Anda di halaman 1dari 10

NASI AYAM LAUT SEPINGGAN

KARYA : J.M AZIZ



MAKSUD
Rangkap 1
Pada waktu pagi, ketika hari mulai siang, gelombang semakin tenang dan air laut mulai
pasang, golongan nelayan mulai turun ke laut mencari rezeki. Mereka biasanya mencari
rezeki di kawasan yang banyak ikan.

Ikan yang Berjaya ditangkap akan dibawa pulang ke darat. Mereka akan melabuhkan
perahu serta tangkapan mereka di pengkalan Kerteh. Manakala para isteri pula
menyiapkan masakan hasil daripada ikan yang dibawa pulang.

Rangkap 2
Di atas tikar mengkuang yang bercorak alamanda, sepasang suami isteri duduk sambil
menjamu selera. Sepinggan nasi dikongsi berdua melambangkan kebahagiaan dan
nikmat hidup berumahtangga.

MAKSUD KESELURUHAN
Sajak ini mengisahkan kehidupan golongan nelayan. Setiap hari mereka akan turun ke
laut untuk menangkap ikan, terutamanya ketika cuaca yang baik. Selalunya, mereka
akan mencari rezeki di tempat yang dikenal pasti mempunyai banyak ikan. Tangkapan
akan dibawa pulang dan mendarat di labuhan Kertih. Sebahagian tangkapan dibawa
pulang ke rumah untuk dimasak oleh para isteri.

Suami isteri akan duduk makan bersama-sama dengan penuh kasih sayang. Walaupun
dalam kemiskinan, namun kebahagiaan dan nikmat hidup berumahtangga tetap terjalin
antara mereka.

TEMA
Kasih sayang dalam kehidupan berumah tangga.
Huraian : kebahagian berumah tangga dan nikmat berkasih sayang hidup dan
berumahtangga terjalin dalam sebuah keluarga nelayan walaupun mereka miskin.
Contoh baris:
Nasi ayam lauk sepinggan makan berdua
Alahai lazatnya cinta rasa

PERSOALAN

Persoalan kegigihan mencari rezeki untuk keluarga.
Para nelayan gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Contoh :
Fajar menyingsing mengarak siang
langit terang laut teduh
riak pasang pagi menyimbah
puteri duyung lubuk khazanah

Persoalan kasih sayang antara suami isteri walaupun hidup dalam
kemiskinan.
Meskipun hidup dalam kemiskinan namun kasih sayang antara suami dan isteri tidak
pernah luntur.
Contoh :
Di tikar mengkuang berbunga alamanda
Adam Hawa bersimpuh bersila
nasi ayam laut sepinggan makan berdua

Persoalan kebahagiaan hidup berumahtangga.
Rasa cinta dan kasih sayang menjadi penentu kebahagiaan rumah tangga
Contoh :
alahai lazatnya cinta rasa
nikmat hidup berumahtangga

Persoalan tanggungjawab suami dan isteri
Kehidupan berumah tangga yang saling memahami antara suami dan isteri
Contoh :
Adam bawa balik ayam laut
Siti Hawa menghidang di dapur.

Persoalan bersyukur dengan nikmat yang diperolehi
Contoh : nasi ayam laut sepinggan makan berdua
alahai lazatnya rasa cinta

BENTUK

Rangkap
Terdiri daripada 2 rangkap.

Jumlah Baris
Bilangan baris dalam satu rangkap tidak sama.
Terdapat antara 5 hingga 15 baris serangkap.
Contoh : R1 : 15 baris
R6 : 5 baris

Jumlah Perkataan
Bilangan perkataan dalam sebaris tidak sama.
Terdapat antara 4 hingga 6 patah perkataan serangkap.
Contoh :
Langit terang laut teduh (4 patah perkataan)
nasi ayam laut sepinggan makan berdua(6 patah perkataan)

Jumlah Sukukata
Jumlah sukukata dalam sebaris tidak sama iaitu antara 8-13 sukukata
Contoh : langit terang laut teduh (8 sukukata)
di tikar mengkuang berbunga alamanda (13 sukukata)

Rima Akhir
Rima akhir setiap baris tidak sama.
R1- abcdefghijklmno
R- abcde

Sajak ini merupakan sajak berbentuk bebas.



GAYA BAHASA

Personifikasi
Contoh : dibelai dipupuk bayu timur

Alusi
Contoh : Adam, Hawa (nama tokoh)
Kerteh (nama tempat)

Inversi
Contoh : di labuhan Kerteh menyusun syair
(menyusun syair di labuhan Kerteh)

Imejan
Contoh : ayam laut
melambangkan ikan baru yang segar dan lazat dimakan

Pemilihan kata / diksi
Contoh : langit terang laut teduh (Penggunaan diksi yang memberi kesan makna yang
mudah difahami)

Asonansi.
Contoh : membunga debunga minyak pengasih (pengulangan bunyi vokal a)

Aliterasi.
Contoh : Berpasir garam berpohon nyiur manis (pengulangan bunyi konsonan r)

NADA
Romantis
Gambaran kebahagiaan berumahtangga dan nikmat berkasih sayang antara suami dan
isteri terjalin kukuh walaupun miskin
Contoh baris:
membawa debunga minyak pengasih
akan menghanyut rindu resah

PERASAAN DAN SIKAP
Penyajak kagum akan kegigihan golongan nelayan mencari rezeki bagi menampung
kehidupan keluarga tercinta.

Penyajak berasa teruja akan kebahagiaan dan nikmat hidup berumahtangga yang
dirasai oleh golongan nelayan walaupun hidup dalam kemiskinan.

Penyajak berasa teruja akan keikhlasan suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab
masing-masing dalam kehidupan berumahtangga.

Penyajak bersikap menghargai kegigihan golongan nelayan mencari rezeki bagi
menampung kehidupan sekeluarga

NILAI
Kegigihan
Golongan nelayan gigih mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga tercinta.
Contoh : lalu berenang meniti arus
Hala tujunya ke tanah besar


Kasih Sayang
Kasih sayang yang kukuh terjalin antara suami isteri walaupun hidup dalam kemiskinan
Contoh : nasi ayam laut sepinggan makan berdua

Bertanggungjawab
Suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam kehidupan
berumahtangga.
Contoh : Adam bawa balik ayam laut
Siti Hawa menghidang di dapur

Keikhlasan
Suami dan isteri ikhlas melaksanakan tanggungjawab mereka demi keluarga yang
dicintai.
Contoh : Adam bawa balik ayam laut
Siti Hawa menghidang di dapur


PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih berusaha mencari nafkah untuk menyara keluarga.
Contoh : : lalu berenang meniti arus
hala tujunya ke tanah besar

Kita perlulah mempamerkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri.
Contoh : Di tikar mengkuang berbunga alamanda
Adam Hawa bersimpuh bersila

Kita perlulah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga.
Contoh : nasi ayam lauk sepinggan makan berdua

Seorang isteri perlulah mengurus rumahtangga dan keluarga dengan baik.
Contoh : Adam bawa balik ayam laut
Siti Hawa menghidang di dapur

Kita haruslah bersyukur dengan kebahagiaan yang dimiliki.
Contoh : alahai lazatnya cinta rasa
nikmat hidup berumahtangga

Kita hendaklah saling bertolak ansur antara suami isteri
Contoh : alahai lazatnya cinta rasa
nikmat hidup berumahtangga


Hikayat Putera Jayapati


HIKAYAT PUTERA JAYAPATI
Ringkasan Persitiwa

1. Kisah bermula dengan Putera Jayapati dengan perasaan gembira menuju kerumah
Malik Indera untuk mendapatkan pendahan (lembing pendek) ms 86.

2. Kedatangan Putera Jayapati (PJ)disambut mesra oleh Malik Indera suami isteri.
Menjelang petang PJ membersihkan diri/mandi lalu menikmati makan malam yang
disediakan.

3. PJ mencitakan (menggunakan kesaktian) mewujudkan kudanya Janggi Aspur untuk
membawanya terbang ke mahligai tuan puteri Cendera Nurlaila. Apabila tiba di
mahligai tuan puteri, PJ menyuruh kudanya pergi dan datang semula apabila dipanggil.
Janggi Aspur pun ghaib.

4. Tuan puteri sangat gembiramenerima kedatangan PJ sehingga tidak mahu berpisah.

5. Episod seterusnya menceritakan peristiwa Raja Indera Wirana memberitahu tentang
kedatangan kekandanya Raja Indera Peri membawa bersama puteranya Ranjuna
(tunang tuan puteri)untuk mengahwinkan mereka kepada Raja Gangga Wijaya
(ayahanda tuan puteri).

6. Permaisuri menyuruh dayang-dayang memanggil puterinya untuk memberitahu
tentang kehadiran Raja Peri (bakal mentua tuan puteri) yang ingin mengahwinkannya
dengan puteranya Ranjuna pada bulan itu juga.

7. Inangan tuan puteri memaklumkan perkara tersebut kepada tuan puteri yang baru
bangun tidur (bersama PJ).Tuan puteri sangat terkejut dan berasa takut.

8. PJ menyuruh tuan puteri pergi bertemu tunangnya tetapi tuan puteri tetap mahu
bersama PJ. PJ juga menasihati puteri supaya jangan menderhaka kepada
ayahandanya, tetapi tuan puteri tetap berkeras kerana yakin jika pergi pun ayahandanya
tetap akan murka (tidak mengampunkan dosanya).

