keadaan angin yang kuat juga menyebabkan lukisan diwarnakan tidak kemas.
5. Pintu masuk yang agak jauh iaitu kami terpaksa masuk melalui bilik peperiksaan
menyebabkan pergerakan kami terbatas dan sukar untuk ulang alik mengambil
barang. Hal ini menyebabkan kami terpaksa duduk untuk berehat pada kawasan
sekitarnya sahaja.
6. Saya merasa bahawa masih tidak cukup untuk melukis kerana ruang yang
terhad. Namun ianya berbaloi kerana murid-murid kelihatan terpegun setelah
melihat lukisan mural tersebut pada pagi perhimpunan Isnin.
7. Masa yang terhad menyebabkan kami terpaksa mencari masa yang sesuai untuk
membuat mural tersebut. Selepas waktu persekolahan kami tidak dapat
melakukannya kerana badan yang letih. Kami memutuskan untuk membuat
projek tersebut pada hari Sabtu dan Ahad.
8. Masa yang diperuntukan ialah sehingga saya selesai menghabiskan internship di
sekolah ini kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya pada masa yang telah
ditetapkan. Namun segalanya berlaku seperti yang dirancang dan telah berjaya
disiapkan lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik
supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang
ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis
sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada hari Sabtu dan Ahad juga
kami datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan mural blok tulisan tersebut.
Saya berharap agar mendapat ruang yang lebih besar supaya saya dapat
melukis tanpa ruang yang terhad. Lokasi pemilihan tempat juga haruslah memudahkan
saya untuk bergerak kerana keadaan di atas bangunan blok pentadbiran menyebabkan
keselamatan saya dalam bahaya. Pergerakan untuk mengambil barang-barang juga
akan mudah dan saya dapat mewarna dengan lebih baik.
Masa juga akan saya perbaiki untuk membuat mural tersebut supaya mengikut
tentatif seperti yang terdapat dalam kertas kerja yang telah saya buat. Hal ini kerana
untuk memastikan bahawa segala perancangan berjalan seperti yang dirancang.
Pengurusan masa yang baik akan dapat mendidik saya supaya melakukan kerja
mengikut seperti apa yang telah dirancang dan tidak terburu-buru dalam melakukan
sesuatu kerja.
Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksaan juga penting jika saya mahu
melakukan projek mural seperti ini. Sebagai contoh guru Pendidikan Seni Visual boleh
membantu saya dalam membuat mural dan bagaimana untuk memastikan lukisan
mural tersebut sentiasa kemas dan cantik.
Pengurusan kewangan juga hendaklah saya perbaiki kerana saya seharusnya
cuba untuk menjimatkan segala kos namun memilih untuk berbelanja barang yang
berkualiti dengan harapan hasilnya dapat memuaskan Guru Besar. Kos pembelian cat
Pelaka dan peralatan berus boleh dikurangkan dengan meminjam pada Bilik
Pendidikan Seni. Namun saya mengambil langkah untuk tidak melibatkan Bilik Seni

kerana mereka juga kekurangan bahan dan alatan untuk pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual nanti.
KESIMPULAN
Melalui projek menceriakan blok pentadbiran ini, saya rasa bersyukur kerana
telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah
mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan
sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa
pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan
lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan sekolah
menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping
itu, mural blok tulisan juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan mempelajari tiga bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab
serta semangat untuk datang ke sekolah.
Hasil projek ini telah dapat memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih
untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan
rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah.
Selain itu projek ini dapat menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan
kondusif untuk murid-murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang
ke sekolah dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural blok tulisan dapat
meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca dan kesediaan
guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah. Kosa kata murid juga meningkat
kerana terdapat tiga bahasa yang kami tulis iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab
untuk tema membaca.
Beberapa bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan
murid-murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-pekerja
turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini. Mentor kami juga telah
banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk
beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan
untuk membantu menyenangkan tugas kami. Saya telah tahu bagaimana untuk melukis

