Anda di halaman 1dari 57

DEFINISI

KANDUNGAN (ELEMEN)
-MATERIAL
-BUKAN MATERIAL
CIRI-CIRI BUDAYA
KONSEP ASIMILASI
KONSEP AKULTERASI & AKOMODASI
DEFINISI SECARA UMUM
Kebudayaan adalah satu cara hidup
yang dikembangkan oleh sesuatu
masyarakat untuk memenuhi keperluan
asasinya untuk terus hidup, meneruskan
zuriatnya dan mengatur pengalaman
sosialnya.

Menurut definisi sosiologi, kebudayaan
ialah cara hidup yang menjadi
kepunyaan bersama.


Kebudayaan biasanya
dikatakan sebagai
benda-benda seperti
lukisan, kesusasteraan,
muzik dan falsafah.

Kebudayaan bukan
sahaja merupakan
perkara yang seni dalam
hidup, tetapi juga apa
sahaja yang terdapat di
persekitaran manusia
yang dibuat oleh
manusia.
DARI SUDUT ETIMOLOGI
Perkataan budaya berasal dari akar
kata yang tersusun daripada dua
perkataan yang terpisah iaitu budi dan
daya.
Kalimah budi bererti cahaya atau sinar
yang terletak di dalam batin manusia.
Perkataan daya bertalian dengan
upaya iaitu usaha, keaktifan manusia
melaksanakan dengan anggotanya apa
yang digerakkan oleh budinya.
DARI PANDANGAN
INGGERIS
Istilah culture berasal dari perkataan Latin
colere yang bermaksud menyedia dan
mengerjakan tanah atau menanam.

Orang Eropah memilih perkataan culture
untuk menggambarkan pemikiran mereka di
mana salah satu dari maknanya adalah
berhubungan dengan kehidupan mereka yang
sangat rapat dengan aktiviti pertanian
(agriculture) pada masa tersebut. Justeru,
sesiapa menyebut cultivated person merujuk
seseorang yang mempunyai culture.
DARI PANDANGAN BAHASA
ARAB
Istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan al-
thaqafah.

Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami
dan kecerdikan.

Dalam kamus leksikon Lisan al-Arab karangan Ibn
Manzur, dinyatakan thaqafa al-syay tsaqfan wa
thiqafan wa thuqufatan ertinya memahami secara
mendalam, rajul thaqfun wa thaqifun wa thaqufun
ertinya, seorang lelaki yang cerdik dan cepat
mengerti.
KESIMPULAN DEFINISI
BUDAYA
Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang
berasal dari budi dan daya serta bahasa
Arab al-thaqafah lebih menghampiri falsafah
kebudayaan yang berhubung-kait dengan
penjelmaan akal manusia.

Begitu juga dalam penggunaan bahasa
Inggerisnya, culture yang merujuk kepada
hubung-kaitnya dengan aktiviti pertanian.
Kemajuan dalam sektor pertanian pada zaman
Renaisance menjadi titik tolak penggunaan
istilah culture.
Istilah kebudayaan merujuk dua proses
utama, iaitu internal dan eksternal.

Proses internal (dalaman) bersumberkan
budi ataupun kecerdikan akal yang
menjana proses eksternal yang berasaskan
daya ataupun tenaga manusia sebagai
momentum dalam mengatur urusan hidupan
harian bermasyarakat.
KANDUNGAN (ELEMEN)
BUDAYA MATERIAL
Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya.
Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang
Inggeris atau orang Eskimo.
BUDAYA BUKAN MATERIAL
kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza
dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang
mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh
pihak perempuan kepada pihak lelaki

Rumah Orang Bidayuh
Rumah di Polandia
Rumah Orang Melayu
Rumah berbentuk buah
CIRI-CIRI BUDAYA
Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan
hari ini adalah lanjutan daripada budaya
terdahulu.

Peristiwa yang telah berlaku akan memberi
kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi
juga membawa maksud bersambung. Teknologi
yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi
awal manusia masa lampau
Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
dipelajari

Bentuk dan jenis pembelajaran anggota
masyarakat bergantung kepada beberapa faktor
iaitu:
i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,
sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah
masyarakat itu.
iii. Umur seseorang.
iv. Tahap pendidikan
v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Perkongsian
Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap
perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
manusia.

Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana
masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah
kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh
mereka dalam kehidupan seharian.

Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan
manusia tidak termasuk dalam budaya seperti
perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam
masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.

Kesejagatan
Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam
semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang
tidak memiliki kebudayaan.

budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat
kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat
dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa.
v. kesenian.
vi. sistem pengetahuan.
vii.agama dan kepercayaan.

Berubah

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami
perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri
dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah
digantikan dengan rumah beratap rumbia.

Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti
perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis.
Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.
Perlambangan
Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam
budaya yang memberikan makna tertentu kepada
pendukungnya seperti bendera, warna, logo,
lambaian tangan dan sebagainya.

Perlambangan yang wujud turut membantu
manusia berhubung dan berkomunikasi sesama
mereka seperti isyarat memanggil.
Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.

Pandangan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.

Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam
kehidupan seharian seperti simpulan bahasa
(seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta,
sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan
sebagainya.
AKOMODASI
AKULTURASI
ASIMILASI
Sedar perbezaan budaya.
Pertahan budaya sendiri dan
hidup dengan harmoni
A + B + C = A + B + C
Minoriti menerima budaya majoriti,
tanpa ubah budaya asal.
Berlaku proses pinjaman
tali leher, angpow, makanan, hiburan
A + B + C = Ai + Bi + Ci
Minoriti terima budaya dominan
Contoh : masyarakat Jawa,
masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya
A + B + C = A
RUJUKAN
http://id.wikipedia.org/wiki/Budaya
http://hubungan-
etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-
budaya.html
http://www.academia.edu/People/kuliah_
1_konsep_budaya_kajian_perbandingan
_Dr._Mohd_Anuar_Ramli_
http://www.scribd.com/doc/46263929/Ba
b-2-Konsep-Asas
KONSEP MASYARAKAT
BAB 3
Definisi
Perkembangan Masyarakat
DEFINISI MASYARAKAT
Menurut Kamus Dewan edisi
keempat : Masyarakat
didefinisikan sebagai kumpulan
manusia yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan aturan
dan cara tertentu.
Manakala sudut istilah pula
menerangkan bahawa,
