Anda di halaman 1dari 3

BIG SIRI V

NAM SHIN NEE (P5A)


REFLEKSI
Pada 14 Mac 2013, saya telah menyertai Program Bina Insan Guru
yang fasa kelima di dua buah sekolah iaitu Sekolah Union dan Sekolah Bin
Hwa, Pulau Pinang,. Kami melawat dua buah sekolah yang berprestasi
cemerlang untuk melihat fasiliti dan infrastruktur yang canggih.
Pada hari Khamis yang kami menanti itu sudah datang. Dua kelas
Pengajian Cina iaitu P5A dan P5B telah menyertai Program Bina Insan Guru
Siri V di Sekolah Union dan Sekolah Bin Hwa. Pada pendapat saya, program
Bina Insan Guru ini amat menarik, amat menggembirakan dan menyeronokan
serta amat bermakna kerana saya tidak pernah melawat sekolah yang
mendapat anugerah sekolah berprestasi cemerlang dan tinggi. Saya amat
gembira kerana program ini amat bermakna dan banyak perkara telah saya
pelajari walaupun dalam masa yang singkat.
Program Bina Insan Guru ini merupakan suatu program yang
berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi serta memerlukan ketahanan
fizikal dan mental yang kuat. Melalui program ini, saya dapat mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
saya. Di samping itu, saya dapat mempelajari bagaimana menjadi seorang
pemimpin atau guru yang bertanggungjawab, amanah dan prihatin terhadap
masyarakat dan negara. Kita juga hendak mengetahui cara untuk
menggunakan teknologi yang canggih sebagai salah satu alat bantu mengajar
kami demi dapat menarik perhatian murid dan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih lacar dan menarik. Dengan ini, saya dapat membina
martabat diri yang positif dan amat bangga atas sumbangan kepada
masyarakat. Saya amat gembira kerana saya masih dapat menyempurnakan
tugas saya dengan licin.
Melalui program ini, banyak pengalaman yang indah bersama kawankawan saya tidak dapat saya lupakan. Selepas Program Bina Insan Guru itu
tamat, saya selalu mengenang balik peristiwa-peristimewa yang menarik yang
telah berlaku di sana.

BIG SIRI V
NAM SHIN NEE (P5A)
Pada hari itu, kami tiba di Sekolah Union pada waktu pagi. Keadaan di
Sekolah Union amat indah dan sistematik. Infrastruktur di sana juga lengkap
dan baik. Kemudian kami pun dijemput ke bilik perbincangan untuk sesi
sejarah sekolah dan penggunaan infrastruktur yang canggih. Penolong kanan
Sekolah Union amat peramah dan baik. Beliau telah membuat penyusunan
untuk kami masuk ke kelas demi membuat pemerhatian proses pengajaran
dan pembelajaran. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk
masuk ke kelas yang berbeza. Selepas sesi proses pemerhatian, kami
dijemput menjamu selera di kantin. Kami telah mengambil banyak gambar di
sekolah itu dan juga bersama dengan guru-guru di sana. Kami juga
mengambil kesempatan untuk meminta tunjuk ajar dan berbual-bual dengan
guru di situ.
Pada pukul satu petang, kami pergi ke Sekolah Bin Hwa. Sekolah Bin
Hwa telah menyediakan beberapa persembahan untuk menjemput kami.
Kami duduk di dewan yang besar untuk menyaksikan tarian dan koir murid.
Persembahan mereka amat menakjubkan. Mereka juga meghadiahkan kami
satu rantai kunci yang cantik. Penolong kanan di sana juga memperkenalkan
sejarah sekolah mereka. Mereka membawa kami melawat sekolah seperti
bilik muzik, bilik audio, perpustakaan, cara penggunaan multimedia dan
sebagainya. Selepas itu, kami dijemput menjamu selera di dewan. Kami
makan sambil menyaksikan pertunjukkan violin murid. Pentadbiran Sekolah
Bin Hwa amat baik dan sistematik. Guru-guru di sana amat peramah dan
mesra. Pada pukul empat petang, kami bertolak balik ke IPSAH.
Program Bina Insan Guru ini telah memberikan banyak manfaat dan
aspirasi kepada saya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang hari
itu, saya memahami setiap aktiviti yang dijalankan ini adalah mempunyai
makna yang tersiratnya. Saya berasa gembira dan bangga kerana saya dapat
mempelajari sesuatu yang bermakna dalam kehidupan saya. Ini juga
merupakan satu kenangan yang paling manis dalam sepanjang hidup saya
dan saya amat menghargai perhubungan tersebut.
Keseluruhannya, Program Bina Insan Guru Fasa V ini dianggap sangat
berjaya berpandukan kepada kemesraan kami dengan pihak-pihak yang

BIG SIRI V
NAM SHIN NEE (P5A)
berkaitan. Daripada pemerhatian saya, pihak yang berkaitan amat berpuas
hati dengan prestasi kami serta amat bersyukur dan berterima kasih kepada
kami.
Kesimpulannya, saya berjaya lebih merapatkan tali silaturahim antara
satu sama dengan lain dan memupuk semangat berpasukan melalui Program
Bina Insan Guru ini. Kerjasama antara satu sama lain merupakan faktor
utama untuk menjayakan program ini. Program Bina Insan Guru Siri V ini
telah meninggalkan kenangan yang sangat manis kepada saya. Saya
berharap saya mempunyai peluang lagi untuk melawat sekolah-sekolah yang
berprestasi tinggi dan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai