Anda di halaman 1dari 53

Pengertian

dan
Konsep
Pentaksiran Pengujian Penilaian
Perkaitan antara
Pentaksiran,
Pengujian dan
Penilaian
TAJUK 1: PENGERTIAN & KONSEP
1. Pentaksiran
Pentaksiran proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi.
Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian
aspek pendidikan
Produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses
pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
Instrumen
Kumpulan yang ditaksir
Respon
Kumpulan yang menaksir
Skor
2. Pengujian
Satu kaedah pengukuran dan dijalankan secara
sistematik bagi mengukur tingkah laku seseorang
individu.
Dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum,
semasa dan selepas sesuatu pengajaran
Sebelum P&P : Bertujuan untuk mengumpul
maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau
pre- test.
Semasa P&P: Sama ada secara lisan atau bertulis. Bagi
mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-
pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah
bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang
dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran
bahasa.
Misalnya, ujian kloz bagi menguji kefahaman
membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman
mendengar.
Ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir
ujian menggunakannya dan menginterpretasinya
secara tidak jujur. Contohnya, jika guru menguji tahap
kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan
bahan bacaan untuk Tingkatan 1, sudah semestinya
keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.
3. Penilaian
Terry D. TenBrink (1974) penilaian suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan
dalam membuat keputusan.
Gay (1985) penilaian satu proses yang dianggap
bersistem semasa mengumpul dan menganalisis
data yang bertujuan membuat pertimbangan atau
keputusan yang berhubungan dengan P&P.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperoleh
maklumat kuantitatif.
Satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan
tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
Dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru
dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif
dan penghuraian kualitatif.
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas
satu sesi pengajaran guru.
Boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan
kurkulum.
Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak
diajar.
Mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar dapat
menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan.
Membandingkan pencapaian pelajar sekelasnya atau
peringkat kelas yang sama di sekolah.
Menentukan pelajar yang berkeupayaan dan yang lemah
dalampencapaian mereka.
Menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran.
Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan mereka
dan segera pula memperbaikinya.
Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan
mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P
membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.
PENILAIAN
PENGUJIAN
PENTAKSIRAN
Aktiviti
Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester
dan akhir tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab
soalan-soalan dibawah;
a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pentaksiran,pengujian, dan penilaian
dilakukan.
b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep-
konsep pentaksiran pengujian, dan penilaian ini dalam bentuk
grafik.
c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun
yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?
TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL
Taksonomi dan Domain
Taksonomi Bloom Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan
perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual,
seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan
berfikir.
Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-
perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi,
seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai
perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan
motor seperti tulisan tangan, berenang, dan
mengoperasi mesin.
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap.
1. Pengetahuan (Knowledge)
Kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,
fakta-fakta,
gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar,dan sebagainya.
Antara perkataan yang lazim digunakan siapa, apa, di mana, bila,
definisi dll.
Contoh: Siapakah menteri pendidikan pertama Malaysia?
2. Pemahaman (Comprehension)
Kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,
jadual, diagram,
arahan, peraturan, dan sebagainya. Antara perkataan yang kerap
digunakan
huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan dll.
Contoh: Yang manakah antara berikut menepati hukum tatabahasa.
3. Aplikasi (Application)
Memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur,
metodologi ,rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran
sebenar. Antara yang Lazim digunakan pilih, buat, kira, selesaikan,
gunakan dll
C ontoh: Nyatakan ABM yang sesuai digunakan untuk akttiviti main
peranan.
4. Analisis (Analysis)
Mampu menganalisa maklumat yang diperoleh danmencerakinkannya
atau menstrukturkan maklumat itu dalam bahagian yang lebih kecil
untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta
membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang
rumit. Antara perkataan yang digunakan mengapa, kenapa, apakah
faktor, buatkan rumusan buktikan dll
Contoh: Yang manakah pernyataan berikut TIDAK benar menerangkan
ciri-ciri reptilai.
