Anda di halaman 1dari 4

1. a) Bagaimanakah Parameswara mengasaskan Melaka?

Parameswara berusaha untuk membebaskan palembang daripada naungan


kerajaan Majapahit. Apabila gagal, Parameswara melarikan diri ke Temasik.
Temasik merupakan negeri di bawah naungan kerajaan Siam. Parameswara telah
menguasai Temasik. Tindakan Parameswara menimbulkan kemarahan Siam. Oleh
itu, Siam mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Walau bagaimanapun,
Parameswara bertindak melarikan diri ke Muar sebelum sempat Siam menyerang.
Di Muart, Parameswara masih berasa dirinya tidak selamat. Parameswara
meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya,
Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan dan dinamakan Melaka, iaitu
tempat Parameswara berlindung selepas menyaksikan anjing perburuannya
ditendang ke dalam sungai oleh pelanduk di tempat itu. Oleh itu, Parameswara
berasa tempat itu sesuai untuk mendirikan sebuah negara.

b) Negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat
menjalankan tanggungjawab dalam membina negara dan bangsa Malaysia
yang lebih cemerlang.

Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu
bangsa iaitu Bangsa Malaysia di kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang
muda, seperti kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru
diberi amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta
jati diri murid. Nilai kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan perlu
disemai di kalangan anak bangsa. Guru juga perlu berfungsi mewujudkan rakyat
berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.
Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat
antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah member
keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat satu
bangsa dan satu negara di kalangan pelajar. Guru dapat memainkan peranan dalam
beberapa cara seperti dinyatakan bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa.

Salah satu cara ialah dengan memperkasakan bahasa kebangsaan. Bahasa
Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum
dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar perlu diberi
kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.
Tanggungjawab guru untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada
generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati
dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia.

Guru juga boleh menjalankan rancangan integrasi murid-murid untuk
perpaduan. Guru-guru dan pelajar pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti
yang ditentukan seperti RIMUP. Selain menggalakkan sekolah-sekolah tiga jenis
aliran berinteraksi dan menjalin kefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur
dan muhibah di antara mereka, murid-murid dari ketiga-tiga buah sekolah juga dapat
berkumpul di bawah satu bumbung yang sama dan menjalankan pelbagai aktiviti
bersama. Contohnya, merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan,
sambutan hari kebangsaan, gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan
sekitar sekolah. Pertemuan dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang
dirancang akan menyemai perpaduan di antara pelajar. Kekerapan mereka bersama
akan mengeratkan perhubungan antara ketiga-tiga kaum walaupun mereka
bersekolah di sekolah berasingan.

Selain itu, peperiksaan yang seragam boleh dijalankan. Rancangan kerajaan
untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya
sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah
terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang
sama. Walau di mana mereka berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-
guru akan mengajar sukatan yang sama untuk pelajar-pelajarnya.
2. a) Namakan tokoh yang mencadangkan idea awal ke arah pembentukan
Persekutuan Malaysia.
-Lord Brassey
-Sir Malcom MacDonald
-Dato Onn Jaafar
-Tunku Abdul Rahman

b) Terangkan Tiga Faktor Pembentukan Malaysia
Faktor ekonomi
-Pasaran yang luas
-Galakkan pelaburan asing
-Perkembangan indudtri pertanian
-Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
-Memanfaatkan sumber antara negeri
-Bijih timah (Tanah Melayu)/Sarawak/Sabah ( Kayu Balak)

Faktor Sosial
- Mengimbangi pertumbuhan kaum
-Mempercepatkan kemderkaan Sabah/Sarawak/Singapura
-Memajukan negeri-negeri anggota
-Selari dengan dasar dekolonisasi British
-Semangat setiakawan negara anggota

Faktor politik
-Kebangkitan pengaruh Parti Barisan Sosialis di Singapura
-Ancaman komunis
-Tanah Melayu berpengalaman menghadapi ancaman komunis
-Ancaman Komunis di Sarawak/ Clandestine Communist Organization(CCO)
-Benteng menghadapi ancaman komunis di Sabah dan Sarawak
-Menjamin kemerdekaan lebih awal Sabah,Sarawak,Singapura
-Mewujudkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara
-British ingin melindungi kepentingan mereka di Singapura

Anda mungkin juga menyukai