Anda di halaman 1dari 15

1

PENGENALAN BIG
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk
memenuhi syarat mendapat Ijazah Perguruan Malaysia. Program ini berada di bawah
komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP. Melalui penyertaan dan
penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup
bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru
dapat dipenuhi.

Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan
guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi
kerangka kepada pembentukan negara bangsa.

Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang
dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada
masyarakat.
Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-
pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu dalam diri
guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat
amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.



2

RASIONAL BIG
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang
mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai
dengan cabaran profesion perguruan masa kini. Dengan adanya program ini,
diharapkan guru-guru pelatih PISMP semester 2 dapat membina semangat juang yang
tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada
diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.
Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP semester 2 diharapkan dapat membina
keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan
keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk
mencapai citi-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan
seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.











3

OBJEKTIF BIG
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP diharapkan
dapat:
I. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
II. Menampilkan dan menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
III. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam
menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi
penambahbaikan secara berterusan.
IV. Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan
sekalipun.
V. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
VI. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan
mengorganisasi sesuatu program dengan baik.
VII. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal,
mental, emosi, rohani dan sosial.


4

LAPORAN BIG 3 (CERAMAH)
Pada 1 April 2014 yang lepas bersamaan dengn hari khamis yang lepas, satu
bengkel yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ceramah 1 Kesantunan Bahasa
dan ceramah 2 Pengucapan Awam. Bengkel ini dikendalikan oleh jawatankuasa yang
dilantik secara saksama oleh para peserta bengkel. Peserta-peserta bengkel ini pula
terdiri daripada para guru pelatih PISMP semester 3 IPG Kampus Darulaman manakala
jumlah peserta bengkel ini adalah seramai 191 orang. Tempat bengkel ini diadakan
adalah Dewan Ibn Khaldun. Tambahan itu, ahli jawatankuasa telah menjemput
pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu iaitu Tuan Haji Abdullah Bin Mat.
Bidang kepakaran beliau adalah Bidang Komunikasi dan Kebahasaan. Oleh yang
demikian bengkel ini merupakan kerjasama antara Unit Kokurikulum dengan Jabatan
Pengajian Melayu IPG Kampus Darulaman.
Bengkel ini bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari.
Bengkel ini berlangsung selama 4 jam. Bengkel dimulakan dengan kedatangan pelajar
pada pukul 7.45 pagi dan ketibaan penceramah. Sebelum memulakan bengkel,
nyanyian lagu Negaraku, lagu Negara Kedah, dan lagu IPDA. Selepas itu, doa
dibacakan oleh salah seorang peserta bengkel. Tanpa membuang masa lagi ceramah
pertama dimulakan iaitu Kesantunan berbahasa. Dalam slot ini, kami didedahkan
kepada gaya-gaya bahasa yang sesuai untuk digunakan dalam situasi-situasi tertentu.
Selain itu, penceramah juga telah berkongsi dengan kami tips-tips yang berguna
kepada bakal-bakal guru apabila sudah mula bertugas pada masa hadapan. Walaupun
bengkel ini sepatutnya dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ceramah 1 dan 2,
penceramah telah mengubahsuai bengkel dengan mencapurkan tajuk pertama dan
kedua dalam slot pertama. Manakala untuk slot kedua, para peserta dikehendaki untuk
mempersembahkan satu lakonan spontan yang bertajuk kesantunan berbahasa. Oleh
itu dalam slot 1 juga, penceramah telah berkongsi tentang cara-cara untuk
mengendalikan majlis-majlis rasmi, majlis di-Raja dan sebagainya. Tambahan itu,
penceramah juga telah menayangkan beberapa video pendek yang berkaitan dengan
kesantunan bahasa dan juga pengucapan awam. Penceramah juga tidak lupa untuk
5

berkongsi tips berguna tentang bagaimana hendak mengurangkan perasaan gemuruh
semasa berucap di hadapan.
Selepas rehat selama 30 minit, slot kedua pula diteruskan. Dalam slot ini kami
diberikan masa selama 10 minit untuk bersedia sebelum mempersembahkan lakonan
spontan tentang kesantunan berbahasa. Para peserta dikehendaki membuat
persembahan mengikut kelas masing-masing dan masa yang diperuntukan utnutk
mempersembahkan lakonan adalah selama 5 minit. Selepas persiapan selama 10
minit, tanpa membuang masa lagi persembahan dimulakan. Kebanyakan persembahan
yang dipersembahkan mempunyai unsur-unsur kecindan yang sangat menarik. Para
peserta tidak lekang tergelak dengan aksi-aksi lucu para pelakon. Nampaknya, para
guru-guru pelatih tidak lupa dengan kata-kata pujangga iaitu Guru juga merupakan
seorang pelakon dan murid-murid adalah penontonya. Memang tepat sekali kata-kata
pujangga ini kerana rata-rata guru pelatih yang mempersembahkan lakonan mereka
sangat berbakat. Penceramah dan mentor-mentor yang hadir turut terhibur dengan
persembahan setiap kumpulan.
Bengkel diakhiri dengan kata-kata nasihat daripada penceramah dan nyanyian
lagu Kami guru malaysia. Selepas itu, penyampaian cenderahati dijalankan. Tanpa
membuang masa lagi, majlis dibenarkan untuk bersurai.

