Anda di halaman 1dari 8

Geseran mempengaruhi kelajuan objek

Penyiasatan, eksperimen dan demonstrasi



Dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains, pelbagai kaedah digunakan untuk
mengembangkan minda seseorang murid dalam memperolehi pengetahuan yang bukan setakat daripada
pengetahuan sedia ada, tetapi juga melalui pengalaman pembelajaran. Berdasarkan kurikulum sains
sekolah rendah, guru memanipulasikan kaaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kreativiti mereka sendiri untuk memangkinkan pembelajaran dan murid memperoleh pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan.Terdapat beberapa perbezaan bagi kaedah penyiasatan,
eksperimen dan demonstrasi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:
Ciri-ciri Penyiasatan Eksperimen Demonstrasi
MAKSUD Merupakan kaedah saintifik mencari
pengetahuan yang melibatkan
kaedah mengenalpasti dan formula
sesuatu masalah
Kaedah pengujian dengan
matlamat menjelaskan realiti untuk
meningkatkan pemahaman sesuatu
fenomena
Merupakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan
guru di mana guru akan
memperlihatkan dan
memperjelaskan sesuatu uji kaji
atau aktiviti di hadapan murid.

OBJEKTIF
Melatih pelajar menguasai
kemahiran sains, mengukur,
membuat pembacaan

Untuk menguji hipotesis dan
memberi peluang murid
menentukan aktiviti eksperimen
mengikut kesesuaian aras
pemikiran murid

Untuk membolehkan murid
menguasai konsep dan prinsip
dengan mudah dan mewujudkan
pengalaman berguna


Strategi pengajaran dan
pembelajaran

Berpusatkan murid dan bahan

Berpusatkan murid dan bahan

Berpusatkan guru dan bahan
Peranan guru Sebagai kolaborator iaitu seorang
rakan dalam penemuan sains
Sebagai fasilitator semasa
pelaksanaan aktiviti
Sebagai penunjuk cara dan
penyampai maklumat atau
konsep sains yang ditunjukkan

Aktiviti hands-on,minds-on, mencari
maklumat daripada sumber rujukan
seperti daripada media cetak, media
elektronik dan juga daripada guru
Bersoal jawab, menjalankan amali
sains, perbincangan
Tunjuk cara








Dari aspek objektif atau tujuan kaedah digunakan melalui Konsep Daya di bawah tajuk Kesan
Daya Terhadap Pergerakan Kelajuan Objek, eksperimen dijalankan adalah untuk menguji hipotesis dan
kebenaran sesuatu konsep demi meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu fenomena. Kaedah
penyiasatan pula adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi penyelesaian sesuatu masalah di
samping dapat menyerapkan kemahiran saintifik dalam diri murid tersebut. Kaedah demonstrasi pula
dijalankan biasanya apabila kaedah eksperimen tidak dapat dijalankan oleh murid secara berkumpulan
disebabkan oleh kekangan masa, bahaya akan peralatan yang terlibat seperti penggunaan kaca sebagai
radas amali untuk dikaitkan dengan daya geseran dan kelajuan objek yang digerakkan di atasnya dan
lemah kemahiran manipulatif bagi kumpulan murid yang lemah membuat amali. Kumpulan murid ini
ialah kumpulan yang mempunyai tahap kognitif yang lemah dan tidak dapat mengendalikan peralatan
serta radas makmal dengan betul dan cermat.
Aspek pelaksanaan kaedah ekperimen untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kesan Daya
Geseran Terhadap Kelajuan Pergerakan Objek, guru akan menentukan bentuk aktiviti amali dan tempat
pelaksanaan yang akan dijalankan serta radas yang akan digunakan oleh murid-murid itu nanti. Murid-
murid pula akan melaksanakan amali mereka secara berkumpulan.Murid menjalankan amali dengan
menggerakkan sebuah kereta mainan di atas landasan yang mempunyai jenis permukan berbeza iaitu
licin, kasar dan sederhana licin dan kasar. Murid akan mengumpul data dengan mencatat kelajuan dan
jarak dilalui oleh kereta mainan Bagi kumpulan murid yang aras kognitifnya agak lemah, guru akan
membimbing murid dan memberikan panduan dengan menyatakan arahan langkah demi langkah yang
harus diikuti oleh murid-murid dalam melaksanakan amali.
Berbeza dengan penyiasatan, aktiviti yang dijalankan berdasarkan Konsep Daya di bawah tajuk
Kesan Daya geseran Terhadap Kelajuan Pergerakan Objek, adalah berdasarkan hands-on dan minds-on.
Murid akan mengenalpasti masalah dan membina hipotesis. Murid akan berusaha sendiri mendapatkan
maklumat tentang ciri-ciri daya geseran dan kaitan antara daya dengan kelajuan dengan pergi ke pusat
sumber untuk mencari dan merujuk maklumat daripada bahan bercetak seperti ensiklopedia, majalah
sains dan buku rujukan lain atau ke makmal komputer bagi mendapatkan maklumat bahan media
elektronik dengan melayari laman internet yang berkaitan dengan tajuk tugasan. Segala maklumat dan
data akan dikumpul sebelum ianya dianalisis dan inferens dibuat. Eksperiemen melalui amali akan
dijalankan untuk menguji hipotesis dibina dan mengesahkan maklumat daripada penyiasatan dijalankan.
Melalui kaedah demonstrasi pula dengan Konsep Daya, guru menyediakan radas dan membuat
tunjuk cara di hadapan murid. Radas yang ditunjukkan oleh guru haruslah boleh dilihat dengan jelas,
begitu juga dengan panduan tatacara yang disampaikan oleh guru semasa mununjuk cara. Selain itu, guru
akan meminta murid membuat ramalan tentang jumlah daya geseran dikenakan bagi kelajuan pergerakan
objek di permukaan yang berlainan berdasarkan 3 kaedah POE iaitu Predicting(meramal), Observe
(pemerhatian) dan Explain (menerangkan).
Aspek strategi pengajaran dan pembelajaran, eksperimen lebih kepada berpusatkan murid dan
bahan, di mana murid menjalankan sendiri amali secara berkumpulan bagi mendapatkan jawapan
penyelesaian masalah iaitu tanggapan tentang konsep Daya yang dipelajari. Mereka juga mengendalikan
peralatan dan radas makmal dengan betul,menyimpan semula dan melakar spesimen serta radas
digunakan yang mana secara tidak langsung mereka telah menggunakan kemahiran manipulatif sains
dalam aktiviti pembelajaran.
Demonstrasi pula lebih berpusatkan guru dan bahan di mana guru banyak memainkan peranan
dalam memberi tunjuk cara langkah demi langkah di hadapan murid. Ia bertujuan supaya murid lebih
jelas dan dapat mengaitkan dengan konsep sains iaitu daya yang mereka pelajari. Penggunaan bahan pula
dapat membantu menjelaskan lagi penyampaian guru selain dapat menarik minat murid terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.Namun begitu, kaedah ini juga digunapakai untuk memperbetulkan
miskonsepsi mereka terhadap konsep Daya. Guru akan menunjukkan peristiwa bercanggah melalui
demonstrasi agar mereka menyedari bahawa tanggapan mereka adalah tidak tepat selain mengukuhkan
semula pengetahuan mereka.
Penyiasatan lebih berpusatkan bahan dan murid. Murid akan menjalankan aktiviti untuk mencari
penyelesaian terhadap sifat ingin tahu mereka terhadap konsep sains. Ini juga lebih menjurus kepada
pendekatan inkuiri penemuan. Murid akan berasa puas dengan hasil pembelajaran dicapai oleh usaha
mereka sendiri. Bahan media bercetak dan media elektronik membantu murid secara langsung dalam
usaha mendapatkan maklumat. Selain itu, pertukaran maklumat melalui perbincangan bersama guru dan
rakan juga dapat menjayakan lagi misi mereka untuk mengukuhkan pemahaman terhadap Konsep Daya.
Peranan guru dalam kaedah eksperimen adalah sebagai fasilitator iaitu memantau dan mengawasi
aktiviti yang dikendalikan oleh murid. Guru tidak akan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti amali kecuali
bagi kumpulan yang lemah yang harus dibantu dan dibimbing. Dalam kaedah demonstrasi pula, guru
bertindak sebagai penunjuk cara dan pembimbing dalam aktiviti yang dilaksanakan.Ini disebabkan oleh
kekangan-kekangan yang dihadapi sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan awal tadi. Dalam
kaedah ini juga, pendekatan inkuiri Suchman iaitu Permainan 20 Soalan boleh digunakan yang mana
guru hanya memberi jawapan ya atau tidak kepada soalan yang dikemukan oleh murid.Peranan guru
dalam kaedah penyiasatan lebih kepada kolaborator dan juga rakan dalam penemuan sains. Murid boleh
mengemukakan soalan yang berkaitan dengan konsep untuk meluaskan lagi pemahaman mereka.





















3. Geseran
berlaku bila 2 permukaan bersentuhan
-spt tayar dgn jlnraya
-menggerakkan duit syiling atas meja
-bila memegang gelas

daya yg menentang pergerakan

permukaan berlainan mempunyai daya geseran berlainan
-permukaan lebih halus lebih sedikit geseran
-lebih kasar lebih besar geseran
-mudah membuka tutup botol dgn tangan kering (geseran tinggi)
-dgn tangan basah, susah membuka penutup botol (geseran rendah)
-mudah menarik objek atas permukaan halus

kesan daya geseran
-objek bergerak semakin perlahan dan kemudian berhenti
-hasilkan haba (spt menggosokkan kedua belah tangan)
-objek berat sukar bergerak (sb lebih berat lebih besar geseran)
-objek haus & koyak (getah pemadam semakin kecil, tapak kasut semakin halus)
-dpt elak drpd tergelincir




4. Mengurang & meningkatkan daya geseran
mengurangkan...
-guna pelincir (spt minyak, gris, bebola, rod penggolek, kusyen udara, bedak, lilin)
-permukaan bersentuhan saling menggelongsor dgn mudah

meningkatkan...
-guna permukaan kering
-permukaan kasar
-lapik anti-gelincir dlm bilik mandi
-corak tapak kasut yg kasar

selmt memandu pd jalan kering drpd basah

hipotesis
-objek bergerak lebih jauh pd permukaan yg lebih licin sebelum berhenti
-objek bergerak lebih dekat pd permukaan yg lebih kasar sebelum berhenti





5. Kelebihan & keburukan daya geseran

kelebihan
-membolehkan kita berjalan & berlari
-kekalkan objek yg pegun
-mudah pegang botol dgn tagan kering
-kucing guna kuku utk tingkatkan geseran

keburukan
-tayar botak/haus mudah tergelincir
-enjin hasilkan haba & mgkin rosak

Anda mungkin juga menyukai