5. Sintesis (Synthesis)
Mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang
sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau
maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk
penyelesaian yang diharapkan. Perkataan yang kerap digunakan
ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan dll
Contoh: Barang-barang yang diekspot dari Malaysia ke India
ialah ...
6. Penilaian (Evaluation)
Memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan,
metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang
sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif
atau manfaatnya. Perkataan yang lazim digunakan
pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan dll.
Contoh: Pendekatan yang manakah PALING berkesan untuk
menyerap nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Domain Psikomotor
Domain David Krathwohl
TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
JSU penting dalam penyediaan sesuatu ujian.
Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang
rapi tidak mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test
Specification.
JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi
Kandungan (menegak) dan paksi Aras
Kemahiran (melintang).
Konsep
JADUAL SPESIFIKASI
UJIAN
KEPENTINGAN JSU DEFINISI
LANGKAH
PEMBINAAN JSU
Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan
lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu
diajar.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas
kursus dan lain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras
kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan
20 % - 80%.
Kepentingan JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara
sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan
aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik
dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
Memberikan panduan untuk membentuk format
ujian.
Contoh JSU
Aktiviti:
Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan
Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi
18 soalan objektif.
Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan
peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan
topik dalam sukatan pelajaran.
Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.
PEMBINAAN UJIAN
Pembinaan
Ujian
Objektif Subjektif
Jenis-jenis Ujian
Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau
memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara
item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis
padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a. Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b. Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a. Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b. Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.
Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul
atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua
atau lebih pilihan. Item- item itu ialah format salah-betul,
padanan, dan aneka pilihan.
Item Salah Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang
mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua
pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru
menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada
penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/
perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan
memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/
perkara di sebelah kanan.
Kata Bilangan
Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif
Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.
Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada
beberapa pecahan seperti berikut:-
Item Jenis Struktur
Item Jenis Esei
Pembinaan Ujian
Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap
kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah
seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b.Jenis jawapan terbaik
c. Analogi
Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan
boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Dalam ujian kloz
pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh
guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta
melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,
berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan
mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling
sesuai menurut makna keseluruhan teks.
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan
sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan
dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.
Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya
ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji
dan seterusnya aras ujian itu sendiri.
JENIS PENILAIAN BAHASA
Jenis Penilaian
bahasa
Ujian Formatif
Ujian Sumatif
Ujian Kefasihan
Ujian Kemajuan
Ujian Bakat
Ujian Pencapaian
Ujian Sumatif
Proses penilaian yang dijalankan secara
menyeluruh pada akhir satu peringkat
pembelajaran.
Menentukan tahap pembelajaran dalam
kalangan murid.
Skop pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina
secara luas dan melibatkan kesemua
kemahiran dan aspek bahasa.
Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina
oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau
subkemahiran bahasa yang diajar.
Skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak
terhad dan tidak luas.
Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk
memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan
pembelajaran murid secara serta-merta.
Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian
atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian
Sumatif
Ujian Bakat
Melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur
bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata.
Murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa
seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk,
atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan
konteks dan sebagainya.
Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-
murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari
sesuatu bahasa dengan cepat
Ujian Pencapaian
Dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit
pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai
dalam satu jangka masa yang ditetapkan boleh ditentukan
melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian
pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
Menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang
dipelajarinya.
Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan
pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan
mereka.
Nota Tambahan
Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai
bahasa asing.
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah
murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang
telah dipelajari.
Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah
seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara
keseluruhan.
Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid
dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Kaedah Penilaian
Bahasa
Penilaian Melalui
Portfolio
Penilaian Melalui
Pemerhatian
Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru
untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian
pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama.
Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan
konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio,
rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang
lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian
yang menyeluruh.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia
memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian
yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara
kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan
mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat
awal hingga ke akhir.
Tujuan portfolio ialah untuk :
Memberi peluang pelajar mendokumentasi
kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh
melalui pengalaman sewaktu
menyempurnakan tugasan.
