Anda di halaman 1dari 17

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa

Dan Maksud

1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

2. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping
budaya hidup yang baru.

3. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap
utuh.

5. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

7. Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang
lain dan saling membantu.

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

9. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah
sabar, sehingga mencapai kejayaan.

10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara
orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam
adat

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan
sesuatu.

14. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan ,
lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

15. Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang
dilebih-lebihkan.

16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

17. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah
bersama.

18. Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang
pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

19. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita
diami atau tinggal.

20. Masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

21. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

22. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu
berusaha dan bersusah payah

23. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak
datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

25. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak
perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

26. Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b.
Kehidupan yang senang.

27. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil
juga.

28. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

29. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula
berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh
sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

30. Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

31. Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu
bencana.

32. Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

33. Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34. Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

35. Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan
kita.

36. Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

37. Batu Penghalang
Maksud : Halangan

38. Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

39. Meninggi diri
Maksud : Sombong

40. Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

41. Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

42. Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

43. Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

44. Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

45. Murah Hati
Maksud : Pemurah.

46. Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

47. Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang
terlalu tinggi.

48. Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu
tempat

49.Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah
musim.
Orang yang tidak tetap kedudukannya.

50. Ikan di hulu tuba di hilir.
Perbuatan yang sia-sia

51. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum
lagi diperoleh

52. Ikut hakim memiat daging:sakit di awak sakitlah
orang.
Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.

53. Intan dikalungkan di leher anjing.
Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang
tidak mahu atau bukan pada tempatnya.

54. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan
mencocok, duri yang akan mengait.
Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan
rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

55. Alah sabung, menang sorak.
Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga
cakapnya.

56. Satu dijentik, sepuluh rebah.
Ertinya:~ Seorang yang dikata-katai sekalian yang
mendengar ikut merasa.

57. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu
tidak akan binasa kebaikannya.

58. Sigai dua segeragai.
Ertinya:~ Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan
perkara yang lain.

59. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Ertinya:~ Nasihat yang baik perlu diulang-ulang
menyebutnya.

60. Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.
Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yang telah
terkatakan

61. Seperti kaca terhempas ke batu.
Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.

62. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.
Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

63. Kerana mulut badan binasa.
Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

64. Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke
tangan, kilat cermin sudah ke muka.
Ertinya:~ Orang yang bijaksana dengan mudah
menangkap hujung kata atau kias seseorang.

65. Ada seperti tampaknya apung-apung.
Ertinya:~ Barang yang dihajati telah ada tetapi belum
tentu dapat diambil atau dipakai.

67. Dalam menunduk dia menyonggeng.
Ertinya:~ Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi
hatinya sendiri membantah.

68. Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.
Ertinya:~ Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan
boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya.
69. Air mata jatuh ke dalam.
Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.

70. Bagai haruan di dalam tuar.
Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau
susah

71. Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.
Ertinya:~ Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima
orang dengan curiga.

72. Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (=
diludahkan) menjadi sekam.
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

73. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah, semuanya
terbawa-bawa.

74. Berlurah di balik pendakian.
Ertinya:~ Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di
sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.

75. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada
orang.
Ertinya:~ Memang mudah menyuruh berbuat begini
begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

76. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
Ertinya:~ Perkataan atau pengakuan yang dapat
dibuktikan kebenarannya

77. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang
tinggal hanyir.
Ertinya:~ Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-
dua belah pihak.

78. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik; memulai
penghidupan yang baru.
79. Seperti raja dengan menteri.
Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara.

80. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.
Ertinya:~Alasan yang berlawanan dengan maksud yang
sebenarnya.

81. Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang
keruh.
Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi
bahasa yang kasar

82. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
Ertinya:~ Orang yang elok dan tampan tetapi berbudi
bahasa

83. Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.
Ertiny:~ Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan
orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan
84. Berhampar lapik, berlicin daun.
Ertinya:~ Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik
dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan
perasaan-perasaan yang buruk

85. Batu pun empuk, jangankan hati manusia.
Ertinya:~ Perkataan yang lemak manis dapat menawan
hati yang keras.

86. Seperti anjing dengan kucing
Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yang
saling berkelahi bila berjumpa susah utk mereka berdamai

87. Seperti ayam dengan itik like a chicken and a duck
Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yg
mempunyai masalah berkomunikasi - Two people having
communications problems

88. Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia
menggigit.
Ertinya:~ Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih

89. Seberapa panjang sarung, begitulah panjang
matanya.
Ertinya:~ Perangai (perkataan) yang baik atau jahat
menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang

90. Umpama semut mempersembahkan paha belalang
kepada raja.
Ertinya:~ Pemberian yang tidak ada ertinya.

91. Ada beras, taruh dalam padi
Ertinya:~ Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

92. Ada bukit, ada paya
Ertinya:~ Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

93. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Ertinya:~ Hendaklah menurut adat dan aturan tempat
yang kita diami.