mural blok tulisan pada dinding bangunan. Banyak kemahiran telah saya praktikkan
semasa membuat mural tersebut
Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini bukan
suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti
menguruskan perbelanjaan membeli barangan miual. Saya juga telah belajar cara
untuk berinteraksi dengan pembekal. Saya berharap agar dapat meningkatkan
pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu projek kerana pengurusan masa
adalah berbeza jika dibandingkan dengan masa semasa saya mengurus pengajaran
dan pembelajaran.
Sekarang ini saya telah mengetahui cara untuk menggunakan cat pelaka.
Sebagai guru bukan bidang seni keputusan saya haruslah muktamad dan tidak
dipengaruhi oleh sesiapa. Pada projek yang telah saya laksanakan agar suka untuk
saya tetapi setelah diberi tunjuk ajar dan nasihat oleh mentor, saya telah dapat
menentukan menggunakan cat pelaka dengan berkesan. Saya telah tahu bagaimana
untuk menguruskan peruntukan yang diberikan untuk mengendalikan sesuatu
pertandingan. Bajet untuk projek keceriaan ini ialah RM 250.00 mengikut kata Guru
Besar. Namun saya telah dapat mengurangkan kepada RM 216.00 sahaja kerana
banyak bahan dan alatan boleh diperolehi di kedai yang murah..
Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah
namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan cadangan
telah saya perolehi untuk mengadakan pertandingan ini. Permulaannya untuk membuat
pada dinding blok kelas pendidikan khas telah ditukar ke blok pentadbiran kerana lebih
strategik. Projek ini juga telah dapat memberi kesan motivasi dalaman kepada murid
untuk datang ke sekolah dan meningkatkan minat untuk membaca.
Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan
projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang
diberi oleh semua warga SK Parit No 5 dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan
mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada
masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

MOHD AIDIL BIN OTHMAN


(GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN)

Disemak Oleh,

TN HJ OTHMAN BIN HASHIM


(GURU BESAR SK PARIT NO 5)

Cop sekolah/Guru Besar/ GPK

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: MOHD AIDIL BIN OTHMAN

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SK PARIT NO 5

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : BULAN KECERGASAN


(SENAMROBIK PERDANA)
TARIKH PELAKSANAAN : 9 JULAI 2013 ( 7.30 PAGI 10.00 PAGI )
OBJEKTIF

1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,


amalan dan aktiviti.
2. Berupaya

mendapat

pengalaman

untuk

menguruskan

program

bulan

kecergasan.
3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah.
4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di
sekolah pada masa akan datang.
5. Membolehkan

guru

pelatih

untuk

menunaikan

amanah

yang

dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah.


6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial
dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah.
7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru penolong kanan kokurikulum.
Berjumpa dan berbincang dengan Tn Hj Selamat Bin Takim untuk menentukan
tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station.
Tarikh yang dirancangkan ialah 9 Julai 2013 pada pagi Selasa dan melibatkan
semua warga sekolah, staf dan guru SKPN 5.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada
guru penolong kanan kokurikulum dan Guru Besar Sk Parit No 5. Selepas kertas
kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan guruguru.
3. Menjalankan aktiviti di dewan terbuka SKPN 5.
Setiap kelas akan dijaga oleh guru kelas masing-masing dan dibantu oleh
seorang guru lain. Murid akan beratur seperti dalam keadaan perhimpunan pagi.
Aktiviti senamrobik akan dilakukan mengikut lagu dan semua warga SKPN 5
mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru pelatih.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI


1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari
prosedur-prosedur

mengendalikan

sesuatu

program

kecergasan

yang

melibatkan banyak murid.


2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti
dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan
guru lain.

3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk


mempelajari senamrobik dan kepentingan menjaga kesihatan. Murid tahap 1
terutamanya gembira kerana pertama kali melihat senamrobik dilakukan sendiri
oleh mereka.
4. Melalui program kecergasan ini, hubungan antara para guru pelatih dengan
murid-murid dapat dieratkan lagi. Semua ahli jawatankuasa telah memainkan
peranan mereka masing-masing dan tidak membantah. Program ini tidak akan
berjalan lancar tanpa sokongan dan komitmen semua guru-guru yang lain.
5. Semua murid dan warga SKPN 5 melibatkan diri dengan aktif dan memberi
komitmen yang secukupnya kepada guru pelatih. Aktiviti senamrobik ini sangat
menarik minat murid dan guru kerana sesekali aktiviti seperti ini hendaklah
dilakukan bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh namun dapat mengurangkan
stress oleh guru.
6. Mendidik amalan kecergasan dalam kalangan murid-murid SKPN 5 dan warga
guru dengan aktiviti senamrobik. Amalan ini bukan sahaja harus menunggu
bulan kecergasan untuk melakukan senamrobik namun haruslah diamalkan
seminggu sekali bagi menjaga kesihatan.
7. Dapat memperbaiki pengurusan masa jika mahu melakukan sesuatu program
yang melibatkan semua warga sekolah. Segala perancangan hendaklah
mengikut seperti yang dicadangkan dalam kertas kerja. Selepas waktu rehat
pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti biasa dan perkara ini telah saya
maklumkan kepada semua guru.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Hujan yang turun pada pagi itu menyebabkan suasana agak bising dan murid
tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas.
2. Kesuntukan masa juga membataskan aktiviti yang dirancang kerana selepas
rehat murid akan belajar seperti biasa.

