Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM : MENUJU PUNCAK Anjuran Bersama Kidzania Go, Kuala Lumpur.

Tarikh : 05 Ogos 2014


Masa : 10.30 hingga 1.05 tengahari
Hari : Selasa
Tempat : Dewan KEJORA, Taman Sri Lambak
Penganjur : Unit Kokurikulum SK Bandar T6 dan KidZania Go , Kuala Lumpur
Pengelola : Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Rakan Sebaya
RASIONAL :
Sebelum individu menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, mereka
terlebih dahulu mengenalpasti bidang yang mereka minati. Individu berkenaan
juga akan menggunakan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk
mengenalpasti bidang-bidang kerjaya yang ada. Mereka membentuk stereotaip
mengikut minat dan adalah baik jika mereka mendapat kerjaya yang sesuai
dengan streotaip tersebut. Ini adalah penting kerana jika menceburi bidang yang
tidak diminati, mereka tidak akan mencapai tahap kepuasan kerja. Ini
menyebabkan seseorang itu akan bertukar kerja sebelum menemui bidang yang
benar-benar diminatinya. Mereka yang memilih bidang berdasarkan minat
mereka akan mencapai kepuasan kerja dan ini akan menyebabkan mereka
bekerja dengan gigih dan bersemangat untuk meningkatkan mutu dan kualiti
kerjaya yang diceburi.

MATLAMAT : i.Bertujuan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan
kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa,
negara dan agama.
ii.Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para
peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mempunyai hala
tuju yang jelas dalam kehidupan ke arah mencapai matlamat diri dan
membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang
yang tinggi dalam mencapai cita-cita murni.

OBJEKTIF : i. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan
pelajaran dalam bidang yang diingini.
ii. Dapat mengenalpasti jenis personaliti dan kerjaya yang bersesuaian
dengan personalit yang dimiliki.
iii.Mendapatkan pendedahan awal tentang kerjaya-kerjaya yang terdapat
di Malaysia serta kelayakan untuk menceburi kerjaya berkenaan.
iv.Memberi pendedahan dan pendidikan kerjaya kepada para pelajar
mengenai peluang dan ruang kerjaya yang wujud di sekitar mereka.

SASARAN : 250 orang pelajar - Tahap 2

SUMBER TENAGA : i.Guru Penasihat Kelab dan Persatuan
ii.Pelajar Tahap 2

SUMBER KEWANGAN : Bantuan Kewangan Kokurikulum ( BKK )

PENYELIAAN : i. Guru Besar dan GPK Kokurikulum
DAN PEMANTAUAN ii. Penyelaras Kelab dan Persatuan


PENUTUP : Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan serta dapat memberi manfaat kepada semua murid-murid dan
guru. Diharap juga ianya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada proses
pendidikan di sekolah. . Program ini dapat membantu membangkitkan kesedaran
pelajar dan seterusnya memotivasikan mereka untuk lebih berusaha bersungguh-
sungguh bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR akan
datang.


PROGRAM MENUJU PUNCAK
ANJURAN BERSAMA
KIDZANIA GO, KUALA LUMPUR

SENARAI AHLI JAWATANKUASA DAN BIDANG TUGAS
Tarikh: 05 Ogos 2014
Tempat : SK Bandar T6
Penasihat: Tn. Hj Mohmad Johari bin Abd Rahman
Pengerusi: Pn Supiah binti Othman
Naib pengerusi: Pn Hjh. Habibah bt Mohamad (GPK 1)
En Atan bin Abd Rahman (GPK HEM)
BIL NAMA TUGAS / SENARAI TUGAS
1. Pn Siti Zarina bt Md Zahar PENYELARAS
-Menyusun aktiviti yang akan dijalankan pada
hari tersebut
-Mengatur perjalanan program dan keselarasan
aktiviti yang dijalankan.

2.

Pn Nasidah bt Nasaha

Pn Nor Abidah bt Kassim


PENGELOLA
-Memastikan aktiviti yang dirancang dapat
dijalankan dengan lancar.
-Memantau , mengenalpasti dan menangani
sebarang masalah yang timbul sepanjang
program dijalankan.

3. En Ahmad Taufik bin Mohamad
Rohani
SETIAUSAHA
-Membuat kertas kerja
- Urusan surat menyurat
-menyiapkan laporan

4. CikFarah Syazwani bt Ismail

Cik Siti Nurafiqah bt Sarman

BROSUR / PAMPLET
-Menyediakan brosur/pamphlet
-Mengedarkan kepada guru-guru


5. KAWALAN MURID
-Memastikan pelajar berkumpul di dewan
En Norazhari bin Ahmad
En Yasri bin Md Yasin
Pn Hjh Rozita bt Abdullah
Pn Hjh Nasimah bt Adima Ibrahim

terbuka SKBT6
-Memberi taklimat tentang laluan perjalanan dan
keselamatan sewaktu pergerakan.
-Mengawal disiplin pelajar semasa dalam
perjalanan , sewaktu aktiviti dijalankan dan
sebelum balik.

6. Pn Siti Hanifah bt Abd Samad
Pn Siti Fatimah bt Ibrahim
HADIAH DAN CENDERAHATI
-Menyediakan hadiah/cenderahati untuk pihak
KidZania Go.
-Memastikan hadiah/cenderahati disampaikan
sebelum bersurai.

7. Pn Letchumy a/p Arumugam JURUACARA
-Mengendalikan majlis penyampaian
hadiah/cenderahati

8. En Mohd Yusri bin Abd Rahman
En Azman bin Amsar
Tn Hj Toip bin Hj Noor
En Mohd Rofidi bin Ali
PA SISTEM / PERSIAPAN TEMPAT
-Menyediakan tempat yang bersesuaian untuk
menjalankan aktiviti.
-Memastikan peralatan mencukupi sebelum
berlangsungnya program.
-Memastikan PA Sistem disediakan dan dalam
keadaan yang baik.
-Memberi bantuan sekiranya menghadapi
masalah dalam penggunaan PA Sistem
sepanjang aktiviti dijalankan.

9. Pn Zaiton bt Tukiman
Pn Zaton @ Zaiton bt Shahar
Pn Hafizah bt Ariffin

MAKANAN DAN MINUMAN MURID
-Mengedarkan makanan dan minuman kepada
pelajar sebelum perjalanan ke Dewan KEJORA
10. Pn Rafidah bt Mohd Yunos
Pn Siti Zarina bt Md Zahar
Pn Normah bt Mangsur
LAPORAN DAN DOKUMENTASI
-Membuat laporan berdasarkan PK01/2 dan
PK01/3
-Membuat dokumentasi bergambar

11. Pn Raihannadiah bt Abd Kadir
Pn Norlesuhaila bt Samaon
JURUGAMBAR
-Merakamkan gambar sebelum , semasa dan
selepas program
-Menyerahkan gambar kepada AJK Laporan dan
Dokumentasi




TENTATIF PROGRAM

10.00 am : Pelajar berkumpul di Dewan Terbuka SKBT6
- Taklimat perjalanan, disiplin dan keselamatan
- Mengedarkan makanan dan minuman untuk pelajar
10.20 am : Tiba di Dewan KEJORA
- Taklimat oleh Pengurusan KidZania :
10.45 pm : Aktiviti Belajar Sambil Bermain Dijalankan
- Aktiviti Simulasi / Main Peranan
- Aktiviti Kuiz
- Aktiviti Permainan / Fun Games
12.30 : Majlis Penutupan
- Penyampaian cenderahati kepada pihak KidZania Go
- Penyampaian hadiah/cenderahati kepada peserta
1.05 : MAJLIS BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai