Anda di halaman 1dari 12

Memupuk Semangat Cintakan Alam

Sekitar di kalangan Pelajar.


-Untuk memupuk semangat cintakan Alam Sekitar
di kalangan pelajar,pihak berkuasa mendirikan
kempen tersebut. Dengan mengetahui pelajar
tentang masalah yang sedang dihadapi oleh Alam
Sekitar , mereka akan menyedari bahawa
kepentingan Alam Sekitar. Kemudian itu, pelajar
akan tahu pengetahuan terhadap Alam Sekitar.
Oleh itu, mereka tidak akan melakukan perbuatan
yang salah terhadap Alam Sekitar yang sedang
menhadapi kemerosotan.
Mengurangkan Pencemaran Alam
Sekitar
-Tujuan kedua mendirikan kempen Cintalah Alam
Sekitar Kita adalah untuk mengurangkan dan
menurunkan kadar pencemaran Alam
Sekitar.Pengusaha kilang akan diseru bahawa tidak
membuangkan sisa toksik yang boleh mencemari
sungai dan memusnahkan tempat tinggal hidupan
akuatik untuk mengurangkan pencemaran terhadap
Alam Sekitar yang amat disayangi.
Mengekalkan Keindahan Alam Sekitar
-Tujuan ketiga kempen ini ialah mengekalkan
keindahan Alam Sekitar yang telah dicemari oleh
manusia. Juruacara kempen akan bekongsi langkah-
langkah atau cara-cara untuk menghiaskan Alam
Sekitar. Untuk mengekalkan keindahan,penghiasan
perlu dilakukan seperti tanam pokok bunga yang
menarik, kebersihan dan kejernihan sungai.
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam
kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan
negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan
tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam
sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan
pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai,
penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar
seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya
digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan
sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk
menunjukkan cinta terhadap alam sekitar dan juga untuk
mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah
menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan
media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon
bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa
memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi
maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya
dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu
media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap
manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar
yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh
mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran
alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan
isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet
kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut
berbanding media-media lain.



Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen
alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah
kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan
sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan
tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam
sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang
memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula
dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan
yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat
berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti
penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan
yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja
dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula
kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya
hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah
melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab
remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar
mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya
dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru
sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat
cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat
menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar
melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih
di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab
terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat
tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara
alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di
bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat
dipupuk dalam diri pelajar.

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden
dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya
teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan
sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan
aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama,
kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti
penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian
telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut
pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat
dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan
badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam
memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat
menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.



Laporan Kempen Cintalah Alam Sekitar Kita
Pada 10 August 2013 yang lalu, saya telah menyertai
sebuah kempen kesedaran bertema cintalah alam
sekitar kita.
Pelbagai aktiviti yang bermakna telah dijalankan
dalam kempen ini. Pada waktu pagi, semua peserta
telah tiba. Mereka menduduk di kerusi yang sudah
tersedia untuk menunggu permulaan kempen.
Juruacara menerangkan kepentingan dan faedah cinta
alam sekitar. Televisyen yang besar di belakang
juruacara menunjukkan gambar untuk peserta senang
faham.

Pada pukul 11.00 pagi, peserta diminta menjamu selera di
jamuan yang disediakan oleh pihak. Suasana sangat meriah
dan riuh-rendah.makanan yang dihidangkan kelihatan
sedap dan lazat.
Selepas jamuan,kempen terus dijalankan semula.
Penerangan tentang langkah-langkah cinta akan alam
sekitar juga diberitahu. Juruacara yang bertanggungjawab
berbincang pelbagai langkah yang efektif yang perlu
dilaksanakan oleh semua pihak dan rakyat negara. Peserta
pun mendengar dengan teliti dan menumpu sepenuh
perhatian.
Kemudian, kempen telah tamat. Semua peserta, ahli-ahli
kempen dan juruacara pun balik.
Keseluruhhannya, aktiviti kempen pada kali ini terdapat
sambutan meriah daripada seluruh peserta. Objektif bagi
kempen ini pun dicapaikan, iaitu menyedarkan rakyat
supaya cinta akan alam sekitar kita
Laporan disediakan oleh, 11 AUGUST 2013
Oh Shun Kai
(OH SHUN KAI)
Setiausaha kempen cintalah alam sekitar kita,

Anda mungkin juga menyukai