3. Kuiz Bulan Kecergasan dilakukan namun terdapat ramai murid yang gagal
menjawab soalan kerana pada pengucapan yang diucapkan oleh Guru Besar
hujan turun dengan lebat dan murid tidak dapat mendengar dengan jelas.
4. Masa untuk melakukan senamrobik tidak mengikut tentatif kerana semasa
ucapan Guru Besar masa yang diperuntukkan ialah 10 minit sahaja namun telah
mengambil masa 20 minit.
5. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan pergerakan untuk melakukan
senamrobik terhad dan murid ada yang terkena tempias hujan terutama murid
tahap 1.
6. Perubahan tempat pada masa akhir menyebabkan peralatan audio juga terpaksa
diubah daripada padang ke dewan terbuka. Perubahan ini juga mengambil masa
yang agak lama kerana hari hujan menyebabkan pergerakan terbatas.
7. Semasa selesai program, murid akan diberikan sebungkus roti. Namun kerana
terdapat perubahan akhir di mana murid pra sekolah juga terlibat dalam program
ini maka roti yang diperuntukkan tidak cukup. Bagi mengatasi masalah ini guru
penolong kanan kokurikulum telah memberi duit kepada murid yang tidak
mendapat roti tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap
pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, program ini akan
menjadi lebih meriah jika disusuli dengan aktiviti luar sekolah yang melibatkan semua
warga SKPN 5. Hadiah untuk kuiz juga haruslah disediakan bagi memastikan murid
berminat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Hujan yang turun pada pagi itu menyebabkan suasana agak bising dan murid
tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas. Oleh itu saya akan memastikan
selepas ini guru yang bertugas mengawal displin murid ditambah bagi memastikan

murid mendengar semasa guru memberikan ucapan di hadapan. Kesuntukan masa


yang membataskan aktiviti yang dirancang kerana selepas rehat murid akan belajar
seperti biasa. Saya akan mencadangkan supaya aktiviti ini dilakukan pada hari Sabtu
bagi membolehkan masa yang panjang dan memudahkan untuk melakukan aktiviti
tanpa perlu risau terhadap masa pengajaran dan pembelajaran.
Kuiz Bulan Kecergasan dilakukan namun terdapat ramai murid yang gagal
menjawab soalan kerana pada pengucapan yang diucapkan oleh Guru Besar hujan
turun dengan lebat dan murid tidak dapat mendengar dengan jelas. Saya
mencadangkan untuk memberi sedikit gambaran jawapan kepada murid bagi
membolehkan mereka menjawab soalan tersebut. Saya juga akan menggalakkan murid
supaya mencatat nota semasa Guru Besar memberikan ucapan. Masa untuk
melakukan senamrobik tidak mengikut tentatif kerana semasa ucapan Guru Besar
masa yang diperuntukkan ialah 10 minit sahaja namun telah mengambil masa 20 minit.
Oleh itu, selepas ini saya akan cuba memberikan dan menganjak sedikit masa
mengikut kesesuaian kerana perkara-perkara yang tidak dijangkan boleh berlaku
semasa program berjalan. Oleh itu saya akan menambahkan tahap pengurusan masa
saya supaya bersesuaian dengan keadaan dan situasi yang akan berlaku semasa
program dilaksanakan.
Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan pergerakan untuk melakukan senamrobik
terhad dan murid ada yang terkena tempias hujan terutama murid tahap 1. Namun
perkara ini tidak dapat dielakkan tetapi sebagai langkah penambahbaikan saya akan
memastikan kawasan yang lebih selesa kepada murid contohnya dalam dewan
tertutup. Perubahan tempat pada masa akhir menyebabkan peralatan audio juga
terpaksa diubah daripada padang ke dewan terbuka. Perubahan ini juga mengambil
masa yang agak lama kerana hari hujan menyebabkan pergerakan terbatas. Oleh itu,
saya perlu memastikan beberapa orang pengawas bertugas sentisa dalam keadaan
bersedia untuk dipanggil oleh guru semasa berlakunya sesuatu program.
Semasa selesai program, murid akan diberikan sebungkus roti. Namun kerana
terdapat perubahan akhir di mana murid pra sekolah juga terlibat dalam program ini
maka roti yang diperuntukkan tidak cukup. Bagi mengatasi masalah ini guru penolong