9. Dayang-dayang yang terkejut melihat ada lelaki lain bersama-sama tuan puteri telah
diberitahu oleh tuan puteri supaya memaklumkan kepada ayahandanya bahawa beliau
tidak boleh mengadap mereka kerana ada halangan.

10. Dayang-dayang memaklumkan apa yang dilihat oleh mereka, perkhabaran itu
menimbulkan kemarahan Raja Gangga Wijaya (RGW) lalu menghantar menteri
hulubalang untuk menyerang dan membawa pulang PJ(ms 93) ke istana RGW.

11. Tuan puteri menangis ketakutan akan kehilangan PJ, sebaliknya PJ dengan tenang
memujuk tuan puteri tuan puteri dengan menyatakan bahawa beliau boleh
menghadapinya sendiri.

12. PJ menggunakan kesaktian menyeru nama gurunya Bekawan Narada, menjelma
menjadi 4 orang jin (ms 95) untuk menyerang hulubalang RJW di bawah mahligai
tersebut.

13. Segala hulubalang RGW dapat ditewaskan oleh jin berempat, peristiwa tersebut
menimbulkan kemarahan, berlaku peperangan antara rakyat RGW dengan PJ,
hulubalang RGW hamper menewaskan angkatan perang PJ, bangkit semula semangat
jin berempat intuk melawan dan akhirnya angkatan perang PJ beroleh kemenangan.

14. RGW akhirnya mengaku kalah dan menyerahkan keadaan kepada bakal besannya
pula-Raja Indera Peri ( RIP), untuk melancarkan serangan kepada PJ, malah
memberikan syarat siapa yang Berjaya dalam peperangan tersebut, dialah yang menjadi
menantunya.

15. Peperangan antara PJ dengan RGW terhenti selama 4 hari, ketika itulah PJ
menimbang gemala hikmat di tengah padang Indera-terdirilah Negara kota lengkap
dengan kota paritnya sebagai bersiap sedia untuk berperang dengan RIP. Tuan puteri
juga dibawa masuk ke dalam kota tersebut.

16. RIP dan Raja Indera Wirama terkejut apabila melihat terdapat kota, RIP pun
memuja hikmatnya , mustaidkan sebuah Negara kota dan istananya-melancarkan
peperangan.

17. Angkatan perang PJ hamper menewaskan lawannya, Raja Indera Wirana dalam
keadaan marah lalu melompat ke atas kudanya Tandi Biram masuk ke tengah medan
peperangan, ramai yang mati kecuali jin berempat, Raja Indera Wirama pun memanah
Sangga Mukasin, tiada lut-anak panah terpelanting ke bumi, dipanah ke udara berlaku
hujan dan angin yang kuat menimpa jin berempat mengerbangkan rambutnya.

18. Semua peristiwa itu diceritakan kepada PJ-PJ marah lalu menyatakan beliau sendiri
akan keluar berperang. Sebelum itu baginda berpesan kepada tuan puteri, sekiranya
baginda tewas/mati dibunuh oleh tuning tuan puteri kapankan baginda dengan kain
yang dipinggang tuan puteri dan mandikan dengan air mata tuan puteri. Tuan puteri
bersedih dan menangis-mahu membunuh diri tetapi dipujuk oleh PJ.

19. Berlaku peperangan yang hebat antara PJ dengan tunang tuan puteri (RIP)
disaksikan oleh RGW. RGW (adik RIP) memanah ke udara, turun hujan api terkena PJ ,
PJ membalas turun air dan angin kencang memadamkan api. RGW membalasnya turun
taufan yang dasyat. RIW memanah batu, menimpa PJ, dibalas oleh PJ turun bukit besi
kursani untukmenahan batu. RIW terlalu marah lalu bertempik menjadi merak
berkepala seribu dan tangan kakinya dua ribu. PJ menjadikan dirinya raksasa yang
besar . RIW menjadikan dirinya Walimana dan PJ menjadikan pula dirinya geroda.
Mereka berperang sambar menyambar, pagut memagut di udara-kembali ke bumi
kembali kepada rupa asal.

20. RIW pun menjadikan dirinya naga kepala tujuh sebesar pulau-Jayapati pula
menjadi ular naga seperti gunung. RIW menjadi marah kerana kerana tidak dapat
mengalahkan PJ lalu mengambil anak panahnya bernama Dewa Laksana, PJ
mengeluarkan anak panahnya bernama Dewa Laksana Dewa. RIW berjanji sekiranya
dia kalah dia rela mati. Akhirnya RIW kalah dan mati. Raja Indera Samudera Lela
hendak pergi menyerang PJ tetapi dihalang oleh ayahandanya.

21. Masing-masing tertanya-tanya (RGW) siapakah sebenarnya PJ-lalu diberitahu oleh
menteri PJ anak Maharaja Kala Wanda-anak raja besar yang tidak diketahui dari mana
datangnya.
Anda mungkin juga meminati: