Anda di halaman 1dari 27

KONSEP

PEMULIHAN
EN RAMLAN BIN MUSTAPHA
Apa pemulihan?
Siapa yang
hendak dipulih?
Apa pemulihan?
Siapa yang hendak
dipulih?
Apa dia Program
Pendidikan
Pemulihan
Khas ?
KONSEP PEMULIHAN..
Kognitif
Pemulihan
Koh Boh Boon (1982): Pendidikan pemulihan
adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya
kerana ia bertujuan membaiki kelemahan
pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang
lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai
pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak
yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-
murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian
yang sepatutnya.
Ianya adalah satu
rancangan P&P yang
disediakan bagi membantu
murid yang menghadapi
masalah dalam menguasai
sesuatu kemahiran
RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
i. Murid berbeza dari segi pengalaman,
minat dan kebolehan. Sebab itu murid yang
lemah/menghadapi masalah tertentu perlu
diberi perhatian.
ii. Laporan J/K Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran antaranya
menetapkan:
A. Kenaikan darjah secara automatik
tetapi murid yang lemah dalam bidang
kemahiran tertentu hendaklah diberi
pendidikan pemulihan secara teratur.
B. Kurikulum perlu diubah suai bukan
sahaja untuk membolehkan murid-
murid yang lemah mencapai
kemahiran-kemahiran asas, bahkan
untuk membolehkan murid-murid
cerdas terus maju.
A. Kenaikan darjah secara automatik
tetapi murid yang lemah dalam bidang
kemahiran tertentuhendaklah diberi
pendidikan pemulihan secara teratur.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
1. Untuk membolehkan murid-murid
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif
yang sesuai dengan mereka.
2. Untuk membolehkan murid-murid
mendapat layanan dan kemudahan belajar
yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental mereka.
Perhatian Mengingat Reproduksi
3. Untuk membolehkan murid-murid mengurangkan
masalah yang dihadapi melalui bantuan guru dan
pihak-pihak lain.
4. Untuk membolehkan murid-murid cuba
mengembangkan potensi mereka dalam pelajaran
dan minat mereka ke tahap yang lebih maju.
5. Untuk membolehkan murid-murid mendapat
peluang yang sama dengan melibatkan diri
sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada
di dalam atau di luar bilik darjah.
Peneguhan/Motivasi
6. Untuk membolehkan murid-murid membina,
memperoleh dan mengembangkan sikap
percayakan diri sendiri dan berdikari apabila
berada di dalam sesuatu kumpulan atau
masyarakat.
7. Untuk membolehkan murid-murid
meneruskan pelajaran mereka dalam sistem
persekolahan biasa atau sekolah khas yang
bersesuaian dengan keperluan
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
MURID PEMULIHAN
A. LEMBAM (SLOW LEARNER)
Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan
kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah
mendapati tidak dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan.
Walubagaimanapun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat
awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam
kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam
persekolahan pemasalahan mereka dapat dikesan.
Menurut Messe(2001),keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap
sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka
juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian,mengumpul atau memproses maklumat
yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang
tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian,sukar untuk menyiapkan tugasan dan
kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik,mereka
menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol yang digunakan dan mengingati
turutan proses dalam penyelesaian matematik.
Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar
menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-
emosi.Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.
B ) MASALAH FIZIKAL DAN KESIHATAN - PALSI SELEBRAL
CELEBRAL bermaksud OTAK. Manakala PALSY membawa erti KURANG atau TIDAK
BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK. Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota
disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa
dilahirkan atau pada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan
pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-
otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkat
awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang.
Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod, palsi
selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah
masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan
menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika
ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti
dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.
Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal.
Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping
pergerakan badan yang tidak berkodinasi.
Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi
selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadpi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak
berkodinasi dan juga meliuk.
Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam
masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik,mereka berasa rendah diri dan ini akan
menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini
rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau
menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi
penjagaan diri sendiri.
C ) MASALAH EMOSI-HIPERAKTIF
Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah
laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali
sebagai Attention Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk
menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit.
Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan
ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada
umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;
ADHD Kurang Tumpuan
Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur
ADHD Hiperaktif-impulsif
Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi
Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir
ADHD Gabungan
Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan impulsive
Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya
ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD
impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu
pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak
mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan
melakukan tugasan.
Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana
penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang
mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.
D. Disleksia (Dyslexia)
Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran
yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan
sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis
penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca
dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti
gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran
mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal.
Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi
mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika
diberi tindakan yang sewajarnya.
Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk
menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk
mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi
mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai
masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai
masalah yang berlainan.
Ciri-ciri Penghidap Disleksia
Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:-
Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal
persekolahan
Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang
lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas
Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan
ketika sedang membaca
Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap
"q" dan hurf "b" dianggap "d".
Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan
kembar dan bayi yang tidak cukup bulan.
Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu
meningkat dewasa.
Contoh disleksia
Sharani (2004) :Mengurus Kanak-kanak
yang Susah Belajar :
1. Keliruan susunan huruf :
dan nad, pun upn
2.Menambah huruf :
main maein, jaga jagar
3. Menggantikan huruf :
saya caya, sayur cayur
. Meninggalkan huruf misalnya:
makan akan, sambal
samba
5. Kerilu dengan bunyi huruf-huruf vokal
seperti a, e, i, o, u:
epal epel, air aer
6. Menulis ejaan yang tidak bererti :
makan midan, kaki guril
E. Emosi
-Keluarga
-Ketibaan bayi baru
-Penolakan/penyingkiran oleh rakan2
F. Mental
-Kesulitan semasa kelahiran awal, penggunaan
alat2 mengeluarkan bayi, anoxia/hypoxia (kurang
oksigen)
-Kecederaan akal kemalangan/jatuh
-Penyakit bengkak pada otak demam
-Tanda2?
Perhatian Mengingat Reproduksi
PRINSIP P&P PEMULIHAN
1. Membangkitkan semangat yakin diri sendiri
Beri perhatian secara individu, berpasangan
atau kumpulan yang sama taraf pencapaian
Libatkan mereka dalam aktiviti kelas dengan
bantuan / panduan guru
Beri penghargaan jika berjaya dalam proses
pemulihan
Wujudkan situasi untuk membolehkan mereka
memahami pelajarannya
Peneguhan/Motivasi
2. Melibatkan deria rasa, penglihatan dan
pandangan dalam aktiviti-aktiviti pemulihan
Dengar, sebut dan latih tubi sebutan
Meneliti dan mengaggarkan panjang pendek
sesuatu perkataan
Melarikan jari di bawah sesuatu huruf /
perkataan yang menjadi masalah sambil
menyebutnya.
Membentuk sesuatu huruf /perkataan dengan
bahan-bahan maujud supaya dapat
menajamkan pengecamannya.
Menekap dan menyurih sesuatu huruf atau
perkataan sambil menyebutnya.
Menulis sesuatu huruf / perkataan mengikut
urutan atau rentetan tatatingkat gerak kerja
menulis, seperti:
-Menyambung titik-titik atau garis putus-putus
-Menyurih bentuk-bentuk huruf atau
perkataan dengan kertas surih
-Menyalin bentuk-bentuk huruf /perkataan dari
contoh yang diberi.
-Menulis huruf atau perkataan tanpa panduan.
1. Mengenal pasti murid dan masalah
pembelajaran
- Mengenal pasti murid : pemerhatian, rekod
prestasi dan profil, ujian, latihan harian, soal
jawab, temu bual dengan guru darjah, ibu
bapa dll.
- Penentuan masalah: lisan, bacaan, tulisan,
tatabahasa
- Senaraikan masalah-masalah tersebut.
PERINGKAT PENGAJARAN
PEMULIHAN
Cara mengenal pasti masalah pembelajaran:
Memerhati cara murid menjalankan aktiviti-
aktiviti pembelajaran.
Pernyataan masalah oleh murid sendiri
( melalui perbualan).
Membuat tafsiran terhadap kesilapan yang
kerap dilakukan ( sebutan, bacaan dan tulisan).
Ujian diagnostik untuk menentukan masalah
pembelajaran tertentu seseorang murid. Boleh
dijalankan secara lisan atau tulisan.
Ciri-ciri murid yang menghadapi masalah pembelajaran:
1.Lemah dalam membaca, menulis dan mengira serta
kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak.
2.Lemah dalam koordinasi pancaindera dengan
pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan
pertuturan.
3.Lemah di dalam penerimaan konsep-konsep baru,
tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai
akan yang cerdas dan kurang pengalaman tentang
alam sekeliling
4.Kurang keyakinan diri kerana dikuasai perasaan
rendah diri.
5.Kurang perbendaharaan kata /kosa kata
menyebabkan sukar untuk membeza yang penting
dengan yang tidak penting.
6.Mudah tertarik dengan gangguan luar (tiada dorongan
diri sendiri).
7.Tidak boleh mengikuti pelajaran dalam jangka waktu
yang panjang.
8.Lemah dalam daya penyebutan seperti gagap, pelat
dan sengau.
9.Sering terjadi gangguan kesihatan menyebabkan
emosi tidak stabil.
10.Kurang zat makanan dan mengalamai kecacatan
fizikal.
11.Kurang tekun ketika membuat sesuatu kerja.
12.Mempunyai pencapaian yang rendah sejak peringkat
awal lagi.
13.Tidak mampu membuat gambaran secara jelas.
14.Gembira ketika diberi peluang belajar dengan
menggunkan benda-benda maujud.
Sekian
Terima Kasih