Anda di halaman 1dari 7

http://onnie-pijey.blogspot.com/p/eksperimen-biologi.

html

EKSPERIMEN BERINGKAT PETROLEUM











EKSPERIMEN BERPERINGKAT PETROLEUM
1.TAJUK
Penyulingan berperingkat petroleum

2.TUJUAN
Untuk mengkaji penyulingan pecahan petroleum

3.PENGENALAN

Petroleum adalah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai di dalam tanah.
. Petroleum atau minyak mentah terjadi secara semulajadi di permukaan bumi.
Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun daripada hidupan laut yang mati, kemudian
tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati, bangkai mereka tenggelam
ke dasar laut. Kemudian bangkai-bangkai tersebut tertimbus oleh sedimen. Melalui
tindakan bakteria, pereputan separa akan berlaku dalam keadaan kekurangan
oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya
menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila terperangkap di
antara dua lapisan batuan yang tidak telap. di antara dua lapisan batuan yang tidak
telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya
terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .
. Petroleum merupakan cecair yang mudah terbakar yang terdiri daripada
campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan
berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat. Penyulingan berperingkat
dilakukan disebabkan sifat-sifat bahan yang berbeza dari segi takat didih pecahan
petroleum tersebut.Semakin rendah takat didih pecahan tersebut, semakin cerah
warnanya dan semakin mudah pecahan tersebut terbakar dan semakin kurang likat
pecahan tersebut Semakin rendah takat didih pecahan petroleum tersebut, semakin
kurang likat pecahan tersebut,semakin cerah warnanya,semakin mudah pecahan
tersebut terbakar dan semakin bersih nyalaannya. Manakala semakin tinggi takat didih
pecahan petroleum tersebut, semakin likat pecahan tersebut, semakin gelap warnanya,
semakin sukar pecahan tersebut terbakar dan semakin berjelaga .
Semasa penyulingan berperingkat petroleum dipanaskan dalam sebuah
menara pemeringkat. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebioh rendah meruap
terlebih dahulu, naik ke bahagian atas lalu dikondensasikan dan
diasingkan.Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di
bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair. Hidrokarbon dalam
petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya
tersendiri. Sebelum setiap hidrokarbon dipasarkan ,proses peretakan dan penulenan
dilakukan bagi menjamin mutu pecahan tersebut. Proses peretakan digunakan untuk
memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang kecil.
Petroleum termasuk minyak mentah sahaja, tetapi dalam penggunaan biasa termasuk
hidrokarbon semua cecair, gas, dan pepejal (misalnya, parafin). Di bawah tekanan
permukaan dan keadaan suhu, ringan hidrokarbon metana, etana, propana dan
butane wujud sebagai gas, manakala pentana berada dalam bentuk cecair atau
pepejal.
Dari segi sifat kimia, petroleum adalah campuran daripada jumlah yang sangat
besar hidrokarbon yang berbeza; molekul yang paling biasa ditemui adalah alkana
(linear atau bercabang), cycloalkanes, hidrokarbon aromatik, atau bahan kimia yang
lebih rumit seperti asfaltena. Setiap pelbagai petroleum mempunyai gabungan unik
molekul, yang menentukan sifat-sifat fizikal dan kimia, seperti warna dan kelikatan.. Di
bawah tekanan permukaan dan keadaan suhu, ringan hidrokarbon metana, etana,
propana dan butana berlaku sebagai gas, manakala pentana dan berat yang berada
dalam bentuk cecair atau pepejal. Molekul-molekul yang berlainan dipisahkan oleh
penyulingan pecahan di kilang penapisan minyak untuk menghasilkan petrol, bahan api
jet, minyak tanah, dan hidrokarbon lain. Jumlah pelbagai molekul dalam sampel minyak
boleh ditentukan dalam makmal. Jadi untuk membuktikan bahawa petroleum dapat
dipecahkan mengikut molekul-molekul tersebut bergantung kepada suhu
maka eksperimen telah dijalankan. Eksperimen berperingkat petroleum telah dilakukan
dengan menggunakan beberapa radas dan bahan.Kemudian, ciri-ciri fizikal pecahan
yang diperolehi akhirnya ditentukan dengan pengesan yang sesuai, seperti menguji
kebolehnyalaan,warna nyalaan, jelaga yang dihasilkan dan kelikatan dan warna setiap
hasil pecahan.





1. RADAS
1. Penunu bunsen
2. kaki retort dan pengapit
3. 4 buah mangkuk pijar
4. Penyumbat dengan termometer (-10C hingga 360C)
5. 4 buah Kelalang kon
6. Kasa dawai
7. 2 Salur getah

