Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0 BAHAGIAN PROPOSAL


2.1 Kulit dan halaman permulaan: Kulit depan tiada numbor dan muka surat
yang seterusnya bernombor roman ii, iii, iv... (Kulit saiz fond 14 dan huruf
besar. hanya ada tajuk kajian, nama penyelidikan dan kumpulan, dan
nama penyelia. Halaman permulaan seperti, Isi kandungan dan muka
surat, senarai-senarai Jadual, Rajah, Lampiran dan muka surat)
2.2 Teks : Bermula dengan nombor 1, 2, 3...
2.3 Lampiran : Boleh sambung nombor daripada teks atau berasingan

2.0 KERTAS
2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2 Warna: Putih (Kulit berwarna)

3.0 PENAIPAN TEKS
3.1 Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify
3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau double spacing bagi teks am.
Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan
Terjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
Atas : 2.5 cm (1) daripada jidai atas
Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah
Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan
Kiri : 4.0 cm (1.5) daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm (2) daripada birai
atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman
mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip.
Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya
sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda
sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-
kurangnya DUA baris teks.

3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali
subtajuk.
Tajuk dan subtajuk atau sub-subtajuk disusun dengan
sistem nombor yang teratur.


3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm
daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan
(right). Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks,
tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman
judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman
secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv
.

Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai
halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah
menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 .



4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada
sebelah kanan.






5.0 Sistem Rujukan

5.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis
hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks
dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American
Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks
adalah seperti yang berikut:


(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan
individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee &
Boon, 2005).
(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)
menyatakan

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon,
1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan


(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan
peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990),
sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan
peperiksaan.



5.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan
Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:
Hodder Headline.

(b) Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher
education: The efficiency dimension [Prestasi institusi
dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of
Educational Research, 2, 175-199.


(c) Surat khabar

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan
Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru
Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.


(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan
15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004
dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/




5.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks

Pengarang Melayu

Pengarang Cina

Pengarang India


Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis
nama penuh pengarang yang
tidak mempunyai nama keluarga.


Mohd. Ali (2005) menyatakan

Lim (2006) menyokong

Krishnan (2003) menerangkan


Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).
Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit
Taufik Intelek Sdn. Bhd.

Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.
Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.

Krishnan a/l Thambipillay. (2003).
Dunia politik. Kuala Lumpur:
Tasha Publications.

Anda mungkin juga menyukai