kanan kokurikulum telah memberi duit kepada murid yang tidak mendapat roti tersebut.
Saya akan memperbaiki masalah ini pada masa akan datang dengan menambahkan
bilangan peruntukan untuk makanan kerana mungkin akan berlaku sesuatu perkara
contohnya seperti yang berlaku pada program senamrobik perdana.

KESIMPULAN
Melalui prorgram bulan kecergasan ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan
sesuatu aktiviti senamrobik yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya
dapat

memahami

betapa

pentingnya

semangat

saling

tolong-menolong

dan

bekerjasama dengan rakan-rakan guru lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa
semangat ini, mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan
selesainya aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman
tentang kepentingan menjaga kesihatan dan aplikasikan kecergasan pada kehidupan
seharian. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga mempertingkatkan kesedaran
murid kepentingan menjaga tubuh badan diri sendiri dan orang di sekeliling secara tidak
langsung.
Secara umumnya program seperti ini memberi satu peluang yang baik kepada guru
pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program
kecergasan yang melibatkan banyak murid. selain itu, program ini juga menggalakkan
guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat
berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan guru lain.
Salah satu perkara yang boleh saya pelajari ialah program bulan kecergasan ini
menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk mempelajari
senamrobik dan kepentingan menjaga kesihatan. Murid tahap 1 terutamanya gembira
kerana pertama kali melihat senamrobik dilakukan sendiri oleh mereka. Melalui program
kecergasan ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat dieratkan
lagi. Semua ahli jawatankuasa telah memainkan peranan mereka masing-masing dan

tidak membantah. Program ini tidak akan berjalan lancar tanpa sokongan dan komitmen
semua guru-guru yang lain.
Secara keseluruhannya semua murid dan warga SKPN 5 melibatkan diri dengan
aktif dan memberi komitmen yang secukupnya kepada guru pelatih. Aktiviti senamrobik
ini sangat menarik minat murid dan guru kerana sesekali aktiviti seperti ini hendaklah
dilakukan bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh namun dapat mengurangkan stress
oleh guru. Mendidik amalan kecergasan dalam kalangan murid-murid SKPN 5 dan
warga guru dengan aktiviti senamrobik. Amalan ini bukan sahaja harus menunggu
bulan kecergasan untuk melakukan senamrobik namun haruslah diamalkan seminggu
sekali bagi menjaga kesihatan.
Kelebihan

semasa

saya

melaksanakan

program

ini

ialah

saya

dapat

memperbaiki pengurusan masa jika mahu melakukan sesuatu program yang


melibatkan semua warga sekolah. Segala perancangan hendaklah mengikut seperti
yang dicadangkan dalam kertas kerja. Selepas waktu rehat pengajaran dan
pembelajaran dijalankan seperti biasa dan perkara ini telah saya maklumkan kepada
semua guru
Walaupun program dirancangkan tidak dapat berjalan lancar kerana hujan lebat
namun kami telah berjaya menganjurkan program ini dengan berjaya dan baik atas
kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Parit No 5,
dan rakan-rakan guru yang lain . Dengan itu, saya akan mengguna dan
mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan
datang.

Disediakan oleh,

MOHD AIDIL BIN OTHMAN

(GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN)

Disemak Oleh,

TN HJ OTHMAN BIN HASHIM


(GURU BESAR SK PARIT NO 5)

Cop sekolah/Guru Besar/ GPK

Anda mungkin juga menyukai