Anda di halaman 1dari 11

KARANGAN ISU PENCEMARAN ALAM

Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat
berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah
dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini.
alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu
dilakukan.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah
mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran.
Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.
Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan
salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah
tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu,
penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga
alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal
ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita lihat pada
hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan
yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa
toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-
undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya
rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup kesedaran
untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat
membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan
dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam
sekitar.

Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan
alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-
matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih
bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan
negara Negara Bersih, Rakyat Sihat



ISU PENDERAAN
Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai kes penderaan
kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang membimbangkan. Bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Media massa tidak pernah terlepas daripada memaparkan isu penderaan
yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri. Mengapakah fenomena ini berlaku?
Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa dalam hal ini? Terdapat beberapa
faktor yang boleh kita kaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak.
Tekanan di tempat kerja merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan kanak-
kanak. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi tekanan di tempat kerja. Ibu
bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka akan menjadikan anak-anak sebagai medium
melepaskan geram dan tekanan yang mereka hadapi. Ibu bapa yang tidak berfikir panjang berisiko
tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti menerajang, mencucuk puntung rokok
atau sebagainya. Patutkah anak-anak yang tidak berdosa ini diperlakukan seperti binatang? Tepuk
dada tanyalah selera.
Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang dihadapi oleh para
orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini, memaksa golongan ini berhutang
demi memastikan kelangsungan hidup seisi keluarga. Masalah yang kewangan sering berlaku
menyebabkan para ibu bapa berasa terbeban. Semua ini dilepaskan kepada sang kecil yang saat
itu membutuhkan kasih sayang daripada kedua-dua insan mulia ini. Keadaan ini pasti
menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengar kes penderaan ini. Anak yang sepatutnya diberi
perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini menjadi mangsa sepak terajak mereka yang terbeban
dengan krisis kewangan yang dihadapi.
Kurangnya didikan gama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada berlakunya masalah
penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang menjamin kepada keutuhan
serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan. Ia juga memberi panduan yang terbaik dalam
menguruskan keluarga. Bengkok bayang bengkoklah batangnya. Kedangkalan ilmu agama akan
menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu dengan cara yang kontra dengan didikan agama. Hal
ini yang menyebabkan terdapat segelintir ibu bapa yang menghukum anaknya sehingga
meninggalkan kesan seperti luka, lebam dan mungkin juga berlaku pendarahan dalam otak. Di sini
kita dapat lihat betapa didikan agama mementaskan peranan yang signifikan dalam kehidupan
seharian kita.
Intihanya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan sangat ditegah oleh
mana-mana agama pun. Semua pihak harus bekerjasama menggalas obligasi membendung
fenomena ini demi mewujudkan masyarakan madani menjelang tahun 2020. Kanak-kanak hari ini
harus dipelihara dan diberikan sepenuh perhatian keranan mereka merupakan aset dan pewaris
negara yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara di hari muka. Oleh itu, hargailah
anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini.


Isu kekeluargaan
Sebuah keluarga yang penuh dengan keharmonian dan keriangan menunjukkan bahawa kelurga itu
mempunyai satu keluarga bahagia. Tidak semua orang akan mendapat peluang yang istimewa
seperti ini melainkan orang yang bernasib baik sahaja.

Walaubagaimanapun pastinya terdapat ciri-ciri keluarga bahagia. Contohnya Ibu bapa sentiasa
memberi perhatian dan sokongan yang sepatutnya kepada anak-anak mereka supaya mereka tidak
merasa kesepian atau dengan meluangkan masa bersama di tepi pantai. Perhubungan antara ibu
bapa dan anak-anak ataupun saudara-mara harus erat dan sentiasa berkumpul di suatu tempat
supaya tiada timbulnya masalah salah faham. Namun bak kata pepatah air dicencang tiada
putusnya.

Kadangkala timbul juga masalah keluarga seperti masing-masing menunjukkan belang, ada yang
cemburu sesama keluarga, ada yang mempunyai perasaan hasad dengki. Semua perasaan ini harus
dielakkan kerana ini bukan satu ciri-ciri keluarga bahagia. Inilah satu sebab mengapa ramai keluarga
yang hancur. Jadi untuk mendapatkan keluarga yang bahagia, satu sifat yang ceria dan sentiasa
mengongsi masalah boleh mengeratkan silatulrahim.

