Di Negara Kita Terdapat Sebilangan Besar Sekolah Yang Menyediakan Asrama Untuk Pelajar

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Di negara kita terdapat sebilangan besar sekolah yang menyediakan asrama untuk pelajar.

Asrama di sekolah terbahagi kepada dua


laitu asrama pelajar lelaki dan asrama pelajar perempuan. Setiap pelajar perlu rnengambil peluang untuk tinggal di asrama.
Terdapat beberapa kebaikan apabila pelajar tinggal di asrama.
Antara kebaikan tinggal di asrama ialah pelajar akan mempunyai banyak masa untuk belajar. Hal ini kerana pelajar yang tinggal di
asrama tidak perlu menunggu bas untuk pergi dan pulang dari sekolah. Kebiasaannya pelajar yang tidak tinggal di asrama terpaksa
menghabiskan masa lebih kurang dua jam untuk urusan pergi dan pulang dari sekolah. Pelajar yang tinggal di asrama juga kurang
letih kerana tidak perlu bersusah-payah menunggu dan menaiki bas.
Selain itu, kebalkan tinggal di asrama ialah keselamatan pelajar lebih terjamin. Di asrama terdapat pengawal keselamatan yang
bertugas mengawasi kawasan asrama pada setiap masa daripada dicerobohi orang luar. Selain itu, pelajar yang tinggal di asrama
juga akan terhindar daripada kemalangan jalan raya sewaktu pergi dan balik dari sekolah. Sama ada kita sedar atau tidak, terdapat
ramal pelajar yang tidak tinggal di asrama terlibat dalam kemalangan, terutama yang menunggang motosikal atau basikal.
Ibu bapa juga akan dapat mengurangkan perbelanjaan persekolahan apabila anak mereka tinggal di asrama. Antara perbelanjaan
yang boleh dijimatkan ialah tambang bas dan makanan. Dewasa ini, tambang bas yang dikenakan ke atas pelajar untuk pergi dan
balik dari sekolah agak tinggi berikutan kenalkan harga bahan api. Kos makanan juga boleh dijimatkan kerana pelajar yang tinggal di
asrama akan dikenakan bayaran yang minima bagi makanan di asrama.
Di samping itu, pelajar yang tinggal di asrama juga dapat membentuk disiplin diri yang tinggi. Pelajar yang tinggal di asrama
mempunyai jadual belajar, aktiviti riadah, solat dan tidur yang teratur. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan asrama yang telah
ditetapkan. Pelajar akan ditegur dan didenda jika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Pelajar yang tinggal di asrama juga akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Nilai-nilai murni ini dapat
diterapkan dalam diri pelajar sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai
bertolak ansur, bekerjasama dan berdikari. Amalan nilai-nilai murni ini dapat menjadikan pelajar berakhlak mulia dan mereka dapat
menjalani kehidupan seharian dengan baik.






Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan.
Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas
jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu
menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh
menentukan masa depan kita.
Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa,
elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita janganlah
menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung
kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat
bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik,
kita janganlah mendesak mereka memenuhi apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian
yang mahal-mahal dan sebagainya. Kita janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang lain. Kita
sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit.
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita
seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Anda mungkin juga menyukai