Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

2


MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU
Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.


OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan
berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh
ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat
dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.


BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

3


BAND PERNYATAAN STANDARD
6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
3

Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
2

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

1

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.



BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

4


KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR







LISAN

1

Berbual tentang isu semasa dengan ayat mudah yang dapat difahami.

2

Mendengar dan memberikan respons yang sesuai / relevan tentang sesuatu isu / perkara secara
spontan.

3

Mengemukakan pendapat yang relevan dan bersoal jawab dengan betul tentang sesuatu tajuk yang
telah ditetapkan.


4

Berbincang dengan memberikan pandangan yang rasional menggunakan gaya pengucapan (kata,
ungkapan dan ayat) yang sesuai.


5

Menyatakan pendirian yang jelas berserta alasan yang munasabah atau dengan mengemukakan
maklumat yang relevan menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila.


6

Mempertimbangkan dan menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional untuk
menyelesaikan masalah.


BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

5



KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR






MEMBACA

1

Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai.

2

Membaca, memahami dan memberikan maksud rangkai kata yang sesuai mengikut konteks.


3

Membaca dan menyatakan maksud tersurat dan tersirat yang betul daripada sesuatu bahan.

4

Membaca dan memindahkan maklumat yang tersurat kepada bentuk grafik atau sebaliknya dengan
lengkap.


5

Membaca, menyatakan maklumat yang tersirat dengan betul dan menghubungkaitkan maklumat
tersebut dengan pelbagai bahan bacaan lain secara relevan.

6

Membaca, merumuskan dan menilai maklumat dengan memberikan alasan yang relevan.


BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

6



KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR







MENULIS



1

Menulis ayat yang lengkap (subjek dan predikat)

2

Mengenal pasti dan menulis pelbagai jenis ayat (ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, ayat perintah)
dengan betul.


3

Menulis ayat topik dan ayat huraian yang sesuai untuk menghasilkan perenggan yang lengkap.

4

Menulis perenggan yang koheren dan kohesi menggunakan penanda wacana yang sesuai.


5

Menghasilkan pelbagai penulisan kreatif dan bukan kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan
yang menarik.


6

Menyunting kesalahan kata dan ayat serta memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan
sehingga boleh dijadikan contoh.