Menggalakkan pelajar menyemak dan
menganalisis pembelajaran mereka secara
sistematik.
Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi
dan menentukan matlamat peribadi.
Kegunaan Portfolio
menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic
assessment).
menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik
dalam penyempurnaan gred.
menilai secara sumatif pembelajaran.
menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan
pelajar
Ciri-ciri Portfolio
(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu
rasional, matlamat, hala tuju, prosedur kerja, pengalaman
dan harapan.
(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini
adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja
melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja
amali atau kerja-kerja lapangan.
(c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru
seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk
menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar
merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat
untuk menentukan tindakan susulan.
(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui
bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar
untuk mengambil bahagian secara aktif.
Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
Portfolio Kerja Harian
Portfolio Hasil Terbaik
Portfolio Dokumen
Bagaimana Menilai Portfolio?
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan
berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-
kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang
memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal
hingga akhir.
Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran
pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah
ini.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai
bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot
sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang
tahap pencapaian pelajar.
Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk
memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah
ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan
pelajar lain sahaja.
Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
Sesebuah portfolio mengandungi:
Senarai semak yang disediakan oleh guru
Nota-nota yang disediakan oleh guru
Catatan jurnal
Buku log
Refleksi kendiri murid
Gambar dan foto
7 Kebaikan Penilaian Portfolio
Penglibatan murid sepenuhnya dalam
pengajajaran dan pembelajaran
Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai
pencapaian muri-murid
Merupakan satu cara untuk menilai tahap
perkembangan murid-murid
Dapat memotivasikan murid-murid dan
meningkatkan tahap kefahaman kendiri
mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh
guru.
Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara
berterusan mengikut jangka waktu yang
ditentukan bagi membantu guru mendapat
maklum balas tentang keberkesanan P&P.
Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi
aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang
melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.
Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended.
Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
Strategi Pemerhatian
Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal
berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod
anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor,
bahan dan persekitaran.
Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang
dijalankan.
Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan
proses pemerhatian. Antaranya ialah:
Kualiti Pemerhatian
Bentuk Perancangan
Jenis-jenis Pemerhatian
Fungsi Pemerhatian
Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam
sesuatu proses pembelajaran.
Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian
sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu
tugasan seperti projek.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Kaedah Penilaian
Bahasa
Penilaian Melalui
Kontrak Pembelajaran
Penilaian Melalui Soal
Jawab
Penilaian Melalui Kontrak
Pembelajaran
Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali
juga sebagai Perjanjian Pembelajaran iaitu suatu
persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru
dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung
dengan sesuatu tugasan secara bertulis.
Kontrak ini ditandatangani apabila kedua-dua pihak
bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang
telah disenaraikan.
Terdapat kompromi berkenaan kriteria yang
ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar
tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
Cara Pelaksanaan
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan
sistem penggredan untuk keseluruhan proses
pelaksanaan tugasan.
Guru menentukan sistem penggredan untuk
kaedah penilaian keseluruhan proses
pelaksanaan tugasan.
Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru
dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya.
Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran
tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri
untuk membolehkan :
pelajar mengenal pasti dan merekod,
menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk
mencapai matlamat tersebut.
Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
Penilaian objektif tugasan
Hasil Pembelajaran
Penilaian
Format / Bentuk
Format Kontrak Pembelajaran
Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat
dalam bentuk tertentu mengikut keperluan
tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah
tugasan memerlukan kontrak yang amat
formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan
jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak
pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak
formal tetapi terancang dan jelas.
Penilaian Melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik
ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi
antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat
dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan
memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan
percaya diri dalam kalangan pelajar.
Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya.
Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar
berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada
kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Kaedah Penilaian
Bahasa
Penilaian Melalui
Projek
Penilaian Melalui
Kertas Kerja
Penilaian Melalui Projek
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan
dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu
laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh
dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan
dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah.
Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan
pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara
pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar.
(Wiggins, 1989).

Anda mungkin juga menyukai