Anda di halaman 1dari 4

Apa itu Metabolisme?

Berbicara soal metabolisme, ramai orang tahu bahawa mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang
tinggi akan lebih cepat membakar kalori. Namun apakah metabolisme yang sebenarnya? Metabolisme
didefinisikan sebagai kadar pembakaran kalori oleh badan. Setiap orang mempunyai kadar metabolisme
yang berbeza walaupun mempunyai persamaan dari segi corak kehidupan, cara pemakanan dan
menjalankan aktiviti yang sama. Metabolisme adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan
semua reaksi kimia yang terlibat dalam mempertahankan keadaan hidup sel-sel dan organisma.
Pernahkah terjadi?
Anda dan teman-teman makan dan melakukan aktivit kecergasan yang sama, namun tetap juga anda
memiliki berat badan yang melebihi mereka. Mengapa itu boleh berlaku? Walaupun jenis makanan dan
senaman yang dilakukan tiada beza, tetapi kadar pembakaran kalori dalam tubuh setiap orang adalah
berbeza.
Mengapa metabolisme menurun?
Salah satu punca metabolisme menurun adalah pengaruh usia. Tahukah anda bahawa kadar metabolisme
akan menurun lima peratus dalam tempoh sepuluh tahun selepas usia seseorang itu
mencecah 40-an? Walaupun tubuh masih mampu membakar kalori dengan kadar segera, ia tetap tidak
sepantas ketika anda masih muda.
Faktor jantina juga mempengaruhi. Wanita membakar kalori lebih perlahan berbanding lelaki. Lelaki
mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi kerana mereka memiliki tisu otot yang lebih. Jika
disertakan dengan pengambilan makanan secara sihat dan senaman kerap, agak sukar bagi kaum lelaki
mengalami kenaikan berat badan.
Selain itu, warisan genetik juga menjadi faktor. Jika kebanyakkan ahli keluarga anda berbadan besar dan
pengidap penyakit berkaitan berat badan seperti obesiti, kemungkinan anda memiliki kadar metabolisme
yang rendah juga sangat tinggi.
Masalah tiroid mungkin disebabkan Hypothyroidism (kelenjar tiroid kurang aktif)
danHyperthyroidism (kelenjar tiroid terlalu aktif). Kelenjar tiroid memainkan peranan penting dalam
metabolisme badan dan penting untuk penjanaan tenaga. Jika kelenjar tiroid menjadi kurang aktif dalam
keadaan hipotiroid, sistem metabolisme badan akan menjadi perlahan dan masalah ini boleh
menyumbang kepada pertambahan berat badan. Kebanyakkan kita beranggapan bahawa pertambahan
berat badan dikaitkan dengan masalah tiroid, sebenarnya tidak.
Salah satu sebab penting menjurus kepada metabolisme menurun adalah penyakit kencing manis.
Bagaimana ia terjadi, masih tidak begitu jelas. Namun, ada pakar beranggapan dengan keadaan gula yang
tinggi dalam badan, sistem badan tertipu dan beranggapan gula yang tinggi ini menggambarkan tenaga
yang berlebihan. Ketika inilah kadar metabolisme menurun.
Tisu lemak yang secara relatif lebih daripada tisu otot juga merupakan punca metabolsme menurun. Tisu
otot berbanding lemak menyebabkan kadar metabolisme meningkat. Ini merupakan sebab utama
mengapa lelaki mempunyai kadar metabolisme badan yang tinggi berbanding wanita. Tisu otot akan
berkurangan mengikut peredaran masa. Faktor inilah yang menyebabkan berat badan meningkat pada
pertengahan usia.
Kadangkala gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan metabolisme menurun. Pengambilan ubat
seperti anti-depresi boleh mengurangkan kadar metabolisme badan. Bila badan kekurangan tenaga,
penggunaan tenaga juga berkurangan dan menjadikan pembakaran kalori tidak aktif. Cara terbaik untuk
menyelesaikan masalah ini ialah makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi dengan kuantiti
yang sedikit tetapi kerap.
Biar apa pun cara untuk anda mengekalkan kadar metabolisme dalam badan, pastikan ia tida
memudaratkan kesihatan. Suatu perkara yang perlu anda tahu, kadar metabolisme pasti akan menurun
mengikut usia tetapi ia boleh dikekalkan pada tahap ideal selagi anda menitikberatkan soal kecergasan
dan pemakanan.
7 STRATEGI Tingkatkan Metabolisme
1. Tidur Teratur

Ramai yang memandang remeh soal tidur. Masyarakat hari ini tidak mementingkan tidur kerana terlalu
sibuk menjalani rutin harian mereka. Selain tidur lapan jam sehari, tidur teratur boleh diklasifikasikan
sebagai tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari. Tidur teratur dapat meningkatkan
kadar metabolisme tubuh. Tidur kurang misalnya dalam tempoh empat jam sehari akan menjadikan
kadar metabolisme menurun. Tenaga untuk membakar kalori tidak berkurangan kerana keadaan badan
yang letih sehingga menjejaskan kadar metabolisme seseorang.
2. Waktu Sarapan

Banyak penelitian mendapati kebanyakkan orang tidak kisah jika terlepas waktu sarapan. Tahukah anda,
kadar metabolisme tubuh secara automatiknya akan menurun ketika tidur. Ia tidak akan berfungsi secara
normal ketika seseorang tidur sehinggalah pada keesokkan harinya ketika mereka makan. Sebaiknya
ambillah sumber karbohidrat ketika bersarapan kerana ia memerlukan waktu yang lebih lama untuk
dicerna dan membuatkan kita kenyang dalam satu tempoh masa yang agak lama. Rasa lapar kerana tidak
bersarapan membuatkan kita cenderung untuk makan lebih banyak selepas itu.
3. Pengambilan Protein

Protein bukan sahaja bertindak untuk membakar lemak bahkan ia membentuk otot. Bagi menghadam
protein, lebih banyak tenaga diperlukan. Pengambilan protein dapat meningkatkan kadar metabolisme
dalam tubuh. Apabila memilih makanan, pastikan 10-35 peratus daripada jumlah kalori yang diambil
merupakan sumber protein. Badan membakar kalori dua kali ganda bagi menghadamkan protein
berbanding lemak atau kabohidrat.
4. Banyakkan Minum Air Masak

Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan
(dehidrasi), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan lapan gelas air
masak. Untuk mengekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah meminum air masak sebelum
makan. Sebagai tambahan, boleh juga memakan buah-buahan yang tinggi kandungan air. Makan secara
kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil makanan setiap tiga atau empat jam untuk
membantu meningkatkan kadar metabolisme.
5. Elak Stres

Stres akan meningkatkan jumlah kortisol dalam tubuh. Ia merupakan hormon yang memberitahu tubuh
untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada dalam situasi bertekanan tinggi. Senaman
meditasi seperti yoga adalah yang terbaik bagi mengawal stres.
6. Berjemur

Berada di kawasan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau naik berat
badan. Apabila ini berlaku, ia memberi kesan kepada kadar metabolisme dalam tubuh anda. Pastikan
anda berada di bawah sinaran matahari yang sihat sekitar jam 9-11 pagi.
7. Senaman

Senaman dengan pemberat adalah yang terbaik untuk meningkatkan metabolisme. Menurut Kevin Zahri
di dalam blognya, satu paun otot akan membakar 35-50 kcal kalori. Lemak pula hanya membakar hanya
5-10 kcal kalori. Bersenam aerobik atau berjoging pula tidak membina otot tetapi mampu meningkatkan
kadar metabolisme badan selepas kita melakukannya.
Share this:
Twitter
Facebook17