Anda di halaman 1dari 9

- 1 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029

KESAN PUASA

KHUTBAH PERTAMA



E_GC^4C 4g~-.- W-ONL4`-47
=Ug-7 N:^OU4 N4O_- EE
=Ug-7 O>4N -g~-.- }g` :)Ul~
7+UE 4pO+-> ^g@
.







Sidang J umaat Yang Di Rahmati Allah.

Marilah kita terus mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan
terus mempertingatkan keiltizamanan dan kepatuhan terhadap titah perintah Allah
S.W.T, suruhanNya dan tegahanNya. Marilah juga kita senantiasa mengatur syukur
kita kehadrat Allah S.W.T. kerana kita dipilih oleh Allah S.W.T. menjadi orang yang
beriman di tengah-tengah majoriti masyarakat dunia yang menyimpang daripada
hidayah Allah S.W.T.
.
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, niscaya mereka
akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti
prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

Marilah sama-sama kita mendidik atau mentarbiyah diri kita dengan
tarbiyyah Islamiah yang berterusan berpandukan petunjuk al-Quran dan As-Sunnah
An-Nabawiyah serta huraian-huraian serta penjelasan-penjelasan daripada para
ulama yang jelas pegangan hidup mereka dengan Islam serta melaksanakan Islam
dalam kehidupan mereka sepenuhnya. Kita perlulah mendidik hati dan diri kita dari
hari ke sehari hingga kehidupan kita menjadi (malakah) sebati dengan syariat
- 2 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029
KESAN PUASA

Islam. Sekaligus kita menanggalkan jahiliyyah (menjauhi daripada perkara-perkara
yang membawa syirik kepada Allah) yang berbaki pada diri kita.


Tuan -tuan Hadirin hadirat yang dirahmati Allah.

Hari ini, Ramadhan sudah masuk hari ke-27. Ini bermakna Ramadhan 1435
sudah sangat hampir ke penghujungnya. Sebelum memasuki 1/3 terakhir Ramadhan
sehingga ke hari ini, para pentazkirah berulangkali memperingatkan kelebihan 10 akhir
Ramadhan. Juga turut mengajak bersama-sama mencari satu malam yang penuh
keberkatan dan kebaikan yang melebihi seribu bulan. Ada juga masjid-masjid
menguar-uarkan aktiviti menghidupkan sepuluh malam terakhir dengan mengajak
bersama-sama membangunkan malam-malam sepuluh akhir Ramadhan.
Alhamdulillah, memang masyarakat pelbagai peringkat turut serta dalam aktiviti-aktiviti
tersebut terutamanya masjid-masjid di bandar-bandar.

Di samping itu juga, siaran-siaran media lebih meriah mempromosikan
sambutan Eidul Fitri. Begitu juga pasaraya-pasaraya, bazar-bazar, kedai-kedai,
jurujual-jurujual dan pelbagai jenis penjualan lagi juga tidak ketinggalan mempromosi
pelbagai jenis barangan yang dianggap keperluan sebagai menyambut Eidul Fitri
sama ada set peribadi, rumah, kenderaan, makanan dan seumpamanya. Maka,
sesaklah manusia di pekan-pekan, bandar-bandar, bandaraya-bandaraya dengan
manusia mencari tawaran-tawaran untuk Hari Raya. Tentu sekali bilangannya jauh
lebih ramai daripada bilangan yang mengunjungi tawaran-tawaran di masjid-masjid.

Demikianlah saban tahun suasana di penghujung Ramadhan khususnya di
tempat kita ini.

Hadirin Yang dirahmati Allah Taala

Sebelum kita melangkah masuk pintu syawal, ada baiknya di kesempatan
Ramadhan yang berbaki ini, sama-sama kita renungi natijah Ramadhan yang Allah
Taala syariatkan bersamanya kewajipan ibadah siam yakni puasa yang kita sama-
sama laksanakan. Jika dilihat dari segi logik mahupun dari sudut kajian saintifik, puasa
sememangnya mendatangkan banyak kebaikan dari sudut kesihatan selari dengan
sabda Rasulullah S.A.W.

Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat.

Namun, bagi mereka yang benar-benar beriman, maslahah atau benefit itu
bukan perkara utama untuk menggerakkan mereka melaksanakan ibadah puasa dan
melaksanakan segala macam ibadah dalam Ramadhan mahupun perintah ibadah
yang lain. Bagi mereka, cukup dari mana perintah itu. Jika arahan sememangnya
daripada Allah Azza wajalla atau Rasul-Nya yang mulia, maka cukuplah bagi mereka
melaksanakan dengan dengan penuh redho serta bersungguh-sungguh
- 3 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029
KESAN PUASA

melaksanakannya. Selebihnya, hikmah atau kebaikan itu terserah kepada Allah Taala.
Demikian Allah Taala sifatkan para Rasul dan juga orang beriman dalam menerima
perintah atau arahan Allah Taala dalam ayat 285: Al-Baqarah.
=}4`-47 NOcO- .E) 4@O^q
gO^O) }g` gO)O
4pONLg`u^-4 _ 7 =}4`-47
*.) gOgj^U4`4
gO)l+74 g)-c+O4 7-@OE+^
-u-4 lEO }g)` g)-cGO _
W-O7~4 4LugEc E4uC4 W
El4^-4O^7N E4+4O C^O)4
+OOE^- ^gg)
Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan):
"Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-
rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (mereka berdoa):
"Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."

Ayat 183 : al-Baqarah yang dibacakan dipermulaan khutbah tadi yang
pengertiannya (Insya Allah):
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa

Berdasarkan ayat tersebut secara jelas Allah Taala menyatakan antara
matlamat utama siam Ramadhan untuk melahirkan individu yang bertaqwa kepada
Allah Taala.

Ramadhan merupakan satu daurah, kursus, atau latihan intensif untuk orang-
orang yang beriman bagi meningkatkan dan menggilapkan Taqwa mereka. Justeru,
melalui latihan tersebut, jika diikuti dengan betul, jika melaksanakannya dengan penuh
keikhlasan kepada Allah Taala, maka di penghujung daurah (Insya Allah) para peserta
akan merasai peningkatan dalam diri mereka. Mereka akan berjiwa besar, ruh mereka
bangkit segar, dan keadaannya seakan kembali seperti asal (Fitrah). Lantas dengan
perubahan ini, tentu mereka amat bersyukur ke hadrat Allah Taala yang tidak
terhingga. Dengan itu, di akhir latihan atau setelah berakhir latihan iaitu di 1 Syawal
atau di Hari Raya Fitrah bagi menzahirkan kegembiraan mereka itu, tiada kata yang
lebih bernilai untuk mereka perkatakan, untuk mereka laungkan selain daripada
melaungkan takbir, Tahlil dan tahmid iaitu mengAgungkan Allah, mengesakan Allah
serta mengucap pujian kepada Allah. Walaupun mereka gembira dengan pencapaian
yang baik yang mereka perolehi melalui latihan tersebut, Namun demikian, jiwa
mereka tetap sayu kerana terpaksa meninggalkan Ramadhan yang telah
menyumbangkan peningkatan diri mereka dan amat berharap semoga dapat
memasuki lagi dalam latihan Ramadhan di tahun akan datang.

- 4 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029
KESAN PUASA

Oleh hal yang demikian, melalui didikan Ramadhan ini maka para graduan
didikan Ramadhan seharusnya membawa peribadi orang yang bertaqwa dalam
kehidupan mereka. Puasanya, zakatnya, tilawah al-Qurannya, Qiam Ramadhannya
dan sebagainya yang dilakukan dengan tujuan berubudiyah kepada Allah, bertaqarrub
atau mendekatkan diri kepada Allah Taala di bulan Ramadhan, tentunya tidak terpisah
daripada kehidupan seharian mereka. Tidak mungkin seorang yang berpuasa atas
taqarrub kepada Allah sedangkan pada waktu yang sama (sedang berpuasa) dia
bersedia pula melakukan perkara yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan perkara-
perkara yang diperintahkan oleh Allah Taala. Bagaimana mungkin seseorang yang
bertadarus al-Quran kerana mendekatkan diri dengan Allah Taala sedangkan pada
waktu yang sama secara terang-terang dia menolak peraturan-peraturan yang yang
ditentukan Allah didalam al-Quran. Mungkinkah, selama sebulan menjalani latihan
mendekatkan diri kepada Allah, dengan melaksanakan ibadah-ibadah yang disediakan
dalam Ramadhan, tetapi di 1 Syawal mencemarkan dirinya dengan perkara-perkara
munkar dan perbuatan-perbuatan keji. Jika berlaku juga, dibimbangi hal ini
disebabkan puasa yang dilakukan, al-Quran yang dibaca, Qiam Ramadhan yang
dilaksanakan bukan dalam rangka ubudiyah kepada Allah tetapi sebaliknya hanya
tradisi atau ikut-ikutan, tanpa kesedaran dan tanpa kefahaman yang jelas konsep
ibadah yang sebenar sepertimana yang dikehendaki Allah Taala melalui firman-Nya:
4`4 e^UE= O}_^- "^e"-4 )
p+lu4Og ^)g
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi
kepada-Ku.