masyarakat merupakan jaringan
perhubungan antara pelbagai
individu yang merujuk kepada
pergaulan hidup dan keseluruhan
hubungan sosial.
Bangsa pula ialah jenis manusia
daripada satu asal keturunan atau
kumpulan manusia dalam satu
ikatan ketatanegaraan.
Masyarakat juga menggambarkan
rakyat sesebuah negara.
KONSEP MASYARAKAT
Koentjaraningrat
Masyarakat merupakan
kelompok terbesar
daripada kalangan
manusia yang
mengamalkan cara hidup
yang mereka terima
sebagai suatu kebudayaan.
Memberatkan kebudayaan
di dalam pembentukan
masyarakat.
Linton
Masyarakat ialah
kelompok manusia yang
hidup bersama serta saling
bekerjasama di dalam
tempoh yang lama.
Menjurus kepada
kehidupan dan kerjasama
yang berlangsung di dalam
tempoh yang sangat lama.
PERKEMBANGAN MASYARAKAT
Evolusi sosial merupakan
satu teori perubahan sosial
yang mengandaikan
bahawa masyarakat
berkembang melalui tahap-
tahap tertentu, yakni
daripada bentuk yang
mudah kepada bentuk yang
lebih kompleks.
TAHAP PERKEMBANGAN MASYARAKAT
Zaman
Prasejarah
Zaman
Sejarah
Zaman
Feudal
Zaman
Penjajahan
Zaman
Moden
Zaman Prasejarah di Asia Tenggara
Zaman Paleolitik
Masyarakat kaum nomad.
Memungut hasil hutan,
memburu binatang &
menangkap ikan.
Menggunakan peralatan
dibuat daripada kayu, batu
& tulang.
Kepercayaan Animisme.
Zaman Neolitik
Binatang tertentu
ditangkap, dijinakkan &
diternak untuk menjamin
bahan makanan tidak
putus.
Manusia hidup secara
berkelompok, membentuk
institusi kekeluargaan &
membentuk kampung.
Membentuk institusi
politik.
Mempercayai kuasa ghaib,
tuhan & semangat.
Zaman Logam
Manusia menghasilkan
peralatan daripada besi &
gangsa.
Memulakan perdagangan
maritim & penerokaan laut.
Membina kota pertahanan
untuk kerajaan.
Menghasilkan sistem
tulisan.
Zaman Sejarah
Pemerintahan beraja yang dimulakan pada akhir
zaman logam menjadi ciri utama tamadun awal
manusia.
Raja menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya
sebagai wakil tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan
majoriti sebagai ketua pemerintah.
Pengiktirafan itu membolehkan seseorang raja
menjalankan pemerintahan dan mewujudkan sistem
perundangan untuk memastikan ketertiban serta
memiliki tentera untuk menjaga keamanan.
ZAMAN FEUDAL
Masyarakat Melayu berada di bawah naungan
feudalisme dan menikmati zaman gemilangnya pada
abad ke-14 Masihi.
Feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik & sosial
yang mempunyai kelas atau susun lapis tertentu iaitu
mengikut susun lapis hierarki.
Di Malaysia, zaman feudalisme dapat dilihat pada
zaman pemerintahan raja atau sultan iaitu zaman
sebelum campur tangan penjajah di Tanah Melayu.
Penulisan sejarah pada zaman feudal adalah
berdasarkan kesusasteraan yang mengandungi unsur
mitos.
Zaman Penjajahan
Kejatuhan Empayar Melaka kepada
Portugis pada tahun 1511 menandakan
bermulanya zaman penjajahan.
Selepas Portugis, dikuasai Belanda,
Inggeris dan kemudiannya Jepun semasa
Perang Dunia Kedua.
Selepas perang, Inggeris kembali menjajah
sehinggalah Persekutuan TM mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perubahan Institusi Sosial Akibat
Zaman Penjajahan
POLITIK EKONOMI AGAMA
POLITIK > Undang-
undang
Undang-undang
barat menghapuskan
kuasa golongan
bangsawan.
Meletakkan orang
Melayu di dalam
keadaan terhimpit di
desa.
Undang-undang berhubung
tanah mewajibkan pembelian &
penjualan serta pembayaran
cukai dengan menggunakan
mata wang barat, bukan lagi
mata wang tradisional.
EKONOMI -> Sistem mata
wang
Orang Melayu terpaksa
bergantung pada orang
tengah untuk
meminjam wang bagi
melunaskan cukai.
Terpaksa menjual
tanah apabila tidak
berupaya membayar
