Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS AMBANG AIDILFITRI 2014

Salutasi Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berusaha Puan Sarimah Binti Jab, GB SKBT

Yang Dihormati Tuan Hj Mohd Ajos Bin Abd Rahman (GPK
Pentadbiran), Encik Mohd Zulhilmi bin Hamdi (GPK Ko-kurikulum)

para guru, guru-guru pelatih

serta murid-murid yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam satu Malaysia!!!

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat
dan hidayahNya, dapat kita bersama-sama berkumpul di Majlis
Sambutan Ambang Aidilfitri 2014 peringkat sekolah.

Bacaan doa
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Sebagai pembuka tirai acara, marilah kita bersama-sama menadah
tangan memohon restu agar majlis mendapat keberkatan. Oleh itu
dijemput Encik Mohamad Zahid Fahmi Bin Zakaria untuk memimpin
bacaan doa.

Dipersilakan.

tayangan video
hari raya
Amin-amin ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu
Zahid Fahmi atas pimpinan bacaan doa itu tadi.





Untuk makluman semua, hari ini merupakan hari terakhir kita
bersekolah sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka
jatuh pada hari isnin bersamaan 28 Julai 2014.

Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia sambutan hari raya
Aidilfitri.

Oleh itu, mari sama-sama kita saksikan.

Sesi pengenalan
pentadbir
Majlis mengucapkan terima kasih atas tayangan multimedia sebentar
tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan tazkirah yang akan
disampaikan oleh al-fadil uztaz zool azhari bin abd kader. Tajuk
tazkirah yang akan disampaikan oleh ustaz zool ialah
___________________________________________________

Di sini saya ingin memperingatkan kepada murid-murid sekalian untuk
mendengar dengan teliti apa yang akan disampaikan oleh ustaz zool.
Hal ini adalah kerana terdapat sesi kuiz dan hadiah turut disediakan
untuk murid yang dapat menjawab soalan kuiz dengan betul.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.



Ucapan Guru
Besar
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ustaz zool azhari atas
tazkirah yang diberikan sebentar tadi. Diharapkan agar ilmu yang
disampaikan dapat kita gunakan kelak. insyaAllah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru
besar, Puan Sarimah Binti Jab untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.




Sumbangan anak
yatim dan zakat
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang diberikan
sebentar tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan bantuan untuk
anak yatim dan sumbangan hari raya untuk pelajar-pelajar yang kurang
bernasib baik.

Untuk makluman semua, sumbangan ini telah diberikan oleh Encik Abd
Razak B Hasan mantan PK Hal ehwal Murid SKBT.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi
puan Sarimah Binti Jab diiringi oleh uztazah Nurizan binti Hamzah
untuk menyampaikan sumbangan.

Dijemput :
____________________________________





Duit raya.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada puan Guru Besar atas
kesudian beliau untuk menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

Seterusnya acara yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu
penyerahan duti raya kepada murid-murid SKBT dan sesi bermaaf-
maafan antara guru-guru dan murid.

Oleh itu, diminta semua guru untuk berada di hadapan bagi
memudahkan sesi bermaaf-maafan.