Demikianlah Rasulullah mengingatkan umatnya yang berpuasa dan qiam
Ramadhan sabdanya:

Kadang-kadang puasa seseorang itu hanya perolehi lapar sahaja, kadang-kadang


qiamullail (Ibadah di malam hari) seseorang hanya perolehi bersekang mata sahaja

Jika demikian halnya, tidak hairanlah jika pelaksanaan ibadah Eidul Fitri pun
boleh terikut-ikut dengan ajaran-ajaran lain yang pastinya langsung tidak berpandukan
syarak yakni Al-Quran mahupun hadis Nabi S.A.W. Jauh sekali untuk berfikir
menyambut Eidul Fitri mengikut acuan syarak.

Oleh itu, kesedaran dan kefahaman dalam melaksanakan ibadah perlu
ditingkatkan sehingga lahir hakikat ubudiah/ hakikat perhambaan kepada Allah yang
sebenarnya. Tidak berlaku lagi double standard dalam kehidupan atau pengasingan
amalan ibadah tertentu dengan amalan kehidupan. Semuanya mestilah terlaksana
atas asas ubudiyah kepada Allah. Semoga dengan itu, amalan ibadah Ramadhan dan
ibadah-ibadah lain seperti puasa, zakat dan haji tidak hanya terlaksana sebagai tradisi
masyarakat semata-mata sebaliknya atas dasar taqwa kepada Allah Taala.

- 5 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029
KESAN PUASA

Hadirin yang dirahmati Allah Taala

Betapa tingginya nilai Taqwa di sisi Allah S.W.T. sehinggakan amat
banyak sekali firman-Nya mengaitkan dengan taqwa (tidak kurang 217 ayat).
Sehinggakan hampir semua situasi Allah kaitkan dengan taqwa. Taqwa dalam
ibadah dengan iltizam dan komited dalam melaksanakannya, Taqwa dalam
muamalah (berurusan) sesama manusia, taqwa dalam urusan suami isteri,
taqwa dalam menjaga keluarga, taqwa dalam berurusan dengan anak-anak,
taqwa dalam pesan memesan, taqwa dalam peperangan, taqwa ketika mana
memperolehi kejayaan, taqwa ketika mana mengadapi suasana getir dalam
peperangan dan dalam situasi-situasi yang lain lagi. Bukankah itu semua
menunjukkan betapa penting taqwa dalam kehidupan seharian seorang
mukmin pada sisi Allah S.W.T.

Alhamdulillah dengan kasih sayang dan belas kasihan Allah S.W.T kepada
hamba-hambanya dalam kalangan manusia maka Allah S.W.T. menyediakan
Ramadhan al-Kareem sebagai madarasah untuk meningkatkan ketaqwaan. Alangkah
ruginya kita sekiranya tidak manfaatkan ramadhan ini untuk meningkatkan taqwa kita.
Sedangkan Rasulullah S.A.W. meningkatkan amalannya dalam bulan ramadhan
melebihi bulan-bulan yang lain.
Aisyah R.A. ada berkata:



Rasulullah S.A.W. bersungguh-sungguh beribadah dalam bulan ramadhan tidak
seperti bulan-bulan lain dan di sepuluh akhir Ramadhan pula tidak seperti hari-hari
yang lain.

.
.















- 6 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029
KESAN PUASA






KHUTBAH KEDUA




Hadirin Sidang Jemaah Jumaat sekalian.

Ibadah yang disyariatkan dalam ramadhan bukan sekadar dalam kontek
hubungan hamba dengan Rabbnya sahaja, malahan juga hubungan hamba sesama
hamba juga turut diberikan penekanan. Ini dapat kita lihat betapa Allah Taala
mewajibkan Zakat fitrah ke atas setiap muslim yang bernyawa dalam bulan Ramadhan
dan digalakkan memperbanyakan kebajikan. Dalam kita menahan lapar dan dahaga
dalam melaksanakan tuntutan (taklif) yang ditentukan Allah ke atas kita, maka kita
juga turut merasai kesukaran hidup mereka yang diuji dengan kemiskinan dan
kesusahan. Dari sini, timbullah rasa kasihan dan simpati kepada mereka yang
kelaparan atau kebuluran. Maka dengan itu, akan menggerakkan hati untuk
menghulurkan bantuan bagi meringankan kesempitan hidup mereka. Rasululullah
mengeji mereka yang membenci orang miskin, menolak mereka dan menghina
mereka. Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah R.A.

"Sekeji-keji makanan ialah makanan walimah atau kenduri yang menjemput orang-
orang kaya sahaja dan menolak orang-orang fakir-miskin."

Di bulan Ramadhan, Rasulullah paling banyak menyumbang dan menderma
berbanding hari-hari yang lain. Demikian hadis daripada Ibnu Abbas;



"Rasulullah s.a.w. adalah Sebaik-baik manusia pemurah dan lebih-lebih
- 7 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029
KESAN PUASA

lagi kedermawanannya itu dalam bulan Ramadhan ketika ditemui oleh Jibril. Jibril
menemui beliau s.a.w. pada setiap malam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran.
Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menemui Jibril, adalah lebih baik
pemurahnya daripada angin yang bertiup." (Muttafaq 'alaih)
Islam mengajar umatnya sukakan kebajikan, membantu orang dalam
kesusahan dan bersifat pemurah. Islam memandang hina dan keji mereka yang
kedekut lagi kikir. Rasulullah bersabda:


"Takutlah ) jauhkanlah dirimu semua( - dari perbuatan penganiayaan, sebab
sesungguhnya menganiaya itu merupakan kegelapan pada hari kiamat. Takutlah
perbuatan kikir, sebab sesungguhnya kikir itu telah membinasakan orang-orang -
yakni ummat- yang sebelummu. Kikir itulah yang menyebabkan mereka suka
mengalirkan darah-darah sesama mereka dan menghalalkan apa-apa yang
diharamkan pada mereka."
(Riwayat Muslim)

Islam amat menitikberatkan pertalian persaudaraan. Tidak selayaknya seorang
Muslim boleh lena dengan nyenyak, boleh hidup dengan senang lenang tanpa
memikirkan langsung tentang nasib teman seakidahnya. Dengan tegas Rasulullah
S.A.W. memberikan amaran kepada mereka yang tidak mengambil berat tentang
saudara seakidahnya Sabdanya:

Siapa yang di pagi hari siapa tidak mengambil berat tentang orang Islam maka bukan
dia dari kalangan mereka.

Saudara-saudara kita di Pelastin pada saat ini dibuli sewenangnya oleh rejim
zalim Yahudi di bumi Gaza. Hidup mereka bukan sahaja dihimpit kemiskinan malahan
jasad-jasad mereka dirobek oleh peluru-peluru Yahudi. Mereka selayak dikasihi oleh
kita. Mereka selayaknya disayangi oleh kita. Mereka selayaknya dibantu oleh kita.
Merekalah yang lebih layak menerima zakat dan sumbangan daripada kita. Hulurlah
bantuan kepada mereka melalui tabung-tabung yang dilancarkan oleh badan-badan
yang bertanggungjawab. Suka diingatkan juga di sini di kala sahabat kita di Gaza
menderita, terdapat juga segelintir manusia yang sanggup mengambil kesempatan
mengutip sumbangan untuk kepentingan peribadi mereka atas nama sumbangan
untuk Pelastin. Berhati-hatilah.

Sekiranya kemampuan kita terbatas untuk menghulurkan sumbangan material
maka setidak-tidaknya hulurkan doa untuk mereka agar Allah berikan kemenangan
kepada mereka dan masjid al-Aqsa kembali ke tangan umat Islam. Moga mereka
dijauhi daripada bangsa zalim yang tidak henti-henti melanyak mereka. Moga Allah
musnahkan bangsa yang terkutuk ini dan dikutuk oleh masyarakat dunia yang
bertamadun.

- 8 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029


KESAN PUASA

!
- 9 - SIRI KHUTBAH JUMAAT MATRI 029
KESAN PUASA









:

Anda mungkin juga menyukai