hutang.
AGAMA -> Kepercayaan
Masyarakat Melayu
dikuasai oleh
fahaman animisme.
Golongan bangsawan
tenggelam di dalam
doktrin Hindu demi
status.
Kemasukan Islam
mengubah mitologi dan
fantasi berkenaan serta
menggantikannya
dengan pemikiran
intelek.
Kesan Zaman Penjajahan Terhadap
Masyarakat Melayu
Penjajahan barat menyebabkan orang Melayu pasif
terhadap aspek kebendaan & aspek kerohanian
menjadi dominan di dalam pemikiran orang
Melayu.
Kepasifan ini menambah kemiskinan mereka &
menyebabkan mereka jauh ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum yang dulunya hanya
imigran.
Kemuncaknya ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969.
ZAMAN MODEN
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
berjaya mengubah senario
kehidupan orang Melayu.
Pemikiran yang berpaksikan
kebendaan telah
menyebabkan berlaku
ketidakseimbangan di
dalam budaya mereka.
Aspek kerohanian semakin
diketepikan.
Unsur sinkritisme seperti
kepercayaan kepada tahyul
dsb semakin berkembang.
Situasi itu, memunculkan
pelbagai masalah sosial
yang menggugat kestabilan
& kesejahteraan hidup
orang Melayu.
Masyarakat Melayu Kini
Kini seluruh dunia dihujani
pemikiran
pascamodenisme yang
semakin mengacaukan.
Masyarakat Melayu tidak
mampu meminggirkan diri
daripada menerima kesan
yang bertentangan
dengan budaya mereka.
Kebebasan penafsiran
yang melampaui batas di
dalam pemikiran
pascamodernisme boleh
meruntuhkan cara hidup
orang Melayu.
Bagi memulihkan
keadaan dan
menghadapi cabaran
modernisme dan
pascamodernisme
orang Melayu perlu
kembali kepada ajaran
Agama Islam.
Mereka wajib
menghumban unsur
sinkritisme yang
mengancam akidah
keislaman mereka.
maisarah zukhe
Siapa yang dikatakan sebagai masyarakat Melayu atau bangsa
Melayu? Tidak ada definisi tepat yang dapat menjelaskan
siapakah yang tergolong dalam bangsa Melayu. Namun,
beberapa orang tokoh telah mengeluarkan buah fikiran mereka
tentang isu bangsa Melayu ini.
maisarah zukhe
Ariffin
Omar
Pada masa kebangkitan semangat
kebangsaan Melayu pada awal abad ke-20
Masihi yang lalu, orang Melayu menganggap
diri mereka sebagai orang Melayu tulen.
Mereka menolak golongan peranakan sama
ada peranakan India atau Arab sebagai
bangsa Melayu.
Malah, terdapat beberapa golongan yang
mempersoal adakah golongan peranakan itu
merupakan pemimpin Melayu.
maisarah zukhe
Lah
Husny
Yang dimaksud dengan suku Melayu itu
ialah golongan bangsa yang menyatakan
dirinya dalam pembauran antara suku
bangsa
serta memakai adat resam dan bahasa
Melayu
secara sedar dan berlanjutan.
maisarah zukhe
J.
Crawford
Orang Melayu menghuni separuh daripada Pulau
Sumatera, termasuk seluruh pantai timur dan
sebahagian pantai barat pulau itu.
Mereka juga menghuni di sekitar Pulau Borneo
(Kalimantan) dan merupakan seluruh penduduk
Semenanjung Tanah Melayu kecualiorang aslinya.
Beliau juga menyatakan bahawa dalam kumpulan bangsa
Melayu itu terdapat ramai yang bukan daripada
keturunan Melayu tulen.
Tetapi telah menerima pakai bahasa, adat resan dan
agama Melayu.
Akhirnya, golongan ini tidaklagi dapat dibezakan dengan
golongan Melayu sebenar.
Pendapat Crawford adalah satu pendapat yang agak
tepat.
maisarah zukhe
Namun, pengertian bangsa Melayu itu
adalah lebih luas. Perkataan bangsa itu
lebih membawa pengertian ras (ras
Melayu). Ras Melayu ini merangkumi
seluruh kelompok manusia daripada
ras Melayu-Polinesia.
maisarah zukhe
Melalui etimologi, perkataan Melayu ditakrifkan dalam
pelbagai pengertian.
Pendapat
Tokoh
Werndly
Van Der Tuuk
Hollander
Harun
Aminurrasyid
Omar Husin
I-Tsing
Aspek
undang-
undang
maisarah zukhe
W
e
r
n
d
l
y