2. BAHAN KIMIA
1. Minyak mentah( petroleum)
2. Serpihan porcelain


3. PROSEDUR
6.1. Penyulingan berperingkat petroleum:
.1.20 cm minyak mentah dimasukkan ke dalam tabung didih bersama sedikit
porcelin.
3. Radas dipasang dan kelalang bulat diapit dengan kaki retort.
4. Adaptor dipasang pada kelalang bulat.
5. Termometer dimasukkan ke dalam kelalang bulat dengan memastikan bebuli berada di
bahagian corong adaptor.
6. Salur pair di pasang dengan memasang air masuk pada bahagian bawah dan air keluar
pada bahagian atas Liebig.
7. Kelalang kon di letakkan pada corong turasan.
8. Air di alirkan secara berterusan dan seterusnya, penunu Bunsen dinyalakan.
9. Minyak di dalam tabung didih dipanaskan perlahan-lahan.
10. Pemerhatian dilakukan pada termometer mengikut suhu yang ditetapkan seperti dalam
jadual 1.
11. Empat pecahan petroleum yang tersuling keluar pada suhu 30C hingga 80C yang
ditetapkan dikumpulkan .
12. Proses pemanasan diteruskan dan air penyulingn dibawah suhu
80C 120C, 120C 160C dan 160C 200C dikumpulkan dalam
kelalang kon yang berlainan.

peringkat suhu
Pertama Antara suhu 30C dan 80C
Kedua Antara suhu 80C dan 120C
Ketiga Antara suhu 120C dan 160C
Keempat Antara suhu 160C dan 200C

Rajah 1: Jadual peringkat hasil sulingan mengikut masa



6.2. Ujian Hasil Eksperimen
1.Hasil penyulingan petroleum yang didikumpulkan di dalam kelalang kon.
2. sebuah mangkuk pijar yang diletakkan di atas sekeping jubin putih disediakan.
3. Kelikatan pecahan diperhatikan dengan menuang hasil sulingan ke dalam
mangkuk pijar.
4. Sebatang lidi dinyalakan dan diuji pada hasil sulingan.
5. Warna nyalaan,kebolehnyalaan dan kuantiti jelaga yang terhasil diperhatikan
6. Pemerhatian yang diperolehi di catatkan dalam jadual keputusan yang disediakan pada
rajah 2.

1. KEPUTUSAN


PEMECAHAN
PETROLEUM

SUHU

WARNA

KELIKATAN

NYALAAN/
KEBOLEHNYALAAN

Pecahan
pertama


30C-80C

Jernih


Cair
Sangat menyala
Warna nyalaan biru
Tiada Jelaga

Pecahan
kedua


80C- 120C

Kuning
muda


Sedikit likat
mudah menyala
Warna nyalaan
kuning sedikit
Sedikit Jelaga

Pecahan
ketiga


120C-
160C

kuning

Likat

sukar menyala
Nyalaan berwarna
kuning
Sedikit jelaga

Pecahan
keempat


160C-
200C

jingga

Sangat likat

Sangat sukar
menyala
Nyalaan berwarna
kuning dan merah
Banyak jelaga
















2. SOALAN

9.1 Bincangkan kebolehbakaran pecahan petroleum.

Secara umumnya pecahan yang mempunyai takat didih yang rendah iaitu
yang mempunyai struktur molekul yang rendah yang terkondensasi awal
semasa proses pengekstrakan petroleum adalah lebih mudah terbakar dan
diikuti dengan yang lain. Ini kerana struktur molekul yang ringkas
memudahkannya bertindakbalas dengan oksigen dan menghasilkan nyalaan
yang lengkap.

9.2 Bincangkan hubungan antara takat didih pecahan dengan;

a) warna pecahan
Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan adalah tanpa warna
(colorless ) seperti benzene dan toluene dan sehingga kepada takat didih yang
tinggi akan menghasilkan pecahan yang gelap seperti minyak tar. Ini merujuk
kepada formula molekul yang rendah akan mengahasilkan struktur molekul yang
ringkas dibandingkan formula molekul yang besar/kompleks akan menghasilkan
struktur molekul yang juga kompleks. Secara tak langsung berlaku pertambahan
jisim per isipadu yang memberikan warna yang lebih gelap kepada larutan.

b) kelikatan pecahan

Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan mempunyai
kelikatan yang rendah (cair). Ini merujuk kepada formula molekul yang rendah
akan mengahasilkan struktur molekul yang ringkas dibandingkan formula molekul
yang besar dan kompleks akan menghasilkan struktur molekul yang juga
kompleks. Secara tak langsung berlaku pertambahan jisim per isipadu yang
memberikan ikatan yang lebih kuat dan kelikatan larutan bertambah.

c) Jumlah jelaga yang dihasilkan oleh pecahan
Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan tidak atau kurang
menghasilkan jelaga manakala pecahan yang diperolehi pada takat didih yang
tinggi mempunyai jumlah jelaga yang tinggi.Jelaga ini terhasil daripada
karbon.Semakin tinggi takat didih, semakin banyak kandungan karbon
dan semakin berjelaga sesuatu sebatian.sebaliknya .
9.3. Pecahan X mempunyai formula C6H14.Ramalkan warna, kelikatan dan
jumlah jelaga yang dihasilkan oleh X

Pecahan X tanpa warna, kelikatan rendah dan jumlah jelaga yang dihasilkan
sangat sedikit

9.4 Tulis persamaan keseimbangan kimia untuk mewakili pembakaran
petrol (CH)

2 C
8
H
18(l)
+ 25 O
2(g)
16 CO
2(g)
+ 18 H
2
O
(g)
+ 10.86 MJ/mol (of octane)



9.5 Pembakaran yang tidak lengkap petrol dalam pelepasan gas-gas beracun
menghasilkan gas seperti karbon monoksida dan nitric oksida.Tulis persamaan
kimia seimbang untuk mewakili pembakaran yang tidak lengkap gasoline C

Anda mungkin juga menyukai