Anda di halaman 1dari 4

TAZKIRAH 1: MOHONLAH KEAMPUNAN

Daripada Kaab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,Hadirlah ke mimbar. Maka kami semua pun hadir. Apabila
baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, amin dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata amin dan apabila
baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata amin. Apabila baginda turun, kami telah bertanya, Ya Rasulullah! Hari ini
sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.
Beliau bersabda, Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga
diampunkan. Maka aku berkata, amin. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan
didepannya,tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin. Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang
mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam
syurga. Aku berkata amin. [Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]
1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu
lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan
perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa dikandung badan,
selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya:
Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan
satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka*Riwayat
Muslim, no 2749, 4/2106]
2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW terutamanya setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT
yang acapkali dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat;
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56]
Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat
bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul
Aisyah). [2]
3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat.Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih
lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita
lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah,
jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita.
selamat menyambut Ramadhan pada tahun ini Mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dan istiqamah dalam beramal demi mencapai
keredhaan-Nya. Ameen
TAZKIRAH 2: BONUS DAN TAWARAN ISTIMEWA DI BULAN RAMADHAN
Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika
puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada
sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas
kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .
Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita Mengapa
kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif? Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .Mengapa kita seronok mendapat duit ?
Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain. Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi
?Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat. Jika demikian, jika barang itu lambat
rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan? Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.
Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok? Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ? Jawabnya ; tidak
lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu
macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang.
Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus atau
insentif duit? Sedangkan Ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga
Allah s.w.t.
Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada bonus' yang ditawarkan oleh Allah.
Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa'
menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan bonus'
dan tawaran istimewa pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.

Selain itu, pahala bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang,
mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang
walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan
terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).
Sekian, terima kasih.
TAZKIRAH 3 : BULAN IBADAH, BULAN MUJAHADAH, BULAN RAHMAH DAN BULAN MAGHFIRAH

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan
kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.
Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan
undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan
Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university
Ramadhan. Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.
Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan
bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. Wuih nak mai dah bulan
bala, nak makan minum pun susah.
Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini
manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila
sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak? Jadi pada bulan ini manusia berlumba-
lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah pengabdian kepada Allah SWT. Perkataan
ibadah berkait rapat dengan perkataan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam
mana cara berabdi kepada Allah? Sebenarnya senang saja. Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah
dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat. Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.
Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan
nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-
sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.
Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada
berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga
berkait-rapat dengan mujahidin.
Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.
Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkait-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat
Astaghfirullahal azim tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya keampunan. Jadi bulan Ramadhan ini adalah
bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan
kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu, rugilah.... pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.
Sekian, terima kasih.
TAZKIRAH 4 : KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN siri 1
Sebenarnya terdapat objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini terbahagi kepada dua iaitu taqwa dan
keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan
keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang
mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang
keperihatinan umat Islam kini. Antara yang dimaksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa
sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang
untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. Ia dikira denda yang
pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya
sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari
mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut
bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469).
Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya
adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika
waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran
oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk
makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat
berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr
Md 'Uqlah, hlm 278)
Bersambung di pertemuan akan datang....sekian, terima kasih.
TAZKIRAH 5 : KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN siri 2
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi
ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala
puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala
berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh
berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh
malam.
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat
ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya
di Ramadhan ini.
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang
menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
9) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke
masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu,
fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
10) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW
telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi"
( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka
berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah,
no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Sekian , terima kasih.
TAZKIRAH 6 : BULAN RAMADHAN BULAN MELATIH SIFAT SABAR
Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia
adalah untukKu dan Akulah yg akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-
misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.
Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia
perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran. 3 kategori sabar:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan

Ketiga-tiga kategori sabar terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas
ujian lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa. Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith yg dinilai sebagai
hasan oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran."

Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10, "Sesungguhnya (Dia) memberi ganjaran kepada orang-orang yg sabar dengan ganjaran yg tidak
terhitung." Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di
dalam Kitab Sahihnya.

Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga!

p/s: Juga Jangan lupakan saudara seIslam kita yg berlapar bukan sahaja di siang hari malah juga di malam hari.
Sekian.
SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT.DI RAMADHAN INI

Anda mungkin juga menyukai