Berasal daripada perkataan Melaju.
Berasal dari kata dasar laju yang diertikan
sebagai cepat,deras dan tangkas.
Oleh itu,dari sebutan tersebut membawa
maksud bahawa orang Melayu bersifat
tangkas dan cerdas.
Segala tindak tanduk mereka cepat.
maisarah zukhe
V
a
n

D
e
r

T
u
u
k

Perkataan melayu bermaksud
penyeberang.

Orang Melayu menyeberang atau
menukar agamanya daripada
Hindu-Budhha kepada Islam
maisarah zukhe
H
o
l
l
a
n
d
e
r

Mentakrifkan perkataan melayu hampir
sama dengan pengembara.
.
Kenyataan ini menyatakan bahawa
orang Melayu suka mengembara atau
menjelajah dari satu tempat ke tempat
lain.
maisarah zukhe
H
a
r
u
n

A
m
i
n
u
r
r
a
s
y
i
d

Berasal dari istilah Sanskrit,Malaya
atau daripada perkataan Tamil-
Malai, bukit atau tanah tinggi.
Manakala orang Portugis menyebut
perkataan Melayu dengan perkataan
Malayu.
maisarah zukhe
O
m
a
r

H
u
s
i
n

Perkataan Melayu berasal dari 1 daerah di negeri Parsia yang
bernama Mahaluyah.
Penduduk Mahaluyah telah mengembara ke Asia Tenggara
lalu menetap di Sumatera dan di Kepulauan sekitarnya.
Suku ini lah yang membawa pengaruh kebudayaan Parsia di
daerah ini.
Kini pengaruh itu dapat dilihat dalam kesusasteraan Melayu.
Beliau turut menyatakan perkataan Melayu mungkin juga
berasal dari nama guru-guru yang bergelar Mulaya.
Guru-guru ini dikatakan memainkan peranan menyuburkan
kebudayaan Melayu.
maisarah zukhe
I
-
T
s
i
n
g

Perkataan Melayu sebagai istilah yang
digunakan pada nama suku-suku yang
tersebar di daerah-daerah Tanah Melayu
dan Sumatera.
Perkataan sebenar-Mo-lo-yeu atau Mo-
lo-you.
Istilah Melayu ini kemudiannya lebih
terkenal apabila kerajaan Melayu di
Sumatera berjaya menguasai kerajaan
Srivijaya pada abad 13 Masihi.
maisarah zukhe
Daripada aspek undang-undang,perkataan Melayu meliputi
penduduk Malaysia, seperti yang ditakrifkan oleh
Perlembagaan Malaysia: Fasal 160.

..seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap
bahasa Melayu dan menuruti adat istiadat Melayu. Mereka:



Lahir sebelum Hari merdeka di Persekutuan
atau Singapura atau ibu bapanya lahir di
Persekutuan atau di Singapura atau pada
Hari Merdeka ini adalah berdomsil di
Persekutuan atau di Singapura.
Ia adalah keturunan salah seorang
tersebut.
maisarah zukhe
Pengenalan
Untuk mengetahui asal
usul Bahasa Melayu kita
perlu mengetahui asal-
usul penutur aslinya
terlebih dahulu, iaitu
orang Melayu.
Asal-usul bangsa
Melayu sehingga
kini masih kabur.
Beberapa sarjana Eropah
seperti Hendrik Kern (Belanda)
dan Robert von Heine Geldern
(Austria) telah melakukan
penyelidikan secara kasar latar
belakang dan pergerakan
masyarakat Melayu kuno.
Teori mereka
menyatakan bahawa
bangsa Melayu berasal
daripada
kelompokAustronesia,
iaitu kelompok manusia
yang berasal dari daerah
Yunan di China.
Kemudiannya berhijrah
dalam bentuk beberapa
gelombang pergerakan
manusia dan akhirnya
menduduki wilayah Asia
Tenggara.