Berbalik kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Contoh-contoh yang harus di contohi adalah sesebuah
keluarga itu harus kerap berkumpul. Sesekali mengunjungi negara orang lain dan mengenali tempat
itu bersama supaya tiada siapa yang tertinggal. Memberi layanan yang amat istimewa di antara satu
sama lain. Tidak mengabaikan tanggung jawab masing-masing. Sentiasa mengambil berat dan ambil
tahu tentang kehidupan seharian di antara satu sama lain. Kadangkala masak lah makanan yang lazat
dan istimewa dan berlainan dari hari yang biasa. Dengan mengajar anak-anak pelajaran sekolah dan
mendidik mereka agama boleh membuatkan mereka terfikir akan Allah dan ingat akan dosa dan
haram.

Selain itu, sesebuah keluarga itu harus mempunyai sifat yang penyabar dan tidak membesarkan
perkara kecil . Tidak saling tuduh-menuduh atau dengki terhadap keluarga sendiri. Ini akan
mengakibatkan permusuhan di antara sesebuah keluarga itu. Jadi untuk mengelakkan daripada
perkara ini berlaku, semua orang harus ingat akan prinsip kehidupan masing-masing dan cuba
memahaminya supaya mereka boleh menjadi 'satu kepala'.

Memang penting mempunyai prinsip kehidupan kerana ini juga satu contoh bagi ciri-ciri keluarga
bahagia. Dengan adanya prinsip untuk diri kita; boleh memberi petunjuk untuk kemahuan sendiri.
Bukan mementingkan diri sendiri tetapi untuk memberitahu pada diri sendiri supaya tidak terikut-
ikut akan orang lain. Ini akan membuatkan orang lain faham tentang diri kita dan sentiasa saling
hormat-menghormati.

Dengan adanya pemahaman bagi orang lain, seseorang itu boleh mengubah nasib masing-masing.
Maksudnya, jika seseorang itu memahami perasaan orang lain maka dia akan mendapat pahala dan
akan sentiasa iberi kebahgiaan. Dari itu, untuk membina keluarga bahagia, kita harus memahami
perasaan di antara satu sama lain. Jangan sesekali menghancurkan perasaan orang lain kerana nanti
kita juga akan menderita seperti mereka dan keluarga kita akan hancur dan tidak bernyawa lagi.

Jadi untuk dipendekkan cerita, untuk membina keluarga bahagia kita harus berdisiplin. Namun saya
rasa dengan izin Allah sebuah keluarga itu akan bahagia.

Isu Pembuangan Bayi
Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat marcapada. Isu ini seolah-olah
sudah menjadi trend atau ikutan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja. Acap kali
isu ini kita lihat dan terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di corong-corong radio dan
disiarkan di kaca televisyen. Hal ini akan menyebabkan negara kita mendapat imej yang buruk dan
pandangan yang tidak baik daripada negara-negara luar. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab
mestilah mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah ini daripada terus
membelenggu masyarakat. Pihak yang paling penting dan perlu memainkan peranan mereka untuk
menangani masalah ini ialah ibu bapa.
Ibu bapa merupakan penjaga dan pendidik kepada anak-anak mereka sama ada di luar
mahupun di dalam rumah. Ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti anak mereka dan mereka perlu
mengambil tahu tentang kawan-kawan anak mereka dan cara pergaulan anak-anak. Perkara ini
penting kerana kadangkala anak-anak hanya berpura-pura menjadi seorang yang baik di hadapan ibu
bapa mereka sahaja. Sebagai contohnya, anak-anak mengatakan bahawa mereka ingin ke sekolah
tetapi hakikatnya mereka pergi ke pusat-pusat membeli-belah atau ponteng sekolah. Oleh sebab itu,
ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti dan perlakuan anak-anak agar mereka tidak terlibat dengan
aktiviti pergaulan bebas.
Selain itu, ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap anak-anak, walaupun sibuk
bekerja. Hal ini demikian kerana, perhatian daripada ibu bapa dapat mengeratkan hubungan sesama
ahli keluarga.Anak-anak juga akan sentiasa mengingati pesanan ibu bapa apabila setiap kali mereka
hendak melakukan kesalahan. Kasih sayang yang ikhlas daripada ibu bapa juga dapat mengubah
sikap negatif seseorang anak kepada sikap yang positif. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa meluangkan
masa dengan anak-anak, seperti makan bersama-sama, pergi bersiar-siar, solat berjemaah dan
sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan mereka berasa disayangi dan mengelakkan mereka
daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti seks bebas.
Di samping itu.Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak dengan tegas, tetapi ketegasan yang
sesuai dengan situasi. Terdapat sesetengah ibu bapa yang mendidik anak mereka dengan cara
seperti seorang askar. Hal ini bertujuan untuk mendisiplin anak-anak mereka. Dengan disiplin yang
tinggi dan ketegasan ibu bapa, anak-anak akan akur dengan arahan dan kehendak ibu bapa. Mereka
juga akan taat terhadap perintah ibu bapa mereka. Namun begitu, remaja tidak boleh dididik dengan
cara yang tegas. Ibu bapa perlu mendidik merekabagai menatang minyak yang penuh. Dengan
perkataan lain, mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang, tetapi jangan sampai mereka
memijak kepala ibu bapa pula. Dalam kelembutan, sertakan sedikit ketegasan yang membuat
mereka hormat kepada ibu bapa. Dengan cara ini, ibu bapa mudah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti
anak mereka di luar. Perkara ini dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti
pembuangan bayi.
Konklusinya, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
untuk menangani kes pembuangan bayi ini. Selain ibu bapa, pihak lain juga mestilah menggembleng
tenaga bagi menangani fenomena ini. Dengan cara ini, kes pembuangan bayi dapat diatasi dengan
efektif kerana semua pihak terlibat dalam usaha untuk membendungnya. Remaja pula merupakan
golongan yang sangat berharga untuk masa depan negara pada masa akan datang. Oleh itu, didikan
yang baik perlu diberikan kepada mereka sejak kecil lagi kerana mereka ibarat kain putih, dan ibu
bapalah yang mencorakkannya. Hal ini juga bersesuaian dengan peribahasa Melayu, Melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Keruntuhan Akhlak Remaja --------------------- PS.IT IS (MUDA-MUDI)
Zaman ini, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja semakin bertambah. Di dada akhbar, saban
hari pelbagai masalah yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak diberitakan. Antaranya termasuklah
kes buli, gangsterisme, dan vandalisme. Justeru, tidak hairanlah keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja kini semakin membimbangkan.

Banyak faktor yang mendorong kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Namun begitu,
punca utama ialah kegagalan remaja itu sendiri mengawal diri dalam mengharungi kehidupan yang
penuh dengan cabaran. Mereka hendak mencuba perkara baharu tanpa memikirkan kesannya.
Mereka terlalu ghairah menunjukkan kehebatan diri sehingga mendorong golongan remaja terlibat
dalam gejala merokok, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme.

Selain itu, golongan remaja agak mudah dipengaruhi oleh kawan sebaya. Mereka akan terburu-buru
menurut ajakan dan suruhan kawan sebaya, apatah lagi jika remaja berkenaan bergaul dalam
kumpulan remaja yang bersikap negatif dan bermasalah dalam kehidupan sehari-hari.

Seterusnya, remaja juga agak mudah terpangaruh oleh paparan negatif dalam media massa. Pada
masa yang sama juga, kemudahan Internet, yakni dunia tanpa sempadan turut menawarkan cukup
banyak laman negatif yang mudah dilayari oleh remaja. Laman-laman inilah jika tidak dikawal selia
akan mempengaruhi jiwa raga remaja pada hari ini.
Keluarga yang porak-peranda turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
kini. Ibu bapa remaja kurang menunjukkan teladan yang dapat dijadikan ikutan atau contoh yang
baik. Sebaliknya, sesetengah ibu bapa kurang mengambil tahu masalah anak-anak mereka. Justeru,
anak remaja yang terbiar tanpa bimbingan dan kasih sayang yang sepatutnya mula mencari jalan
keluar dan bergaul dengan anasir-anasir negatif di luar rumah. Mereka mula bergentayangan di
pusat beli-belah, kafe-kafe siber dan menjadi ahli samseng jalanan.


Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan
segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta
segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang
kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari ini merupakan
umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.


Masalah disiplin pelajar
Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku
dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era
globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan
keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian
ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-
jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.
Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula
dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah
mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar
yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap
rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban
untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya,
rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan
drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi
faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah
disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada
pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak
sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar
semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah
disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah
ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di
pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka.
Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka
dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah
tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita
disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu
bertegas dan berpijak di bumi nyata.
Hari kebesaran Negara

Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan
kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu
disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk
menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau
perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari
tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa
hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.

Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik
atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan
merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri.
Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari
kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam
sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara
langsung.

Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan
kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama
dan berganding bahudengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua
kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan
terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan
disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang
jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta
perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup
berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang
lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita
akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.

Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat
negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui
media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut.
Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita
pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan,
sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun

Aktiviti bersama keluarga

.....Mayapada, hubungan kekeluargaan dilihat semakin renggang. Buktinya, pelbagai masalah sosial
wujud dan dikatakan berpunca daripada kepincangan dalam hubungan kekeluargaan. Masalah
komunikasi dan kurangnya kasih sayang menjadi faktor dominan kepada perlakuan di luar batas oleh
remaja marcapada. Oleh itu, pelbagai aktiviti bersama perlu dijadikan amalan oleh setiap keluarga
bagi memastikan hubungan kekeluargaan menjadi lebih intim.

.....Antaranya adalah dengan makan bersama-sama. Semasa penyediaan makanan, anak-anak boleh
membantu ibu bapa selain mengurangkan jumlah masa makan di luar seperti di restoran makanan
segera. Misalnya, anak-anak perempuan membantu ibu di dapur, sementara anak-anak lelaki
menolong bapa mempersiapkan keperluan di meja makan. Dengan cara ini, ibu bapa dapat
memupuk perasaan saling bergantung antara satu sama lain, sandar-menyandar bagai aur dengan
tebing. Amalan ini juga membolehkan hubungan anak-anak dan ibu bapa menjadi bagai isi dengan
kuku.

.....Selain itu, ibu bapa boleh pergi bercuti ke lokasi menarik ketika cuti sekolah. Selain
memanfaatkan masa senggang dan mengelakkan anak-anak daripada melakukan kebejatan moral
seperti melepak, vandalisme dan gengsterisme, percutian dalam mengurangkan kadar stres anak-
anak di sekolah dan ibu bapa di pejabat. Sepanjang percutian, buatlah aktiviti sekeluarga yang
menarik seperti berkelah, bermandi-manda di pantai, mendaki gunung, berfoto, menyelam di laut
dan sebagainya, Melalui cara ini, anak-anak akan lebih rasa dihargai kerana kehadiran mereka
disedari dan mempunyai fungsi dalam membahagiakan ibu bapa.

.....Malahan, ibu bapa perlu menemani anak-anak belajar dan mengulang kaji pelajaran. Walaupun
sudah penat bergelut dengan kerja dan masalah di pejabat, ibu bapa harus meluangkan masa bagi
tujuan ini. Anak-anak yang tidak faham sudah tentu akan mahu mencari rujukan. Bagi abang dan
kakak yang mempunyai ilmu, maka boleh membantu adik-adik bagi menyiapkan tugasan. Apabila
perkara ini berlaku, sudah tentu ibu bapa berjaya menzahirkan teladan yang baik terhadap
keprihatinan dan keperluan anak-anak. Kajian menunjukkan ibu bapa yang menemani anak-anak
belajar menunjukkan tahap motivasi untuk mereka belajar dengan tekun lebih tinggi.
.....Bukan itu sahaja, ibu bapa boleh meluangkan masa bagimenyelesaikan masalah anak-anak.
Tidak dapat dinafikan, zaman remaja merupakan era penuh konflik bagi diri mereka, sama ada
konflik dalam atau konflik luaran. Semua orang menyakini bahawa sifat ibu bapa ibarat sekilas ikan
di air, sudah tahu jantan betinanya. Perubahan dalam diri anak-anak perlu usah dipandang enteng.
Untuk itu, ibu bapa perlu memiliki kemahiran komunikasi dan pendekatan psikologi dalam
memastikan anak-anak tidak takut dan malu untuk berkongsi masalah. Dengan cara ini, hubungan
anak dan ibu bapa semakin erat kerana kepercayaa anak terhadap kemampuan ibu bapa dalam
menyelesaikan masalah mereka.
.....Sesungguhnya, kebahagiaan sebuah keluarga terletak pada kebijaksanaan nakhodanya, iaitu
ayah. Seandainya nakhoda ini sering bertelagah dengan anak-anak kapal, maka sukar untuk sampai
ke destinasi utama, iaitu pantai keluarga sakinah. Dengan wujudnya hubungan yang erat antara ahli
keluarga, maka anak-anak akan lebih kurang untuk keluar rumah dan bercampur dengan kawan-
kawan yang nakal. Kesannya, masalah sosial pasti tidak akan menjadi duri dalam daging bagi
keluarga yang bahagia.


kemerdekaan negara.