94. Kemana angin deras, kesitu condongnya
Ertinya:~ Pendirian yang tidak tetap.

95. Asal ada, kecil pun pada
Ertinya:~ Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.

96. Cencang dua segeragai
Ertinya:~ Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.

97. Dikati sama berat, diuji sama merah
Ertinya:~ Pangkat atau kedudukan yang sama.

98. Sampai bersalam, pulang berterajang
Ertinya:~ Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik,
tetapi pulang dengan nama yang jahat.

99. Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain,
buangkan aku
Ertinya:~ Isteri yang mencari kekasih lain.

100. Dikulum menjadi manikam, Dimuntahkan menjadi
sekam
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

101. Ada angin ada pohonnya.
Ertinya:~ Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.

102. Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa
tahu.
Ertinya:~ Hanya diri orang itu sahaja yang tahu akan
penderitaan atau kesedihannya.

103. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu
memikul.
Eritnya:~ Berapa susah kita melihat kesusahan orang
lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan
itu.

104. Seperti kain kasa di atas duri.
Etinya:~ Suatu perkara yang terlalu sukar
menyelesaikannya; harus sabar dan hati-hati.

105. Bibir saya bukan diretak panas.
Ertinya:~ Kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.

106. Buat di alang tahun, belayar di luar musim.
Ertinya:~ Melakukan sesuatu salah masa.

107. Jangan tercicir di periuk
Ertiny:~ Jangan membuat angkara di mana kita
menumpang.

108. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan
halaman orang.
Ertinya:~ Urus hal sendiri dahulu baru urus hal orang

109. Manusia tahan kias, binatang tahan palu.
Ertinya:~ Mengajar manusia dengan sindiran manakala
haiwan dengan pukulan.

110. Serkap jarang
Maksudnya; menuduh tampa usul periksa
Contoh: "Jangan pakai serkap jarang, siasat dahulu
tuduhan awak itu." Kata Rahim kepada saya.

111. Jaga mulut
Maksudnya: Pelihara lidah; berhati-hati dalam
percakapan
Contoh: Dizaman Jepun dahulu sesiapa yang tidak jaga
mulut akan ditangkap oleh pihak kempeitai.

112. Periuk mengumpat belanga.
Ertinya:~ Orang yang memburukkan orang lain,
sedangkan ia sendiri pun buruk juga.

113. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa
hilang.
Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu hal orang lain
hendaklah berhati-hati.

114. Rantai besi dimakan bubuk.
Ertinya:~ Cerita yang tak masuk di akal.

115. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia
seorang tiada dapat dimaklumi.
Ertinya:~Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia
kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.

116. Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.
Ertinya:~ Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras
ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.

117. Salah cotok melantingkan.
Ertinya:~ Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan
dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.

118. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi
pulau.
Ertinya:~Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan
tetap baik juga.

119. Matahari tengah gerhana.
Ertinya:~ Berwajah muram kerana dukacita.

120. Rasa termengkelan di hati.
Ertinya:~ Merasa musykil.

121. Seperti memekik di tengah padang luas.
Ertinya:~ Seruan yang tidak diendahkan orang.

122. Seperti bunyi gung tertangkup.
Ertinya:~ Kata-kata yang tidak jelas.

123. Sebagai ayam diasak malam.
Ertinya:~ Tidak ada daya upaya lagi.

124. Biar, biar naik ke mata.
Eritnya:~ Kecewa.

125. Seperti di atas titian.
Ertinya:~ Dalam kebimbangan.

126. Api padam puntung berasap.
Ertinya:~ Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan
kembali.

127. Agak-agak bertutur malam hari.
Ertinya:~ Mesti selalu beringat-ingat ketika
memperkatakan sesuatu.

128. Orang itu empat gasal, lima genap.
Ertinya:~ Orang yang suka berbantah dan berlainan
faham daripada orang banyak.

129. Buruk muka cermin dibelah.
Ertinya:~ Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang
disalahkan.

130. Melentur biarlah waktu rebung.
Ertinya:~ Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila
telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi.

131. Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah
bak lengan.
Ertinya:~ Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat
(tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta
bantuan daripada orang lain lagi.

132. Hujan panas permainan hari, senang susah
permainan hidup.
Ertinya:~Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan
ada kalanya susah.

133. Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
Ertinya:~ Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang
menyalahi kebiasaan.

134. Segigi tajam bertimbal, nak hujung pangkal
menjelma.
Ertinya:~ Orang yang mempunyai dua pendirian.

135. Longgar sendat lapang bertukul.
Ertinya:~ Hanya berpura-pura menerima sesuatu
kebenaran tetapi sebenarnya tidak.

136. Seperti kecek ular.
Ertinya:~ Menceritakan berlebih-lebihan daripada
keadaan yang sebenarnya.

137. Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.
Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan
sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk
padahnya.
138. Syarak yang mengata, adat yang memaksa.
Ertinya:~ Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan

139. Di mana tumbuh, di situ disiang.
Ertinye:~ Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan,
hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga

140. Mudah luka payah sembuhnya.
Ertinya:~ Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi
mencari perdamaian sangat sukar.

Anda mungkin juga menyukai