Anda di halaman 1dari 1

Ucapan Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah dan kurnia-Nya, saya diberi
ruang kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Pertama sekali,
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak jawatankuasa
pengelola L6 Pameran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Pengajaran Bahasa Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Sesungguhnya, pameran seperti ini mencerminkan satu
kejayaan kepada kita. Dengan adanya semangat kerjasama yang utuh serta budaya kerja
berpasukan, saya yakin segala perancangan dapat direalitikan dengan jayanya.

Dalam menghadapi era pembangunan pendidikan yang semakin mencabar,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menilai dan melakukan penambahbaikan
yang lebih dinamik. Transformasi pendidikan merupakan agenda kementerian dalam mengolah
strategi pengajaran agar lebih efisien. KPM turut mensasarkan agar negara kita berada dalam
kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) Pengajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengariskan pengunaan
TMK di sekolah-sekolah mampu meningkatkan motivasi, kefahaman dan penguasaan pelajar,
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar, melaksanakan
eksperimen yang mahal, sukar dan bahaya untuk dibuat secara amali serta dapat membentuk
pembelajaran koperatif dan memberi peluang pelajar belajar secara kendiri.

Saya percaya melalui aktiviti ini para siswa guru dapat menimba ilmu pengetahuan dan
kemahiran berkomunikasi serta berkeyakinan dalam melemparkan idea yang bernas, tepat
dengan cara yang kritis dan kreatif. Sebagai pendidik yang berdedikasi, siswa guru perlu
mempamerkan keunggulan peribadi, penguasaan ilmu yang baik dan pelbagai kemahiran yang
mantap agar dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.

Harapan saya kepada semua warga pendidik agar sentiasa memantapkan pengetahuan
dan kemahiran melalui penerokaan dalam pelbagai ilmu baharu agar masyarakat sentiasa
menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap profesion perguruan.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai