Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Program Bina Insan Guru ialah sebuah program khas yang perlu disertai oleh
guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Pelaksanaan program
Bina Insan Guru ini adalah bertunjangkan kesedaran bahawasanya profesion keguruan
adalah mulia, dan insan yang bergelar guru adalah untuk membentuk jati diri, pembina
generasi dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus pandai
menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan serta mampu menangani semua cabaran
dalam arus globalisasi ini.

Selaras dengan kesedaran tersebut, sebuah program Bina Insan Guru
dilaksanakan di peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa dan
melibatkan semua pelajar kursus Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ambilan
Januari 2012. Melalui program sebegini, pelajar mampu mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan. Justeru itu, program ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang
tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dalam arus globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai