Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL


JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
PENYEDIAAN MAKANAN PJJ
(VEF 3013)

TUGASAN
Tugasan kursus merupakan salah satu kompenan penilaian tahap kemajuan. Setiap pelajar
diwajibkan melakukan tugasan ini. Tujuan tugasan kerja kursus adalah untuk menilai
pencapaian pelajar sama dapat memahami dan mengetahui terhadap topik yang akan
dibincangkan dalam kuliah serta dapat mengaplikasikan teori-teori yang bersesuaian.

ARAHAN TUGASAN:

1. Pelajar dikehendaki membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah secara individu.

2. Tugasan : Kuih Tempatan

Tugasan bertulis ini merupakan tugasan individu dan markahnya 10, di mana setiap
pelajar dikehendaki menghuraikan dan menerangkan dengan jelas tentang kuih
tempatan berdasarkan perkara perkara di bawah:

a) Jenis jenis kuih tempatan
b) Membincangkan ciri dan sumber kuih tempatan
c) Cara memasak serta kaedah yang digunakan dalam pembuatan kuih tempatan.

3. Pelajar perlu melampirkan 2 jenis resepi bersama gambarnya di bahagian lampiran.

4. Pelajar dikehendaki mematuhi format yang telah ditetapkan seperti berikut:

a) Font: Times New Roman
b) Ukuran: 12
c) Jarak: Langkau 1.5 baris
d) Perenggan: Justify
e) Mukasurat
f) Isi kandungan
g) Lampiran
h) Rujukan/bibliografi
i) Mukadepan: Nama dan logo universiti, nama fakulti serta jabatan,nama kursus
pelajar, subjek, tajuk, disediakan oleh siapa (nama pelajar), disediakan untuk
siapa (nama pensyarah) dan tarikh penghantaran tugas.

5. Rujukan mesti disertakan dan dipetik dari sumber yang sahih dan berbentuk
akademik. Rujukan boleh diperolehi menerusi :
a) Buku
b) Jurnal
c) Media massa (suratkhabar atau majalah)
d) Internet


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
PENYEDIAAN MAKANAN PJJ
(VEF 3013)

PROJEK (INDIVIDUAL)
Projek kursus merupakan salah satu kompenan penilaian tahap kemajuan. Setiap pelajar
diwajibkan melakukan projek ini. Tujuan projek kerja kursus adalah untuk menilai
pencapaian pelajar sama dapat memahami dan mengetahui terhadap topik yang akan
dibincangkan dalam kuliah serta dapat mengaplikasikan teori-teori yang bersesuaian.

ARAHAN PROJEK:

1. Pelajar dikehendaki membuat projek yang diberikan oleh pensyarah secara individu.

2. Projek : VIDEO DEMONSTRASI MASAKAN NASI LEMAK

Projek video ini merupakan projek individu dan markahnya 25 di mana setiap pelajar
dikehendaki menghasilkan video demonstrasi masakan bagi tujuan pengajian dan
pembelajaran (P&P). Tajuk video tersebut ialah Hidangan sepinggan lengkap nasi
lemak. Berikut ialah bahan-bahan yang perlu ada di dalam hidangan tersebut :
a) Nasi lemak
b) Sambal ikan bilis/ sotong
c) Telur rebus dibelah dua
d) Timun
e) Kacang
f) Ikan bilis goreng

*video berdurasi lebih kurang 25 hingga 30 minit

Antara kriteria permarkahan yang diambil kira ialah :

a. Kebersihan (peralatan dan kesusuaian tempat) 3 markah
b. Mise en place ( persediaan sebelum memasak) 3 markah
c. Kaedah masakan yang digunakan 3 markah
d. Hasil Produk Akhir 3 markah
e. Kreativiti pelajar 3 markah
f. Laporan masakan (Borang A,B,C,D) 10 markah
JUMLAH 25 markah

Video yang telah disiapkan perlulah di burn di dalam CD dan dipos kepada Pensyarah
masing-masing ke alamat :

(Nama Pensyarah)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak

Laporan pula perlu dihantar melalui tapak tugasan yang telah disediakan. .

3. Pelajar dikehendaki mematuhi format yang telah ditetapkan seperti berikut bagi
menulis laporan masakan

a) Font: Times New Roman
b) Ukuran: 12
c) Jarak: Langkau 1.5 baris
d) Perenggan: Justify
e) Mukasurat
f) Isi kandungan
g) Lampiran (gambar hidangan nasi lemak)
h) Mukadepan: Nama dan logo universiti, nama fakulti serta jabatan,nama kursus
pelajar, subjek, tajuk, disediakan oleh siapa (nama pelajar), disediakan untuk
siapa (nama pensyarah) dan tarikh penghantaran tugas.

4. Sila ambil perhatian bahawa tarikh penghantaran tugasan pada 27 APRIL 2014
Kelewatan penghantaran tugasan dari tarikh yang telah ditetapkan akan menyebabkan
pelajar kehilangan markah yang telah ditetapkan.