Anda di halaman 1dari 3

Jenis program pembangunan kerjaya : INSET (Pendidikan Dalam Perkhidmatan untuk Guru

Inservice Education for Teachers



Aktiviti pembangunan kerjaya melibatkan kerjasama antara guru-guru dan kakitangan sokongan
dengan pihak pendidikan guru.

Kerjasama ini digariskan sebagai aktiviti terancang di luar dan di dalam sekolah, bertujuan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, membaiki sikap dan prestasi kerjaya semua
kakitangan sekolah.

INSET termasuk dalam pelbagai program membangunkan kerjaya yang berterusan serta peluang
latihan perguruan.

Terdapat pelabagai bentuk program yang boleh dipertimbangkan dalam membangunkan
kerjaya

pembangunan Pengamal Pendidikan
Pendidikan Profesional
Latihan Profesional
Khidmat sokongan profesional

Pembangunan Pengamal Pendidikan

-Meningkatkan kecekapan guru sebagai asas membangunkan diri, sekolah, induksi, khidmat
nasihat, pemerhatian, gambaran awal tugas dan teknik mengajar secara berkumpulan.

Pendidikan Profesional

-Mengadakan bidang kursus di institusi pengajian tinggi dengan memberi tumpuan kepada
kaitan antara teori pendidikan dengan praktikalnya. Kursus ini mesti membawa kepada
kelayakan profesional yang diakui pada peringkat tertinggi.

Latihan profesional
-persidangan, kursus dan bengkel untuk guru yang menekankan realiti tugas guru di sekolah dan
kemahiran yang diperlukan yang dikendalikan oleh LEA, pakar penasihat ataupun jurulatih dari
pusat pengajian tinggi.

Khidmat sokongan profesional
- Membantu kerjaya guru- tugas pihak pengurusan dan tenaga sokongannya bagi memenuhi
syarat dalam kontrak perkhidmatan mereka.

RANGKA KEPERLUAN INSET YANG DIPERLUKAN UNTUK GURU BERKAITAN DENGAN PERINGKAT
UMUM YANG TERDAPAT DALAM KERJAYA MEREKA

INDUKSI tahun pertama mengajar, sokongan semasa percubaan

PENGUKUHAN- empat hingga enam tahun, ditambah dengan pengetahuan profesional dan
perkembangan kemahiran memalai kursus jangka pendek.

ORIENTASI- lima hingga lapan tahun, refleksi, mengembalikan semula pinjaman saru penggal ke
pusat pengajian lanjutan yang berkemungkinan mengarah kepada pertukaran arah kerjaya

SEMINAR LANJUTAN- lima hingga dua belas tahun, pengajian separuh masa dirancang bagi
mengembangkan kepakaran khas dalam arah baru kerjaya dan kajian umum yang lebih luas dan
strategik berkenaan kurikulum.

PENGAJIAN LANJUTAN PADA PERINGKAT PERTENGAHAN KERJAYA - 12 hingga 15 tahun dengan
beberapa orang guru mengikuti latihan kepimpinan dan pengurusan secara pinjaman daripada
suatu penggal ke suatu tahun sebagai persediaan untuk pengurusan pertengahan.

PENGURUSAN KANAN ATAU PENYEGARAN

Anda mungkin juga menyukai