Sepanjang minggu ini, saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang dapat saya perhatikan. Memandangkan ini adalah kali pertama saya menjalani praktikum, saya menggunakan peluang ini untuk meronda kawasan sekolah untuk memerhatikan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam sekolah. Apa yang menarik perhatian saya ialah, budaya memberi salam yang kurang dipraktikkan oleh murid-murid sekolah ini. Apabila terserempak dengan guru muurid-murid dengan lancer tanpa masalah boleh memberi salam, tetapi apa yang dapat saya perhatikan, mereka hanya akan memberi salam dengan guru- guru sahaja. Sebaliknya berlaku apabila mereka terserempak atau bertembung dengan staf- staf atau pekerja-pekerja sekolah. Apabila berselisih atau terserempak dengan staf-staf atau pekerja-pekerja sekolah mereka hanya baerlalu berjalan sahaja tanpa mengucapkan salam. Walaupun staf-staf atau pekerja-pekerja sekolah bukanlah seorang pendidik, tetapi memandangkan mereka jauh lebih tua daripada murid-murid, adalah wajar bagi para murid untuk mengucapkan salam. Sebagai seorang guru, jujur saya katakan budaya memberi salam yang kurang ditunjukkan oleh murid amat membimbangkan. Saya menyifatkan keadaan ini bukan saja akan memberi kesan kepada murid malahan kepada sekolah itu sendiri. Oleh itu, masalah ini mestilah diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.
Analisis masalah/Isu/peristiwa Budaya memberi salam adalah salah satu elemen penting yang perlu diambil berat oleh setiap individu kuhususnya murid-murid sekolah. Ia juga merupakan suatu perbuatan yang positif yang mana wajar diamalkan oleh setiap individu. Budaya mengucapkan salam haruslah diamalkan dari kecila lagi untuk membiasakan para murid dengan budaya yang sungguh indah ini. Bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Budaya ini bukan sahaja mendidik murid dari segi budi pekerti yang murni malahan iklim sekolah yang sihat tergambar menerusi jalinan kemesraan antara setiap orang warganya. Antara sebab-sebab yang membuatkan murid-murid tidak memberi salam kepada staf-staf sekolah atau pekerja-pekerja sekolah ialah mereka merasakan mereka tidak perlu memberi salam kerana pekerja-pekerja tersebut hanyalah pekerja sahaja dan bukan guru-guru. Kekurangan penerapan nilai dalam kalangan pelajar juga menjadi salah satu punca masalah ini timbul. Penerapan nilai itu sendiri memang ada, cuma pelajar tidak dijelaskan dengan lebih jelas tentang siapakah orang yang wajar diberi ucapan salam. Kepala surat Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam kepada pembesar-pembesar bukan Islam dimulai dengan ungkapan Aslim Taslam, bermaksud Islamlah supaya kamu sejahtera. Jika orang bukan Islam mengungkapkan "assalamu alaikum", jawapan salam itu dibalas dengan "alaikum" sahaja yang bermaksud "atas kamu juga". Hal itu tidak ada kena-mengena dengan diskriminasi, melainkan ucapan salam berkenaan berkaitan langsung dengan pegangan aqidah (kepercayaan agama tawhid). Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (Shahih Bukhari, volume 8, buku 74, nombor 250) Kita harus sedar budaya salam ini dapat mewujudkan iklim atau persekitaran sekolah yang sihat dan dapat meningkatkan imej sekolah juga.
Cadangan penyelesaian Bagi mengembalikan iklim sekolah yang mesra dan sihat, budaya memberi salam haruslah disemarakkan semula. Usaha membendung masalah tidak mengucapkan salam ini patut dipertanggungjwabkan kepada semua individu. Pihak sekolah perlu melancarkan kempen memberi salam dalam sekolah. Pihak sekolah juga boleh menghebahkan edaran brosur kepada guru kelas-guru kelas agar meraka boleh melekatkannya di papan notis kelas. Hebahan brosur boleh diberikan kepada murid dan menyuruh murid memberikan kepada ibu bapa mereka. Guru-guru juga boleh sentiasa mengingatkan kepada murid-murid setiap kali sebelum tamat waktu kelas. Guru harus mengingatkan kepada murid betapa pentingnya budaya memberi salam kepada semua warga sekolah baik dengan guru, staf-staf, pekerja-pekerja ataupun dengan rakan mereka sendiri. Ibu bapa di rumah juga memberikan peranan yang beasr memandangkan meraka ialah contoh kepada anak-anak mereka. Sekolah boleh memberi hebahan brosur dan para ibu-bapa boleh memberikan kata-kata nasihat dan teguran kepada anak mereka.
Tempoh penyelesaian
Tindakan susulan Murid-murid harus diberi nasihat dan peringatan yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Edaran hebahan serta kempen boleh dilakukan secara berterusan. Selitkan segmen nasihat ketika perhimpunan pagi sekolah secara seminggu sekali.
Kesimpulan Mewujudkan budaya positif seperti memberi atau mengucap salam dalam suasana sekolah bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh dan tidak penting, kerana pada hakikatnya, ianya sangat penting dalam mewujudkan pelbagai kesan yang positif dalam sesuatu situasi rutin harian di sekolah.