Anda di halaman 1dari 8

Kesahan dan kebolehpercayaan dalam Ujian

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN



Ujian Yang Baik Mempunyai Kesahan Dan Kebolehpercayaan Yang Tinggi.
Mengapakah Ciri Tersebut Penting Dan Bagaimanakah Kesahan Dan
Kebolehpercayaan Ujian Ditingkatkan?

Sistem penilaian memang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan. Setiap
perancangan kurikulum mesti diikuti dengan penilaian. Kebanyakan penilaian yang
diamalkan dinegara kita adalah penilaian berbentuk ujian. Mengikut Ebel (1979),
sebenarnya pembina ujian menghadapi dua persoalan :
pertama, untuk menentukan apa yang ingin diukur, dan
kedua, membuat keputusan bagaimana mengukurnya.

Sementara dari segi makna ujian pula Crombach (1970) telah memberikan satu definisi
ujian yang agak luas, iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku
seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem
berkategori.

Kenyataan di atas memberikan gambaran bahawa ujian bukan merupakan sesuatu
yang boleh dilakukan begitu sahaja. Malah ianya memerlukan perancangan dan
pengendalian yang sistematik. Bagaimana pula dengan penilaian? Penilaian mencakupi
lebih luas dan lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan ujian. Mengikut Popham
(1975), penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang
nilai fenomena pendidikan. Secara lebih luas, penilaian pendidikan itu mencakupi
aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran, dan matlamat ke arah
mana usaha pengajaran dihalakan.

Dari sudut pengajaran, penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik
untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar
(Gronlund, 1981). Ini jelas menunjukkan bahawa penilaian adalah merupakan suatu
cara atau alat bagi mengukur keberkesanan pengajaran di samping untuk menentukan
sama ada objektif pengajaran boleh dicapai.

Sebagaimana yang kita ketahui, ujian atau peperiksaan adalah satu aspek penting
dalam sistem pendidikan kita. Berbagai bentuk ujian bertulis boleh diadakan oleh guru
dari semasa ke semasa, seperti ujian betul/salah, mengisi tempat kosong,
mamadankan, ujian beraneka pilihan dan juga bentuk esei. Pada asasnya, semua ini
bertujuan mendapatkan maklumat. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat
mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya , meramal
keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Walau apa pun
format ujian yang hendak dibina, atau dipilih, pastikanlah bahawa ujian itu mempunyai
ciri-ciri tertentu yang menjadikannya suatu ujian yang baik. Antara ciri-ciri penting ujian
yang baik ialah seperti kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).




KESAHAN

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat
mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain,
sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu
yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur
(Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada
kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian
dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh
dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan
telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan
gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur
ketinggian seseorang. Keputusan ujian, atau skor markah memberi gambaran sebenar
atai tidak sebenar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya
sah. Kesahannya bergantung kepada beberapa jenis kesahan.

a) Kesahan isi (content validity)

Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak
menyediakan ujian. Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu
diadakan, kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk
dalam sukatan pelajaran peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk.
Bagi sebarang ujian bertulis maka sangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari
tujuan utama ujian itu. Kemudian ia hendaklah memilih atau menyediakan item ujian-
ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid-
murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. Contohnya,
item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu,
sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi
kerana tidak meliputi sukatan pelajaran.

b) Kesahan telahan/ ramalan

Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau
kelayakan seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan.
Contohnya guru biasa mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah
sebelum murid-murid mengambil peperiksaan PMR, SPM, atau sebagainya.
Berdasarkan pencapaian murid-murid ini maka kita dapat meramal kejayaan murid-
murid dalam peperiksaan sebenar tersebut. Demikian juga bagi Ujian Kelayakan
Latihan Perguruan (UKELP). Sekiranya calon-calon yang lulus dalam UKELP dan dipilih
mengikuti kursus perguruan juga berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan
serta menjadi guru yang berkesan maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang
tinggi.

c) Kesahan Semasa/Serentak

Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam
sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang
serupanya. Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama
ditakbirkan tidak lama kemudian, pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian
pertama, kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak
pengalaman daripada ujian yang pertama.


d) Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana
seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat
peramah, bertanggung jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan
sebagainya. Semua ini merupakan idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk
mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar
item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. Berdasarkan teori atau kajian
ini, kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang ada hubungannya dengan
gagasan tersebut. Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang murid yang kreatif
juga merupakan seorang yang imaginatif.

Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian

a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah
dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual
Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan
disediakan. Di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak
diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang
seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif
pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk
yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini
bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam
sukatan pelajaran.

b) Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari korelasi diantara markah
pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan itu. Hal
ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan kesahan gagasan untuk satu ujian
yang dikatakan mengukur semangat berdikari, maka kita terpaksa mencari korelasi
markahnya dengan satu markah bagi ujian lain yang mengukur trait yang sama.

c) Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu
kumpulan yang diketahui mempunyai trait itu. Sifat hormat menghormati boleh
dikatakan sangat tinggi dikalanganm ahli-ahli agama. Ataupun sifat mencari keuntungan
yang maksimum terdapat dikalangan peniaga-peniaga. Oleh itu sesuatu ujian itu
bolehlah ditadbirkan kepada golongan-golongan yang dikatakan mempunyai sifat
ataupun trait yang dikehendaki itu. Jika markah kumpulan itu tinggi maka dapatlah
dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan gagasan yang tinggi.

d) Dengan menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik-detik startegik di
dalam ekperimen itu. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian yang keadaan
mengubah sesuatu trait itu dapat diwujudkan. Keadaan yang berlainan itu memberi
kesan kepada trait seseorang itu. Umpamanya sifat putus asa akan bertambah serius
jikalau seseorang itu menghadapi kegagalan demi kegagalan. Oleh itu untuk
mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang mengukur trait putus asa ini, maka ujian ini
bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang dimasukkan ke dalam satu ekperimen
apabila keadaan dikelolakan supaya mereka yang dieksperimenkan itu mengalami
kegagalan berturut-turut. Jikalau markah pada ujian itu menunjukkan pertambahan dari
satu masa ke satu masa yang berikutnya maka dapatlah dikatakan yang ujian itu
mempunyai kesahan.

e) Langkah utama bagi mendapatkan kesahan ini ialah menentukan kriteria tentang apa
yang dikatakan kemampuan atau kejayaan di dalam sesuatu perkara yang diramalkan
itu. Umpamanya perlu diketahui apakah ciri-ciri yang ada pada jurutaip yang dikatakan
baik itu ataupun apakah ciri-ciri kejayaan di dalam pelajaran di sekolah menengah.
Jurutaip yang baik mungkin dapat menaip sebanyak 80 perkataan dalam satu mionit,
mengetahui semua format surat menyurat, dapat mengeja dengan tidak membuat salah
lebih daripada 2% daripada perkataan yang terdapat pada sesuatu kerja yang
dikendalikan, dapat menaip terus menerus dalam jangkamasa 1 jam, dan berbagai-
bagai lagi. Bagi kejayaan dalam pelajaran sekolah menengah pula, mungkin perkara-
perkara yang penting ialah mendapat markah tidak kurang daripada 60% di dalam tiap-
tiap ujian yang diambil, menolong rakan sebaya di dalam hal-hal pelajaran di sekolah
dan mengambil peranan aktif semasa di bilik darjah.

f) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi diantara ujian
ayang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan
perlakuan yang di dalam konteks kriatiria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu
boleh diterima jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai
prestasi yang dikehendaki di dalam kretiria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak
menunjukkan prestasi di dalam kretiria itu.





Kebolehpercayaan

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan).
Menurut Mokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara
dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

Reliabiliti adalah istilah yang keliru di sini dan setengah penulis cuba menggantikannya
dengan consistency. Walau bagaimana pun, persoalan asas reliabiliti adalah: Adalah
penilai lain setuju dengan interpretasi tingkah laku pelajar? Tetapi variasi yang
mengganggu pula adalah: Adakah saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan
yang sama jika saya melihatnya lagi? (Rowntree, 1977).

