Anda di halaman 1dari 3

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI

921121-03-5629
T3 S1 MU1

Laporan Persembahan Gamelan
Kelas kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan
kumpulan B. setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 11 orang. Saya merupakan
ahli untuk kumpulan B. latihan untuk persembahan kami bermula dari awal bulan 1
lagi. Kami telah diwajibkan untuk memainkan 4 buah lagu yang merupakan 1 lagu
wajib dan 3 lagi mengikut pilhan dan kreativiti sendiri.
Lagu wajib adalah lagu Sakan. Lagu ini merupakan lagu yang wajib
dimainkan untuk setiap kumpulan. Lagu ini juga mewajibkan saya dan ahli kumpulan
untuk bermain menggunakan gubahan atau skor asal. Untuk lagu ini, saya telah
memegang alat sarong demung sebagai alat utama saya. Alat tersebut agak susah
bagi saya untuk lagu ini. Namun, lagu ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana
pihak jabatan muzik telah memanggil seorang jurulatih dari luar iaitu Che Mat dating
untuk mengajar kami. Beliau merupaka seorang pakar gamelan yang berasal dari
Kelantan namun telah menetap di Pulau Pinang dan menjadi salah seorang staff di
USM. Kami mempunyai 2 sesi latihan bersama beliau. Banyak ilmu yang telah
diberikan kepada kami. Untuk sarong demung juga beliau mengajar saya untuk
bermain dengan cara yang betul iaitu teknik mute.
Lagu kedua yang saya dan ahli kumpulan main adalah lagu lenggang
kangkung. Lagu ini saya hanya memainkan gong. Lagu ini kami telah mengubah
sedikit sebanyak dari segi dinamik iaitu kami memainkan kuat (f) untuk setiap 4 bar
dan bertukar kepada dinamik lembut (p) untuk setiap 4 bar. Lagu ini kami telah ubah
untuk menjadikan medley bersama lagu wau bulan. Namun lagu wau bulan kami
hanya memainkan beberapa bar sahaja dan kembali memainkan lagu lenggang
kangkung sebanyak 4 bar. Lagu ini juga kami telah memasukan gitar yang
memainkan kord.
Lagu ketiga yang telah dimainkan saya bersama kumpulan adalah lagu madu
dan racun. Lagu ini agak menarik kerana saya telah memainkan rebana ubi sebagai
nadi utama lagu ini. Pada permulaanya, saya disuruh oleh ketua kumpulan untuk
memainkan drum elektronik namun pada saat akhir saya disuruh memainkan rebana
ubi kerana bunyi yang dihasilkan lebih padu dan nyata. Lagu ini kami telah
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI
921121-03-5629
T3 S1 MU1
memasukkan kibod yang memainkan intro lagu bersama irangan kord daripada gitar.
Lagu ini agak menarik bagi saya kerana kebanyakkan orang tahu lagu ini dan ini
membuatkan saya seronok memainkannya.
Lagu keempat adalah lagu dikir puteri. Untuk lagu ini pula saya memainkan
gambang. Gambang juga memainkan melodi sama seperti yang dimainkan oleh
boning. Pada permulaanya agak sukar untuk saya memainkan alat ini kerana ianya
merupakan pengalaman baru bagi saya kerana saya tidak pernah memainkan alat
ini pada sebelum ini. Namun hasil tunjuk ajar pensyarah dan Che Mat, saya dapat
memainkan lagu ini dengan sempurna. Lagu ini juga telah diubah oleh kami. Kami
telah memasukkan intro baru kepada lagu ini dan telah medley bersama lagu ikan
kekek pada pertengahan lagu ini. Lagu ini juga kami telah memasukkan kompang
yang memainkan rentak pada korus lagu ini. Bagi pandangan saya, bila paluan
kompang dimainkan pada korus telah membuatkan lagu ini lebih bertenaga dan
menarik.
Kumpulan saya telah mendapatkan khidmat kelab siswa budaya dengan
meminjam kostum mereka untuk dipakai sewaktu persembahan. Tema pakaian kami
untuk malam tersebut adalah etnik di Malaysia kerana kami memakai baju melayu
lengkap bersampin dan baju etnik Serawak. Bagi perempuan pula mereka memakai
baju kurung bersama kain batik.
Sebelum persembahan dimulakan, pada sebelah petang, kumpulan saya dan
bersama tiga kumpulan lagi telah bersama-sama mengangkat barang dari bilik
gamelan ke tempat persembahan iaitu bertempat di Gelanggara. Kami telah
bersama-sama mengangkut barang gamelan yang begitu berat dan bersama-sama
menghias tempat tersebut. Saya telah mengangkat gong agong secara
berseorangan dan saya merasakan gong agong tidaklah seberat ciri fizikal dia.
Selepas siap mengangkut barang, kami telah mengadakan acara rehearsal untuk
menguji bunyi di tempat terbuka. Selepas semua kumpulan habis melakukan
rehearsel, kami telah membahagikan tugas kepada setiap kumpulan untuk bergilir-
gilir menjaga alat tersebut kerana ada orang yang perlu balik untuk menukar pakaian
dan baju.
Semasa persembahan, kumpulan kami mendapat giliran ke-4 iaitu kumpulan
terakhir yang melakukan persembahan pada hari tersebut. Semasa saya melihat
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI
921121-03-5629
T3 S1 MU1
persembahan dari kumpulan lain, saya merasakan agak tercabar dengan saingan
yang diberikan oleh mereka. Semasa melakukan persembahan, untuk lagu pertama,
ada beberapa kesalah yang telah dilakukan oleh saya namun saya telah cuba untuk
meneruskan lagu seperti yang telah dirancang. Untuk lagu kedua, saya merasakan
saya tidak membuat kesilapan kerana saya hanya memainkan gong. Untuk lagu
ketiga, saya merasa bangga dengan kumpulan saya kerana saya melihat semua
orang tertarik untuk melihat kumpulan saya membuat persembahan. Lagu tersebut
saya rasakan merupakan lagu terbaik bagi kumpulan kami. Untuk lagu keempat,
saya juga telah melakukan beberapa kesilapan tetapi saya telah cuba untuk
membaiki kesalahan saya agar saya tidak mengecewakan ahli kumpulan saya.
Selepas semua persembahan tamat, kami telah bersama-sama mengambil
gambar bersama pensyarah dan kami telah sama-sama sekali lagi mengangkat alat-
alat gamelan kembali ke bilik gamelan. Semua orang telah memberi kerjasama yang
sangat baik dan saya bangga dengan pencapaian semua orang pada malam
tersebut,
Kesimpulanya, tugasan ini telah membuatkan semua orang yang mengambil
bahagian pandai untuk bermain sekurang-kurangnya tiga alat gamelan. Kami juga
telah belajar cara untuk mengurus persembahan dengan baik. Seterusnya, kami
juga telah belajar cara untuk menghormati satu sama lain dan cara untuk
bekerjasama.

Anda mungkin juga menyukai