Anda di halaman 1dari 3

SKRIP CERITA TAHAP 1

SI TANGGANG ANAK DERHAKA



Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....
Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....

Para hadirin sekelian,
Begitulah kisah nasib anak yang derhaka kepada ibu nya yang kita boleh jadikan teladan
yang akan saya sampaikan pada pagi yang berbahagia ini bertajuk SI Tanggang

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah
keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya
yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi,
makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di
halaman rumah...

Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi
merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang
indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.

Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu...
jangan tinggalkan ibu, Tanggang...

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung
sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si
Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi
kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat
daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada
ibunya yang tua dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan
anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang
telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si
Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira
dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit
terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si
Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu.
Apabila mendengar anaknya pulang,
Ibu membawa ayam dipanggang,
Hajat dihati tak mahu berenggang,
Kerana rindunya bukan kepalang.
Lantaran malu mengaku diri, (Syair)

Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati
ibu semenjak kepemergianmu nak...

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si
Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh
anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya
Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan;

Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari
sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke
atas anak yang durhaka!!!

Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat dan guruh memecah
langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam
bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung meminta ampun
kepada ibunya....tetapi nasi sudah menjadi bubur

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya
semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu
akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu (lagu aisyah)

Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka
kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil
hingga ke dewasa.

Anda mungkin juga menyukai