Anda di halaman 1dari 3

Bendera hitam dinaikkan.

Kini bermula tampuk pimpinan Abbassiyah oleh Abu Al-Abbas.



( Abu Al-Abbas masuk membawa lilin ) serahkan kembali lilin
Abu Al-Abbas : Kerajaan Bani Umayyah musnah (tangan kiri jatuhkan kerajaan)
: Bangun kerajaan Banu Abbasiyah (tangan kanan bangunkan kerajaan)
: Teguhnya kerajaan ini (angkat kerajaan)
: Aku Al-Abbas, aku pengasas Abbasiyah
: Era kerajaan ku adalah era keemasan & kegemilangan Islam
Dalam kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah ini, dekatilah insan bernama Ibnu Sina dan
Khawarizmi.
750M
(Ibnu Sina masuk membawa lilin) (seorang pemuda masuk terjumpa Ibnu Sina)
Pemuda : Kau, kau Ibnu Sina bukan ?
: Ya
Pemuda : Kau lah Raja Doktor dan Raja Ubat.
Ibnu Sina : Itu aku. Aku menghasilkan ubat dari penyakit saraf hingga keseluruhannya.
Aku berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu.
( statik dan pegang buku besar )
( Al-Khawarizmi masuk sambil memegang gantungan bintang & lilin )
Pemuda : Al-Khawarizmi ! Apa yang kau sedang lakukan?
Al-Khawarizmi : Aku ekori gerak geri bintang di langit Illahi.
: Alam semesta ini sangat luas.
Ciptaan Maha Pencipta yang Agung.
Pemuda : Ya, dan bumi ini bermusim. Ada angin, ada sejuk.
Al-Khawarizmi : Jadilah kita hambanya yang bersyukur
Pemuda : Sungguh, kau al-Falaaq !
( Al-Khawarizmi statik, memegang bintang )
Ibnu Sina : Pemuda !
Al-Khawarizmi : Ummah perlukan engkau !
Ibnu Sina : Kami telah mengangkat nama Islam dengan mencalit sejarah dunia dalam
Pendidikan.
Al-Khawarizmi : Jangan kau lupa kami, Jangan kau sanjung pemikir Barat.
Gahnya lagi kerajaan Bani Abbasiyah ini kerana adanya Bapa Pembangunan Kerajaan Abbasiyah.
( bawa lilin )
(Abu Jaafar Al-Mansor masuk ke Kota Baghdad, ramai orang sedang membawa buku, merata-rata)
(ada yang menarik kapal)
Abu Jaafar : Ini Kota Baghdad, pusat ilmuan tumpuan seantero dunia.
: Itu Sungai Furat. Aku bina pelabuhan.
( orang kapal sibuk tarik kapal )
: Pemberontakan Alawiyeen, Abdullah bin Ali, pengaruh Abu Muslim Al-Khurasani,
semua aku berjaya tundukkan.
: Kerajaan Abbasiyah aku kukuhkan bersama Abu Abbas. (semua statik)
(Harun Al-Rasyid masuk) (bawa lilin) (orang yang membaca buku & menarik kapal bergerak ke arah
Harun)
Harun Al-Rasyid : Lihat ! Lihat ! Nama aku Harun Al-Rasyid.
: Penyambung dunia keilmuan.
: Sekarang aku buka Baitul Hikmah.
: Gedung ilmu yang mahsyur.
: Selamat datang para ulama. Selamat datang cendekiawan. (jabat tangan)
: Aku juga pemuda. Usia 25 tahun. Tapi kebijaksanaan boleh menjadikan negara
Islam Abbasiyah makmur & terkenal.
: Di sini.
( Abu Jaafar Al-Makmun masuk )
Abu Jaafar : Aku warisan ayahku. Harun Al-Rasyid
: Aku tubuhkan Baitul Ulum.
: Pusat pengkajian & penterjemahan segala ilmu.
: Adakah kau lupa ?
: Ingatlah dan sedarlah
: Ubat mentaliti, ubah paradigma.
Tiba-tiba, zaman kerajaan Bani Abbasiyah jatuh. Kenapa ? Mengapa ?
Hikmah & geng : Siapa kau ?
Orang Turki : Aku orang Turki. Mari ikut aku. Mari! Mari ! Mari !
(Berundur, berundur, berundur)
Kerajaan Bani Abbasiyah terlalu mempercayai bangsa asing terutama Turki.
Hikmah & geng : Kami benci syiah
: Pergi ! Pergi ! Pergi !
Orang syiah : ( Mara ke Hikmah, rapatkan kepala )
( statik )
Kerajaan ini terlalu memusuhi syiah hingga berlaku pemberontakan.
Hikmah & geng : Serang Al-Amin
Kak Q : Serang Al-Makmun
( perang-perang )
Al-Makmun : Cukup ! (semua berhenti )
Al-Makmun : Setiap yang mula pasti akan berakhir.
Sedarlah. Selamatkan Islam. Bangkitkan Islam. Lebarkan sayap kegemilangannya.
Kami lalai. Kami jatuh. Sedih
( semua jatuh )
Kerajaan Abbasiyah digulingkan. Adakah kesinambungan kegemilangan Islam lagi?

Anda mungkin juga menyukai