Anda di halaman 1dari 3

SELASA, 1 JULAI 2014

PEMBAHARUAN DALAM SISTEM POLITIK EROPAH


KESATUAN SOVIET

Kesatuan Soviet adalah negara komunis yang pernah ada antara tahun 1922 -1991 di
Eurasia.
Kesatuan Soviet telah menjadi negara yang pemerintahannya sangat terpusat dan
menerapkan sistem ekonomi komando
Kesatuan Soviet menganut sistem politik satu parti (kerajaan bersistem parti yang
mana hanya satu parti politik yang membentuk kerajaan dan tiada parti lain yang
dibenarkan mencalonkan ahli-ahlinya untuk pilihan raya.)

KERUNTUHAN KESATUAN SOVIET
Revolusi Oktober yang berlaku di Rusia pada tahun 1917 menyebabkan keruntuhan
Rusia.
Setelah kaum Bolshevik menang dalam Perang Sipil Rusia pascarevolusi, Kesatuan
Soviet didirikan pada 30 Desember 1922 dengan anggota Republik Sosialis Federasi
Soviet Rusia, Republik Sosialis Federasi Soviet Transkaukasia,Republik Sosialis
Soviet Ukraina, dan Republik Sosialis Soviet Byelorusia.
Pasca kematian pemimpin Soviet yang pertama, Josef Stalin menjadi penggantinya
setelah memenangkan perebutan kekuasaan dan memimpin negara tersebut
menjalankan proses industrialisasi besar-besaran dengan sistem ekonomi
kapitalisme dan penindasan politik.
Sistem ekonomi kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke
arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan
bermatlamatkan keuntungan.
SELASA, 1 JULAI 2014
Dalam suasana Perang Dunia II, Jerman Nazi dan sekutunya menyerang Kesatuan
Soviet melalui Operasi Barbarossa.
Setelah empat tahun berperang secara besar-besaran, Kesatuan Soviet muncul sebagai
salah satu dari pemenang perang selain Amerika Syarikat.
Kesatuan Soviet dan negara-negara satelitnya di Eropah Timur terlibat dalam Perang
Dingin, iaitu perebutan pengaruh ideologi dan politik global yang berkepanjangan
melawan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Blok Barat.
Pada akhirnya, Kesatuan Soviet mengalami kekalahan dalam hal ekonomi serta
politik dalam dan luar negeri.
Pada akhir tahun 1980-an, pemimpin Soviet yang terakhir, Mikhail Gorbachev,
mencuba merestrukturisasi negara yang dipimpinnya tetapi justeru mempercepat
perpecahan di Kesatuan Soviet yang akhirnya secara rasmi bubar pada 26
Desember 1991 setelah gagalnya cubaan rampasan kuasa pada 19 21Ogos
1991 sebelumnya. Hak negara ini kemudian dilanjutkan oleh Federasi Rusia.

PEMBENTUKAN KESATUAN EROPAH (EUROPEAN UNION) DAN PARLIMEN
EROPAH (EUROPEAN PARLIAMENT)

Kesatuan Eropah ialah pertubuhan serantau (regional organisation) yang terbesar di
dunia.
Negara-negara ahli memindahkan hak-hak penting kebangsaan, seperti dasar
kewangan, pasaran dalam negara, perdagangan luar dengan merujuk Perjanjian
Maastricht 1992 kepada kesatuan ini. Walaupun EU kelihatan seperti sebuah kerajaan
persekutuan (seperti Amerika Syarikat), kesatuan ini tidak diuruskan seperti kerajaan
persekutuan tetapi berdasarkan "prinsip subsidiariti (setiap orang memiliki hak untuk
menentukan nasibnya sendiri).
SELASA, 1 JULAI 2014
Parlimen Eropah ialah satu-satunya institusi parlimen yang dipilih secara
langsung di Kesatuan Eropah.
Majlis Kesatuan Eropah (Majlis), Parlimen ini membentuk cabang
perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan juga disifatkan sebagai salah satu
kuasa perundangan yang paling berkuasa di dunia.
terdiri daripada 785 orang Ahli Parlimen Eropah yang berkhidmat kepada para
pemilih demokratik kedua terbesar di dunia (mengekori India) dan para pengundi
demokratik transnasional terbesar di dunia (342 juta pengundi yang layak pada tahun
2004).
Parlimen Eropah dipilih secara langsung setiap lima tahun melalui hak mengundi
umum sejak tahun 1979. Walaupun Parlimen Eropah mempunyai kuasa perundangan
yang tidak dimiliki badan-badan lain, namun Parlimen ini tiada inisiatif undang-
undang seperti kebanyakan parlimen kebangsaan.
Parlimen Eropah ada dua tempat persidangan, iaitu Immeuble Louise
Weiss di Strasbourg, Perancis, untuk sesi pleno dan juga pusat rasmi; dan
kompleks Espace Lopold di Brussels, Belgium, yang menjadi tempat mesyuarat
persediaan dan sesi pelengkap bukan pleno.

Anda mungkin juga menyukai