Secara umum, kesilapan angkubah pengukuran adalah banyak terdapat dalam skor
ujian dalam pendidikan (atau, dengan kata lain, ujian pendidikan cenderung kepada
tidak reliabel) melainkan kerja yang lebih berhati-hati dilakukan bagi menentukan aras
reliabiliti yang diterima (Martuza, 1977). Ini menunjukkan bahawa reliabiliti bukan sahaja
skor yang sama didapati walau pun orang lain yang menilainya, tetapi jika kita harus
memberikan skor yang sama juga walau pun kita menilai pada masa yang berbeza.

Fakta mengenai reliabiliti rendah memeriksa kertas peperiksaan secara individu telah
ditunjukkan oleh Dicker (1973), yang menemukan bahawa pekali korelasi hanya 0.46
apabila 24 guru memeriksa sekali dan kemudian diperiksa semula selepas tiga bulan.
Aschersleben (1971) menganalisis pemeriksaan oleh 24 guru ke atas 623 pelajar dalam
empat ujian matematik yang bersiri dan empat ujian dictation. Beliau mendapati
kebanyakan korelasi adalah di bawah 0.60, dengan kertas matematik menunjukkan,
secara purata, nilai lebih kecil (Ingenkamp, 1977). Ini menunjukkan bahawa
pemeriksaan seseorang pemeriksa bukan sahaja tidak tekal tetapi amat berbeza di
antara seorang pemeriksa dengan pemeriksa lain. Dengan kata lain pemeriksaan
mereka mempunyai reliabiliti yang rendah.

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah
tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan
sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina
alat penilaian.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan
kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh
dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa
pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh
diterima pakai tanpa keraguan.

Pada kebiasaannya , sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini
amat ketara dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa
sama kerana pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, kedaan atau jenis kasut yang
dipakai, latihan, larian atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh
berubah dalam satu hari disebabkan oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.

Kepentingan Kebolehpercayaan

Apabila kita menilai ataupun menguji murid-murid, kita akan menyoal diri kita sendiri
adakah jawapan yang diberikan itu tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan
kemahiran, kebolehan dan nilai pada murid itu. Jika benar maka ujian yang kita berikan
itu bolehlah kita anggapkan sebagai stabil. Ujian yang stabil ialah ujian yang dapat
memberikan market yang sama apabila murid itu mengambil ujian itu beberapa kali di
dalam satu jangka masa yang pendek. Katakan kita menyediakan satu ujian penggal
matematik. Untuk menentukan samada ujian itu stabil atau tidak , kita boleh
memberikan dua kali ujian kepada murid kelas kita. Biarkan jarak di antara ujian
pertama dengan yang kedua itu lebih kurang satu ataupun dua minggu. Jikalau markah
bagi tiap-tiap murid di dalam ujian pertama itu lebih kurang sama dengan markah yang
diperolehi untuk ujian kedua , maka ujian itu bolehlah dianggap stabil ataupun boleh
dipercayai.

Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita tidak mahu markah yang
diperolehi itu dalah disebabkan oleh nasib. Kita mahukan markah itu datangnya
daripada kemampuan murid itu sendiri. Kebolehpercayaan adalah satu perkara yang
senang dilihat didalam ukuran seperti berat, panjang, tinggi dan lain-lain yang
berbentuk maujud. Sesuatu ukuran panjang itu sudah tentu memberi bacaan yang
sama jikalau barang yang sama diukur berulang kali. Begitu juaga dengan sesuatu
penimbang berat itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau kita menimbang
benda yang sama berulangkali. Bacaan yang berlainan akan menimbulkan syak
wasangka kepada kita oleh kerana alat-alat sukatan itu tidak lagi stabil.

