Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan (FPG). Program ini melibatkan semua guru
pelatih dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.

Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati
diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self)
dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke
arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini turut
dapat memupuk kesedaran para guru pelatih terhadap kepentingan khidmat
masyarakat agar bakal golongan pendidik sentiasa peka terhadap perkara yang
berlaku di sekeliling.

Program ini dapat mendedahkan guru pelatih dengan kefahaman yang
menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang dari semua
aspek. Ia juga boleh melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah
dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping
mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan,
.pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan
komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang
berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan
oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2.0 OBJEKTF
I. Melahirkan guru yang berpendidikan bertaraf dunia.
II. Melahirkan guru yang beretika dan berbudi pekerti.
III. Meningkatkan kualiti dan professionalisme guru.
IV. Membentuk sikap yang positif, proaktif, berbudaya dalam menjalankan
tugas keguruan, mempunyai semangat kekitaan dan sedia berkhidmat
untuk masyarakat.

3.0 TEMA CERAMAH
Guru dan Hubungan Komuniti

4.0 TEMPAT PELAKSANAAN
Balai Ilmu, IPG Kampus Tun Hussein Onn, 83000, Batu Pahat, Johor.
5.0 TARIKH
4 September 2013 (Rabu)

6.0 MASA
8.00pm 11.15pm

7.0 TENTATIF
8.00pm 8.15pm : Pendaftaran
8.15pm 8.30pm : Ketibaan Penceramah dan Pensyarah
8.30pm 8.35pm : Nyanyian Lagu Negaraku
8.35pm 8.45pm : Bacaan Doa
8.45pm 10.45pm : Ceramah
10.45pm 11.00pm : Majlis Penutup
11.00pm 11.10pm : Nyanyian Lagu IPTHO dan Bangsa Johor
11.10pm 11.15pm : Majlis Bersurai


8.0 SENARAI JAWATANKUASA
Penaung Puan Hjh Zaleha Binti Onn
Penyelaras Puan Zaharah Binti Abd Manap
Pengerusi Mohamad Iffat Faishal
Naib Pengerusi Alyssa Goh
Setiausaha Nor Izzatty Bt Izhar
Naib Setiausaha Nurfara Syahida Bt Busrah
Bendahari Rubeeny A/P Krishna Moorthy
Ketua AJK:
Ben Antonious (RBT SK) Persiapan Tempat
Pendaftaran Syukriah Bt Sabirin (TESL SJKC)
Dokumentasi Ezzah Sofia Seman (TESL SK)
Buku Program Yamuna A/P Nadarajan (PP 2)
Kebersihan Pang Jiunn Her
Hadiah dan Cenderamata Tharsini A/P Ragunathan (RBT SJKT)
Jemputan Te Su Rong ( PP 1)
Pengacara Ng Jit Phing (PP 1)
Peralatan Tan Ai Lung (RBT SJKC)








LAPORAN CERAMAH BINA INSAN GURU
Pada 4 September 2013, pelatih-pelatih guru Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan semester 2 IPG Kampus Tun Hussein Onn telah melibatkan
diri dalam program ceramah BIG Fasa II. Ceramah ini dijalankan pada pukul 8.00
malam di Dewan Seri Budiman IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Semua peserta telah mendaftarkan diri pada pukul 8 malam dan peserta
yang telah mendaftarkan diri akan menerima satu fail kertas yang cantik,
senaskah risalah yang berkaitan dengan rancangan BIG Fasa II serta sebotol air
mineral. Barisan pensyarah yang telah menghadiri program ini ialah Tuan
Naaisham Bin Mohamad Tuan Mohd Rosman Bin Salubin dan Tuan Haji Khairil
Bin Sulaiman. Dengan ketibaan para peserta, penceramah dan pensyarah-
pensyarah, maka program ini telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai
oleh saudara Nik Mohd Faiq daripada opsyen RBT SK.
Penceramah yang dijemput ialah Tuan Haji Khairil Bin Sulaiman yang
telah menyampaikan ceramah yang bertajukkan Guru dan Hubungan Komuniti.
Beliau telah memulakan ceramahnya dengan menayangkan sebuah klip video
kepada kami semua. Klip video tersebut adalah mengenai kaedah pengajaran
dan pembelajaran pada era 60-an. Guru dalam video tersebut hanya mengajar
dengan kaedah yang konvensional iaitu beliau hanya menyuruh pelajar-pelajar
untuk membaca ayat-ayat yang tertulis di papan hitam secara bergilir-gilir.
Sementara pelajar menjalankan arahan guru iaitu membaca ayat yang tertera di
atas papan hitam seorang demi seorang, guru tersebut pula tertidur di dalam
kelas sehingga tidak sedar akan ketibaan Guru Besar. Selepas tayangan video
tersebut, Tuan Haji turut menceritakan pengalaman beliau semasa di New
Zealand. Seorang guru yang baru telah menolak permintaan guru besar untuk
mengajarkan pelajar-pelajar Darjah 1 kerana gaji yang tidak cukup lumayan.
Beliau berpendapat bahawa kebanyakan guru pada zaman moden ini bersikap
sangat materialistik dan tidak bertanggungjawab langsung. Beliau telah memuji
semangat guru pada zaman dahulu atas komitmen dan semangat sanggup
berkorban yang ditonjolkan oleh mereka. Tuan Haji Khairil telah menasihati kami
agar apabila kami telah menjadi seorang guru dan keluar mengajar pada masa
kelak, kami haruslah berkhidmat kepada masyarakat ini dan jangan sesekali
mengabaikan atau menolak tugas yang seharus kami laksanakan.
Penceramah juga ingin memupuk nilai mengenang budi dalam kalangan
setiap guru pelatih melalui klip video yang lain. Daripada video itu, nilai murni
yang ingin disampaikan ialah jikalau haiwan mengerti untuk mengenang budi
dan menunjukkan sifat kasih sayang terhadap orang di sekelilingnya, apatah lagi
dengan kami sebagai mahluk yang berotak dan mampu berfikir ini. Beliau juga
berkongsi tentang pengalaman beliau iaitu kasih sayang yang telah dicurahkan
terhadap anak muridnya oleh beliau sewaktu beliau masih mengajar di sekolah
sehingga hingga hari ini anak muidnya masih mengingati jasa budinya. Anak
muridnya yang telah mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing masih
tidak lupa untuk bertanya khabar dan mengirimkan salam apabila tibanya musim
perayaan. Konklusinya, guru yang mengajar dengan penuh kasih sayang pasti
akan dapat membentuk murid yang tahu mengenang budi dan bersifat
penyayang juga. Ini amat penting untuk mencapai matlamat 2020 negara kita
iaitu membina masyarakat yang penyayang.
Selain itu, Tuan Haji Khairil turut telah membuat pemerhatian dan
mengeluarkan fikiran beliau dengan menyimpulkan pemerhatian beliau itu.
Beliau berkata bahawa kebanyakan guru pada zaman globalisasi ini bersikap
acuh tidak acuh sahaja apabila menjalankan tugas atau sewaktu menghadapi
masalah. Beliau telah berkongsi cerita Katak Mendaki Menara untuk
menonjolkan tema cerita tersebut iaitu kita haruslah sentiasa meningkatkan
permintaan terhadap diri sendiri agar dapat mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang. Kita haruslah membina keyakinan diri yang bersesuaian dan tidak
patut menajadi mudah dipengaruhi oleh desas-desus orang lain. Paling penting
sekali, beliau menyatakan bahawa kita mestilah bersifat menepati masa tidak
kira di mana atau membuat apa jua. Hanya dengan menghormati orang lain,
barulah orang lain akan menghormati kami sendiri.
Di samping itu, penceramah kami yang berpengalaman ini turut
menerangkan sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu guru harus
bersifat sperti payung yang dapat melindungi anak-anak muridnya; guru juga
harus bersifat seperti paku kerana dapat mengukuhkan asas ilmu dalam minda
pelajar; guru juga haruslah bersifat seperti belon, bersikap ramah agar disenangi
murid-murid; guru juga harus bersifat seperti bulldozer untuk memberi panduan
serta membina jalan yang bermanfaat kepada pelajar. Selain itu, untuk menjadi
seorang guru yang baik, kita perlu mempunyai perubahan terhadap diri.
Perubahan yang pertama adalah terhadap ilmu,guru harus sentiasa menerima
dan mengubahsuai ilmu mengikut peredaran zaman. Guru juga perlu
mengubahkan tingkah laku yang tidak baik dan mengamalkan tabiat yang baik
supaya dapat jadi teladan kepada pelajar. Guru yang baik juga harus mmpunyai
kemahiran mengajar yang baik. Kita juga disampaikan untuk sentiasa
mengingatkan tujuan diri menjadi guru, sentiasa bersifat keterbukaan untuk
menerima kritikan, melakukan tugas dengan bertenaga serta bijaksana dan juga
perlu mempunyai hubungan masyarakat yang erat antara satu sama lain kerana
guru adalah berkhidmat kepada masyarakat.
Ceramah ini diakhiri dengan satu lagi tayangan klip video yang
menyedarkan kami bahawa kami harus menjadi seorang guru yang dapat
membantu murid untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menjadi sebuah
beban kepada para pelajar atau guru-guru lain.
Wakil Unit Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn, Tuan
Naaisham Bin Mohamad turut telah memberikan ucapan serta merasmikan
majlis penutupan Program BIG FASA II 2013. Akhir sekali, program ini diakhiri
dengan lagu IPTHO serta lagu Johor Bangsa. Semua pelatih guru daripada
opsyen BC SK telah mengemaskan dan membersihkan Dewan Seri Budiman
selepas program ini tamat. Semua pelajar telah bersurai pada pukul 10.30
malam.

LAMPIRAN:















Saudara pengacara
majlis, Saudara Ng Jit
Phing.
Tuan Khairil sedang
menyampaikan
ceramahnya.
Para peserta berdiri untuk
menyanyikan Lagu IPTHO
dan Lagu Bangsa Johor.
REFLEKSI KENDIRI
Saya berasa bersyukur kepada Tahan kerana berpeluang mengikuti
Program Bina Insan Guru fasa ll ini. Program Bina Insan Guru ini dijalankan
untuk memupuk kesedaran para guru tentang kepentingan khidmat
kemasyarakatan, sikap bekerjasama antara satu dengan lain di samping
memberi sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga mahupun wang kepada
pihak yang memerlukan dan memupuk nilai komuniti dalam diri individu. Ini
merupakan kali pertama saya mengikuti program sebegini dan saya berharap
program ini boleh memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan dalam
kehidupan saya.

Dari awal perancangan hingga ke hari perlaksanaan program , kelihatan
semua ahli dalam setiap jawatankuasa kerja telah menunjukkan semangat
bekerjasama dan member komitmen yang sungguh tinggi membuat persiapan.
Walaupun kami menghadapi masalah kekangan masa namun segala tugasan
serta tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Setibanya di blok LDP, tutor kami telah memberikan beberapa patah kata
sokongan kepada kami agar kami bersemangat untuk membersihkan blok LDP
itu. Pada ketika itu, saya pun beria-ria untuk membersihkan dan menceriakan
blok LDP dengan sedaya upaya dengan menyumbangkan tenaga saya dengan
sebaik mungkin bagi menjayakan program ini.

Saya telah menghadapi cabaran ketika melakukan aktiviti mengecat pada
hari tersebut. Ini adalah kerana saya tidak menpunyai pengalaman dalam
mengecat. Pada permulaannya saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cat
kapur di permukaan di dinding perlu dikikis sebelum aktiviti mengecat dibuat.
Oleh sebab itu cat baru yang disapu telah mengelupas. Atas bimbingan dan
tunjuk ajar oleh rakan yang berpengalaman, saya mampu menolong
menjalankan tugas ini dengan baik. Saya merasa gembira kerana mampu
melakukan tugasan ini dengan baik. Walau bagaimanapun,dalam hati saya
masih terasa kemahiran pada diri saya masih tidak mencukupi kerana baju
kesayangan penuh dengan bintik-bintik putih ( kesan cat ). Pengalaman ini
boleh saya pratikkan kelak untuk mengecat bilik darjah atau rumah sendiri.

Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong
antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa
yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama
rakan sebaya adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan
suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan
sebarang pertenglikahan dan persengketaan dapat dielakkan bagi melahirkan
alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya, kami berjaya
menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan
suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program khidmat
masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan
silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan
persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.

Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat
bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial
dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini
demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan,
memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan,
berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan
orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak
kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat
membantu kita menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil contoh khidmat
masyarakat pada kali ini, saya sempat bersembang dengan beberapa orang
pensyarah unit LDP tentang persekitaran dan bidang tugas kerja mereka. Saya
turut telah menerima beberapa nasihat daripada pensyarah-pensyarah tersebut
bahawa komitmen dan perasaan tanggungjawab yang ditonjolkan sewaktu
pelaksanaan aktiviti gotong-royong ini haruslah dikekalkan dan dipupuk apabila
keluar menjadi guru kelak. Secara tidak langsung melalui perbualan kami, saya
berasa pengalaman yang terdapat dalam diri seseorang pensyarah itu memang
tidak ternilai. Oleh itu, saya haruslah bergiat dengan lebih aktif dan mengisi masa
lapang saya dengan lebih bermanfaat agar saya dapat menimba ilmu dan
pengalaman yang tidak terhingga.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein
Onn kerana telah menyediakan program khidmat masyarakat ini bersempena
dengan kursus Bina Insan Guru untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk
melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi
cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami
untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan
pekerjaannya. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada Puan
Jamiaaton Soffiah Bte Harun, tutor kumpulan kami kerana sanggup
mengorbankan masa yang berharga untuk mengambil berat, membimbing,
membantu dan menolong kami. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama
daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena
dengan program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan
sempurna.

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan
dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan
guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan
guru yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat
menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi
sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang
seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru
pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana
mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut
akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia
untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa seronok
dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini.
Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.