Anda di halaman 1dari 4

Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan

kita. Hal ini demikian kerana apabila kita beriadah,kadar lemak yang
terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita
boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau
berkayak dan sebagainya. Tambahan lagi, jantung dapat mengepam darah
dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit
jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total
.Dalam konteks ini, berekreasi dan beriadah adalah penting supaya badan
kita sihat dan otak kita cerdas bak kata peribahasa elayu, badan cergas
otak cerdas.!leh itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah dan rekreasi
sebagai agenda harian agar kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati
kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

enyingkap daripada sudut perspekti" lain, aktiviti riadah yang dilakukan
pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan
tekanan dalam diri seseorang.#ayangkan jika individu terbabit perlu
bekerja selama $% jam dalam & hari,bukankah mereka akan mula
mengalami tertekan' (epenatan,keletihan dan beban kerja yang
memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom)simptom
tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Hal ini
demikian akan menyebabkan prestasi mereka sama ada di tempat kerja
mahupun sekolah mengalami kemerosotan dan mengundang pelbagai
impak negati" seperti mendapat teguran daripada pihak atasan,dilucutkan
jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal ini akan
membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara
yang e"ekti" untuk menghiburkan kita. (ita dapat melupakan beban yang
ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
!leh itu, wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk
mengurangkan tekanan yang dialami.

Sementelahan pula, melakukan aktiviti riadah turut memberi peluang
kepada kita untuk mengeratkan hubungan antara keluarga mahupun
taulan. Hal ini dapat menjadi medium ke arah pembentukan keluarga
sakinah.isalnya, pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang
untuk melakukan aktiviti riadah bersama)sama sama ada di taman atau
padang. #ukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan
,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka bersama)sama. Dengan
itu,setiap ahli keluarga boleh memahami antara satu sama lain seterusnya
merapatkan jurang antara mereka. (eseronokan melaukan aktiviti riadah
juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang yang disayangi di sisi kita.
Dalam hal ini kita akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh)
sungguh untuk melakukan aktiviti riadah. !leh itu, hubungan kekeluargaan
yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah.

Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum.
arcapada ini,kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang
melibatkan penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan
dengan Program *atihan (hidmat +egara. Contohnya aktiviti
berkayak,mendaki gunung dan meluncur. (ondusi ini akan
memani"estasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing)masing.
Sesungguhnya, mua"akat merupakan inti kepada perpaduan.Setiap ahli
akan bersatu ibarat kata peribahasa elayu, serumpun bagai
serai,selubang bagai tebu. Hal ini dapat menjadi medium yang e"ekti"
bagi menyatukan kaum sekali gus membina semangat perpaduan. !leh
hal yang demikian,aktiviti riadah yang melibatkan unsur kerjasama ibarat
aur dan tebing dapat menjadi wahana ke arah pembentukan integrasi
kaum.

Dalam "asa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah
mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Hal ini
demikian kerana masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang
menghiburkan dan menyeronokkan kerana masa itu emas. asa
senggang seorang remaja agak banyak kerana tidak perlu menanggung
tanggungjawab seperti orang dewasa. Seandainya masa lapang itu tidak
dipenuhi secara bijaksana,remaja akan terjerumus untuk mendorong diri
melakukan aktiviti yang kurang ber"aedah seperti melepak,bermain
komputer tanpa batasan dan berbual)bual kosong ibarat menghitung bulu
kambing. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah,mereka tidak akan
melakukan aktiviti yang kurang ber"aedah kerana telah merasai
keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa elayu sambil
menyelam minum air. !leh itu, remaja dapat menghindarkan daripada
terlibat dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti riadah.

Secara tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha
mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi. Semua pihak perlu berganding
bahu ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri
masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah dan rekreasi dalam
kehidupan seharian bagi melahirkan generasi masa hadapan yang sihat
seterusnya menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai