No Kad Pengenalan : 911017-11-5486 No Matrik : 124010
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, ucapan syukur Alhamdulillah di panjatkan kepadaNya dengan rasa penuh tawaduk diri ini masih diberikan peluang untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah mendidik anak bangsa pewaris masa depan. Tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah berjuang membawa umat ini dari alam kegelapan hinggalah alam yang dirasakan penuh nikmat dan keindahan. Pertamanya, sebagai perkenalan ringkas saya akan memulakan dengan diri saya dahulu. Nama saya adalah Nur Amirah binti Hamzah , berasal dari Kuala Terengganu dan berumur 22 tahun. Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2011 dalam opsyen Sains / Pendidikan Jasmani / Bahasa Inggeris. Saya merupakan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. InsyaAllah saya akan memulakan sesi praktikum yang akan diselia oleh pensyarah dari IPG KDRI, Encik Sazli bin Abdul Aziz @ Aziz dan Puan Noorliza binti Abdul Razak di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu. Disitulah saya ditempatkan untuk menjalani latihan praktikum selama 12 minggu bersamaan 3 bulan. Seperti teman-teman seperjuangan yang lain, saya juga tidak terlepas dari rasa hati yang pelbagai serta situasi yang agak bercelaru dalam membuat persediaan bagi menghadapi sesi praktikum ini. Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum 12 jam. Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu hingga empat. Itu merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai hal ini iaitu latihan praktikum. Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri tetapi kami telah berpakat antara ahli-ahli PISMP Semester Tujuh untuk mencabut undi bagi penempatan kami di sekolah. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan sekurang-kurangya dua atau tiga orang sahaja untuk satu sekolah bagi setiap opsyen. Undi telah dicabut dan saya telah mendapat cabutan yang menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu. Saya bersama dengan dua orang lagi rakan kelas saya, Nur Izzah Athira binti Rosli dan Munirah binti Ahmad Sabri. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Pengalaman mengajar yang lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tok Jiring. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Jarak antara sekolah dan rumah agak dekat iaitu lebih kurang 2km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal. Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak. Untuk buku persediaan mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai. Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. Rancangan Pengajaran Harian perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia lebih-lebih lagi dengan kerenah murid yang sentiasa ingin mendapatkan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Harapan saya juga dalam melaksanakan PdP akan datang, saya berharap agar anak didik saya dapat memahami subjek sains dengan baik. Walaubagaimanapun, saya perlu membantu anak didik saya supaya mereka dapat memahami dan menjawab setiap persoalan dalam sains. Antara teknik pengajaran yang akan saya laksanakan bagi memastikan mereka boleh memahami subjek sains ialah melalui kaedah aktiviti hands-on dan perbincangan guru- murid, perbincangan berkumpulan. Melalui kaedah aktiviti hands-on, saya akan membiarkan murid-murid melaksanakan sendiri aktiviti-aktiviti ataupun eksperimen. Di sini saya hanya bertindak sebagai pemudah cara kepada semua murid. Saya hanya membantu mereka sekiranya mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan aktiviti ataupun eksperimen tersebut. Melalui kaedah ini, saya akan cuba melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik perhatian murid supaya mereka tidak bosan semasa pembelajaran berlangsung. Saya memilih kaedah pengajaran seperti ini kerana ia akan menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dimana murid-murid akan merasai sendiri bagaimana untuk menyediakan peralatan eksperimen dan melaksanakan eksperimen. Ini secara tidak langsung memberi satu pengetahuan dan pengalaman baru kepada murid- murid. Akhir kata, saya sungguh berharap atas berkat usaha saya dengan diizinkan Allah agar anak didik saya boleh memahami subjek sains dengan sebaiknya pada masa akan datang. Segala usaha yang saya lakukan demi membantu anak-anak didik pada masa kini untuk terus mencapai kegemilangan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi di peringkat antarabangsa. InsyaAllah. Sekian, terima kasih