6

LAPORAN BIG 3 (AKTIVITI KEMASYARAKATAN)
Pada 12 April 2014 bersamaan dengan hari sabtu satu aktiviti kemasyarakatan
telah dianjurkan oleh pihak IPG Kampus Darulaman pelajar PISMP semester 3 dengan
kerjasama penduduk Kampung Wang Besar Perlis. Pelajar PISMP yang terlibat
termasuklah 18 orang pelajar kumpulan TESL, 22 orang pelajar kumpulan Pemulihan 2
dan 28 orang pelajar Bimbingan 2. Oleh itu, seramai 66 orang pelajar IPDA telah
bekerjasama untuk menjayakan program ini. Sama seperti program Bina Insan Guru
(BIG) sebelum ini, para pelajar telah membentuk satu jawatankuasa untuk memastikan
program ini berjalan dengan lancar. Proses ini dilakukan dengan cara undian.
Beberapa buah kampung telah disenaraikan sebagai kampung yang akan
dilawati. Walubagaimanapun, kami telah bersetuju untuk memilih kampung Wang Besar
kerana kampung ini memang sudah biasa menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar
IPT mahupun pelawat-pelawat daripada luar. Di samping itu, kampung ini juga
merupakan salah satu kampung terbaik seluruh Malaysia. Hal ini terbukti apabila
kampung Wang Besar pernah didokumentarikan di televisyen. Maka, kampung ini
sememangnya mempunyai imej dan nama yang tersohor. Oleh yang demikian, kami
bertolak ke kampung Wang Besar dengan harapan yang tinggi.
2 bas IPDA telah digunakan untuk kegunaan pelajar yang terlibat dalam program
ini. Berdasarkan jadual, kami sepatutnya bertolak pada 7.45 pagi. Malangnya kami
bertolak agak lewat sedikit disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
Sebelum bertolak kami turut diberikan satu roti dan sebotol air sebagai pengalas perut.
Perjalanan ke kampung Wang Besar memakan masa selama kira-kira 2 jam. Setibanya
kami di kampung tersebut, sesetengah penduduk kampung telah mula membersihkan
kawasan depan masjid dengan menanam pokok. Seterusnya kami berkumpul di
hadapan masjid untuk sedikit kata alu-aluan daripada ketua kampung dan taklimat
pendek. Selepas itu, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut kelas masing-
masing untuk bergotong royong membersihakan 3 kawasan utama. Kawasan-kawasan
tersebut termasuklah kawasan masjid, klinik dan tepi jalan raya. Manakala, pelajar-
pelajar yang terlibat untuk menolong memasak diarahkan untuk bergerak ke tempat
memasak yang terletak agak jauh daripada kawasan gotong royong.
7

Memandangkan saya terlibat dengan aktiviti memasak, saya dan beberapa
orang yang lain bergerak ke tempat memasak. Dalam perjalanan ke tempat memasak,
saya menyedari bahawa setiap rumah mempunyai landskap yang berbeza-beza.
Pokok-pokok bunga telah ditanam dan dijaga rapi. Selain itu, setiap lorong juga
mempunyai papan tanda yang tertulis nama penduduk kampung. Di samping itu,
terdapat juga beberapa poster bertemakan satu Malaysia ataupun kemerdekaan serta
lukisan yang digantung di sepanjang jalan utama kampung tersebut. Tidak hairanlah
kampung ini dipilih sebagai kampung cemerlang, gemilang dan terbilang.
Setibanya kami di tempat memasak, beberapa penduduk kampung telah mula
membuat persiapan untuk memasak. Tanpa membuang masa kami mula menolong
mereka memotong sayur, daging dan sebagainya. Sepanjang memasak dengan
penduduk kampung Wang Besar, kami sempat mempelajari nama beberapa jenis
sayur, tips-tips untuk memasak dan sebagainya. Para penduduk kampung ini sangatlah
mesra melayan tetamu. Mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan kaletah mereka sangat
mencuit hati. Kami tidak berasa kekok ataupun segan sepanjang bersama dengan
mereka. Seusai memasak para pelajar yang terlibat dengan gotong-royong berkumpul
di kawasan dekat dengan tempat memasak. Selapas makanan dihidang dan doa
dibacakan kami mula makan. Penduduk kampung juga turut makan bersama-sama
dengan para pelajar. Semasa makan, penduduk kampung dan para pelajar sempat
berbual-bual sesama mereka.
Selepas makan, kami diberikan masa untuk berehat sehingga pukul 3. Para
pelajar muslim menunaikan solat manakala pelajar bukan muslim berkerjasama untuk
membersihakan tempat makan sebentar tadi. Kami membasuh pinggan, memungut
sampah dan sebagainya. Seterusnya, tepat pukul 3 petang kami diminta untuk bergerak
ke padang kampung untuk acara sukaneka. Acara sukaneka ini merupakan usahasama
daripada penduduk kampung dan para pelajar IPDA. Penduduk kampung Wang Besar
telah menyediakan pelbagai aktiviti yang sangat menarik dan meriah. Para peserta dan
penduduk kampung dibahagikan kepada 6 kumpulan. Antara acara-acara yang
dijalankan adalah lari dalam guni, kelek kasih, tolah kereta sorong dan banyak lagi.
Para peserta telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti
8

berlangsung. Walaubagaimanapun, tidak semua penduduk kampung melibatkan diri
dalam aktiviti sukaneka. Sebahagian besar daripada mereka hanya menonton dan
memberi sokongan. Namun, ramai kanak-kanak dan remaja-remaja kampung turut
serta dalam permainan yang desediakan. Permainan sukaneka diakhiri dengan acara
bergambar bersama kumpulan masing-masing.
Selepas itu, kami bergerak kembali ke tempat makan sebentar tadi untuk majlis
penutupan. Pengerusi program iaitu Luqman Nawi telah memberikan sepatah dua kata
ucapan terima kasih kepada penduduk kampung dan seterusnya diikuti dengan ucapan
panjang lebar penghulu kampung. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati
dan seterusnya seisi bersalaman antara pelajar dan penduduk kampung. Seusai sahaja
majlis penutupan, para peserta diminta untuk bergerak ke masjid untuk menunaikan
solat asar. Kemudian, para peserta menaiki bas untuk pulang ke IPDA.












9

REFLEKSI
Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana dengan
keizinanNya, saya mampu menghabiskan program BIG 3 untuk semester ke 3 ini
dengan jayanya. Seperti biasa program BIG ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
ceramah dan aktiviti kemasyarakatan. Pada kali ini ceramah yang dijalankan adalah
bertajuk kesantunan dalam pengucapan awam. Manakala untuk program
kemasyarakatan pula kami telah melawat kampung Wang Besar.
Sesungguhnya, terdapat pelbagai pengalaman baru yang telah saya pelajari
sepanjang menjalani BIG pada kali ini. Dalam aktiviti kemasyarakatan, saya telah
mempelajari beberapa jenis sayur yang saya tidak pernah lihat sebelum ini ataupun
memakannya. Selain itu, saya turut belajar pelbagai resipi baru seperti ayam goreng
rempah dan rendang belimbing serai. Tambahan itu, saya turut mempelajari bahawa
buah mangga mempunyai pelbagai nama dan jenis mahupun rasanya. Saya sangat
terharu dengan layanan yang diberikan oleh penduduk kampung semasa lawatan kami.
Mereka tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu ataupun tips-tips memasak dan
sebagainya malah mereka sangat suka untuk bercerita ataupun berkongsi ilmu. Saya
berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk menjadi AJK memasak. Di samping itu,
aktiviti kemasyarakatan ini juga telah membantu saya untuk memperlajari adat resam
serta budaya orang Melayu di negeri Perlis. Mungkin disebabkan saya telah bersekolah
di Kedah selama 3 tahun, bahasa orang utara sudah tidak kekok lagi dalam
pendengaran saya. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkataan yang
agak sukar untuk saya fahami. Lebih teruk lagi apabila penduduk kampung bercakap
terlalu laju. Namun, hati saya sangat tercuit melihat telatah dan celoteh penduduk
kampung Wang Besar.
Melalui aktiviti kemasyarakatan ini juga saya menjadi lebih rapat dengan para
pelajar daripada kelas lain. Bukan kerana sombong ataupun malu, tetapi disebabkan
hal-hal yang tidak dapat dielakkan seperti berlainan jurusan, berlainan jadual dan
sebagainya, saya kurang dapat peluang untuk bergaul dengan kawan-kawan daripada
kelas lain. Tambahan itu, saya boleh lihat ramai pelajar-pelajar yang sudah mula
menampakkan kematangan serta kepimpinan masing-masing.
10

Manakala, untuk bahagian ceramah pula penceramah yang dijemput merupakan
pensyarah IPDA juga. Walaubagaimanapun, ceramah yang diberikan beliau tetap
menarik. Selain itu, banyak tips-tips yang dikongsi oleh penceramah berkaitan dengan
pengucapan awam dan kesantunan berbahasa. Ceramah ini diadakan dalam keadaan
yang santai dan relaks. Maka, para pelajar berasa selesa untuk menyuarakan pendapat
mahupun mengemukakan soalan.
Justeru, BIG kali ini sangat menarik terutama sekali untuk bahagian khidmat
komuniti. Saya berharap BIG kali ini mampu memberikan saya kesedaran yang dalam
lagi tentang keadaan persekitaran saya dan kesedaran saya untuk sentiasa
memperbaiki diri demi masa hadapan yang lebih baik.

11
























Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong
12












Antara makanan yang desediakan oleh orang kampung









Antara aktiviti yang dijalankan semasa sukaneka bersama penduduk kampung



13











Penceramah jemputan Pengerusi AJK












Pengacara Acara penyampaian cenderamata
kepada penceramah
14


Nyanyian Lagu Negaraku










Lakonan daripada kumpulan Pem 2
15


LAMPIRAN
/
DOKUMENTASI

Anda mungkin juga menyukai