maisarah zukhe
Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di
tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan
untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara
sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori
mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu
berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa
Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu
ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang
minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu
bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan
Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi
pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

maisarah zukhe
Teori ini disokong oleh
beberapa sarjana
R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R
Foster,J.R Logen,Slametmuljana
dan juga Asmah Haji Omar.
Alasan-alasan yang menyokong :
Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua
di Asia Tengah di Kepulauan Melayu .
Perkara ini menunjukkan adanya migrasi
penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan
Melayu;
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada
suku Naga di daerah Assam (berhampiran
dengan sempadan India dengan
Myanmar);
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan
bahasa di kemboja. Lebih lanjut
lagi,penduduk di Kemboja mungkin
berasal dari dataran Yunnan dengan
menyusuri sungai Mekong.perhubungan
bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja
sekaligus menandakan pertaliannya
dengan dataran Yunnan.
maisarah zukhe
Asal usul
bangsa
Melayu
Teori
Yunan
Orang Negrito
Melayu Proto
Melayu Deutro
Teori
Nusantara
Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa
mempunyai tamadun yang tinggi.
Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa
Champa.
Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo
Wajakensis terdapat di pulau jawa.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia )
mempunyai perbezaan.
maisarah zukhe
Orang Negrito
merupakan penduduk paling
awal di Kepulauan Melayu
berasal daripada golongan
Austronesia di
Yunnanmereka dikatakan
berada di sini sejak 1000 SM
berdasarkan penerokaan
arkeologi di Gua
Cha,Kelantan.
mempunyai ciri-ciri fizikal
berkulit gelap,berambut
kerinting,bermata
bundar,berhidung
lebar,berbibir penuh,serta
saiz badan yang pendek.
keturunannya orang Asli di
semenanjung
Malaysia,Dayak di Sarawak
dan Batak di Sumatera.

Melayu Proto
orang melayu ini berasal
dari Asia Tengah.
perpindahan tersebut (yang
pertama) diperkirakan pada
tahun 2500 SM.
peradaban orang melayu-
proto ini lebih maju sedikit
daripada orang Negrito.
pandai membuat alat
bercucuk tanam,membuat
barang pecah belah, dan
alat perhiasan kehidupan
mereka berpindah
randah.zaman mereka ini
dinamai Neolitik atau Zaman
Batu Baru.

Melayu Deutro
perpindahan penduduk yang
kedua dari Asia yang
dikatakan dari daerah Yunan
diperkirakan berlaku pada
tahun 1500 SM.
mempunyai peradaban yang
lebih maju daripada melayu
proto.
mengenal kebudayaan
logam.mereka telah
menggunakan alat
perburuan dan pertanian
daripada besi.
Zaman mereka ini dinamai
Zaman Logam,mereka hidup
di tepi pantai dan menyebar
hampir di seluruh kepulauan
melayu ini.
Kedatangan orang melayu-
Deutro ini dengan
sendirinya telah
mengakibatkan perpindahan
orang melayu-proto ke
pendalaman sesuai dengan
cara hidup mereka yang
berpindah randah.

TEORI YUNAN
maisarah zukhe
Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi. Pada
abad ke 19,taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya
yang lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-
mana,tetapi berasa dan berkembang di Nusantara

K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa
Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya
Persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena
ambilan
Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di
pulau jawa. Penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan
adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia
kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun
bersendirian.

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang
ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )
maisarah zukhe
TEORI NUSANTARA
Kesimpulan
Secara kesimpulannya asal usul bangsa melayu ada
tiga kumpulan iaitu orang Negrito,Melayu Proto dan
Melayu Deutro, manakala terdapat dua teori iaitu
Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori
Yunnan) dan Bangsa Melayu Berasal daripada
Nusantara (Teori Nusantara).
TAMAT
Rujuk laman web :
http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2
011/12/asal-usul-bangsa-melayu.html maisarah zukhe

Anda mungkin juga menyukai