Bagi ujian ataupun penilaian yang kita sediakan , kebolehpercayaan adalah satu ciri
yang patut kita pastikan sebagai dapat diterima. Jika tidak, penilaian yang kita lakukan
itu tidak akan memberi peluang yang cukup kepada murid-murid membuktikan yang
mereka mempunyai kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dinilaikan itu. Satu
peluang sahaja sudah tentu tidak mengcukupi. Umpamanya kita mahu menguji samada
murid itu dapat menolak nombor-nombor tidak lebih dariapada 20 dan dengan
bertangan. Kita tidak hanya memberikan satu soalan sahaja..Kita akan mengemukakan
beberapa soalan yang dapat menguji kemahiran yang sama. Jika murid itu dapat
peluang menjawab sebilangan besar soalan-soalan itu , maka baharulah kita berpuas
hati dan menerima hasilnya sebagai mencerminkan keupayaan murid itu . Dengan kata
lain, kebolehpercayaan pada ujian ini ialah untuk kita memastikan yang ujian atupun
alat penilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan jawapan yang
mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebab kan oleh nasib.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya, semakin panjang
ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada
tekaan atau kebetulan. Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai
keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi.
Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang
konsisten tidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya
merupakan sampel bagi bidang yang diuji . variasi dalam sampel mungkin terdapat
dalam dua ujian yang setara bentuknya. Hal ini merupakan satu lagi punca ralat.Oleh
kerana guru yang membina dan mentadbir ujian kepada murid-murid, maka
perhubungan guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan keputusannya.
Keadaan fizikal dan mental yang positif, azam dan motivasi, galakan guru, kebiasaan
dengan format ujian juaga akan memberi kesan yang positif terhadap
kebolehpercayaan.

Perbezaan skor mungkin timbul lantaran perbezaan cara ujian itu ditadbirkan. Untuk
meningkatkan kebolehpercayaan , arahan-arahan mestilah tepat dan jelas. Murid-murid
haruslah diberi masa yang cukup, terutama dalam ujian daya (power test). Mereka
mestilah diawasi dengan teliti semasa ujian.

Kadang-kadang kebolehpercayaan ditentukan dengan cara uji-ulang (retest) .
Sebarang manfaat yang didapati oleh murid-murid daripada ujian pertama akan
mengurangkan kebolehpercayaan. Contohnya dalam ulang uji murid-murid mungkin
lebih biasa dengan format , atau lebih faham dengan item-item ujian. Oleh itu, mereka
mendapat skor yang lebih tinggi. Hal ini menunjukkan betapa perlunya penjelasan yang
sempurna sebelum ujian pertama dimulakan.

Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka.
Persekitaran yang sesuai, seperti kerusi meja yang selesa , ruang dan cahaya yang
cukup , ventilasi yang baik, akan menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan
hangar bingar, misalnya akan menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan
kebolehpercayaan ujian.Apabila sesuatu ujian itu bersifat subjektif , biasanya markah
yang diberi untuk jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun
skim permarkahan ada disediakan. Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin
berubah mengikut masa dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif,
kerana semua responnya adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan memberi markah
yang sama untuk respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat bagi
keutuhan.



Meningkatkan Kebolehpercayaan Dalam Ujian

Pada lazimnya , adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian
yang mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian
murid dalam situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh factor-faktor berlainan seperti
bilangan soalan, emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran dan cara
memeriksa. Oleh itu untuk meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ,
guru harus mengurangkan segala punca perubahan faktor-faktor tersebut.

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan yang
tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu
ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya , muird tidak akan dapat
menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil
ujian , maka jawapannyapun tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya jikalau dia di
dalam keadaan sihat. Oleh itu , guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid
itu semasa mengambil ujian adalah baik

Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu.
Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan
dariapada muri-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian , guru
seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk
kenyataan, gambar dan lain-lain lagi itu jelas.

Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang
banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya
beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang.
Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang
dikehendaki. Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu
itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai
tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru
seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru
juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberpa kali.

Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak menimbulkan
masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai dan juga
amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku
di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati
yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara
ini, guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan
kita patuhi pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun
penilaian ilah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya semakin
bilangan solan bertambah, maka semakin tepat pencapaian murid itu., kerana bilangan
soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

Anda mungkin juga menyukai